Tak perlu duit banyak pun nak kekal awet muda, dengan bajet ciput pun anda boleh kekalkan kulit sihat tanpa masalah jerawat dan jeragat.
Namun kena pastikan buat langkah dengan cara yang betul dan rajin pakai. Bijak memilih produk, jaga kulit, dan tampil sederhana itu sudah cukup untuk menyerlahkan kecantikan
semula jadi. Jom ikut tip daripada Kween Lea, jimat sungguh!
Tip Kekal Awet Muda
Orang kata, kalau rajin pakai masker, kulit akan cantik semula jadi. Liang pori pun elok! Jadi rajinkan diri pakai waktu malam, ya.
Ads
Pakai saja yang sample pun, jimat! Ini anda boleh dapat bila beli mana-mana produk dan dapat free sample. Jimat!
Ads
Owh ya, jangan lupa bahagian kuku juga!
Ads
Tak perlu mekap yang tebal pun bila kulit sihat, nipis-nipis macam ini sudah cukup. Senang nak solat di mana-mana bila nak cuci pun mudah.
Apa yang penting, konsisten dan yakin dengan diri sendiri dan tahun bahan yang digunakan selamat untuk kulit atau sebaliknya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak kenal penyanyi dan juga aktivis, Heliza Helmi, 36 tahun, yang sering terbabit dalam aktiviti kemanusiaan.
Sebelum ini sering melihat penampilannya yang polos tanpa mekap dengan seluar atau baju labuh, tetapi lain sekali gayanya ketika di majlis pernikahan dan respepsi sempena hari bahagianya.
Heliza kelihatan sangat cantik mengenakan kurung moden putih ditaburi manik sedondon dengan pasangannya. Begitu juga pelitup muka juga turut bertatahkan taburan manik.
Untuk pengetahuan, Heliza telah selamat diijabkabulkan dengan suami di awal tahun baru di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya di mana Heliza menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.
Dalam satu posting di laman Instagram suami Heliza memberitahu daripada 7.8 billion manusia, hanya dia saja yang bertakhta di hati di jannah.
Satu cara paling mudah nak jadikan kulit anjal dan bebas jerawat, pastikan anda ada sebotol toner timun homemade di rumah.
Haaa… anda perasan tak ada banyak keluaran pencuci muka, losyen, masker atau apa-apa prodak kecantikan mesti tak lari dari bahan yang berasaskan timun?
Selain nak kurangkan lingkaran hitam dan eye bag, ramai tak tahu khasiat timun untuk kulit wajah.
Kandungan air, Vitamin C, Vitamin B1, Vitamin A, biotin dan potasium yang ada pada timun boleh atasi masalah kulit wajah berminyak, kering, dan sensitif.
Sel kulit mati dan kulit berminyak penyebab pori-pori tersumbat dan menyebabkan jerawat. Timun memiliki sedikit sifat astringen yang dapat mengecilkan pori-pori wajah.
1) Cegah dan kurangkan bintik hitam pada wajah
2) Kekal remajakan dan anjalkan kulit
3) Rawat dan hilangkan jerawat
4) Kecikkan pori-pori terbuka dan kurangkan kedutan kulit
5) Atasi sunburn akibat pancaran sinar matahari
Timun boleh diguna sebagai toner semulajadi. Bukan sekadar untuk dimakan je tau.
1) Basuh bersih timun. Hiris nipis dan blend bersama sedikit air sekadar nak mudahkan kisaran.
2) Oleskan ke seluruh wajah secara merata sehingga kering
4) Cuci degan air biasa, lapkan wajah dengan tuala lembut dan boleh rasai kelembutan dan toink toink je kulit bila di pegang.
5) Lebihannya, simpan di bekas kecil. Boleh disimpan selama 3 hari di chiller, 3 bulan peti ais beku. Bila nak guna ambik je dalam peti sesiap.
Kepada yang alami muka breakout atau bermasalah akibat salah pemilihan skincare disyorkan cuba ya. Pasti terkejut dengan kesannya dan mesti jatuh cinta punya lah.
Selamat mencuba ya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ini antara tip solekan bebas daripada cakey dan comot, yang best mekap akan tahan lama seharian, barulah yakin nak keluar masuk majlis tertentu.
Nak-nak cuaca panas, memang mekap akan terusik kalau anda main pakai tanpa tahu syaratnya! Jom semak apa yang anda perlu lakukan.
Tip pertama untuk mekap tahan lama sepanjang hari adalah dengan memampatkan (compress) wajah menggunakan ketulan ais.
Siapa sangka memampatkan muka dengan ketulan ais sebenarnya boleh menghasilkan solekan yang tahan lama. Bonus, ketulan ais juga boleh membuatkan pori muka nampak lebih kecil yang menyebabkan pengeluaran sebum dan peluh berlebihan akan berkurangan.
Balut beberapa ketul kiub ais ke dalam tuala bersih. Selepas itu, letakkan dan diamkan tuala yang mengandungi ketulan ais di muka seketika. Pastikan anda memampatkan setiap bahagian muka dengan baik supaya hasilnya optimum.
Keduanya, kalau nak solekan maintain sepanjang hari anda kena pakai primer.
Penggunaan primer sangat penting untuk menjadikan solekan hari raya anda tahan lebih lama dan tidak luntur sepanjang hari. Selain itu, primer juga boleh menyamarkan penampilan pori-pori besar dan menjadikan kulit lebih licin.
Gunakan primer selepas menggunakan pelembap. Pastikan sapu primer pada kulit wajah dengan sekata ya.
Tips ketiga pula ialah mengunci foundation dengan bedak tabur.
Foundation merupakan salah satu produk yang wajib digunakan pada majlis-majlis khas. Jadi nak hasil tahan lebih lama dan tidak mudah cakey, pastikan tutup foundation dengan bedak tabur (loose powder).
Berbanding compact powder, bedak tabur boleh menghasilkan solekan yang lebih semula jadi berkat teksturnya yang halus dan lembut. Semestinya menggunakan bedak tabur sangat membantu anda yang tidak mahu hasil solekan nampak cakey atau putty.
Seterusnya, guna maskara kalis air (waterproof) sebagai tips solekan tahan lama sepanjang hari yang keempat. Agar solekan tidak rosak dengan maskara yang menurun, pastikan anda menggunakan maskara dengan formula kalis air.
Sekarang banyak jenama solekan yang mempunyai maskara kalis air dan juga kalis peluh (sweatproof). Jadi, pilih salah satu daripada mereka dan tidak perlu lagi risau tentang solekan mata menjadi rosak.
Tip akhir sekali ialah dengan menyembur setting spray pada wajah. Salah satu kunci solekan tahan lama, cuma sembur setting spray secara merata pada wajah anda di akhir proses solekan.
Selepas itu, anda tidak perlu lagi bersusah payah mengemas solekan setiap kali berasa panas atau berpeluh sepanjang berjalan sebab setting spray mengandungi pelbagai bahan yang boleh menyerap minyak pada wajah dengan berkesan.
Hah, nanti pilih lah salah satu yang mana anda rasa boleh buat setiap kali mekap ya. Barulah mekap maintain cantik sepanjang hari!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!