Kalau nak cantik, anda kena cuba masker kulit glowing ini. Cukup bagus untuk anda yang mempunyai tona kulit tak sekata, berjerawat, kulit kusam dan nak kulit FLAWLESS secara selamat.
Tip cantik yang dikongsikan oleh Puan Nana Ismail ini cuma memerlukan beberapa bahan alami, jom semak.
Buah bit @ beet root
Tepung gandum
Madu
Susu cair @ susu kotak
Anda ambil beet roof potong-potong dan kisar halus. Ambik penapis kemudian ambil air sahaja.
Masukkan tepung gandum dalam air tapisan beet root tadi tu dan kacau hingga sebati. Pastikan pekat.
Tuang susu cair atau susu kotak sedikit dalam bancuhan beet root tadi tu. Jangan sampai terlalu cair ok.
Masukkan madu sikit dan kacau.
Ambil berus bersih dan masker kan bancuhan tadi tu pada seluruh wajah kita.
Tunggu 15 minit dan boleh bilas dengan air bersih.
Boleh konsisten selama 7 hari dan rasai perbezaan kulit anda nanti. Betul, jadi glowing!
Sekatakan tone kulit
Hilangkan lingkaran hitam mata
Atasi kulit kering
Pudarkan jeragat
Melembabkan kulit
Mencerahkan kulit
Menghilangkan jerawat dan parut jerawat
Anti penuaan
Mengecil pori-pori kulit
Anti penuaan
Bersihkan kulit wajah
Hilangkan kulit berminyak
Cerahkan kulit
Hah, dah tahu rahsia cantikkan kulit dengan cara jimat, anda kena lah amalkan. Rasanya lebih baik pakai bahan alami berbanding produk skincare yang belum tentu serasi dengan kulit.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Oleh sebab itu saya akan lebih berhati-hati dan berjaga-jaga setiap kali memakainya. Saya akan pastikan kalau peluh tidak biarkan berkepam.
“Saya lebih prefer menggunakan pelitup muka yang pakai buang kerana jika yang fabrik agak leceh untuk mencucinya setiap kali lepas digunakan.
“Ada yang percaya jika sudah dijemur bakteria akan hilang, tapi bagi saya memang lebih selesa pilih pakai buang,” ujarnya yang ditemui ketika dilantik menjadi duta pelitup muka premium Himaya di sebuah hotel baru-baru ini.
Menurut selebriti yang sudah berusia 46 tahun ini, Erra turut berkongsi rahsianya sentiasa kekal sihat dan cergas.
“Untuk sentiasa kekal sihat, kita kena titik beratkan semua aspek kesihatan, fizikal, senaman, pemakanan, cukup tidur ke tidak, ada tak ambil suplemen bersesuaian.
“Tapi jangan sesekali over do, bila kita over do sesuatu perkara itu akan ada side effect yang lain pulak. Contohnya vitamin, kita tak kenal body kita jadi perlu ke tidak ambil. Jika berlebihan diambil akan mendatangkan penyakit lain pulak nanti.
“Jadi kena ada kebijaksaan dan knowledge untuk menjaga badan kita. Dan paling penting saya percaya adalah jangan stress.
“Stress ini adalah pintu kepada segala banyak penyakit dan ketuaan,” katanya yang mula alami masalah jerawat ketika usia 40 tahun.
“Bila saya tanya mak saya, dia pun mula alami masalah naik jerawat ketika berusia 40 tahun.
“Justeru saya sekarang ni, kalau dulu-dulu masa muda shooting lah dari pagi tambah-tambah mekap tak ada masalah.
“Tapi sekarang kulit saya dah mula sensitif. Berubah-ubah ikut masa dan hormon kita. Saya kini di era kulit sensitif, jadi apabila mekap bertambah-tambah, kulit berminyak dan kulit akan naik jerawat. Ini yang saya lalui sekarang.
“Dan jika mengalami masalah ini memang kena ada extra effort. Saya berjumpa doktor, tanya apa kena buat. Kena buat treatment ke. Saya juga kenal pasti produk yang saya apply kat muka.
“Ada orang sesuai pakai serum, serum bantu untuk lembapkan muka. Jadi saya hanya pakai sedikit saja terutama waktu malam. Dan selebihnya pakai pelembap untuk jaga kulit wajah.
“Sebab itu saya cakap kena ada knowlegde jika berhadapan degan masalah kulit, kalau tak pergi jumpa doktor dan minta nasihat mereka,” katanya lagi memilih warna Blue Lagoon bergandingan dengan Wany Hasrita untuk pelancaran pelitup muda Himaya ini.
Menurut Erra dia memilih jenama Himaya kerana memang pengguna Himaya sebelum ini. Selain keselesaan yang ditawarkan dengan pelitup muka mediakal ini, dia juga yakin dengan produk Himaya kerana kualiti sangat tinggi dan paling penting ia cukup bergaya dan elegan.
Minum Teh Kayu Manis Campur Lemon & Rajin Jalan Kaki. Rahsia Awet Muda Hetty Kos Endang Di Usia 65 Tahun! Pembabitannya sebagai juri tetap dalam program Gegar Vaganza musim ke 9 memang sangat ditunggu-tunggu peminat di Malaysia.
Setiap kali buat kemunculan, kelibatnya begitu ditunggu-tunggu sementelah sering memberi komen yang penuh semangat pada setiap peserta GV kali ini.
Dan setiap kali muncul itu, ramai juga yang terpegun dengan kecantikan dimiliki serta sentiasa energetik oleh Hetty Kos Endang walaupun usianya mencecah 65 tahun.
Selain itu Bunda juga turut memesan agar sentiasa berfikiran positif untuk memastikan diri kita sentiasa ceria dan gembira menjalani rutin harian.
Turut memberitahu jangan sesekali mengeluh dan sabar juga merupakan kunci awet muda.
Pernah berkongsi di laman Instagramnya Hetty yang sering bersikap positif dan kasih sayang serta restu suami menjadikan dirinya kekal cantik dan bertenaga.
Wanita yang suka ketawa ini juga begitu beruntung kerana suaminya, Dr. Yusuf Erwin Faisal yang sering menemani di saat terikat dengan tanggungjawab kariernya.
Ternyata 30 tahun melayari bahtera rumahtangga, pasangan ini sangat kelihat benar-benar romantis.
“Harus selalu happy dan optimis langkah kakimu terus ke depan dengan yakin, jangan
selalu menoleh ke belakang,” tulisnya dalam laman sosial miliknya.
Selain itu, Bunda juga jika sedang melakukan persiapan untuk petunjukkan pentas, dia akan melakukan workout bersesuaian seperti berjalan kaki dan juga suka boxing. Ini dapat dilihat dalam perkongsiannya di laman sosial.
Nak peha lebih kemas dan punggung yang mantap? Ketahui kenapa senaman squats adalah rutin wajib untuk setiap wanita yang mahukan bentuk badan impian secara semula jadi dan efektif.