Bertuah orang yang ada lesung pipit, auto akan nampak manis dan awet muda. Mana tidaknya, setiap senyuman mempunyai aura istimewa kerana lekuk pada wajah ini jadi bonus untuk naikkan seri. Sekali senyum, tergoda!
Biasanya lesung pipit akan terlihat pada kedua-dua belah pipi, tetapi ada yang memiliki lesung pipit hanya pada sebelah bahagian pipi.
Di sebalik manisnya senyuman anda, ikuti beberapa fakta dan kelebihan lesung pipit yang mungkin belum pernah anda ketahui sebelum ini.
Bertuah Orang Ada Lesung Pipit
Berikut adalah 5 fakta dan kelebihan lesung pipit yang menarik untuk anda tahu.
1. Hanya 20% Manusia Yang Memilikinya
Seperti statistik yang dilaporkan oleh The Daily Health Gen, hanya 20% daripada manusia di dunia ini yang memiliki lesung pipit.
Sebenarnya ini adalah satu jenis ‘kecacatan’ pada otot wajah yang amat dicemburui ramai.
Jadi, anda bukan saja salah satu daripada mereka yang amat bertuah, tetapi juga sangat unik!
2. Ramai Yang Tertarik Dengannya
Tak kiralah bagaimana rupa atau ‘mood’ anda ketika memandang kamera, wajah anda tetap menawan walaupun hanya dengan sedikit senyuman yang dipaksa.
Ads
Ini sudah cukup kelihatan asli dan berhasil ‘mengaburi’ mereka yang memandang anda.
Kajian American Journal of Physical Anthropology mendapati bahawa lesung pipit adalah antara ‘added value’ yang menambahkan lagi daya penarik seseorang.
3. Anda Kelihatan Lebih Muda
Perasan tak, orang yang ada lesung pipit ini nampak ‘baby face’ sangat! Saintis sendiri mengakui bahawa kelebihan lesung pipit ini menjadikan seseorang kelihatan muda walaupun semakin berusia.
Ini kerana, lesung pipit amat sinonim dengan bayi atau anak kecil.
Ads
Secara tidak langsung, bahagian otak kita secara automatiknya akan menerima maklumat ini dan memainkan peranan untuk memberitahu kita maklumat ini setiap kali memandang lesung pipit seseorang.
4. Nampak Lebih Ceria
Setiap kali anda tersenyum, orang sekeliling turut terpengaruh dengan aura keceriaan yang disebarkan oleh anda.
Malah, ada orang yang melihat anda akan rasa seperti ‘ditusuk’ terus hingga ke jantung.
5. Ramai Selebriti Menjadi Lebih Popular Sebab Berlesung Pipit
Menurut laman web Time For Healthy Food, lebih 60% bintang Hollywood memiliki lesung pipit.
Walaupun kebanyakan daripada mereka memilikinya secara semulajadi, ada juga yang sanggup melakukan pembedahan semata-mata untuk mendapatkan lekukan ini.
Ads
Bagi yang belum tahu, mesin untuk mencipta lesung pipit ini pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 1936.
Hebat bukan penangan lesung pipit ini?
Lesung Pipit Boleh Menjadi Pudar
Sungguhpun lesung pipit ini selalunya diwarisi oleh genetik, anda tidak semestinya akan memilikinya buat seumur hidup.
Ramai yang tak tahu bahawa lesung pipit masih boleh memudar dan seterusnya menghilang bergantung kepada otot wajah anda.
Selain dikaitkan dengan pertambahan berat badan, proses penuaan juga adalah antara faktor yang menjadikan lesung pipit yang dimiliki semakin kurang kelihatan.
Namun, macam mana pun rupa fizikal yang Allah kurniakan, kita seharusnya sentiasa bersyukur dan memandangnya dari sudut yang positif. Hargai sahaja wajah anda walau tanpa kesung pipit!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mempunyai daya tarikan mempesonakan, pelakon Daiyan Trisha kelihatan cantik dan manis dengan aura tersendiri.
Berkulit cerah dan mempunyai sepasang yang cantik, pastinya memukau sesiapa sahaja yang memandangnya. Dari rambut sampai ke kaki, memang nampak ‘segak’ dalam usia 29 tahun.
Agaknya, macam mana Daiyan menjaga kulit wajahnya sehingga nampak natural beauty, tak perlu pun nak solek tebal.
Kongsi Tentang Penjagaan Rambut
Menerusi satu temu bual EH!, Daiyan pernah berkongsi soal kecantikan. Bila disoal tentang penjagaan rambut, biasanya jika di rumah dan tidak bekerja, dia lebih senang membiarkan rambut kering sendiri. Penggunaan pengering rambut selalu sebenarnya tak bagus sebab boleh membuat rambut menjadi kering.
Dan macam biasa, alat solek yang sering ada di dalam beg tangan Daiyan ada dua item iaitu bedak kompak dan lip balm. Kedua-duanya wajib ada untuk cantik!
Cara Daiyan Trisha Bersihkan Solekan
Aktif dalam bidang lakonan, jadi wajah akan selalu dihias dengan mekap. Jadi untuk bersihkan kulit daripada solekan, biasanya dia akan menggunakan micellar water dalam dua ke tiga kali sebelum pencuci muka.
Jika solekan ada menggunakan produk yang kalis air (waterproof), Daiyan akan gunakan pencuci berasaskan minyak. Jika tidak dicuci betul-betul akan membuatkan mata tak selesa.
Tentang Jodoh
Pemilik nama sebenar Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin itu juga menyerahkan perihal jodoh atau siapa bakal imamnya nanti kepada Allah.
Daiyan juga memaklumkan, buat masa sekarang, dia mahu lebih fokus kepada kehidupan dan kariernya sendiri tanpa diganggu perkara yang tidak penting.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebimbangkan mengenai kes kematian di luar hospital akibat Covid-19 atau Brought In Dead (BID) apabila kemunculan varian baharu yang dilaporkan tidak mempunyai gejala.
Kes BID merujuk kepada kematian di luar hospital dan kematian disahkan disebabkan Covid-19 selepas proses bedah siasat dilakukan.
Malah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mendedahkan, kes BID dalam kalangan golongan muda berusia bawah 30 tahun saban hari menunjukkan peningkatan.
Apa itu BID yang sangat membimbangkan kita ini. Ikuti penjelasan Dr Samhan menerangkan gejala ini yang boleh berlaku tanpa kita sedari.
Kematian di rumah dan tak sempat bawa ke hospital
Singkatan lain bermaksud meninggal dunia sebaik tiba di hospital atau kritikal dan menunggu masa untuk ‘pergi’
Ini pula yang baru saja meninggal dan perlu persiapan ‘simpan mayat’
Purata 7 atau 8 kes setiap hari, sebabnya varian telah bermutasi & kadar jangkitan sangat tinggi
Tiada gejala tapi melompat terus pada paru-paru. Individu yang ada masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, jantung
Antibodi lemah untuk melawan virus. Jangan ambil mudah jika selesema
Kebiasaanya selain demam dan selesema, salah satu tanda diserang virus Covid-19 adalah apabila hilang deria bau.
Tetapi bagi virus jenis Omicron ini tidak menyebabkan penghidapnya ‘hilang’ seria bau seperti varian Delta.
Pakar Perubatan Patologi (Mikrobiologi dan Imunologi) Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Dr Masita Arip, berkata itu satu daripada perbezaan ketara antara gejala varian Omicron dan varian Delta.
“Selain itu, varian Omicron juga tidak menyebabkan demam dengan suhu tinggi seperti pesakit COVID-19 varian Delta sebelum ini. Antara gejala utama dibawa varian Omicron adalah sakit kepala dan loya.
“Orang ramai yang mempunyai gejala demam dan sakit kepala dinasihatkan mendapatkan rawatan segera,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV baru-baru ini.
Dr Masita berkata, gejala dialami penghidap varian Omicron lebih singkat iaitu kurang lima hari berbanding varian Delta.
Beliau berkata, masyarakat Malaysia perlu bersikap matang dalam menghadapi situasi melawan pandemik COVID-19 dengan segera mendapatkan rawatan apabila bergejala, sentiasa mengamalkan kawalan kendiri dan mengambil dos penggalak supaya mempunyai imuniti terhadap varian berkenaan.
Katanya, individu yang melakukan ujian kendiri COVID-19 di rumah dan mendapati diri mereka positif perlu jujur serta bertanggungjawab dengan tidak keluar rumah dan membahayakan orang lain. – BERNAMA