Tidak dinafikan apabila seseorang itu mengalami masalah kenaikan berat badan akan di pandang seorang orang lain.
Tetapi sebaliknya bila badan sudah kembali langsing. Bukan saja dipuji tetapi juga menambah keyakinan dengan penampilan terbaru.
Seperti perkongsian wanita ini Ella Hussain yang sebelum itu mempunyai masalah kenaikan berat badan berlebihan berjaya menurunkan 9 kg dalam masa hanya 3 minggu.
Artikel Lain: Nenek Cantik Bak Remaja 17 Tahun, Kongsi Rahsia Awet Muda. Rajin Olahraga, Pilih Aerobic & Zumba!
Tidak puas hati dengan berat begitu, dia berazam untuk mendapatkan berat sekitar 50kg dengan cara potong air manis terus dan hanya ikut cara diamalkan grup sahabat Diet Suku-Suku Separuh.
Hilang 9KG Dalam 3 Masa Minggu
Bila gemuk tak di hargai…bila kurus auto di gilaii. Saya tak ada tips apa-apa. Sebab saya mkan semua nya…tapi kuantiti yang sikit
Makan nasi 2 kali. Lauk saya makan apa saja yang orang lain makan…cuma stop air manis. Tapiiii tetap minum juga sekali sekala sekadar rasa.
Artikel Lain: Kekal Jelita Di Usia 53 Tahun. Maria Farida Kongsi Tip Awet Muda, Kurangkan Mengumpat!
Saya follow tips dalam group ni juga dan paling drastik turun bagi saya dalam 3 minggu loss 9kg… 64kg – 55kg…
Sekarang nak turunkan lagi sampai dapat 50kg. Kalau org tanya macam mana boleh cepat turun…saya cakap kecewa lahh dahulu…
Artikel Lain: Walau Hidap Arthritis, Berjaya Turunkan 10KG Dalam 3 Bulan. Pilih Diet Sihat Ikut Saranan Coach Terlatih!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kulit Cantik Perlukan Makanan, Itu Pesanan Che Puan Sarimah Ibrahim
Baru-baru ini pengacara kacukan Irish-Melayu, YM Che Puan Sarimah Ibrahim kongsikan wajahnya tanpa mekap di laman instagram, cantik sugguh!
Walaupun kacukan ‘mat salleh’, tetapi bukan senang nak maintain kulit cantik ya! Tetap kena rajin belai.
Kulit Cantik Perlukan Makanan, Itu Pesanan Che Puan Sarimah Ibrahim
Isteri kepada YM Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar yang lebih mesra dengan panggilan Tunku Jamie ini tak lokek langsung berkongsi tip penjagaan kulit.
Nah, ini antara rutin beliau dalam penjagaan wajah. Anda pun boleh buat.
- Walaupun ada ketikanya jadual harian Sarimah begitu padat, beliau memastikan tubuhnya mendapat makanan yang baik. “Kulit cantik needs Skin Food.”
- Ambil vitamin D untuk tulang sihat dan kulit cantik. “I tak cukup vitamin D until recently je baru sedar. Makan cukup-cukup je skin improved dan hilang rasa sakit badan. Kalau tak rajin berjemur and vampire like me, harus ambil extra vitamin D”
- Zink juga penting untuk kulit. Ia menghindari masalah jerawat. Jerawat ini jadi bila berkumpulnya minyak, bakteria dan sel-sel kulit menutupi liang. Menyebabkan kulit di sekitar liang tu jadi merah, membengkak dan sakit. Inilah fungsi zink.
- Pegaga pula membantu merawat luka dan melancarkan peredaran darah.
- Tak perlu basuh muka keterlaluan. Hilang seri sebab natural oils yang sihat dalam sel kulit sangat penting untuk melembapkan dan lindungi kulit dari pencemaran. Cuci muka di pagi hari dengan pelembap yang light dan jangan sentuh muka. ( kecuali disentuh tangan si dia yang tersayanglah )
- Foundation jangan pakai dengan tangan secara harian. Too much risk sebab ada kuman, bakteria dan sebagainya. Lebih baik guna foundation yang ada puff atau sponge. I had many breakouts jerawat sebab guna tangan.
- Kalau ada jerawat timbul, guna method DISTRACTION (alihkan fokus) kat part muka lain. Pernah sekali tu I dapat jerawat on my forehead tengah-tengah tau.. macam unicorn dan kena pi interview and shoot majalah. I just merahkan bibir and letak fokus kat mata dan mulut. Jangan cover jerawat tebal-tebal. Semakin besar nanti I swear. Biar je and if all else fails, just say “I’m so smart, I’m growing another brain’ Itulah yang saya cakap dekat media. Serius!
- Nak kulit cantik kena detox dengan peluh tau. Sememangnya Sarimah aktif dengan senaman.
