Nampak makin jelita dan langsing Noor Nabila pada usia mencecah 40 tahun, malah ibu anak satu ini tidak lokek untuk berkongsi perkembangannya di media sosial.
Apa yang menarik, kakak kepada selebriti popular Neelofa itu ada membuka rahsia macam mana dia menjaga pemakanan yang diambil dengan menyukat makanan menggunakan penimbang elekronik.
Noor Nabila Masuk 40 Tahun Makin Langsing
Perkara tersebut didedahkan rakan karibnya merangkap pempengaruh media, Rosix Omar yang menyatakan ibu kepada seorang anak itu menyukat lauk berupa ikan selaku sumber protein.
“Tengoklah Nabila, dia ajak kita makan tapi yang pentingnya rahsia dia ni, dia makan kena ada penimbang,” katanya dalam perkongsian video dalam TikTok.
Ads
Timbang Makanan Sebelum Makan
Dalam hantaran berkenaan kelihatan Nabila sedang menimbang lauk di atas penimbang elekronik yang dikatakan hanya perlu setakat 100 gram.
“Kenalah guna penimbang,” ujar wanita berusia 40 tahun itu menyambut usikan sahabatnya.
Dalam perkongsian itu, Rosix menunjukkan pelbagai jenis hidangan bertutup tudung saji di atas mega selain kelihatan alat penimbang kecil milik Nabila.
Ads
Menurut Rosix lagi, rakannya itu memang gemar mengajaknya menikmati hidangan enak, tetapi dia sendiri hanya menjamah sedikit sebagai alas perut.
“Dia kena timbang berapa banyak dia makan, ini masalah negara aku pun tak faham. Kejap lagi dia suruh kita makan banyak-banyak, dia pula timbang,” ujarnya.
Selain hanya mengambil sedikit saja isi ikan, di pinggan ahli perniagaan terbabit hanya ada sedikit sambal, sayur-sayuran serta separuh genggam nasi putih.
Ads
Teruja Melihat Cara Pemakanannya
Rejim diet yang didedahkan itu mengundang komen ramai dengan rata-rata meluahkan perasaan kagum melihat semangat ditunjukkan Nabila untuk jaga badan.
“Bagus dia masa muda jaga makan, jaga ‘portion’ tapi tetap dapat makan sedap. Tak payah tunggu tua,” tulis seorang netizen.
“Betul tu dah suku suku separuh untuk kesihatan. Semakin meningkat usia kena kurangkan makan,” tulis pemilik akaun TikTok lain.
Penjagaan kesihatan serta tubuh badannya sebelum ini turut menjadi perhatian kerana pada usia mencecah 40-an selain mempunyai seorang anak yang kini berumur lima tahun, Jebat Jayden Ahmad, dia tetap kekal langsing.
Doktor, apabila ibu menghidap Covid-19 semasa hamil, bagaimanakah kondisi anak di dalam kandungan? Mungkin doktor boleh ulas dari segi tahap kesihatan dan jangka hayat bayi?
JAWAPAN:
Pertama sekali, kita perlu memberi fokus kepada keadaan bayi yang dikandung itu.
Sekiranya ibu mempunyai komplikasi disebabkan oleh jangkitan virus Covid-19, kebiasaannya bayi dalam perut turut mempunyai masalah seperti mengalami kekurangan oksigen seperti yang terjadi kepada si ibu.
Oleh itu, kita kena faham, kemelut kekurangan oksigen dalam darah boleh menyebabkan masalah kegagalan beberapa organ seperti buah pinggang, jantung, otak dan sebagainya.
Jadi, dilema yang sama juga boleh berlaku kepada bayi yang sedang dikandung. Selain itu, mungkin masalah-masalah lain juga boleh tercetus, misalnya keracunan di dalam darah disebabkan oleh jangkitan kuman.
Pada masa sama, ibu-ibu hamil yang dijangkiti Covid-19, mereka juga berisiko untuk melahirkan bayi pramatang iaitu bayi dilahirkan tidak mengikut usia yang sepatutnya.
Bersalin Lebih Awal
Bayi yang sihat sepatutnya dilahirkan pada usia sekitar 35 hingga 36 minggu. Namun untuk pesakit Covid-19, kadangkala kandungan terpaksa dikeluarkan awal untuk menyelamatkan nyawa si ibu.
Kesannya, bayi yang dilahirkan pada usia tersebut cenderung untuk mendapat komplikasi seperti paru-paru yang tidak matang dan memiliki organ-organ yang belum sempurna pembentukannya.
Dalam pada itu, bayi yang mempunyai tempoh hayat kurang 22 minggu juga tidak dapat diselamatkan.
Namun, bayi yang berumur lebih daripada 22 minggu atau yang mempunyai berat 500 gram ke atas mungkin masih boleh diselamatkan dengan bantuan di unit khas sesebuah pusat perubatan.
DR NURUL YAQEEN MOHD ESA
Pakar Perunding Perubatan dan Paru-paru, Pusat Perubatan Sunway Velocity, Kuala Lumpur
Kehadiran terlalu banyak produk kosmetik yang ingin mengejar keuntungan mudah ternyata menjadi peluang buat founder buat duit tanpa mempedulikan kesihatan orang ramai.
Terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato Seri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, terdapat empat produk kosmetik dikesan mengandungi merkuri dan Hydroquinone.
Dalam kenyataannya, beliau memaklumkan, produk-produk kosmetik yang dikesan mengandungi Racun Berjadual.
“Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:-
Biela Beauty Glowing Night Cream – mengandungi Merkuri
BL Skincare Day Cream 1 – mengandungi Hydroquinone dan Tretinoin
BL Skincare Day Cream 2 – mengandungi Merkuri
BL Skincare Night Cream – mengandungi Merkuri
Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.
Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini.
Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pilih Nama Arabella Mia. Dr Amalina Selamat Bersalin, Tak Lokek Tayang Wajah Anak Dari London! Selepas hampir 9 bulan dalam debar menunggu kelahiran anak pertama, Pakar Bedah kelahiran Malaysia Dr Nur Amalina Che Bakri akhirnya selamat melahirkan cahaya mata sulung minggu lepas.
Tidak menunggu lama, berita gembira ini dikongsi di laman Instagramnya hari ini dengan memperlihat fotonya memangku si kecil.
Pilih Nama Arabella Mia. Dr Amalina Selamat Bersalin
Dalam perkongsian itu, Dr Amalina meemberitahu dia sangat berbesar hati untuk berkongsi berita gembira kepada semua pengikutnya di laman sosial mengenai kelahiran puteri sulungnya ini.
Bukan itu sahaja Dr Amalina tidak lokek berkongsi wajah serta nama bayinya yang dilahirkan di sebuah hospital di United Kingdom.
“Kami ingin memperkenalkan puteri cantik kami, Arabella Mia, yang dilahirkan minggu lepas di Hospital St. Thomas.
“Kami mengagumi dan menghargai setiap saat dengan kegembiraan kecil kami. Kami teruja untuk melihat apa yang akan datang, Alhamdulillah. lots of cinta – Amalina & Alex,” katanya.
Dalam perkongsian fotonya bersama anak pertamanya itu sambil menghadap jendela turut mendapat perhatian netizen. Rata-rata mengucapkan tahniah atas kelahiran si kecil yang jadi pelengkap keluarga pasangan ini.
Sebelum itu wanita berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu menjadi bualan hangat warga netizen apabila memilih status kewarganegaraan British untuk anak pertamanya.
Dia juga sebelum ini turut mendedahkan boleh mendapat cuti bersalin setahun dengan lima bulan bergaji penuh.
Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu.