Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Siapa sangka dengan hanya memulakan perniagaan menjual produk mekap memberi kemenangan berganda buat diri wanita ini.

Jika orang lain memilih produk makanan atau tudung, tetapi wanita berusia 35 tahun ini memilih menceburi bidang kosmetik kala berdepan pandemik Covid-19.

Bagi Norfazlina Mohd Faozi atau mesra dipanggil Fazs Faozi tidak menyangka akan membawa pulang wang tunai RM50 ribu beserta barangan apabila dinobatkan sebagai juara untuk Pencarian Nona Superwomen.

Mengalahkan empat finalis lain di pentas akhir, wanita lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri ini begitu yakin kala membuat dua tugasan terakhir di depan juri.

Berniaga Tak Cukup Ilmu

Namun perjalanan Fazs Faozi untuk mengecap kemanisan ini bukan semudah disangka. Menurutnya kesilapan dilakukan dalam perniagaan adalah tidak cukup ilmu.

“Matlamat saya ketika mula-mula membina perniagaan adalah jual barang untuk dapat untung dan yang penting stok habis.

“Saya mengeluarkan duit poket sendiri sebanyak RM3000 sebagai modal untuk mengeluarkan produk pelembap wajah.

“Ketika itu, produk penjagaan kulit seperti pelembap wajah masih belum banyak di pasaran. Tak banyak pun, keluaran pertama kurang daripada 500 unit namun, alhamdulillah produk tersebut laris terjual.

“Saya jadi terkejut lihat pengaliran wang masuk dan dalam masa yang sama tak pandai menguruskan kewangan syarikat serta tak fokus dalam perniagaan. Banyak kesilapan yang saya lakukan sewaktu mula-mula bertapak dulu sehingga rasa putus asa nak meneruskan perniagaan.

“Justeru saya nekad tak mahu lagi meneruskan perniagaan dan mahu fokus kepada mekap artis sahaja,” tutur Fazs Faozi yang bergelar jurusolek sebelum mencebur diri dalam bisnes kosmetik.

IKLAN
Tokey Mekap Juara Pencarian Nona Superwoman. Rezeki Berganda Bawa Pulang RM50 Ribu!
Sejak dulu suka solek orang.

Pandemik Covid-19 Jadi Igauan Ngeri

Namun pengalaman ketika mendepani pandemik COVID-19 sedikit sebanyak menyuntik inspirasi untuk terus pergi labih jauh dalam dunia perniagaan.

Selain itu:  Stop Minum Manis, Ganti Air Masak & Jus Buah Tanpa Gula. Lepas 9 Bulan Terus Hilang 30 KG!

“COVID-19 sebenarnya adalah igauan ngeri bagi setiap peniaga. Banyak cabaran dan halangan yang terpaksa kami tempuh.

“Cabaran paling besar apabila kita semua tidak dapat bergerak bebas seperti dahulu. Terlalu banyak kempen yang telah kami planning tidak dapat dijalankan. Ada separuh modal yang telah dikeluarkan tapi sangkut pula. Pada PKP 1.0, saya agak lost ketika itu.

“Tak tahu apakah cara yang terbaik dilakukan untuk mengahadapi pendemik ini. Alhamdulillah, saya banyak merujuk kepada pihak yang lebih arif seperti guru bisnes dan rakan bisnes yang lain.

“Keputusan drastik saya ketika saya lihat cash flow semakin berkurangan, saya mengecilkan lialibiti syarikat dengan menutup pejabat dan mengarahkan semua staf berkerja dari rumah.

“Kemudian kami banyak melakukan “discount sale” untuk melancarkan semula aliran tunai. Selain itu, kekangan dari segi kewangan juga dapat diatasi dengan bantuan dari pihak kerajaan,” tambah ibu kepada dua cahaya mata ini.

IKLAN
Tokey Mekap Juara Pencarian Nona Superwoman. Rezeki Berganda Bawa Pulang RM50 Ribu!
Produk kosmetik Imake keluarannya.

Sejak Belajar Lagi Sudah Solek Orang

Menurutnya ketika belajar di universiti lagi dia sudah pandai menyolek rakan-rakan lain dan minat itu terus bercambah selepas habis pengajian.

Selepas 4 tahun menimba pengalaman sebagai pegawai bank dan selepas 4 tahun, dia akirnya berhenti untuk meneruskan minat dalam bidang kecantikan, iaitu solekan. Kini sudah 6 tahun dia meneruskan kerjaya sebagai seorang jurusolek atau makeup artist.

“Apabila semakin dikenali, saya mengambil langkah mengeluarkan produk pertama saya iaitu penjagaan kulit atau skincare.

“Kini, saya mempunyai lebih kurang 6 jenis produk solekan dan penjagaan kulit di bawah label Fazsbeauty,” tambahnya mengakui kejayaan diraih adalah atas usaha dan sokongan keluarga tidak berbelah bagi.

“Keluarga adalah tulang belakang saya. Tanpa keluarga, saya mungkin tidak akan sampai ke tahap ini. Suami saya, insan paling supportive.

Selain itu:  Dah Lama Rupanya Hidap Tumor Saraf. Doktor Saran Aaron Aziz Perlu Jalani Pembedahan!

“Suami sentiasa menghulurkan bantuan di saat saya memerlukan dan juga ibarat pakar motivasi buat saya ketika down,” tambahnya yang berharap jenama Fazsbeauty akan semakin berkembang maju.

IKLAN
Tokey Mekap Juara Pencarian Nona Superwoman. Rezeki Berganda Bawa Pulang RM50 Ribu!
Bersama keluarga tercinta.

Bantu Wanita Terjejas Ekonomi

Program realiti yang julung kali ini telah berlangsung sejak 22 September lagi yang ditayangkan di saluran Astro Prima di mana memberi peluang kepada usahawan B40 dan M40 yang terjejas akibat pandemik menambah ilmu perniagaan.

Majlis penuh gemilang tetapi dilakukan dalam suasana new norm itu turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan disiarkan secara langsung di saluran Astro Prima (105).

Platform Pencarian Nona Superwoman yang diperkasakan oleh USAHANITA adalah selari dalam membantu wanita terjejas ekonomi akibat pandemik Covid-19. Malah pihak penganjur, Majalah Nona melalui Ideaktiv dan juga Astro Prima memberitahu akan terus penganjurannya di musim akan datang.

Tokey Mekap Juara Pencarian Nona Superwoman. Rezeki Berganda Bawa Pulang RM50 Ribu!
Finalis dengan Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Artikel Berkaitan:

Rajin Workout & Cheat Day Sebulan Sekali. Rahsia Gadis Lenyapkan 20KG Dalam Masa 3 Bulan!

Tak Lokek Kongsi Rahsia Jaga Kecantikan. Iman Troye Dedah Rahsia Miliki Kulit Halus & Mulus!

Sangka Bebas Kanser Rahim, Tapi Dikesan Kanser Usus Tahap 4. Wanita Kental Hadapi Dugaan!

 

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI