Sebelum anda pakai set penjagaan wajah, ambil tahu dulu kandungan yang sesuai dengan masalah kulit muka.
Nak elak daripada kulit wajah breakout, disarankan untuk mengkaji atau mengetahui terlebih dahulu produk yang bersesuaian dengan masalah kulit muka. Jangan membeli produk skincare hanya kerana VIRAL sahaja.
Atasi Masalah Kulit
Memang tidak dinafikan ada banyak skincare product yang amat bagus pada zaman sekarang. Namun, perlu kita ketahui sama ada kita kulit muka memerlukan tidak skincare tersebut. Jika tidak, elakkan daripada membelinya.
Kaji dahulu kandungan bahan skincare yang kita nak beli sama ada sesuai atau tidak dengan masalah kulit muka.
Jadi kali ini saudari Dhia Jaidil kongsikan kandungan set penjagaan wajah yang sesuai ikut masalah kulit anda. Jom semak!
Haa, selepas ini boleh lah anda pilih produk yang sesuai ikut jenis masalah kulit ya! Jangan main beli ikut orang lain pakai saja, tetapi pastikan sesuai untuk dapat hasilnya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak hilangkan masalah eyebag bawah mata, boleh cuba tip cantik daripada wanita ini, yang mana dia hanya menggunakan uncang teh beberapa minit untuk dapatkan mata yang segar kembali.
Apa faedah menggunakan tea eyes mask? Menurut Farah Farzana, uncang teh ini mampu membantu untuk appearance of of our eyes by reducing dark cirlces, puffiness and also redness. Boleh juga untuk merawat irritation dan lain-lain.
Okay, macam mana nak gunakan tea eye mask ni? Cukup senang, jom tengok apa bahan utama yang diperlukan untuk membuat eye mask di rumah:
Uncang teh Cotton pad
Pastikan cotton pad yang diguna sedikit tebal dan keras supaya cotton tak lembik ketika penyerapan air.
Guntingkan cotton pad bulat sehingga menjadi ke pada dua bahagian, tujuan utama adalah supaya senang untuk pakai di bawah mata.
Koyakkan tea bag jika menggunakan tea bag, kemudian tuang tea ke dalam cawan dan masukkan sedikit air panas dan biarkan selama 10 minit.
Kuantiti air hendaklah mencukupi untuk cotton pad yang digunakan. Jangan gunakan air terlalu banyak.
Selepas 10 minit tuangkan air dan hampas tea ke dalam bekas cotton pad dan biarkan air menyerap dan eye mask dah sedia untuk digunakan.
Letakkan cotton pad bawah mata dan biarkan sehingga 15-20 minit supaya air tea dan hampas pati tea dapat menyerap ke dalam kulit.
Selepas 15-20 minit, tanggalkan cotton pad eye mask kemudian urutkan bawah mata menggunakan 2 jadi dengan membuat teknik seperti dalam gambar di atas.
Lakukan routine ni seminggu sekali and you can see the results. Semoga tip cantik ini membantu anda yang ada masalah eyebag, jadikan rutin ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Untuk menjaga kecantikan wajah, memang sangat digalakkan memakai pelembap agar kulit sentiasa kekal lembap untuk elak masalah kekeringan atau masalah lain.
Namun terdapat banyak produk pelembap di pasaran dan menyebabkan kita agak keliru untuk memilih produk mana yang lebih baik.
Perkongsian Pakar Kulit, Dr Syazween ini memberitahu bagaimana untuk mengenal jenis-jenis pelembap yang ada.
Boleh dijadikan panduan untuk mengetahui mana sesuai dengan jenis kulit anda. Sama ada untuk wajah atau bahagian anggota badan lain.
Doktor kulit dan pelembab sememangnya berpisah tiada. We love it very much!
Anyway, ramai pesakit agak bingung pelembab jenis apa yang mereka suka?
Its ok, mari kira belajar sama-sama!
1)Secara asasnya, pelembab ada dalam 3 bentuk ; losyen, krim dan ointment. Kandungan air dan minyak membezakan satu dari yang lain.
2)Losyen mempunyai kandungan air yang paling tinggi. Sebab itu dia yang paling nipis, paling senang sapu (spread easily) dan paling kurang melekit. Losyen ni bagus kalau pakai dekat kawasan yang banyak rambut seperti kepala..
Kalau pakai dekat badan ok juga. Cumanya, losyen ni cepat kering berbanding dgn krim atau ointment. So, kena gigih & kerap sapu dekat kulit kering.
