Melihat penampilan si cantik Nelydia Senrose yang kini sudah berhijab setelah pulang dari melakukan umrah Disember lalu.
Dia tampil santun dengan hijab digayakan menyerlahkan lagi keserian wajah adik kepada Uqasha Senrose ini.
Biarpun tidak memberitahu secara langsung perubahan dirinya, tetapi Nelydia akui dia kini dalam proses pembelajaran berhijrah dan mohon dirinya diberi istiqamah.
“Saya mahu jalani proses penghijrahan ini selangkah demi selangkah tetapi pasti… Saya memang ke arah itu. Saya cuma tidak berani cakap lebih.
“Saya tidak mahu terlalu drastik seperti melangkau urutan abjad A hingga terus Z. Budak belajar berenang pun tidak dicampak terus ke tempat dalam… Bimbang lemas.
“Sama juga seperti saya yang masih bertatih. Saya dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan agama Islam.
“Kebetulan kita hendak sambut Ramadan, ini salah satu cara untuk menghormati bulan itu,” katanya kepada BH Online.
Nelydia yang juga adik kepada Uqasha Senrose berkata, dia mahu menjadi muslimah yang lebih baik.
“Sekembali dari umrah, saya perlahan-lahan bertudung. Dapat berkunjung ke Arab Saudi, dikira lokasi itu sesuai untuk kita berhijab.
“Saya mula belajar, apa yang terdedah ditutup sedikit demi sedikit… Aturan itu sangat cantik,” katanya yang menikahi ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.
“Saya mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hidup ini. Jujur takut andai tersilap percaturan, hati boleh berubah.
Ads
“Namun saya tidak bermaksud menidakkan apa yang salah tetap salah. Hati kita Tuhan yang pegang dan bila-bila masa boleh tersasar.
“Hari ini okay, esok, jadi lain. Namun, saya tidak lupa berdoa memohon diri terus istiqamah. Doa baik-baik untuk sesuatu yang lebih manis itu tentunya jadi azimat,” katanya yang tidak gentar keputusan bertudung menjejaskan karier seninya. Malah, akuinya, beberapa projek telefilem bakal dijayakannya.
“Saya percaya Tuhan itu pemegang rezeki kita. Saya tak gentar dan takut. Setiap daripada kita ada ujian masing-masing.
“Boleh jadi kalau Tuhan sekat rezeki kita, itu adalah sesuatu yang baik. Demikian juga jika beroleh rezeki, ia mungkin boleh memudaratkan kita.
“Saya percaya apa yang berlaku, contohnya, tiada rezeki berlakon itu bermakna Tuhan melindungi kita untuk sesuatu yang lebih baik,” katanya lagi.
Ramai antara kita yang sering mengabaikan penjagaan wajah ketika mahu masuk tidur.
Tetapi tahukah bahawa penjagaan wajah sebelum masuk tidur juga penting bagi memastikan kulit kekal terjaga dengan sebaiknya.
Sebenarnya, rutin penjagaan pada waktu malam penting dan perlu diambil berat. Barulah anda akan kelihatan lebih cantik bila bangun pagi.
Di sini disediakan lima tip yang boleh anda amalkan setiap malam sebelum tidur. Mahu cantik kena berusaha sedikit demi mengekalkan kecantikan wajah dan kesegaran tubuh badan tatkala bangun dari tidur.
Walau penat sekalipun rutin ini wajib dilakukan, iaitu sebelum tidur muka telah dicuci sebersih yang mungkin, jangan lupa untuk menggunakan teknik double cleanse.
Teknik ini dapat memastikan kulit muka bebas dari segala sisa kotoran dan paling penting make up, jika tidak proses regenarasi sel kulit akan terbantut dan ini akan menyebabkan jerawat muncul di wajah. Jika perlu, pakai make up remover ataupun petroleum jelly untuk lebih senang hilangkan make up dan juga kotoran yang lain.
2. Sapu Pelembap Malam
Ramai yang tidak suka pelembap kerana merasa wajah akan melekit ketika tidur. Sebenarnya jika anda pakai pelembap ia membantu mengelakkan kulit menjadi kering ketika tidur. Terutama jika anda tidur di tempat sejuk atau berhawa dingin. Apabila kulit kering, penuaan cepat berlaku.
Banyak kajian menyatakan tabiat tidak menggosok gigi sebelum tidur boleh mengakibatkan masalah kesihatan serius. Antaranya seperti masalah jantung. Jadikan ia rutin secara kosisten sebelum tidur untuk mengurangkan risiko penyakit. Bukankah tidur anda akan menjadi lebih selesa bila gigi bersih.
4. Minum Segelas Air Lemon
Manfaat air lemon sebelum tidur akan memberi hidrasi pada tubuh dan membantu membersihkan kulit ketika tidur. Kulit akan lebih anjal dan berseri-seri apabila bangun tidur. Ia juga membantu mempercepatkan metabolisma, meningkatkan tenaga serta emosi.
5. Gunakan Masker Sebagai Penjagaan Tambahan
Tip terakhir sebelum tidur amalkan pemakaian masker atau topeng penjagaan kulit. Ia penjagaan tambahan untuk kulit, cukup diamalkan tiga atau empat kali seminggu.
Rasa bertuah bila mekap artis Lady Gaga dan duta seni global untuk Marc Jacobs Beauty, Sarah Tanno sudi kongsikan beberapa tip solekan untuk kelihatan flawless dengan menggunakan mekap.
