Berkat kesungguhan, wanita ini tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan berat idaman.
Hanya 5 bulan sahaja masa diambil untuk kembali mendapat tubuh badan langsing setelah melakukan diet dengan ilmu yang betul.
Bermula sejak tahun lepas mengamalkan diet setelah mengalami masalah kesihatan seperti gastrik, sakit tumit, mudah penat bila mahu berjalan serta menyukarkan urusan ibadah.
Inilah faktor utama menyebabkan dia tekad untuk mengamalkan cara diet yang betul selain bagi mempertingkatkan keyakinan diri.
5 Bulan Ambil Masa Diet
Bagi Aisyah Sahib perjalanan dietnya tidak mudah disangka. Namun dia sedikitpun tidak ada rasa putus asa malah berazam untuk mendapat berat dikehendaki.
Ads
“Saya mengambil masa 5 bulan untuk mendapat berat dihajati. Dulu berat saya sekitar 79kg, tetapi kini sudah hampir separuh lenyap. Berat terkini adalah 54kg dan saya selesa dengan situasi sekarang.
“Cara yang diamalkan hanyalah dengan belajar ilmu diet yang betul melalui Coach terlatih, Coach Izi Vistafit.
“Syukur alhamdulillah saya dapat belajar lmu yang luar biasa ini buat diri saya. Bayangkan hampir belasan tahun hidap obesiti dan inilah saat menggembirakan,” katanya yang mengalami banyak masalah kesihatan apabila badan mengalami kenaikan mendadak.
Tambahnya tanpa ilmu diet yang betul tidak mungkin akan mendapat result diingini.
“Ilmu ini mengajar kita makan apa saja yang disukai tetapi mengikut portion yang betul. Sebenarnya tidak susah nak kurus cara sihat tetapi syaratnya kena ada ilmu.
Ads
“Alhamdulillah bila sudah kurus ini, segala masalah kesihatan sudah hilang. Malah saya boleh bergerak ke sana ke mari lebih laju lagi,” ujarnya yang mengakui pada mula diet tidak yakin boleh kurus.
“Mula-mula saya tak yakin, saya beri alasan saya suri rumah, kerja menjahit tak boleh diet. Susah tak boleh senaman.
“Saya juga beri alasan tak banyak duit nak masak menu diet. Sangkaan saya salah, diet ni rupanya makan lauk yang keluarga saya makan dengan kuantiti yang betul,” katanya memberitahu siapa pun kita, di mana jua kita boleh berdiet. Apa yang penting ilmu.
Niatnya pada mula hanya mahu turunkan berat badan tanpa mengambil kira perkara lain.
Namun di sebalik usahanya untuk mendapatkan berat badan ideal, dia juga turut mendapat kelebihan lain apabila hasil kulit wajah jadi cantik.
Ikuti perkongsian sahabat dari grup Diet Suku-Suku Separuh Khuzai Bo Art yang bukan saja dapat turunkan berat badan tetapi kulit wajahnya juga jadi lebih cantik.
Sebelum itu dia yang mengalami obesiti (ketika 19 tahun berat capai 148kg) berjaya menghilangkan 75 kg dari berat badan asal. Mengambil masa tiga tahun untuk capai berat terkininya iaitu 79 kg.
Berat Turun, Kulit Pun Jadi Lebih Cantik
Memang lepas turun berat kulit jadi putih eh?
Soalan paling saya dapat selama ini. Niat saya mula-mula tak ada pun nak putih or kulit cantik.
Nak turun 10kg je dulu.. tiba-tiba terturun sampai 75kg. Bonus kulit pun jadi better. Hilang dah kerak-kerak dekat leher/tepi hidung/cuping telinga..
Orang badan besar memang tak boleh lari dari hitam-hitam dekat muka nih..
Tak ada rahsia apa-apa pun. Just jaga makan. Kalau dok melantak macam-macam, macam mana kulit nak cantik. Minum air masak, bukan air manis
Dok berhabis beribu-ribu beli skin care..tapi makan tak jaga..start dari dalam. Baru laa kulit pun ikut sama cantik.
Lagi pun saya dah 8 tahun jaga mkan. Bukan sebulan dua ya. Tak ada cucuk-cucuk or rawatan muka bagai. Cukup jaga mkan and minum air kosong
Gula punca utama acne and sebum kat muka ya. Cuba kurangkan gula and minum air kosong. Insya-Allah lama-lama cantik laa kulit tu.
Lain orang lain rutin harian penjagaan kulit wajah. Walau apa cara dilakukan, matlamat hanya satu untuk memastikan wajah sentiasa cantik, halus, mulus dan bersih dari jerawat.
Ada yang mementingkan bahagian luaran dengan membeli pelbagai jenama penjagaan wajah.
Dan ada juga yang mengamalkan pengambilan minuman kesihatan sebagai suplemen. Kesannya juga bagus untuk menjaga kulit wajah.
Seperti perkongsian wanita Umaira Haris di laman twitter ini yang merupakan pengguna tegar air sarang burung. Biasanya sarang burung ini diamalkan oleh kaum wanita Cina kerana tahu khasiatya.
Wajib minum setiap hari kalau nak kulit jadi lembut
Boleh dapatkan di drugstore berhampiran
Mula minum lepas lihat ada seorang wanita Cina memborong banyak
Setelah buat carian, inilah rahsia sebenar kulit orang Cina yang lembut, gebu, sihat dan tiada cacat cela
Minum ikut kemampuan, rasanya sedap
Boleh juga ambil yang ada herba
Minum selepas bangun tidur waktu perut kosong, atau minum sebelum tidur
Kalau ada bajet lebih elok beli yang ‘raw’ dan masak sendiri
Dan boleh letak bahan sampingan ini
Ini cara nak memasaknya
Time mengandung tak minum
Selain untuk cantikkan kulit, sarang burung ini juga boleh tingkatkan imunisasi sistem badan. Jarang demam dan kalau muka breakout cepat hilang
Airnya rasa sedap manis-manis tak berapa manis sangat