
Masalah blackhead ini merupakan jenis pori tersumbat yang terbuka. Biasanya ramai yang berdepan dengan masalah pori terbuka, sama ada teruk atau tidak.
Hilangkan Masalah Blackhead
Ini tip yang jimatkan duit poket, boleh amalkan dan terbukti berkesan. Perasaan lepas buat skrub ni memang best, rasa licin je kulit wajah. Tetapi jangan buat setiap hari ya, sebab soda bikarbonat agak menghakis. Masa buat pun, akan rasa pedih-pedih sikit. Tapi ok je.
Bahan-bahan:
2 sudu teh serbuk Soda Bikarbonat
1 sudu besar jus Lemon

Cara Membuat:
1. Cuci wajah sehingga bersih terlebih dahulu.
2. Campurkan serbuk soda bikarbonat dan jus lemon, serta kacau rata. (jadikan seperti pes skrub)
3. Sapu campuran soda bikarbonat tadi di bahagian berbintik. hitam,terutama bahagian T Zone (hidung dan dahi).
4. Gosok perlahan-lahan dan biarkan kering seketika.
5. Akhir sekali, cuci muka dengan air suam sampai bersih.

Hasilnya, memang terbukti berkesan. Bintik hitam hilang, kulit wajah pula akan rasa lembut dan licin je.
Lakukan seminggu sekali sahaja.
Untuk nota cantik, scrubbing merupakan salah satu cara exfoliation. Bila kita scrub, daki-daki tidak akan sempat berkumpul di dalam liang dan tepi roma kita untuk menyebabkan dinding pori meregang. Jadi dia akan membuatkan pori nampak lebih kecil.
Okay, jangan malas untuk selamatkan kulit. Anda lakukan sekali seminggu pun dah ada kesannya. Janji, rajin. Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berkulit Gelap Pun Cantik, Ketahui Cara Jaga Kulit Wajah Macam Rihanna

Bertuahnya anda yang berkulit gelap, masalah jeragat pasti tak akan timbul. Namun masih ramai yang gagal membelai kulit wajah dengan betul membuatkan anda nampak kurang berseri.
Buat anda yang masih mencari tip kecantikan bagi kulit gelap, boleh ambil langkah rutin kecantikan seperti penyanyi Barbados yang juga pengusaha kosmetik, Rihanna.
Berkulit Gelap, Ini Tip Cantik Untuk Anda

Bagi mendapatkan kulit wajah yang sihat, bercahaya dan glowing, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Umbrella’ ini mempunyai cara yang khusus untuk merawat wajahnya. Dalam sebuah video yang bertajuk, ‘Go To Bed With Me’ dengan Harper’s Bazaar yang dimuat naik pada 4 Ogos, Rihanna mendedahkan beberapa rutin penjagaan kulit wajahnya.
“Ini adalah rutin penjagaan kulit saya sebelum tidur, tetapi sebenarnya sama dengan rutin penjagaan kulit pada waktu pagi jika saya keluar tanpa sebarang solekan. Ketika melakukan rawatan muka, saya biasanya tidak menggunakan tisu basah atau kapas kerana saya ingin menyelamatkan bumi.” kata penyanyi yang senang digelar Riri.
Jadi, jom kita tengok bagaimana langkah-langkah penjagaan wajah secara sederhana dan tidak memerlukan waktu yang lama ala-ala Rihanna.
Membersihkan Kulit Wajah

Boleh dikatakan sebilangan besar wanita akan mengenakan alat solek setiap hari bagi menjaga penampilan mereka dan Rihanna juga tidak terkecuali bagi menjaga keperluan penampilannya.
Nak mengelakkan kulit wajahnya dari jerawat atau masalah kulit yang lain, Rihanna mengakui dia akan memastikan kulitnya dibersihkan dengan menggunakan pembersih 2 dalam 1 dari jenama Fenty Skin Total Cleanser Remove It All Cleanser.
Daripada menggunakan teknik pembersihan 2 kali ganda dengan pelbagai produk pembersih wajah, Rihanna sangat menyukai produk pembersih ini kerana dapat menghilangkan solekan dan membersihkan wajah sekaligus.
“Saya melakukan ini secara berkala pada waktu pagi dan malam, tidak kira pada hari itu saya memakai alat solek ataupun tidak.”
Pemakaian Toner

Setelah membersihkan wajahnya, Rihanna meneruskan langkah penjagaan wajahnya dengan penggunaan toner. Dilaporkan, salah satu produk kegemaran Rihanna adalah Fenty Skin Fat Water Pore-Refining Toner Serum.
Rihanna memilih produk ini kerana ia berbeza dari kebanyakan toner yang lain. Produk ini dikatakan berfungsi 2 dalam 1 iaitu sebagai toner dan juga serum. Oleh sebab itu, teksturnya lebih tebal tetapi masih terasa ringan.

“Toner ini dapat menjadikan kulit wajah lebih lembut, lembap dan dapat mengecilkan pori-pori. Ia juga menjadikan wajah saya kelihatan lebih muda walaupun usia saya sebenarnya sudah 32 tahun.” kata Rihanna sambil ketawa.
Semasa menggunakan toner, Rihanna selalu menuangkan toner ke tapak tangan dan menyapu ke seluruh wajah sambil menepuk dengan lembut. Menurut Rihanna, cara ini secara langsung dapat mengurangkan sisa kapas ketika menggunakan toner.
Menggunakan Pelembap Dan Sunblock

Walaupun Rihanna memiliki warna kulit yang sedikit gelap, itu tidak bererti Rihanna tidak memerlukan pelindung matahari atau sunblock.
Menurut Rihanna pelindung matahari adalah langkah penjagaan wajah yang paling penting yang dapat melindungi kulit dari kerosakan atau kesan buruk akibat dari sinaran UV. Oleh itu, pelindung matahari atau sunblock dengan SPF yang sesuai sangat diperlukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira jenis dan warna kulit.
Pilihan Sunblock
Untuk sunblock, Rihanna sangat menyukai produk Fenty Skin Hydra Vizor Invisible Moisturizer Broad Spectrum SPF 30 Sunscreen. Menurut Rihanna, selain dapat melindungi kulit dari sinaran UV, produk ini juga dapat memberikan kelembapan pada kulit wajah.
“Sebilangan besar produk pelindung matahari yang dijual di pasaran biasanya meninggalkan kesan putih setelah disapu ke muka, tetapi tidak pada produk ini. Kerana saya ingin semua wanita dengan apa jua warna kulit dapat menggunakan pelindung matahari dan pelembap tanpa meninggalkan kesan putih atau kelabu pada wajah.” katanya.
Jadi buat anda yang berkulit gelap, boleh lah cuba tip cantik ini untuk kekal awet muda dan naikkan seri wajah tanpa menggunakan mekap yang tebal.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
‘Dah Tak Peduli Keluar Tanpa Mekap’. Lisa Surihani Kini Lebih Selesa Tampil Natural Beauty!

