Oleh kerana tidak tahan dengan kata-kata kejian yang diterima daripada orang sekeliling menyebabkan wanita ini nekad untuk berubah.

Apatah lagi apabila anak sendiri turut terlepas cakap mengatakan dirinya gemuk membuatkan dia berazam untuk cuba berdiet tanpa ilmu.

Namun cubaan ini tidak begitu berjaya keraa penurunan kurang dan statik. Walau bagaimanapun bagi Maidatul Mas tidak berputus asa dan terus mencuba.

Akhirnya setelah hampir 8 buan diet, dia berjaya mengurangkan sebanyak 29 kg berbanding berat asal tanpa pengambilan produk dan senaman.

Tanpa  Produk & Senaman, Wanita Berjaya Lenyapkan 29 KG Dalam Masa 8 Bulan Ikut Ilmu Diet Betul!

Lenyapkan 29 KG Tanpa Produk & Senaman

“Pada awal bulan 1 Mas masuk kelas nak ubah badan (NUB )& kelas advance ubah mindset (AIK) dengan  Coach Izi Yahya (Vistafitt).

“Mas bersyukur sangat sebab dapat masuk kelas Coach Coach Izi Yahya (Vistafitt). Kelas ini  memang terbaik walaupun mas tidak bersenam Mas mampu kurus dengan ilmu Coach.

“Selepas 4 bulan kebetulan raya puasa Mas dapat keputusan yang pertama 52.2kg. Dengan keputusan yang Mas dapat, buat Mas lagi bersemangat untuk kurus cantik & sihat.

“Mas terus kena bersemangat untuk turunkan berat Mas sehingga dapat berat badan yang sekarang 46.7kg (BMI 20.2),” ujarnya yang berjaya membuka mata orang lain yang sebelum ini mengejeknya.

Tanpa  Produk & Senaman, Wanita Berjaya Lenyapkan 29 KG Dalam Masa 8 Bulan Ikut Ilmu Diet Betul!

Berjaya buka mata orang lain

“Mas berjaya buka mata orang yang kata dekat Mas. Dan sekarang Mas dah menjadi inspirasi kepada ramai sahabat dan kawan-kawan untuk tampil kurus cantik & sihat.

IKLAN

“Mas tiada istilah putus asa dalam perjalanan diet Mas. Memang sentiasa bersemangat untuk capai target Mas.

“Mas memang tak sempat nak bersenam sebab mengasuh dua orang baby. Malam pula sibuk buat buat roti dan karipap pusing frozen untuk berniaga.

“Tapi dengan ilmu yang Coach ajar & ilmu mindset yang betul Mas mampu displin & dapat capai berat impian,” katanya lagi.

Tambah Mas, dia memang tidak mengamalkan workout tetapi hanya mementingkan pengambilan makanan ikut cara diajar Coach. Dia juga turut diajar makan menu yang disukai tetapi mengikut cara serta ilmu diberitahu Coach.

“Misalnya, Mas makan 3 sudu nasi dengan ayam masak merah 1 ketul bahagian  dada, sayur bergoreng suku dan ulam bersama sambal belacan.

“Tidak perlu masakan kurus atau panggang. Makan apa yang kita suka tetapi ikut portion betul,” jelasnya yang mempunyai ketinggian 152 cm ini.

IKLAN

Tanpa  Produk & Senaman, Wanita Berjaya Lenyapkan 29 KG Dalam Masa 8 Bulan Ikut Ilmu Diet Betul!

Diet dengan cara betul tanpa ubat & senaman

Baginya kejayaan dicapai beri inspirasi dan semangat pada semua orang yang nak kurus. Dia belajar ilmu diet dengan cara yang betul tanpa pengambilan ubat-ubatan dan tanpa senaman.

Menurutnya setelah hampir 8 bulan lakukan diet, berat terkininya adalah 46 dan sudah mencapai target BMI19.9.

Mengikut kata Coach, BMI 19 ini diumpamakan badan sudah tidak ada lemak dan ala-ala tubuh ideal bagi seorang model.

Tanpa  Produk & Senaman, Wanita Berjaya Lenyapkan 29 KG Dalam Masa 8 Bulan Ikut Ilmu Diet Betul!

Ini Plan Menu Diet Diamalkan (Jarak 2 Jam):

Sarapan pagi
Wrap. Atau kekacang

IKLAN

Snacking
Buahan atau kekacang

Makan tengah hari
Nasi 3 sudu + dada ayam kari 1ketul + sayur sawi + sambal belacan

Snacking
Buahan atau kekacang

Makan malam
Sama dengan menu tengah hari cuma tanpa karbo

Snacking
​​​​​​​Buahan atau kekacang

Tanpa  Produk & Senaman, Wanita Berjaya Lenyapkan 29 KG Dalam Masa 8 Bulan Ikut Ilmu Diet Betul!

Artikel Berkaitan:

Selain itu:  "Ramadan Bantu Diet Sebab Makan Sekali Sehari" - Osama Yamani Kongsi Tip Kurus Paling Mudah

Stress Lihat Angka Tak Berubah, Wanita Tekad Lakukan Diet DSSS. Hasilnya Berjaya Lenyapkan 19 KG

Penat Diejek, Wanita Tekad Belajar Ilmu Diet. Berjaya Lenyapkan 31 KG & Kini Capai Berat BMI Ideal!

Amal Diet Suku-Suku Separuh, Wanita Berjaya Transform Dari Saiz XXL Ke M. Ini Menu Diambil!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI