Kalau anda masih mencari jalan nak buat kulit licin dan gebu dengan cara paling selamat dan berkesan, boleh cuba 4 petua cantik ini.
Anda hanya perlukan dua bahan semula jadi yang mungkin sudah ada di dapur anda iaitu timun dan susu.
Jom, Buat Kulit Licin!
Timun mengandungi antioksidan dan vitamin yang dapat menenangkan, melembapkan dan menyegarkan kulit anda. Susu pula mempunyai asid laktik yang dapat mengelupas sel kulit mati dan merangsang penghasilan kolagen.
Ads
Berikut adalah 4 petua rahsia yang boleh anda cuba:
1. Timun dan susu sebagai toner. Parut timun dan perah airnya. Campurkan dengan susu cair dalam nisbah 1:1. Sapukan pada muka dengan kapas dan biarkan selama 15 minit sebelum bilas. Ulangi setiap hari untuk kulit yang lebih licin dan cerah.
2. Timun dan susu sebagai masker. Potong timun nipis-nipis dan rendam dalam susu pekat manis selama 10 minit. Letakkan irisan timun pada muka dan biarkan selama 20 minit sebelum bilas. Ulangi dua kali seminggu untuk kulit yang lebih lembut dan anjal.
Ads
3. Timun dan susu sebagai scrub. Hancurkan timun dan campurkan dengan susu tepung dalam nisbah 2:1. Gosok pada muka dengan gerakan membulat selama 5 minit sebelum bilas. Ulangi sekali seminggu untuk kulit yang lebih halus dan bersih.
Ads
4. Timun dan susu sebagai pelembap. Blend timun dan campurkan dengan susu krim dalam nisbah 1:2. Sapukan pada muka dengan jari-jari dan biarkan selama 10 minit sebelum bilas. Ulangi setiap malam sebelum tidur untuk kulit yang lebih lembab dan sihat.
Hah, nanti cuba lah 4 petua rahsia ini dan lihat sendiri perbezaannya. Anda pasti akan terkejut dengan hasilnya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi mereka yang mahu mendapatkan berat badan ideal cara terbaik adalah dengan mengamalkan diet suku-suku separuh.
Namun ada kalanya amalan ini sukar dibuat tanpa adanya menu dan pinggan bersesuaian.
Perkongsian dari geng Diet Suku Suku Separuh, Cik Hazlin yang mengamalkan cara ini dan berjaya melenyapkan 7 kg.
Menurutnya walaupun mengalami pengurangan berat, tetapi masih lagi dalam perjalanan untuk mencapai berat idaman, iaitu 58 kg. Berat asalnya adalah 70 kg.
Hilang 7 Kg, Diet Amal Suku-Suku Separuh
Menu dalamlm diet suku suku separuh yang saya makan setakat ini. Sebelum ini pun ada jugak tapi tak ambik gambar sebab pakai pinggan biasa je.
Apabila sudah ada pinggan suku-suku separuh ini rasa semangat menghias itu ada. Best amalkan diet suku-suku separuh ini seba tak perlu nak berlapar dan still boleh makan apa kita nak asalkn follow dan jaga je portion yang kita makan setiap hari
Berat yang nak dicapai 58kg.. Sebelum ini berat 70kg, moga cepat turun lg Update tkini : berat dah capai 62.3kg
Ada banyak kelebihan orang kulit gelap, jadi tak perlu obses nak cerahkan kulit dengan menggunakan produk yang kadang boleh membahayakan kulit.
Namun kebiasaannya anda yang berkulit gelap, terpaksa melalui fasa yang dipandang ‘pelik’ oleh sesetengah pihak. Lagi teruk ada yang berani body shaming hingga menyebabkan mereka yang memiliki tona kulit sebegini rasa rendah diri.
Haneesya Hanee yang baru meraih gelaran Dewi Remaja 2018/2019 juga mengalami pengalaman yang sama.
Namun begitu ramai yang tak tahu bahawa mereka yang berkulit gelap ini mempunyai kelebihan yang tersendiri terutama dari aspek kesihatan.
Mereka yang berkulit gelap memang beruntung kerana lapisan kulitnya sudah dilapisi ‘pelindung’ cahaya matahari semula jadi dipanggil melanin!
Berbeza dengan yang berkulit cerah, mereka kekurangan melanin membuatkan sinar uv mudah tembus sehingga ke lapisan kulit paling dalam. Sinar uv ini menyebabkan kerosakan DNA serta sel-sel yang ada padanya sehingga boleh mengakibatkan terjadinya kanser kulit.
Untuk pengetahuan semua, kanser kulit juga membunuh sama seperti mana penyakit barah yang lain.
Biarpun begitu, orang berkulit gelap ini biasanya sering kekurangan vitamin D yang biasa diperolehi dari matahari untuk kekuatan tulang.