‘Dah Tak Peduli Keluar Tanpa Mekap’. Lisa Surihani Kini Lebih Selesa Tampil Natural Beauty! Kebiasaannya wanita dan dunia kecantikan tidak boleh dipisahkan.
Pantang keluar rumah tanpa sebarang calitan mekap di wajah kerana ada yang merasa kurang yakin dengan penampilan diri.
Tetapi bagi selebriti ini tiada masalah untuk melakukannya kerana lebih senang berwajah natural.
Bagi pelakon Lisa Surihani yang kini tampil menutup aurat sepenuhnya lebih senang berwajah natural tanpa sebarang mekap dikenakan jika keluar ke mana-mana.
‘Dah Tak Peduli Keluar Tanpa Mekap’
Artikel Lain: Pantang Makan Malam & Rajin Bersenam. Rahsia Cantik & Awet Muda Kuza Di Usia Lewat 49 Tahun!
Dalam satu artikel di Astro Gempak, Lisa mengakui dia sudah tidak kisah lagi mengenai penggunaan peralatan make up, malah dia berasa sudah malas untuk menata wajahnya ketika keluar ke mana-mana.
“Saya sebenarnya dah malas nak fikir sangat pasal make up apabila pergi keluar, kadang rasa tak suka pun nak pakai.
“Kalau ada komen netizen yang kata lebih suka saya tanpa make up, saya tidak berapa pasti berkenaan itu.
“Saya sendiri tidak fikir terlalu terperinci berkenaan isu menggunakan atau tidak menggunakan make up semua ini,” katanya yang ditemui ketika pelancaran program Next To Neelofa di Astro Bukit Jalil baru-baru ini.
Artikel Lain: Dah 43 Tahun Tapi Macam 30an. Minum 2 Liter Air Kosong Sehari, Rahsia Awet Muda Sarimah Ibrahim!
Lisa Surihani Kini Lebih Selesa Tampil Natural Beauty
Lisa juga turut berkongsi mengenai melatih dirinya untuk terus beristiqomah.
“Alhamdulillah jalan untuk saya dibuka dengan mudah. Walaupun sibuk uruskan anak-anak, tetapi ada sahaja waktu untuk saya melakukan beberapa aktiviti ibadah seperti mengaji dan memasuki kelas agama.
“Apabila bercerita mengenai istiqomah itu bukan perkara mudah. Hati kita sentiasa berbolak balik, namun perlu juga sentiasa mendoakan antara satu sama lain. Insyaallah dengan berdoa pada Allah, segala urusan kita dipermudahkan.
“Untuk saya kalau nak terus istiqomah, kena ada minat dan disiplin. Tanpa kedua-dua perkara itu agak sukar untuk seseorang terus beristiqomah mencari reda Allah,” tambahnya yang juga salah seorang tetamu jemputan untuk program itu nanti.
Artikel Lain: Lisa Surihani Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Di Usia 35 Tahun. Baby & Mummy Dalam Keadaan Baik!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kulit Bebas Masalah Jeragat Dan Parut Jerawat, Siap Jadi Glowing Lagi!

Ada tak yang berniat nak kulit bebas masalah jeragat dan parut jerawat? Kali ini nak kongsi tip macam nak buang segalan cela yang dah lama singgah di wajah. Mungkin anda dah pakai macam-macam tetapi parut tetap tak hilang pun.
Kulit Bebas Masalah Jeragat Dan Parut Jerawat, Siap Jadi Glowing Lagi!

Ada 4 produk yang mampuk tunjuk kesan dan selamat untuk semua jenis kulit seawal 2 minggu!
Haa… ini adalah bahan-bahan yang boleh hilangkan masalah jeragat dan parut jerawat di wajah:
1. Arbutin
2. Alpha Arbutin
3. Niacinamide
4. Vitamin c
5. Kojic Acid
6. Tranexamic Acid
Cuba anda check balik, produk yang anda pakai sekarang, ada tak bahan ini semua.
Hari ke-5 untuk 30 hari puasa, 30 skincare tips!
✨Kulit bebas parut dan jeragat✨ untuk glow di Hari Raya. pic.twitter.com/txwGAZQay7
— Valent Skin Beraya #ScarRelax (@ValentSkin) April 9, 2022
Antara produk yang paling popular adalah:
1. Axis-Y Dark Spot Correcting Glow Serum

Boleh hilangkan dark spots, jeragat dan parut jerawat.
2. Purito Vitamin C

Ini serum nombor satu dekat Korea.
3. The Raw Ethylated Escorbic Acid

Atau pun boleh guna produk daripada Malaysia ini, masih Vitamin C serum yang diformulasikan dengan Niacinamide dan vitamin E.
4. YELLO Snowmeric Serum

Ini pun bagus untuk kulit sebab ada tranexamic acid.
Jadi, sila lah cari segera beberapa poduk terbaik ini! Siapa tahu, lepas pakai kulit anda lebih bersih dan sihat tanpa cela. Tak payah mekap tebal semata-mata nak tutup parut jerawat dan jeragat.
Sesuai untuk lelaki dan perempuan ya, selamat mencuba!
Kredit video: Valent Skin
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!