3)Kalau losyen paling banyak air, ointment pula spektrum yang lagi satu. Paling banyak minyak (paraffin). Dia paling tebal dan sangatlah melembabkan. Kalau kulit yang teramat kering, doktor kulit memang suka sangat!
Tetapi tak semua orang suka. Satu sebab bila dia tebal sangat, dia boleh sumbatkan liang2 rambut. Ini boleh menyebabkan keradangan atau nanah macam jerawat. Kita panggil folliculitis.
Satu lagi, ointment ni melekit. Sebab tu, kita advise pakai dkt kawasan badan/tangan/kaki. Haha kalau nak pakai dekat muka boleh, alamatnya berkilat meghelip la muka. Cuma jangan pakai dan jalan2 di tengah kepekatan malam, satgi jiran ingat orang minyak plak haha.
4)Krim pula dekat tengah-tengah. Ada air sikit, minyak pun ada sikit. Pekat sikit berbanding dengan losyen, tetapi tidak sepekat ointment. Tahan lama sikit atas kulit berbanding losyen tetapi tidak selama ointment.
5)Dua benda kena tahu tentang pelembab yang ada air macam losyen atau krim adalah :
i)Mungkin pedih bila kena pada kulit yang merekah. So hati-hati bila pakai dekat kulit anak yang sedang luka, memang boleh meraung sakit. Ointment would be a much better choice in this case.
ii)Mereka mengandungi preservative (bahan pengawet) untuk mengurangkan pembiakan kuman. Kena bear in mind, boleh menyebabkan allergic kepada kulit orang yang sensitive (allergic contact dermatitis). ). Tandanya, bila pakai, kulit jadi lagi merah dan gatal, bukannya lagi better.
6)Lastly, no pelembab is a good pelembab for everyone. Setiap kulit kita ni unik. Hatta kembar seiras sekalipun tidak akan ada kulit yang 100% sama. Mula-mula cari pelembab memang leceh. But its ok, you will get there.
7)Honestly, we doctors don’t mind what pelembab you are using. As long as it’s a pelembab you are COMFORTABLY and REGULARLY using. Beli mahal2, tapi simpan dalam almari tak berguna jugak kan?
Dr Syazween XX Pakar Kulit
For more info, follow us on FB : Syazli, Syameen and Syazween Aesthetics, Plastic Surgery and Dermatology
Jenis perfume memainkan peranan penting dalam gaya hidup harian kerana ia bukan sekadar bau, tetapi juga keyakinan diri. Dengan pelbagai pilihan di pasaran, memahami perbezaan antara parfum, eau de parfum, eau de toilette, eau de cologne dan eau de fraiche membantu anda memilih minyak wangi yang sesuai dengan personaliti.
Parfum adalah jenis perfume dengan konsentrasi pewangi paling tinggi, sekitar 15% hingga 40%. Baunya mampu bertahan lebih 12 jam, menjadikannya pilihan mewah walaupun harganya lebih mahal. Jika anda inginkan bau yang tahan seharian, parfum adalah pilihan terbaik.
Eau de Parfum mempunyai konsentrasi lebih rendah daripada parfum, tetapi tetap tahan lama. Ia sesuai untuk mereka yang mahukan keharuman kuat tetapi tidak terlalu overpowering. Kini, EDP boleh didapati untuk lelaki dan wanita.
EDT adalah jenis perfume paling banyak dijual kerana harganya lebih mesra bajet. Walaupun ketahanannya tidak setanding parfum, ia lebih ringan dan sesuai dipakai setiap hari. Jika disembur pada pakaian, baunya boleh bertahan lebih lama.
EDC mempunyai konsentrasi pewangi lebih rendah daripada EDT. Baunya lebih ringan dan tahan lebih singkat, tetapi sesuai untuk mereka yang mahukan haruman segar dengan harga berpatutan. Semburan pada kain membantu baunya kekal lebih lama.
Jika anda kurang gemar bau yang kuat, Eau de Fraiche adalah pilihan. Dengan konsentrasi paling rendah, ia memberikan haruman lembut yang sesuai dipakai ketika cuaca panas atau aktiviti santai.
Kesimpulan: Dengan memahami setiap jenis perfume, anda boleh membuat pilihan minyak wangi yang sesuai dengan gaya hidup dan personaliti. Sama ada parfum, EDP, EDT, EDC atau eau de fraiche – semuanya mempunyai keunikan tersendiri.
Sumber: Acharr Via Sirap Limau
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!