Sunburn atau selaran matahari biasa dialami oleh mereka yang berkulit putih. Kulit berasa perit dan jadi kemerahan apabila terdedah pada cahaya matahari untuk jangka masa panjang tanpa seberang perlindungan. Lebih parah, selaran matahari juga mampu buat sesetengah kulit mengelupas.
Berbeza dengan mereka yang berkulit gelap, biarpun harus menghabiskan sehari suntuk di bawah matahari, adalah sukar bagi mereka untuk mengalami keperitan kulit disebabkan sunburn itu!
Kulit akan cepat tua jika terlalu banyak terdedah pada sinaran matahari. Namun begitu, individu berkulit gelap tanda penuaan pada kulit mereka tidak ketara.
Pakar kulit mengatakan mereka yang berkulit hitam akan kelihatan lebih muda jika dibandingkan dengan teman sebaya mereka yang berkulit cerah. Kadar melanin yang tinggi pada individu berkulit gelap akan membantutkan tempoh penuaan termasuklah kemunculan pigmentasi, bintik hitam, kedutan serta kulit kasar.
Selain dari menentukan warna kulit dan rambut seseorang, melanin yang banyak pada kulit mereka yang berkulit hitam juga ada fungsi lain. Ia adalah sumber utama yang mengekalkan fungsi tubuh antaranya membantu otak dan saraf berfungsi sebaiknya, membantu mata untuk melihat serta menggalakkan pertumbuhan sel. Hebat kan!
Pigmentasi gelap berupaya mengelak kerosakan DNA dan mengawal penyerapan jumlah radiasi UV yang seimbang untuk tubuh manusia. Ia juga akan melindungi tubuh dari gejala kekurangan zat folat.
Folat adalah vitamin B larut air yang boleh didapati dari sayuran berdaun hijau, bijian penuh serta buah sitrus seperti limau. Wanita amat memerlukan folat untuk mengekalkan kesihatan telur yang dihasilkan agar ia mampu disenyawakan secara sihat serta menggalak pertumbuhan plasenta yang normal selepas proses persenyawaan.
Bagi kaum lelaki pula, folat penting untuk penghasilan sperma berkualiti. Folat sememangnya mustahak untuk perkembangan kandungan, pertumbuhan organ janin serta menyokong kejadian rangka tubuh dan otak janin.
Radikal bebas mengancam kesihatan manusia. Ia boleh merosak dan memusnahkan sel tubuh manusia. Tapi individu berkulit gelap yang memiliki kadar melanin tinggi mampu membebaskan radikal bebas tersebut agar sel-sel tubuh sentiasa berada dalam keadaan baik.
Buat anda yang berkulit gelap bersyukurlah dengan apa yang anda miliki, dah tentunya setiap kejadian Tuhan itu ada hikmahnya.
Anda patut bangga kerana memiliki warna kulit yang dianggap eksotik. Tak ramai yang memiliki kelebihan ini malah ramai wanita di negara barat yang cukup mengidamkan memiliki kulit sebegini.
Hah, selepas ini raikan anugerah yang Allah cipta. Ketahuilah berkulit gelap itu unik dan cukup banyak kelebihan. Tengok saja model dan pelakon, Haneesya Hanee, nampak anggun dengan auranya tersendiri. Begitulah yang sepatutnya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
50 Peserta Join #RapiWerkit, Layan Zumba Aerodance Tiktok Party Tanpa Henti Satu Jam Setengah. Jika sebelum ini peserta yang hadir sekitar 30 orang, tetapi untuk zumba kali ini team #RapiWerkit berjaya menghimpunkan 50 peserta sekaligus dalam Zumba Aerodance Tiktok Party anjuran portal kecantikan dan kesihatan RAPI pada Sabtu lalu bertempat di Ladies Fitness Inspire, Bandar Saujana Putra.
Seawal jam 8 pagi peserta sudah datang dan masing-masing tidak sabar untuk mengeluarkan peluh.
Zumba Aerodance kali ini lebih istimewa kerana menghimpunkan 3 Zin bertauliah, iaitu Coach Sarimah, Coach Ariatie dan Coach An yang begitu bertenaga menggerakkan seluruh anggota badan mengikut muzik dimainkan.
Bermula tepat jam 9 pagi, dengan permulaan lagu-lagu rancak sebagai pembukaan tarian Zumba Aerodance, peserta begitu bersemangat mengikut rentak senaman dengan bantuan tiga zin cukup berpengalaman serta amat fit kerana mampu berzumba tanpa henti selama satu jam.
Kelihatan peserta masing-masing terus leka dan ligat menari hinggalah ke muzik yang terakhir. Kelihatan peluh merecik keluar dari dahi disebabkan aktiviti senaman Zumba Aerodance non stop ini.
Sebelum majlis berakhir, turut diadakan acara Lucky Draw untuk tiga pemenang serta sesi photography sebagai kenang-kenangan dari semua team dan peserta yang terlibat.