Rutin cantik Belle Al Yahya cukup senang untuk diamal, cuma guna skrub tomato untuk hilangkan sel kulit mati di wajah. Itu dah cukup menjimatkan poket.
Kalau ikutkan ramai yang sibuk sampai tak sempat nak belek wajah, akibatnya wajah akan menjadi kusam, tidak berseri hingga menyebabkan ada yang nampak lebih tua dari usia sebenar.
Belle Al Yahya Amal Petua Arwah Ibu
Bagi pemilik jenama Bella Ammara, Syarifah Nabilla Al Yahya, atau dikenali Belle ini seorang yang begitu menjaga kecantikan kulit wajahnya.
Seperti orang lain dia juga pernah mengalami masalah jerawat tetapi pesanan arwah uminya supaya menjaga kulit wajah.
Arwah ibunya merupakan sumber inspirasi untuknya mementingkan penjagaan wajah.
Menurut Belle walaupun usia umminya ketika itu sudah 40 tahun, tetapi ramai yang ingat dia adalah kakak.
Ads
Bagi Belle lagi semua insan dilahirkan cantik tetapi cara pemakanan dan penjagaan kulit wajah memainkan peranan sangat penting.
Tambah Belle lagi jika seseorang itu memang cantik tetapi tidak jaga dari awal lama-lama kulit akan cepat berkedut, naik jeragat, jerawat dan banyak lagi masalah kulit lain.
Apatah lagi faktor gaya hidup dan cuaca yang juga penyumbang kepada punca masalah kulit.
Buat Skrub Tomato Di Rumah
Justeru ibu muda ini menyarankan bagi mereka yang tidak ada masa boleh membuat ‘face spa’ di rumah dengan melakukan skrub menggunakan tomato.
Ads
Skrub ini adalah untuk menghilangkan kotoran atau menanggalkan sel kulit mati. Selain dibuat skrub, tomato juga boleh dimakan begitu sahaja.
Belle tidak lokek berkongsi cara membuat face mask menggunakan tomato di laman sosialnya.
Tomato ini dicampur dengan madu atau minyak zaitun dan boleh juga dibuat dalam bentuk ais atau cara lain.
Minum Air Kosong
Dalam satu video yang pernah tular, Bella menunjukkan cara paling senang dan murah untuk membuat paper face mask.
Ads
Caranya hanya menggunakan kertas tisu dan tomato. Ini kerana bahagian tomato memang berair dan boleh terus sahaja sapu dan lekap pada wajah.
Cara ini sangat senang dan menurut Belle boleh dibuat ketika sedang melihat televisyen atau sebelum tidur. Hasilnya kulit akan jadi lembap dan licin.
Dia juga turut berpesan kita kena rajin untuk mendapat kulit yang cantik. Dia juga menasihatkan agar membuat face mask ini sebulan sekali jika masa terluang.
Selain rajin membuat face spa di rumah, Belle juga turut mengamalkan minum air kosong untuk menjaga kecantikan dirinya.
Golek guna bola tenis atau rendam dalam air herba, alternatif legakan sakit belakang & tapak kaki. Apabila seseorang berdepan masalah berat badan berlebihan pasti akan berdepan dengan situasi mengalami masalah sakit tapak kaki ataupun sakit belakang.
Jika alami masalah ini, akan menyebabkan rutin harian tergangu kerana ganguan sakit yang tidak menyenangkankan.
Salah satu cara untuk menghilangkan adalah dengan urutan tetapi cara ini hanya sementara dan sakitnya akan berulang kembali.
Namun perkongsian dari Public Health Malaysia ini boleh dicuba menggunakan tekni yang disarankan. Hanya guna bola tenis untuk mengurangkan sakit tapak kaki.
Permulaan melakukan teknik ini akan alami rasa sakit tetapi lama kelamaan rasa sedap dan berasa lega. Jadi bagi mereka yang ada masalah sakit tumit, sakiti bahagian bawah belakang dan otot-otot betis yang tegang boleh cuba teknik urutan ini.
1. Duduk tegak dan kaki di permukaan lantai.
2. Letakkan bola tenis atau massage ball di bawah tapak kaki.
3. Perlahan-lahan, golekkan bola tenis ke depan dan ke belakang.
4. Lakukan selama 3 minit.
5. Kemudian, ulang pada kaki yang sebelah pula.
Cara dilakukan ini mampu meregangkan tisu dan meredakan regangan otot, melegakan saraf yang terperangkan dan tingkat flesibiliti.
Ada juga yang pernah berkongsi cara tradisional untuk menghilangkan rasa sakit pada tumit kaki ini. Cara dibuat seperti berada di spa dan boleh dilakukan bila-bila masa sahaja.
Cuma kesannya bergantung pada individulah. Ada yang hilang sakit terus lepas sekali buat. Ada yang kena buat sampai tiga kali baru rasa betul betul berkesan.
Bahan-bahan yang diperlukan: – Garam – Halba – Serai – Halia – Lengkuas – Daun limau purut – Daun pandan
(Tambahan kalau ada, daun mengkudu, cekur daun sireh) – Sebenarnya boleh letak apa saja daun yang ada khasiat.
Alternatif Legakan Sakit Belakang & Tapak Kaki
Cara penyediaan:
Hiris atau ketuk bahan bahan di atas. Kemudian rebus sehingga mendidih.