Nah, Mekap Artis Lady Gaga Kongsikan Tip Jadikan Kulit Flawless!
Kita selalu bersolek dan kadang-kadang bila tengok hasilnya, pasti ada yang kurang atau tak flawless macam yang dibayangkan. Jadi apakah tip daripada Sarah?
Mascara
Banyak version kan bila nak pakai mascara. Tetapi bagi Sarah, gunakan berus make-up atau cotton bud dan diletakkan di belakang bulu mata untuk elak daripada lebihan mascara terkena kulit dan seterusnya solekan menjadi rosak atau comot.
Untuk cara yang lebih berkesan, gunakan spoolie yang bersih ketika mengenakan mascara. Ini akan membuatkan daripada bulu mata anda menjadi melekat dan menjadi tebal. Jika anda mahu extra lift, gerakkan berus mascara anda secara menegak pada bulu mata yang telah dilapisi dengan mascara.
Kulit Glow
Part wajib! Anda sepatutnya meletakkan pelembap dan primer agar wajah sentiasa terhidrat sepanjang hari.
Menurut Sarah, pelembap menghidrat dan exfoliates dalam masa yang sama. Jadi ini menyebabkan solekan anda blend in ke dalam kulit dan memberikan hasil akhir yang sangat cantik.
Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, prep kulit anda dengan matte primer pada T-zone. Ini kerana primer akan mengurangkan tekstur dan garis halus yang tidak rata serta liang pori.
Sarah menyarankan untuk tidak menggunakan foundation tetapi concealer.
“Disebabkan kita berada di kawasan yang beriklim sedikit panas, kita perlu berpegang dengan prinsip less is more. Jika kita terlalu menggunakan banyak solekan, ini akan menyebabkan foundation tidak berfungsi, malah akan mencacatkan lagi hasil solekan,” ujarnya.
(Tip: Letakkan juga concealer pada bahagian bawah bibir untuk atau gunakannya sebagai kontur.)
Flawless Finish
Jangan letak bedak di seluruh wajah tetapi letak di bahagian yang perlu sahaja. Bagi Sarah, daripada menggunakan bronzer, beliau lebih gemar memakai bedak pada bahagian wajah yang perlu touch-up sahaja. Jika gunakan bedak pada keseluruhan wajah, ini akan merosakkan solekan yang tidak memerlukan touch-up.
Anda patut cuba tips daripada Sarah kerana hasilnya mungkin akan membuatkan anda kagum dan pasti rakan-rakan anda cemburu.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
a. Durian kaya bahan asid amino tryptophan – Bahan ini menenangkan fikiran dan sesuai untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur).
b. Durian merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur. Bahan organosulfur (bahan bau) bersifat antikanser, antioksidan, antimikrob dan melindungi jantung.
c. Jika kita makan 100 g durian, kandungan kalorinya adalah 147 berbanding nasi – 151
d. Pesakit kencing manis tidak boleh makan durian secara berlebihan. Ada kajian menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetis. Namun, peratus penurunan gula darah oleh kulit durian lebih rendah berbanding glibenklamid (‘ubat’ hospital)
f. Ada kajian menunjukkan makan isi durian pada kadar tinggi boleh tingkatkan kadar denyutan jantung. Justeru makan ikut kadarnya
g. Durian kaya potassium. Kandungan potassium dalam isi durian adalah 426 mg dalam 100g isi durian. Justeru untuk sesiapa yang ada masalah buah pinggang, dinasihatkan jangan makan berlebihan
h. Elak makan durian bersama paracetamol. Ini kerana dikhuatiri boleh sebabkan kesan toksik. Ujian ke atas tikus mendapati kombinasi durian dan paracetamol boleh menyebabkan suhu badan turun mendadak dan ia mungkin mendatangkan kesan toksik.
i. Durian juga tidak boleh dimakan bersama-sama minuman alkohol. Kes klinikal menunjukkan seorang wanita di India mati selepas makan durian bersama minuman beralkohol. Kombinasi alkohol dan durian boleh menyebabkan kembung perut. Memandangkan tapai juga mengandungi alkohol walaupun pada kadar yang rendah, memakan buah durian bersama tapai sebaiknya dielakkan.
Justeru makanlah durian ikut kadarnya dan mengikut cara yang betul
1.Sebelum ini, belum ada kajian khusus tentang kaedah untuk kurangkan bau nafas selepas makan durian.
2.Walaubagaimanapun, terdapat kajian yang dilakukan ke atas bawang putih. Bawang putih kaya bahan berbau yang dikenali sebagai sulfur, sama seperti durian.
4.Bahan sulfur ini banyak manfaat kesihatan (khususnya antikanser), tetapi, jika terlebih makan bawang putih @ durian, perut akan jadi kurang selesa.
5.Menurut Prof Barringer dari Food Science and Technology, Ohio State University, USA. Minum susu sebelum dan selepas makan bawang putih akan kurangkan bau nafas. Ini kerana bahan sulfur (bahan bau) akan diikat dengan protein dan lemak susu.
6.Minum susu segar sebelum makan bawang putih lebih memberi kesan berbanding minum susu segar selepas makan bawang putih. Justeru, kaedah yang sama mungkin boleh dilakukan sebelum makan durian. Iaitu minum susu segar sebelum makan durian.
7.Makan durian bersama santan juga boleh bantu elakkan nafas berbau selepas makan durian. Ini kerana bahan sulfur durian akan diikat oleh lemak santan dan protein susu dan bantu kurangkan nafas berbau durian.