Viral minggu lalu dengan kisah dua ibu yang baru bersalin tertukar bayi masing-masing. Kejadian ini berlaku di sebuah hospital swasta di Shah Alam.

Walau bagaimanapun masalah ini sudah pun diselesaikan dan kedua-dua pasangan ibu bapa ini telah dapat semula bayi masing-masing.

Terpanggil dengan isu ini, bekas jururawat di labour room Noor Shafinah Mamat turut menceritakan pengalaman sepanjang bertugas di wad berkenaan.

Menurutnya tagging baby adalah sebahagian skop kerja harian di labour room dan wan bersalin. Selepas bersalin akan tunjukkan pada emak jantina anak

Viral betul isu tertukar baby vs tag baby hari dua tiga harini kan siap masuk TV# uissshh 

Tagging baby ini salah satu juga skop kerja harian kami di labour & wad-wad bersalin HTAR

Selepas ibu bersalin kita sendiri show off kat mother sex baby then suruh mother sendiri sebut ye dapat baby ape ,

Puan dapat anak ape ?

Letih lepas beranak pon i will make sure mother sebut sendiri , girl or boy ! Wajib mak kene sebut !

Akan ada saksi selepas tulis, kalau tak betul kena tulis sekali lagi. Ejaan juga akan dipastikan betul dan double check dengan rakan lain

Baby out je siap-siap buat tag , kena ada saksi ye lagi sorang kawan kena jadi saksi lepas tulis .. kalau tak betul kena tulis balik .. salah ejaan pon kena tulis balik ! Double cek dgn kawan !

Sekali lagi tunjuk lagi kat mother ,

Puan , tengok ejaan nama puan betul tak

Tengok no pendaftaran puan sama dengan tag baby nii ? Sebab itu mak wajib pakai tag nama kat tangan bila masuk wad , jangan nak bukak-bukak ye selagi tak boleh discaj ..

Tag baby ini kita pasang kat kaki baby ye puan ,

IKLAN

No pendaftaran tu MESTI sama dengan no kat tangan puan .

JELAS DAN NYATA KAMI KENA SEBUT ‘

After recheck dengan mother ,

Kita akan counter check pulak dengan staf yg conduct baby tuu. Ulang pulak lagi sekali dengan mother ,

Puan nama ape ye ? Dapat baby ape ?

“Baca no tangan puan mesti sama ye dengan tag baby “ Begitulah rutin skop kerja kami ye kat labour room & Wad-wad bersalin sebab kita lahh #forntliner #hashtag 

Viral Isu Tukar Bayi, Bekas Nurse Di Labour Room Kongsi Prosedur Dilakukan Sebelum Boleh Discharge
Gambar sekadar hiasan.

Jadi orang pertama yang sambut kelahiran baby, akan buat kerja cuci baby, beri vaksin dan barulah beri pada emak

Orang pertama yang sambut kelahiran baby

Tak habis lagii ye puan puan ,

Lepas beranak kita ambik pulak baby nak cuci bersih bersih cucuk hep b + vitamin k. Settle bab cucuk-cucuk baby pass pulak baby kat mak ,

IKLAN

Tanye lagi mak soalan sama yee

Ulangg ulangg sampai lebam .. letih pon kena jawab ye mak-mak takut benda ini jadi kesilapan sebab kita ini manusia biasa

Ini baruu je kat labour room jee bape kali ulang yang sama , jangan laa u olss jawab dah laa tadi kan dah tanya !

Kadang aku menyirap kalau ibu jawab macam itu , ye tauu penat sakit beranak tapi kalau jadi kes tertukar macam ini. u alls nak blame sape ?

Sampai di ward, akan check lagi sekali tag baby dan tanya lagi soalan sama pada emak untuk pastikan tiada masalah tertukar baby

Nurses jugakk. Settle semua jahit , nak hantar balik wad, nak pass over pulak kat staf ward

First dorang akan cek TAG BABY ye kawan kawan. Tanya lagi mak soalan sama ..HAHAHA

Haa nampak tak , kita punya protect u alls tak tertukar baby tu macam manaa

Sekian bebelan Kak Cik misi pencen yang penah keje kat labour room & 5 tahun kat wad bersalin .. itulah rutin kami

IKLAN
Viral Isu Tukar Bayi, Bekas Nurse Di Labour Room Kongsi Prosedur Dilakukan Sebelum Boleh Discharge
Gambar sebagai hiasan.

Cuma tak pasti SOP di hospital swasta sama atau tidak dengan hospital kerajaan. Walau apa pun kesalahan ini berat cuma jangan sampai dibuang kerja

Kesalahan ini kami tak tahu punca dari mana & kami tak pasti samada SOP dekat spital swasta sama atau tak. Tapi nak dijadikan kes kan , tak bolehsalah kan sesape jugak ..

Doa saja yang baik-baik ..Ya Allah minta dijauhkan benda tak diingini ,

Ape laa nasib nurse tuu ye ? Janganlah sampai kene buang keje , kesiannya

Yelaa bukan sengaja kan  tapi kesalahan ini berat.. fb femes pulakk tuu huhu

Moga kami semua dilindungi dari benda bukan bukan , aminn ya Allah

Last baby Kak Cik conduct sebelum resign last year

Viral Isu Tukar Bayi, Bekas Nurse Di Labour Room Kongsi Prosedur Dilakukan Sebelum Boleh Discharge
Kak Chik

Artikel Berkaitan:

Selain itu:  Ambil Sarapan 'Homemade' Ganti Suplemen. Rahsia Lelaki Ini Hilang 2KG Dalam Tempoh 2 Bulan!

Jangan Ambil Mudah Jika Selesema, Dibimbangi Penyebab ‘Brought-In-Dead’ (BID). Terus ‘Serang’ Paru-Paru!

Guna Campuran Asam Jawa & Bedak Sejuk, Petua Hilangkan Jerawat & Kekal Awet Muda Lebih Selamat

Mula-Mula Ayah, Kemudian Ibu Pula Dijemput Ilahi. Lima Beradik Hilang Insan Tersayang Korban Covid-19!

 

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI