Masalah blackhead ini merupakan jenis pori tersumbat yang terbuka. Biasanya ramai yang berdepan dengan masalah pori terbuka, sama ada teruk atau tidak.
Hilangkan Masalah Blackhead
Ini tip yang jimatkan duit poket, boleh amalkan dan terbukti berkesan. Perasaan lepas buat skrub ni memang best, rasa licin je kulit wajah. Tetapi jangan buat setiap hari ya, sebab soda bikarbonat agak menghakis. Masa buat pun, akan rasa pedih-pedih sikit. Tapi ok je.
Bahan-bahan:
2 sudu teh serbuk Soda Bikarbonat
1 sudu besar jus Lemon
Ads
Cara Membuat:
Ads
1. Cuci wajah sehingga bersih terlebih dahulu.
2. Campurkan serbuk soda bikarbonat dan jus lemon, serta kacau rata. (jadikan seperti pes skrub)
3. Sapu campuran soda bikarbonat tadi di bahagian berbintik. hitam,terutama bahagian T Zone (hidung dan dahi).
4. Gosok perlahan-lahan dan biarkan kering seketika.
5. Akhir sekali, cuci muka dengan air suam sampai bersih.
Ads
Hasilnya, memang terbukti berkesan. Bintik hitam hilang, kulit wajah pula akan rasa lembut dan licin je.
Untuk nota cantik, scrubbing merupakan salah satu cara exfoliation. Bila kita scrub, daki-daki tidak akan sempat berkumpul di dalam liang dan tepi roma kita untuk menyebabkan dinding pori meregang. Jadi dia akan membuatkan pori nampak lebih kecil.
Okay, jangan malas untuk selamatkan kulit. Anda lakukan sekali seminggu pun dah ada kesannya. Janji, rajin. Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tampil Jelita & Anggun Di Usia 40an, Rupanya Racun Lebah Rahsia Kecantikan Kate Middleton. Sejak bergelar isteri kepada Putera William, beliau memang pandai menjaga penampilan menjadi sebahagian keluarga diraja. Penampilannya memang sangat jelita, anggun dan sedap mata memandang.
Apatah lagi dengan personaliti serta senyuman manis yang sentiasa terukir di bibir menjadikan Kate Middleton, 40 tahun sangat popular di seluruh dunia.
Kelibat dan penampilannya di khakayak sering ditungggu-tunggu, bahkan aura isteri kesayangan Puteri William ini diibarat seperti mendiang ibu mertuanya, Lady Diana.
Dan terbaru sekali lagi penampilan Kate menjadi tumpuan apabila mengenakan dress putih dengan padanan tiara Lover’s Knot yang juga dikatakan menjadi kegemaran Puteri Diana.
The Lover’s Knot dibuat oleh ahli perhiasaan Kerajaan Inggris, Garrard pada tahun 1914 lalu.
Kate hadir ke majlis jamuan kenegaraan pertamanya sejak menyandang gelaran Princess Of Wales. (Sumber Kompas.com)
Jamuan ini diadakan sebagai sebahagian daripada rangka lawatan negara pertama pemerintahan Raja Charless III yang mengalu-alukan kehadiran Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa ke U.K.
Tiara itu berhiaskan mutiara berbentuk air mata yang dilengkapi berlian, membuatnya bentuknya begitu indah sekaligus berat.
Di antara ramai-ramai selebriti dan kenamaan, Duchess of Cambridge, Kate Middleton antara yang menjadi perhatian ramai yang kagum terhadap kulit wajahnya sehingga menimbulkan rasa ingin tahu.
Ramai terkejut apabila mengetahui petua kecantikan isteri Putera William itu adalah racun lebah!
Sumber melaporkan, Kate membayar sekitar AS$325 (RM1,300) untuk satu sesi bagi menikmati rawatan wajah menggunakan racun lebah.
Namun sesuai dengan harganya, racun lebah mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kulit.
Dalam satu kajian yang dilakukan mendapati ia mampu secara aktif mengurangkan dan melambatkan proses penuaan serta menghilangkan kedutan di wajah.
Oleh sebab itu, ia semakin mendapat perhatian dalam kalangan orang muda bagi mengambil langkah pencegahan dengan menggunakan rawatan racun lebah.
Rawatan wajah menggunakan racun lebah juga memberi tambah nilai kerana ia bersifat anafilaksis dan mampu menegangkan otot wajah, selain meningkatkan peredaran darah wajah.
Semua elemen ini sekaligus membuatkan wajah anda lebih bercahaya dan bersinar. Jadi tak hairan, Kate nampak sentiasa cantik setiap kali gambarnya dirakam kamera.
Selain Kate, antara selebriti yang melakukan rawatan serupa termasuklah Gwyneth Paltrow dan Victoria Beckham.
Sebenarnya tak ramai yang rajin prep muka sebelum mekap sebab nak cepat keluar ke mana-mana. malah yang duduk di rumah pun, mungkin langsung walau sekadar sunscreen. Apatah lagi sunscreen yang berfungsi melindungi kulit daripada sebarang cela.
Anda tahu tak prep muka sebelum mekap sangat penting bagi tidak merosakkan kulit muka dan tak nak mekap crack mudah.
Hanya perlukan 3 barang sahaja untuk prep muka sebelum mekap, jom buat!
Pakai pelembap untuk lembabkan kulit dan nak elakkan kulit jadi kering.
Sila pilih pelembap yang jenis cream kalau anda kulit jenis keri. Kulit berminyak boleh pakai jenis gel.
Sapu di semua bahagian muka dengan lembut dan sekata.
Kena pakai sunscreen! Sunscreen sangat penting dan tak kisah lah any brand yang anda nak pakai.
Sapu dekat muka, leher dan tangan. Muka akan jadi lembut dan lembab.
Akhir sekali pakai face mist. Face mist ni best sangat tau sebab akan bagi effect sejuk dan fresh! Lepas pakai 3 item ini kulit akan jadi extra moist dan licin.
Jadi bila sapu foundation memang boom! Nampak smooth dan natural.
Menarik, bukan? Lepas ikut rutin ini anda boleh nampak smooth sangat dan yang paling penting mekap pun tahan lama dan tak crack even keluar pagi ke malam.
Owh ya, anda boleh dapatkan tiga barang ini di mana-mana drugstore berdekatan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.