Ketokohan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi pemimpin selama 22 tahun dalam mentadbir negara amat disanjungi.

Jasa dan segala khidmt bakti dicurahkan menjadikan Malaysia antara negara disegani ramai.

Malah beliau juga adalah pemimpin tertua di dunia kerana dilantik Perdana Menteri ketujuh ketika berusia 92 tahun.

Melihat susuk tubuh beliau yang sudah bersara ini, kelihatan masih aktif dan sihat melakukan pelbagai aktiviti.

Tun Dr Mahathir atau lebih mesra dengan panggilan Che Det atau Tun M berkongsi apa yang dilakukan beliau pada usianya kini menerusi paparan video di laman sosial TikTok menggunakan akaun @chedetofficial.

Dalam video berdurasi satu minit tujuh saat itu, beliau berkongsi salah satu aktiviti yang dilakukannya ialah berjalan kaki.

 

@chedetofficialPerlu aktif bila bertambah usia♬ original sound – chedetofficial

IKLAN

“Kalau lihat dalam kebanyakan keluarga, kalau orang itu sudah tua, dia suka sangat suruh tidur. Jalan!

“Saya pun mengantuk juga nak tidur. Tapi saya tak mahu tidur. Kalau saya tidur, kita jadi lemah. Lutut-lutut kita tak ada excercise.

“Jadi lepas kita tidur, lama-lama sangat tidur, nak bangun pun tak larat, tak kuat,” kata beliau.

Selain itu, bekas Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh itu juga turut menyentuh aspek berkaitan keupayaan otak apabila memasuki peringkat berusia.

Beliau menggalakkan aktiviti-aktiviti yang boleh mengaktifkan otak.

IKLAN

“Satu lagi perkara, pemikiran kita.

“Kalau kita tak fikir, otak kita itu kebolehannya berkurangan.

“Sebab itu walaupun kita sudah berumur, tetapi kita kena aktif.

“Aktif tubuh badan, aktif akal fikiran.

“Jadi kalau kita bercakap dengan orang, berbahas dengan orang, menulis, membaca, itu semua activate kita punya brain. Barulah otak mampu kekal aktif” kata beliau.

IKLAN

Terdahulu, Dr Mahathir juga pernah berkongsi bahawa beliau sentiasa sihat dengan tidak makan secara berlebihan.

Katanya, makanlah untuk hidup bukan hidup untuk makan. Malah beliau masih mengingati nasihat ibunya untuk berhenti makan apabila merasakan sesuatu makanan itu sedap.

Artikel Lain:

Lewat Rawat Masalah Keputihan Penyebab Kanser Rahim & Boleh Undang Maut. Ini Langkah Pencegahannya!

Lepas Kahwin Haid Jadi Tak Teratur. Pakar O&G Jelaskan Salah Satu Sebab Masalah Berat Badan!

Letak Ais Guna Teknik Akupuntur. Boleh Legakan Sakit Kepala, Badan Rasa Ringan Bertenaga & Awet Muda!