Tidak dinafikan ramai yang berhasrat untuk menurunkan berat badan akan masuk mana-mana grup kumpulan sokongan yang bersesuaian di laman sosial.

Ini bagi memudahkan dan mendapat ilmu secukupnya untuk perjalanan diet.

Namun lain pula niat wanita ini Najwa Rashid yang masuk grup Diet Suku-Suku Separuh di laman sosial Facebook adalah kerana mahu menjual produk.

Tetapi itu kisahnya sebelum itu. Kini dia betul-betul mengamalkan diet secara clean mengikut disarankan grup DSSS.

Pernah Muntah Balik Sebab Takut Gemuk. Lepas 2 Tahun Wanita Berjaya Kurus, Amal Diet ‘Clean’!

Menurutnya ketika menjual produk secara live dia akan makan tetapi muntahkan balik kerana takut gemuk.

Bermacam-macam yang dia belajar dari grup DSSS da daripada Coach sebelum betul-betul bebas dari sebarang suplemen.

Ternyata dia berjaya menurunkan berat badan dengan mengikut amalan yang betul dialar oleh Coach.

Sangggup Muntah Untuk Kurus, Tapi Akhirnya …

Bismillahirrahmanirrahim..

Dulu saya join group ni sebab nak jual produk kurus

Saya share result saya pujuk orang beli produk saya jual bila dorang pm.

IKLAN

Duluu tu duluuu, sekarang saya clean

Dulu saya makan 1000-1200kcal sehari.

Saya tunjuk saya makan macam-macam sedangkan tak makan pon tapi sebab nak laku kan produk.

Pernah Muntah Balik Sebab Takut Gemuk. Lepas 2 Tahun Wanita Berjaya Kurus, Amal Diet ‘Clean’!
Kiri berat sebelum.

Kadang saya live saya makan tapi saya muntahkan balik takut gemuk

Macam-macam saya belajar dari group ini dan daripada coach saya.

Alhamdulillah, Almost 2 years clean daripada supplement.

Gambar kiri muka saya raya this year

IKLAN

Baju biru bulan 10 tahun lepas

Both kiri berat saya 69-70. Latest berat dah 74.5kg. Gambar kanan, both bulan 10/2021

 

Saya makan 1800kcal sehari

Saya workout 5x seminggu, kadang 4x tengok pada jadual anak²

Saya dah pandai makan 6-8x sehari ni termasuk coffee break, saya hantu kopi

IKLAN

Saya perut bendang tak pandai makan carbo lain even roti, nasi memang priority

Saya minum air manis tapi dalam seminggu 2,3x sebab minum time keluar je.

Pernah Muntah Balik Sebab Takut Gemuk. Lepas 2 Tahun Wanita Berjaya Kurus, Amal Diet ‘Clean’!
Gambar kanan terbaru.

Kadang tergoda nak makan ubat² kenyang lama. haha

Tapi setakat ini Alhamdulillah belum terjebak.

But one thing saya belajar, Nak kurus tak banyak pakai duit

Duit dapur saya jimat. Apa saya makan, anak-anak dan suami boleh makan.

Artikel Berkaitan:

Selain itu:  Tak Macam 40-an Pun, Ini Rutin Dian Sastrowardoyo Yang Buat Dia Nampak Awet Muda

Terus Bertangas Walau Dah Sebulan Berpantang. Cara Ozlyn Jaga Badan Lepas Bersalin 6 Orang Anak!

6 Senaman Patut Buat Kuatkan Otot Kaki & Stamina, Sebagai Persediaan Sebelum Buat Aktiviti ‘Hiking’

Dah Hampir 2 Tahun Hidup Dalam Pandemik, Doktor Kongsi 7 Mitos Popular Vaksin Covid-19

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI