Viral di media sosial apabila dikatakan pelakon Eina Azman dan suami potong barisan dalam mendapatkan vaksin ini.
Namun menafikan dan memberitahu dirinya mempunyai sejarah penyakit kromobid tetapi tidak didedahkan.
Mungkin Eina atau suami penghidap diabetes, merupakan salah satu penyakit kormobid yang dapat memburukkan keadaan sekiranya seseorang itu dijangkiti Covid-19.
Malah peningkatan jumlah kes jangkitan yang tinggi ini membuatkan pesakit diabetes perlu menghadapi risiko jangkitan lebih parah dan lebih membimbangkan kadar kematian juga sangat tinggi.
Kadar glukosa darah yang tinggi mengganggu penghasilan insulin dalam badan dan menekan sel imunisasi.
Diabetes juga menyukarkan tubuh untuk memanfaatkan nutrisi, memiliki aliran darah yang buruk serta memerlukan jangka pemulihan lebih lama.
Pesakit diabetes umumnya memiliki masalah pada pembuluh darah sehingga mereka lebih senang mengalami masalah kardiovaskular, kesukaran bernafas serta penyakit paru-paru kronik.
Memandangkan pesakit diabetes lebih terdedah kepada kesan yang buruk, mereka juga berkemungkinan besar akan mengalami gejala-gejala lain termasuklah;
Ruam pada kulit termasuk garis horizontal pada kuku, tangan dan kaki, gatal-gatal serta bintik merah boleh menjadi tanda jangkitan dialami oleh pesakit diabetes.
Pneumonia dapat menjadi faktor risiko dan ancaman serius bagi pesakit Covid-19, lebih-lebih lagi bagi orang-orang yang sedang berjuang melawan diabetes, baik jenis satu atau pun dua.
Dengan tingkat keradangan yang tinggi dan penanda gula dalam darah tidak terkawal, pernafasan boleh terganggu. Kadar gula dalam darah yang tinggi juga memudahkan virus berkembang dalam tubuh.
Penurunan oksigen boleh menjadi salah satu komplikasi terbesar yang mungkin dihadapi pesakit Covid-19. Kajian juga mendapati pesakit dengan masalah diabetes akan menekan fungsi kekebalan tubuh sehingga menyebabkan sesak nafas.
Jangkitan kulat ini boleh menyebabkan wajah menjadi seperti bengkak berserta sakit kepala terutamanya kepada pesakit diabetes atau yang sedang menjalani terapi steroid.
Pesakit yang mengalami diabetes akan menekan fungsi sistem kekebalan dan meningkatkan risiko terkena jangkitan. Kadar gula yang tinggi juga membuatkan kulat senang berkembang.
Selain demam berpanjangan salah satu simptom diserang virus Covid-19 adalah sesak nafas. Jika ini berlaku cepat-cepat berjumpa doktor untuk lakukan swab test.
Namun begitu, sesak nafas juga boleh terjadi disebabkan beberapa faktor lain seperti alahan pada debu atau terdedah pada semburan bahan kimia atau mempunyai masalah anaemia.
Perkongsian menarik dari Doktor Zubaidi Hj Ahmad mengenai gejala sesak nafas yang jarang kita ambil tahu punca dan tindakan apa perlu dibuat jika terkena serangan ini.
Sesak nafas adalah keadaan di mana seseorang itu mengalami kesukaran bernafas atau semput dan biasanya keadaan ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti fizikal.
Sesak nafas ini boleh berlaku secara akut dan kronik :
1. Sesak nafas akut adalah gejala datang secara tiba-tiba dan hilang dalam jangka masa beberapa hari setelah rawatan.
2. Sesak nafas kronik adalah keadaan di mana sesak nafas berlaku secara berterusan dalam jangka waktu yang lama.
Sesak nafas adalah gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular.
Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah asma, jangkitan paru-paru akut (pneumonia), jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema), penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease) dan kanser paru-paru.
Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah kegagalan jantung, serangan jantung dan kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah kekurangan darah merah (anaemia), alahan , resdung, kegelisahan (AnxietyDisorders) dan kegemukan.
GEJALA SESAK NAFAS
1. Jika anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba disertai sakit atau ketat dada, kemungkinan anda mengalami serangan jantung, pneumothorax (udara berada antara paru-paru dan dinding dada) atau pulmonary embolism (darah beku dari bahagian kaki telah bergerak ke paru-paru).
2. Jika anda mengalami sesak nafas mengikut episod disertai oleh bunyi seperti wisel (wheezing) atau batuk, anda mungkin menghidapi serangan asma atau jangkitan yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit.
3. Jika anda mengalami sesak nafas yang berterusan dan semakin teruk disertai dengan sejarah pendedahan kepada asap rokok, habuk dan semburan bahan kimia anda mungkin menghidapi penyakit saluran pernafasan obstruktif kronik (COPD).
4. Jika anda pernah bekerja di tempat yang mendedahkan anda kepada asbestos, habuk kayu, semburan bahan kimia, anda mungkin menghidapi penyakit paru-paru berkaitan pekerjaan (Occupational Lung Diseases).
5. Jika kaki anda bengkak dan mengalami sesak nafas semasa baring mendatar, anda mungkin mengalami kegagalan jantung (heart failure).
6. Jika anda cepat berasa letih, kelihatan pucat dan sesak nafas terutamanya bila melakukan aktiviti fizikal, anda mungkin mengalami anaemia.
7. Jika anda bernafas dengan cepat disertai dengan rasa pening atau berasa kebas pada tangan atau sekitar mulut, anda mungkin mengalami hyperventilation (bernafas keterlaluan biasanya disebabkan oleh aktiviti fizikal yang berlebihan dan tekanan emosi).
8. Jika anda sesak nafas disertai demam, batuk atau batuk darah dan kehilangan berat badan,anda mungkin menghidapi jangkitan seperti tibi atau kanser paru-paru atau pulmonary embolism.
9. Jika anda demam, disertai hingus berair dan batuk berkahak anda mungkin mengalami jangkitan saluran pernafasan (bronchitis) atau jangkitan paru-paru (pneumonia).
TINDAKAN
Sekiranya anda mengalami salah satu gejala yang dinyatakan, sila pergi ke Jabatan kecemasan hospital atau klinik kesihatan dengan atau hubungi perkhidmatan ambulan dengan serta-merta, sekiranya anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba dan disertai oleh sakit atau ketat dada, serangan asma teruk, bibir dan jari anda menjadi biru dan rasa seperti hendak pengsan.
Sila berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami sesak nafas hanya dengan melakukan aktiviti fizikal ringan, sesak nafas semasa baring dan perlu bersandar dengan beberapa bantal untuk melegakannya, nafas berbunyi, sesak nafas disertai demam dan batuk.
Jika anda mengalami sesak nafas yang berterusan kerana menghidapi penyakit paru-paru kronik, anda digalakkan untuk berhenti merokok, lakukan senaman secara berkala mengikut kemampuan fizikal anda, elakkan dari terdedah kepada udara tercemar dan bahan alahan dan berterusan mengambil ubat-ubatan yang dibekal oleh doktor mengikut arahan.
DIAGNOSA DAN RAWATAN SESAK NAFAS
Doktor akan bertanya lebih lanjut dan membuat pemeriksaan fizikal serta melakukan ujian tertentu bagi mengenal pasti penyakit anda.
Antara ujian yang mungkin dilakukan oleh doktoradalah X-Ray dada, electrocardiogram (ECG), ujian fungsi paru-paru (PEAK FLOW METER / SPIROMETER), pemeriksaan darah dan kahak.
Rawatan yang diberi adalah khusus untuk penyakit yang menyebabkan gejala sesak nafas tersebut.