Cara Penggunaan:
– Ambil air rebusan (termasuk bahan bahan) masukkan dalam baldi dan campurkan dengan air paip. Suhu ikut individu. Tapi jangan sampai melecur kulit. Kalau boleh paras air tu sampai boleh rendam dari kaki hingga ke lutut. Baru puas hati
*Masa rendaman tu akan terasa seolah-olah kaki kita disedut-sedut. Sangat selesa dan bau pun wangi kalah bau dekat spa.
#PS ini hanyalah penyediaan tradisional. Sekiranya sakit kaki tu berlarutan dan bertambah teruk, segeralah berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan yang sepatutnya.
Anda wajib tahu tip cuci tudung kalau nak pakai lama dan bentuknya terletak elok waktu sarung, barulah tak rasa rugi beli dengan harga yang ‘melambung’.
Dan tak kisahlah tentang harga, asal anda pandai jaga kualiti tudung untuk dipakai banyak kali dan tak perlulah membazir.
Sebenarnya tak susah pun untuk memastikan tudung sentiasa dalam keadaan baik, jom semak caranya.
Tip Mudah Cuci Tudung
Apa kata anda ikuti beberapa langkah mudah penjagaan tudung agar kualitinya sentiasa dalam keadaan baik.
1. Elak guna mesin basuh
Ingat ya, tudung bersifat ringan dan lembut. Justeru ia mudah rosak apabila dibasuh menggunakan mesin basuh. Apatah lagi, korang mencuci bersama pakaian yang berat seperti baju-T, jubah fabrik likra dan seluar jean.
2.Beg jaring
Kualiti benang hijab didapati akan rapuh tatkala ia ‘berbelit’ dengan pakaian lain di dalam mesin basuh. Namun begitu, bagi wanita yang ingin mencuci menggunakan mesin terbabit, cara terbaik adalah meletakkan tudung di dalam beg kain jaring. Beg berkenaan boleh dibeli di kedai perkakasan rumah atau pasar raya besar.
3.Jangan sental
Tudung sebaik-baiknya dibasuh menggunakan tangan, tetapi jangan disental dengan kuat. Memadai ia direndam di dalam baldi yang dicampurkan bahan pencuci dan pelembut fabrik antara 10 hingga 15 minit. Kemudian, bilas tudung dengan lembut menggunakan air bersih. Ketika menyidai pula elak memerah selendang atau tudung bawal terlalu kuat.
4.Elak cahaya matahari
Lazimnya, wanita akan mencari port pancaran matahari dengan harapan tudung cepat kering. Pun demikian, tahukah korang cara berkenaan tidak wajar dipraktikkan kerana ia akan menyebabkan warna tudung pudar, sekali gus tampak kusam.
5.Suhu rendah ketika menggosok
Seterusnya, apabila menggosok hijab pilihan jangan sesekali menetapkan suhu tinggi terutamanya pada tudung berasaskan fabrik lembut seperti sifon dan sutera. Haba panas melampau akan menyebabkan tudung terkoyak dan berlubang kerana terbakar.
Dapat sesuatu dalam perkongsian cuci tudung kali ini? Kalau mampu ubah, pasti warnanya tak cepat pudar dan boleh pakai banyak tahun sampai anak-anak pun masih mampu sarung. Jadi, usahakan yang terbaik ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau nak hilangkan jerawat di belakang badan, anda kena pastikan bersihkan diri dan waspada dengan bahan sabun yang anda gunakan.
Ada banyak faktor yang menjadi punca jerawat, antaranya hormon terutama perempuan dalam lingkungan umur subur.
Sesetengah masalah jerawat juga timbul akibat ketegangan dan tekanan emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin akibat penghasilan minyak dan sebum di kulit yang bertambah.
Selain itu, pendedahan kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas turut menyumbang masalah itu. Jangan risau, anda boleh cuba atasi dengan beberapa tip ini:
1. Gunakan Produk dengan Salicylic Acid Selepas Mandi
Setelah mandi, sapukan produk yang mengandungi Salicylic Acid di bahagian belakang badan. Bahan ini membantu membersih dan mengurangkan jerawat.
2. Gunakan Cleanser yang Mengandungi Benzoyl Peroxide
Pilih pembersih badan yang mengandungi Benzoyl Peroxide. Ia membantu mengawal pertumbuhan bakteria penyebab jerawat dan membersihkan kulit.
3. Tukar Baju Jika Berpeluh atau Cuaca Panas
Kebersihan adalah kuncinya. Jika anda kuat berpeluh atau berada di bawah cuaca panas, segera tukar baju untuk mengelakkan jerawat dari berkembang.
4. Gunakan Exfoliate Kurangkan Parut Jerawat
Amalkan pengelupasan kulit untuk mengurangkan parut jerawat di belakang badan. Pilih produk yang mengandungi bahan seperti asid glikolik atau asid laktik.
Ini Cara Tradisional Hilangkan Jerawat
Lulur boleh dibancuh dengan santan, yogurt atau air mawar hingga sebati, jangan terlalu cair. Basahkan kulit dengan air atau minyak zaitun untuk melembutkan kulit dan senang nak tanggalkan daki apabila menggosok.
Kemudian, sapu rata dan biarkan seketika hingga separa kering sebelum gosok perlahan untuk tanggalkan daki. Proses diteruskan dengan mandian bunga dan susu bagi menambah kesegaran badan yang membuat pelanggan berasa lebih tenang dan segar. Sapukan minyak urutan aromaterapi untuk memelihara kelembapan kulit.
Ingat, konsisten dengan rutin penjagaan kulit ini untuk hasil yang lebih baik. Jangan lupa untuk mengamalkan kebersihan diri secara menyeluruh.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!