- Makan cukup-cukup jangan nak diet dan skip makan. Kulit jadi kusam and breakout nanti. Sebab tak cukup backup zat untuk badan nak lawan serangan jerawat tu.
- Cari aktiviti yang disukai. Baru rasa gembira. Bila dalaman rasa bahagia, luaran akan nampak dan sebaliknya. Lama-lama kalau hati tak ok, nampak kat kulit juga. “You can’t hide sadness with make up, sadly..”
- Untuk kulit, Sarimah juga apply serum yang mengecilkan pori-pori dan melembutkan kulit supaya foundation dan powder boleh nampak seolah-olah ‘terduduk’ cantik kat kulit tanpa nampak tebal.
- Lipgloss light light, mascara sikit dan eyeshadow untuk kening sekali. Dab and Go. Penatlah nak fikir pasal eyeliner, concealer, shading. Kita mana ada masa everyday nak cuba itu ini kan! Kalau kerja sebagai makeup artist oklah kot boleh trial and error sambil kerja.
- Paling penting, dapatkan basic makeup base yang betul dulu. tak yah fikir pasal glitter dan colour untuk mata dulu. sebab base tu yang paling penting. tak ada maknanya nak glitter and bulu mata semua, tapi base kulit macam kena penampar pipi kiri kanan dengan shading macam kena sunburn ataupun kulit nampak macam kuih 8 lapis.. oh tidak!
- Sebelum tidur, I use so much moisturizer. Sebotol pun tak cukup kot. At this age it’s a Must!
- Remove all makeup. Kalau tak pagi nanti suami pengsan. Bangun dengan pontianak (mascara stained eyes are not glam its more trashy)
- Sebolehnya tidur 8 jam.
- Fikir yang baik-baik. “tadi ada sorang lady yang cut me off in the car park. and took my park and gave me the ‘xx’ look. I wound down the window and tanya politely but.. why did you do this? Please be considerate! She ignored me and refused to look at me even! . sumpah i nak cekik dia tapi I took a deep breath sebab kalau I yang lose my temper.. muka i yang akan nampak tua. So let her stay ugly. Not me (in personality that is) moral of the story: abaikan ugly people. Ugly in character that is. or else it will rub off on you.
- I dont have a trainer for cardio and strength- i train Myself. My basic workout, treadmill : HIIT run 2 mins walk 2 mins repeat 6 times, Band workout: 15 reps x 3 rounds arm workout attach to wall and pull like rowing for triceps, hold both and sit back into squats and curl arms, Weights 5kg max for me 15 x3 bucep and triceps and Lunge dips, Ball : side crunches, hold weights and crunches 20×5.
- Tak ada maknanya kononnya badan yang sangat gemuk ke kurus tu sihat. coverline je tu. i’ve been both. diet macam nak mampus makan diet pill la bagai, i became ill! and also makan macam lupa diri sampai bloated pastuh kononnya ‘im curvy je’. be healthy. Check with a doctor your internal health tu paling penting! blood test and all ok.
- Kalau nak kurus secara sihat… kena buat cardio and weight training sekali. Boxing ni using my Abs and arms and legs. Memang membakar kalori yang tinggi. Kalau jogging je, bakaran kalori mendatar je.. tak berkesan.
- As a woman, takyah nak manja-manja sangat pasal workout gini. Its not violent and its not dangerous. Duduk baring and getting fat is more dangerous to a womans health longterm. Jangan takut lasak. Bukannya kena penumbuk balik pun. Training badan je.
- Berjalan lebih 5 juta langkah setahun.
Jadi yang mana rasa nak cantik walau dah berumur, boleh pipih salah satu petua yang dikongsi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Rugi Derma Darah. Boleh Selamatkan Nyawa Orang Lain & Kurangkan Risiko Sakit Jantung!
Baru-baru ini telah disambut hari menderma darah di mana kita memang sangat digalakkan untuk menjadi salah seorang penderma.
Sebenarnya banyak faedah pada kesihatan dan kelebihan yang kita boleh dapat daripada amalan menderma darah ini.
1. Boleh Selamatkan Nyawa
Setiap kali manderma darah, anda akan dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa. Selain itu ia juga membantu melancarkan pergerakan darah penderma sekaligus memberi faedah kepada kedua-dua penderma dan penerima.
2. Dapat mengurangkan risiko penyakit jantung
Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat mendapati, menderma darah dapat mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 88%. Zat besi yang berlebihan dalam tubuh badan kita boleh meningkatkan risiko mendapat serangan jantung dan lain-lain penyakit jantung. Darah kita terdiri daripada zat besi, sebab itu lah pendermaan darah boleh membantu menyeimbangkan jumlah zat besi dalam badan kita.