Tak Mekap & Pakai Bawal Je Pun Cantik. Ini Rupanya Rahsia Fit & Awet Muda Nurul Izzah Di Usia 40an! Selain beberapa muka baru, antara calon wanita yang cukup popular bertanding untuk Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini adalah YB Nurul Izzah.
YB Nurul Izzah, 41 tahun, merupakan anak sulung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sejak muda lagi sudah menyaksikan jerit perih perjuangan bapanya ketika dalam tahanan sehingga dibebaskan.
Ternyata darah politik yang diwarisi dari bapanya dan ibu, Datin Seri Wan Azizah membuatkan beliau juga turut terbabit dalam bidang penuh mencabar ini.
Dikatakan hadir dengan pakey ‘beauty with brain’, ternyata pesona YB Nurul Izzah sangat kuat kerana setiap kali tampil di khalayak, pasti dirinya menjadi perhatian ramai.
Biarpun tanpa mengenakan solekan, beliau tetap nampak cantik dengan penampilan ringkas dengan menggyakan kurung dan tudung bawal.
Dalam satu temubual oleh dua orang DJ terkenal, Faizal Ismail dan Fara Fauzana, YB Nurul Izzah berkongsi rahsia sihat dan awet muda ketika ditanya mengenainya.
Hanya mengamalkan 3 cara untuk ibu kepada dua anak ini sentiasa kekal sihat dan cantik. Tidak perlu bersusah payah kerana ketiga-tiga amalan yang dilakukan banyak membantunya dalam menjalani rutin harian.
Yalah, minum air putih yang secukupnya sangat membantu untuk menambah cairan dalam tubuh agar kekal terhidrasi. 8 gelas air putih perlu diminum agar badan kita kekal bertenaga.
2. Sentiasa positif tak kiralah apa jua masalah yang datang
Kalau kita sentiasa positif, pasti jiwa kita akan berasa lebih tenang. Percayalah, setiap masalah yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya.
3. Anak-anak menjadi penghibur hati apabila Nurul Izzah sedang bersedih dan berduka. Dikurniakan dua orang cahaya maya, Safiyah, Harith dan kegembiraan bertambah dengan kehadiran anak bongsu Yu Zhou.
Sementara itu dalam artikel di NONA, YB Nurul Izzah juga turut memberitahu regim kesihatan dan kecantikannya yang lain.
Walaupun sibuk, beliau turut memilih untuk bersenam. Nurul Izzah memilih untuk melakukan senaman pilates.
Beliau bersyukur kerana memiliki rakan wanita Muslim dari Amerika yang merupakan seorang pelatih ‘pilates. Rakannya yang menetap di Malaysia seringkali memberi tunjuk ajar dalam melakukan senaman yang turut dilakukan bersama teman-teman lain.
YB NUrul Izzah juga sangat mementingkan pemilihan kasut. Ini kerana kasut yang tepat dapat memantu memiliki postur yang betul. Kesibukan bekerja dari pagi hingga ke malam, jadi beliau lebih senang memilih kasut yang ‘flat’ kerana lebih selesa dan kurang risiko sakit belakang.
Beliau juga pernah berdepan masalah kulit yang teruk ketika di sekolah mennegah menjadikan dia lebih peka dan teliti dalam penjagaan kulit wajah.
Rahsianya setiap kali selepas mengambil wuduk, akan pastikan memakai krim pelembap wajah untuk kesegaran wajah berpanjangan.
Nurul Izzah juga turut memakai sunblobk serta kri mata untuk kecantikan kulit tambahan usia semakin meningkat dan terdedah dengan proses penuaan.
Untuk record, YB Nurul Izzah memegang ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan Eelejtrikal dan Elektronik di Universiti Tenaga Nasinal (UNITEN), Bangi.
Kemudian beliau menyambung Ijazah Sarjana dalam Hubungan Antarabangsa dengan pengkhususan Asia Tenggara daripada School for Advanced International Studies, Universiti Johns Hopkins, Washington D.C.