
Dikurniakan wajah yang cukup manis bila senyum, Wilma Muhammad merupakan anak kelahiran Sabah yang peroleh kejayaan dalam tempoh singkat apabila diberi kepercayaan untuk berlakon dalam filem dan drama.
Filem awal yang mengangkat nama Wilma ialah Ghazal Untuk Rabiah (1997) dan Pasrah (2000) malah rezekinya mencurah-curah selepas berjinak-jinak dalam dunia perfileman.
Wilma Muhammad Tampil Jelita
Sekilas pandang nampak seperti baru berusia 30an, namun siapa sangka usia sebenar ibu anak lima ini sudah 51 tahun! Awet muda, paling tertarik bila melihat senyuman Wilma yang sangat menawan.
Namun begitu, masih ramai yang kurang mengenali nama Wilma tetapi dia percaya bahawa dengan rezeki Tuhan.
Terbaharu, Wilma membintangi filem Saka Perawan di bawah arahan Dr. Ahmad Idham dengan memegang watak sebagai Rusila, ibu kepada tiga orang anak dara.
Selain Wilma, filem Saka Perawan turut dibintangi oleh Sophia Albarakbah, Nelissa Nizam, Isyariana, Afieq Shazwan, Azlee Senario, Yassin Senario, Man Raja Lawak, Mamak Puteh, Datuk Fauziah Nawi dan ramai lagi.
Untuk info, Wilma berkahwin buat kali kedua dengan seorang ahli perniagaan pada Jun 2012. Semoga Wilma kekal bahagia dan tenang bersama keluarga tersayang.
Kredit Foto: Instagram Wilma Mohammad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aishah Terkejut Boleh Pakai Saiz S, Baju Lama Sedekah Pada Orang

Isi Kandungan
ToggleKalau Datuk Aishah terkejut boleh pakai baju saiz S, kita yang melihat perubahan ketaranya akan rasa teruja dan tumpang gembira. Malah sekarang boleh mengenakan pelbagai busana bersaiz kecil.
Aishah Terkejut Boleh Pakai Saiz S, Baju Lama Sedekah Pada Orang
Menerusi portal BH online, Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin berkata, dia seolah-olah tidak percaya dengan perubahan berlaku kepada dirinya apabila kebanyakan pakaian sudah bertukar kepada saiz S.
“Jika dahulu, saya memang tak boleh pakai saiz S, tetapi sekarang saya seolah-olah tak percaya boleh memakainya.
“Saya pergi ke pelbagai kedai mencuba pakaian saiz S kerana mungkin setiap kedai potongan berbeza-beza. Jadi, bila sudah membuat percubaan, memang sah saya boleh pakai saiz kecil.
“Ya betul (kebanyakan baju bersaiz S), baju-baju lama terpaksa disedekahkan kepada orang lain yang lebih memerlukan seperti mangsa banjir.
“Saya juga banyak memberikan kepada kawan-kawan, cuma baju ‘show’ yang lama masih ada kerana tidak tahu mahu berikan kepada siapa,” katanya.
Rasa Seronok Dapat Pakai Baju Saiz S
Pelantun lagu Janji Manismu itu berkata, peluang menyarung pakaian bersaiz S sudah lama dinantikan selain menganggap ia adalah perkara paling menyeronokkan dirinya.
“Kalau dahulu rasa sedih juga bila lihat ada baju cantik, tetapi tak dapat dibeli disebabkan tiada saiz. Perkara ini hanya orang berbadan besar sahaja tahu.
“Tetapi sekarang sudah berbeza dan itulah yang seronok. Ini kerana saya boleh beli baju baharu sebagai hadiah untuk diri sendiri.
“Sekarang dapatlah merasa pakai pelbagai baju, dahulu hanya lalu dan lihat sahaja. Apa yang boleh beli adalah beg tangan dan kasut.
“Saya cuba menyarung baju kebaya sejak beberapa tahun lalu, tetapi hanya sekarang baru boleh pakai. Jadi, itu adalah pencapaian untuk diri sendiri,” katanya lagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tinggalkan Gula Putih Terus, Lelaki Berjaya Dapat Berat Ideal Dari 130 Ke 65 Kg

Ramai mahu mendapatkan bentuk badan ideal. Walau ramai masih berusaha tapi masih ada yang gagal berbuat demikian. Tiada sebab yang salah tentang diet tapi tidak meninggalkan gula putih adalah “kesilapan” terbesar kalau hendak dapatkan bentuk badan ideal.
Ikuti pengalaman diet Coach Mohamad Faizal bin Saedon di page FB Kelab Diet Sihat & Cantik.
Gula putih, tinggalkan untuk turunkan berat badan. Berdasarkan pengalaman saya.
Hari ni saya nak cuba justifikasi kenapa saya menyarankan kalian yang nak sihat dan turunkan berat badan elakkan gula putih dalam minuman.
Ya, dalam minuman. Sebab itulah yang saya lakukan. Saya berhenti minum air manis seperti neacafe beng, teh tarik dan segala minuman manis hatta air sirap.
Hujah saya hanya berdasarkan pengalaman dan melalui pengetahuan saya sahaja.
Tapi saya juga nak tegaskan, ini hanyalah saranan saya yang berpengalaman obesiti dengan berat 135kg. Ianya bukanlah satu hukum tetap atau saranan dari badan berautori sama sekali. Ia saranan peribadi.
Kenapa perlu potong gula untuk sihat dan kurus?
- Gula adalah satu perisa tambahan sahaja. Maksudnya ianya hanya hasil buatan utk penambah perisa. Bukan sesuatu yang penting untuk kita.
- Gula putih sesuatu yang tiada nilai nutrisi tapi tinggi dengan kalori. Sebab itulah ianya sepatutnya tidak layak untuk kita ambil dalam diet seharian kita. RUGI!!!
- Gula putih di iktiraf oleh dunia merupakan antara asbab kepada penyakit penyakit tidak berjangkit yang membahayakan nyawa bila diambil secara berlebihan. Keburukan pengambilan gula putih berlebihan seperti amalan kebanyakan rakyat Malaysia.
- Gula putih ada efek ketagihan kepada pengamalnya, sebab itu tindakan untuk potong gula adalah amat perit bagi sesetengah orang. Kerana ianya meransang rasa ketagih disebabkan kepuasan yang diberikan.
- Menambah risiko penyakit yang berisiko tinggi seperti obesiti, kencing manis, darah tinggi, gout dan banyak lagi, malah ada kaitan gula putih dengan 13 jenis kanser.
- Gula putih akan menyebabkan anda gemuk, ini berdasarkan pengalaman saya, disamping ia memberi efek ketagih, pengambilan gula putih akan mempercepatkan rasa lapar. Dan memang ada kajian yang membuktikan bahawa pengambilan karbohidrat ringkas ini menyebabkan rasa lapar yang amat sangat datang dengan kerap.
Kebaikan kurangkan atau hentikan gula dalam minuman.
- Anda tak ambil kalori yang tinggi tanpa sebarang nutrisi lain. Maksudnya akan berlaku penjimatan dalam kalori intake. Ambil contoh anda biasa minum 3 gelas teh sehari. Katakan teh anda ada 100kalori setiap gelas. Maksudnya anda jimat 300kalori sehari bila anda ganti teh dengan air kosong. Jika difisit kalori berlaku sebanyak 300kalori sehari dalam sebulan anda akan jimat 9000 pengambilan kalori. Yang boleh memberi penurunan sebanyak 1kg sebulan.
- Anda lebih mudah turunkan berat badan bila anda potong gula, sebab apa? Lapar tidak craving seperti biasa. Bila anda potong gula, anda akan lambat lapar berbanding dengan ambil gula. Ditambah pula dengan pengambilan fiber dari sayur akan lebih membantu anda tahan kelaparan. Bila anda tidak lapar, makanya pengambilan makan akan jadi sedikit.
- Anda akan semakin cergas dan ianya akan memberi impak kesihatan dan penurunan berat badan. Logiknya bila kita makan banyak kerana kelaparan yang disebabkan oleh gula, tubuh akan jadi lemau, makin besar dan makin besar. Ia akan menghadkan tubuh anda untuk kembali cergas.
Bagaimana nak potong gula,saya dah cuba tapi gagal.
Saya banyak terima aduan begini. Dah cuba tapi tak jadi, nak juga gula. Ada beberapa tip yang boleh diamalkan.
- Ganti gula putih dengan makan buah buahan yang manis seperti tembikai.
- Cuba guna stevia atau lakanto sebagai penganti gula
- Bila anda craving makanan manis, ambil air kosong dan minum. Bagi saya ianya amat membantu. Cubalah.
- Sebenarnya yang paling berkesan ialah tahan diri anda dan tegaskan diri anda sendiri. Itu paling mujarab. Saya pada mulanya ganti gula dengan stevia, tapi sebulan sahaja, sekarang dah hampir 3 tahun saya tak masukan gula putih dalam minuman saya.Dalam artikel ini saya kongsikan berkaitan bahaya gula, dan ianya bukanlah saranan saya seorang. Malah ramai dan ada antaranya doctor pakar menyatakan begitu.
Tapi saya juga tidak menyatakan untuk turunkan berat badan hukumnya wajib TINGGALKAN GULA. Kerana jika diambil dengan jumlah yang sepatutnya, tak apa. Cuma berdasarkan pengalaman, kita cenderung tidak dapat mengawal pengambilan gula, kerana gula sememangnya sedap dan memberi impak puas dalam menikmati minuman.