3. Kurang Risiko Penyakit Kanser
Zat besi yang berlebihan yang ada didalam tubuh badan kita juga boleh menyebabkan penyakit kanser. Dengan menderma sejumlah darah kepada mereka yang memerlukan kita dapat menyeimbangkan zat besi dalam badan dapat mencegah penyakit kanser berlaku.
4. Dapat Kurangkan Kalori
Menderma darah dapat mengurangkan jumlah kalori dalam badan. Lebih kurang 650 kalori dapat dikurangkan setiap kali anda pergi menderma darah. Mitos yang mengatakan derma darah boleh menaikkan berat badan adalah mengarut, malah menderma darah boleh mengurangkan berat badan.
Untuk maklumat yang lebih lanjut anda boleh cuba derma darah di mana-mana tabung darah berdekatan dan bertanya semua kemusykilan anda pada jururawat atau doktor yang bertugas.
5. Percuma Saringan Kesihatan
Setiap kali anda pergi menderma darah, jururawat atau doktor yang bertugas akan membuat pemeriksaan kesihatan kepada anda. Pemeriksaan kesihatan yang dilakukan ini adalah percuma dan jenis-jenis pemeriksaan yang dilakukan agak terperinci serta menyeluruh.
Kebiasaannya jika anda pergi membuat medical checkup di hospital atau klinik-klinik swasta anda sudah tentu akan dikenakan pembayaran. Antara saringan kesihatan yang akan diperiksa seperti, tekanan darah, jenis darah, jumlah kandungan gula dalam darah dan lain-lain saringan bertulis yang terperinci.
6) Dapat Gantikan Sel Darah Baharu
Umur anda dalam lingkungan 30 hingga 60 tahun? Tapi tak pernah derma darah? Sangat rugi, kerana selain dapat menyeimbangankan jumlah zat besi dalam badan, menderma darah juga dapat menggantikan sel darah yang lama kepada yang baharu.
Ini dapat membuatkan tubuh badan anda menjadi lebih sihat. Ia juga boleh mengekalkan kecergasan tubuh badan anda dan boleh membuat penderma menjadi lebih produktif dalam melakukan kerja.
Antara Keistimewaan Derma Darah
– 1 kali: Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) serta wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
– 2 kali (dalam tempoh 12 bulan): Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B.
– 2 hingga 5 kali: Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan serta wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
– 6 hingga 10 kali: Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun serta rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 6 bulan.
– 11 hingga 15 kali: Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun serta rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun.
– 16 hingga 20 kali: Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun.
– 21 hingga 30 kali: Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun.
– 31 hingga 40 kali: Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun.
– 41 hingga 50 kali: Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun.
– Lebih 50 kali bagi penderma darah lengkap, lebih 150 kali bagi penderma aferesis: Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun. Wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.
Artikel Berkaitan:
2 Tahun Menderita Breakout, Akhirnya Gadis Ini Berjaya Pulihkan Wajah Jadi Lebih Flawless
Viral Isu Tukar Bayi, Bekas Nurse Di Labour Room Kongsi Prosedur Dilakukan Sebelum Boleh Discharge
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rahsia Perut Kempis Guna 3 Bahan Dapur. Selain Buang Lemak, Boleh Kurangkan Selera Makan!
Kaum wanita pastinya tidak dapat lari daripada masalah perut buncit. Meskipun pelbagai cara telah dilakukan, namun hasilnya amat mendukacitakan.
Sebenarnya masalah ini boleh diatasi tanpa menggunakan produk mahal, sebaliknya hanya mendapatkan tiga bahan dapur yang mudah didapati.
Perkonsian dari Suhaniza Isenen memberitahu cara mengempiskan perut dengan tiga gabungan bahan yang sangat berkesan membuang lemak terkumpul di badan terutamanya bahagian perut.
Bukan itu sahaja, ia juga dapat membuang angin dan mampu mengurangkan nafsu makan. Jadi apa kata menjelang Syawal kita lakukan dengan mengamalkannya selepas berbuka puasa.
PETUA RAHSIA KEMPISKAN PERUT BUNCIT DENGAN BAHAN MUDAH DAPUR
Bahan-bahan:
Teh hijau
1/2 inci halia
2 batang serai
1 sudu halba
Air panas
Cara-caranya
1. Rendam teh hijau, halba, halia dan serai dengan air panas. Biarkan dalam 10 minit.
Kalau tiada teh hijau kat dapur, teh biasa pun boleh. Cumanya, teh hijau lebih berkesan daripada teh biasa.
2. Seeloknye minum tiap kali sebelum makan. Dan nak lagi sedap boleh tambahkan sesudu madu.
Selamat mencuba!
Artikel Berkaitan:
Sejak Remaja Dah Hidap Bipolar Disorder, Janna Nick Ambil Ubat Atasi Masalah Kemurungan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI