Kecantikan Dian Sastrowardoyo sering menjadi tumpuan, walau umurnya bakal menginjak 41 tahun namun kelihatan air wajahnya tetap nampak muda. Langsung tak di makan usia!
Seperti gambar yang dikongsikan dalam Instagram, Dian nampaknya memilih untuk cantik tanpa mekap. Malah isteri kepada ahli perniagaan, Indraguna Sutowo ini dilihat suka melakukan aktiviti sihat seperti bersenam dan berbasikal.
Mencipta nama menerusi filem remaja popular Ada Apa Dengan Cinta pada tahun 2002, penampilannya bagai tidak pernah berubah, malah dilihat semakin jelita biarpun sudah memegang peranan sebagai ibu kepada dua cahaya mata.
Ads
Melihat wajah manis dan kredibiliti lakonannya, Dian suka menggayakan kebaya klasik selari dengan sokongannya dalam gerakan kebaya sebagai warisan budaya dunia.
Tak jemu melihat air wajahnya yang unik, malah senyuman Dian sangat memikat buat dia nampak ‘mahal’. Dian sangat menitik beratkan pemakanan dalam diet. Selagi boleh, dia akan cuba mengambil makanan yang diasaskan daripada sumber organik yang bebas bahan kimia.
Jadi kepada anda di luar sana yang mahu kelihatan awet muda dan sihat, kenalah keluarkan peluh. Paling panting jaga makan dan jangan lupa rutin asas dalam kecantikan iaitu jaga kulit wajah!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Malah boleh jadi penyelamat terutama digunakan untuk mereka yang ada anak kecil atau untuk membuang tahi telinga yang mengeras.
Perkongsian Yatie Eimira memberitahu cara membuat larutan air garam sendiri untuk mengatasi beberapa masalah kesihatan terutama selesema.
Larutan air garam (saline solution) memang penting tau jika anak kerap selesema & alami masalah hidung tersumbat. Larutan ni berfungsi melembapkan hidung & mencairkan hingus. Untuk selesema & hidung tersumbat biasanya dijual jenis spray & juga secara titis (nasal spray/drops) ataupun dalam botol untuk cucian rongga hidung.
Di pasaran ada macam² jenama & berbeza² kepekatan gak. Masa Fydh kecik dulu saya kerap jugak beli & standby dalam “first aid kit”. Tapi selalunya tak sempat habis guna dah expired. Lepas² tu memang sediakan sendiri jer bila nak guna.
Saline Solution 0.9%
=================
Bagi mak² yang ada bayi kecil terutamanya, kalau tak sempat nak standby yang ready made, boleh sediakan sendiri je larutan air garam ni sebenarnya. Boleh gunakan larutan air garam ni untuk cairkan hingus, dijadikan air kumuran untuk sakit tekak/gusi/gigi, boleh juga digunakan untuk cairkan tahi telinga yang mengeras (contohnya warga emas yang alami masalah telinga yang kering), cuci luka, dan sebagainya.
Larutan air garam dengan kepekatan 0.9% dipanggil isotonik/normal saline sebab kepekatannya sama dengan kandungan garam dalam darah/air mata/tubuh kita. Antara kebaikan lain, penggunaan larutan air garam dengan kepekatan 0.9% tak menyebabkan rasa pedih jika ada luka² kecil dalam hidung bayi.
Cara² Penyediaan:
==================
1. Gunakan air panas mendidih 1 cawan (250ml)
2. Tambahkan ½ sudu kecil garam putih.
3. Kacau sehingga larut.
4. Biarkan sejuk suhu bilik sebelum guna.
Pastikan tangan & peralatan yang digunakan bersih
Sebaik²nya baki yang tak digunakan disimpan dalam peti sejuk (dalam bekas bertutup) untuk elak pembiakkan bakteria. Keluarkan awal sedikit untuk penggunaan seterusnya atau boleh juga rendam bekas dalam air hangat² suam sekejap..
Gunakan dalam tempoh 24 jam sahaja, kerana bakteria masih boleh membiak dalam larutan air garam selepas 24 jam.
Homemade saline solution ni tak boleh dititiskan pada mata, cuci kanta lekap, diminum mahupun digunakan untuk merawat dehidrasi ye..
Jika tiada cawan penyukat standard, boleh gunakan cawan kopi/teh biasa je. Sukatannya 1 cawan air & ¾ sudu teh garam putih.
Boleh masukkan larutan air garam dalam botol dengan muncung penitis atau gunakan syringe ubat yang bersih. Titis larutan air garam 2-3 titis pada sebelah lubang hidung dahulu kemudian barulah tukar sebelah lagi. Jika gunakan syringe, pastikan jangan tekan dengan kuat/laju kerana boleh lukakan dinding rongga hidung bayi yang masih lembut. Ulang kali ke-2 jika perlu (pastikan ada gap masa 2-3 min). Biarkan posisi kepala anak mendongak sedikit supaya larutan air garam sampai ke pangkal hidung. Biarkan 2-3 minit agar hingus mencair sebentar & kemudian keluarkan hingus gunakan nasal aspirator. Boleh lakukan 3x sehari atau bila perlu.
TELINGA
Perlahan² titiskan 2-3 titis larutan air garam ke dalam lubang telinga yang bermasalah. Jika gunakan syringe, pastikan jangan tekan dengan kuat/laju kerana boleh menyebabkan kecederaan gegendang telinga. Jangan titis terlalu banyak lak, cukup sekadar melembutkan tahi telinga yang keras je.
SEBAGAI AIR KUMURAN
Bagi yang sakit tekak/gusi/gigi, boleh kumur dengan larutan air garam ni macam biasa. Tapi saya lebih gemar campurkan 3-5 biji cengkih (ketuk sedikit) & rendam ke dalam larutan ketika air masih panas agar patinya keluar. Ia menambah keberkesanan larutan air garam kerana cengkih sendiri mempunyai fungsi antibakteria & antiradang serta bersifat anesthetic yang boleh kurangkan sakit gak tau
Bagi yang alami masalah gusi bengkak atau berdarah (tanpa sakit gigi), kumur dengan larutan air garam yang sejuk kerana suhu sejuk boleh mengurangkan sakit & surutkan bengkak. (Untuk tip sakit gigi boleh baca link ni https://www.facebook.com/100000547782708/posts/3369718643056362/
Jintan manis bukan sekadar penambah rasa keenakan makanan, malah membantu anda yang ingin menurukan berat badan. Kaum wanita khususnya yang mahu badan langsing boleh cuba teh jintan manis.
Dengan pengambilan secawan teh jntan manis pada waktu malam juga dapat menenangkan saraf dan membuatkan anda lebih mudah tidur malam.
Berikut beberapa khasiat yang ada di dalam rempah jintan manis yang anda tidak ketahui sebelum ini.
Jintan manis sejenis herba berserat tinggi, bertindak seperti ‘julap’ untuk mencuci usus kecil dan usus besar secara sederhana. Herba ‘pelawas’ ini melancarkan proses perkumuhan. Selain itu, ia juga membantu mengatasi masalah kembung perut akibat terlebih angin, gas dan asid.
Kaya dengan vitamin C-B-A, bermanfaat mengekalkan daya tahan badan terhadap serangan penyakit. Kadar seratnya yang tinggi dapat mencegah berlakunya buasir dan kanser usus.
Jintan manis mengandungi ‘anethole’, sangat perlu untuk merawat masalah bengkak atau radang pada sendi, tulang dan otot! ‘Anethole’ juga diyakini dapat mengurangkan risiko keberulangan (recurrennce) penyakit kanser.
Jintan manis bersifat diuretik, bermakna dapat mengeluarkan bendungan air di dalam badan. Jadi boleh merawat sembab muka, perut kembung, buncit dan senak perut!
Jintan manis merangsang pengeluaran susu ibu (lactation) dan memberi kesan yang sama pada tubuh sepertimana tugas estorgen. Boleh merawat masalah kesakitan pra-haid dan menopaus, masalah rendah-libido dan ketegangan saraf.
Jintan manis dapat mengatasi masalah kesakitan dan kekejangan saraf pra-haid, mengurangkan simptom-simptom pra-menopos dan menggalakkan daya keinginan seksual secara semulajadi (dan berkesan!)
1 sudu jintan manis
2 gelas air
Jika diamalkan berterusan, kita akan merasa manfaat dan kebaikannya pada tubuh badan. Mampu membuang keracunan dalam badan kerana bertindak sebagai tonik semula jadi yang membersih darah, buah pinggang, paru-paru dan limpa. Untuk kesan yang terbaik perlu istiqamah.
kredit : Suriani Senapi
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti kita makum pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberitahu bahawa produk ‘Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream’ mengandungi racun berjadual iaitu Tretinion.
Jadi kita diingatkan supaya elak untuk membeli atau menggunakannya jika sayangkan kulit wajah.
Walaupun ada antaranya memberitahu produk dipakai ok, tetapi perlu diingat produk pemutihan yang mereka gunakan ini mengandungi racun terlarang.
Dalam satu perkongsian di laman sosial FB, Public Health Malaysia memberitahu kesan penggunaan produk mengandungi racun berjadual ini terutama untuk kulit wajah.
Menurut PHM untuk kesan jangka pendek produk yang mengandungi Hyroquinone dan Tretinoin memang nampak kesan, tetapi tidak untuk hasil selepas itu.
“Saya dah pakai produk ini OK sahaja kulit saya” , itu kata kata penjual dan pengguna produk Briliant Skincare apabila KKM mengumumkan produk pemutihan yang mereka gunakan mengandungi bahan beracun terlarang
“Untuk jangka masa pendek memanglah produk yang mengandungi Hydroquinone dan Tretinoin nampak berkesan. Kulit menjadi putih kepucatan dan menjadi kemerahan apabila terkena cahaya matahari. Hasilnya pula sangat cepat, memanglah membuat pengguna teruja.
“Tapi apabila anda mula berhenti, kulit akan menjadi kusam, timbul jerawat dan warna menjadi tidak sekata. Kesannya akan wujud kebergantungan kepada produk yang menyebabkan anda terus memakai sehingga bertahun tahun,” menurut PHM.
Dan kesannya akan menyebabkan masalah kulit kronik yang dipanggil Ochronosis
“Maka terjadilah masalah kulit kronik yang dikenali sebagai Ochronosis. Bahagian kulit yang sering disapu krim pemutih akan menjadi kehitaman yang tidak sekata. Ia kelihatan seperti Caviar (sila google) dan memberi kesan menggerutu.
“Jika anda adalah pengguna produk,
-Briliant Skin Care Rejuvinating Facial Toner
-Briliant Skin Care Rejuvenating Facial Cream
-Briliant Skin Essential Whitening Facial Cream
“Sila hentikan penggunaan, dapatkan konsultasi pakar kulit jika anda sudah anda tanda tanda rebound (akibat berhenti) atau tanda awal Ochronosis,” tambahnya lagi.
Sehubungan itu, jangan sesekali kita terus membeli atau menggunakan produk ini kerana begitu membahayakan kulit wajah. Jika masalah ini berterusan teruskan berjumpa pakar konsultasi untuk rawatan selanjutnya.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.