Jika kalian dalam usaha nak turunkan berat badan, dalam usaha baiki pemakanan kalian, saya syorkan baca ebook bagaimana saya transisikan cara makan berlebihan kepada cara makan yang betul dan berjaya hilang 65kg. Boleh baca detail disini – https://bit.ly/pemakanansayahilang65kg
Jangan tangguh tangguh lagi!!!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
My #QuranTime 2.0 Mula Bersiaran, Jom Saksikan 14 Disember Nanti

My #QuranTime 2.0 (MQT) yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), sebanyak 2111 episod akan mula bersiaran setiap hari bermula Rabu ini, jam 12 hingga 1 tengah hari di semua platform digital Quran Hour dan Sinar Harian dengan matlamat mempertingkatkan kualiti solat melalui bacaan Al-Quran bertajwid, memahami isi bacaan Al-Quran melalui tadabbur tahap dua, memperbaiki kualiti solat serta elemen baharu program iaitu menambah hafalan Surah melalui kaedah hafalan Al-Quran yang mudah dan praktikal dengan penggunaan metod Quran Al-Hafiz.
Terdahulu, program MQT yang telah mencipta fenomena “Baca, Faham, Amal Al-Quran” 1 jam setiap hari, bermula pada tahun 2020 telah diterbitkan dengan kerjasama TV Al-Hijrah. Kali ini, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas membuka peluang kepada semua stesen TV dalam dan luar negara untuk menayangkan MQT 2.0 agar program Al-Quran ini menjadi solusi dalam membina kerangka fikir dan karakter ummah yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
“Kami sedang berunding dengan beberapa stesen TV agar program MQT yang diterbitkan oleh Yayasan WUI dengan sebahagian hasil dana daripada sumbangan Tabung Gerakan Quran oleh orang ramai dapat membawa impak besar kepada proses membumikan Al-Quran yang disasarkan pada tahun 1500 Hijrah untuk “MengQurankan Bangsa, MengIkhlaskan Ummah”.
Program MQT ini dibina atas usaha Wakaf Konten di mana sumbangan dari individu, organisasi dan orang ramai digunakan sepenuhnya untuk tujuan melahirkan pelbagai kajian dan program digital dan TV untuk ummah.
Program -program yang dilahirkan atas misi Wakaf Konten ini boleh dimasuki dengan mudah di platform digital Quran Hour agar menjadi bahan rujukan sepanjang zaman kepada orang ramai, sekolah, kelas pengajian dan organisasi.
Usaha yang bermula lebih giat pada tahun 2020 ini telah menjadi pusat khazanah Al-Quran di mana kajian dan program Al-Quran diletakkan secara atas talian untuk rujukan semua. Wakaf Konten ini telahpun dimanfaatkan oleh siaran Quran TV di negara jiran juga, seperti Indonesia.
Siaran MQT kali ini dilancarkan di semua platform digital Yayasan WUI dan Kumpulan Media Karangkraf sebagai pendekatan untuk menarik lebih ramai segmen orang muda selain golongan dewasa, penonton setia dan baru.
Insya-Allah dengan sinergi media untuk ummah di beberapa saluran TV, MQT bukan lagi ditayangkan secara eksklusif di saluran TV AlHijrah sahaja, program MQT ini akan menjadi langkah pendidikan jiwa dan karakter bagi banyak keluarga dan orang ramai melalui baca, faham, amal setiap halaman Al-Quran sebanyak 3 bahagian Al-Quran setiap hari.
Pada musim pertama sebanyak 838 episod, program ini telah mencatatkan sebanyak 85 juta tontonan di skrin, lebih 150 ribu sahabah Al-Quran di dalam dan luar negara.
Program MQT ini akan mengekalkan peneraju, Ustaz Fazrul Ismail sebagai pentadabbur dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali serta Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman sebagai Qari. Pentadabbur serta Qari jemputan akan mengisi di slot ulangkaji.
Program ini telah siap untuk dilancarkan selepas melalui kajian konten dengan rujukan 18 Kitab Tafsir dan Kitab Hadith Bukhari Muslim, melakukan latih tubi program di makmal ujian studio My #QuranTime Plus dalam tempoh lebih dua bulan secara intensif agar isi Al-Quran dapat disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami para pelayar dan penonton MQT.
Ayuh saksikan My #QuranTime 2.0 Bermula 14 Disember 2022, Rabu, jam 12.00 tengah hari di semua platform media sosial rasmi ini:
PORTAL: www.sinarharian.com.my
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/myqurantimeofficial/
https://www.facebook.com/SinarHarian
https://www.facebook.com/KaryaBestari
https://www.youtube.com/MyQuranTimeOfficial
https://www.youtube.com/user /SinarHarianWebTV
https://www.youtube.com/@SinarHarianTV
TWITTER:
https://twitter.com/myqurantime
https://twitter.com/SinarOnline
TIKTOK: https://www.tiktok.com/@sinarharianonline?lang=en
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI