Ketara sungguh melihat transformasi penyanyi dan komposer popular Indonesia, Melly Goeslow yang dapat menurunkan beratnya sebanyak 30 kilogram (kg).
Gembira dengan kejayaannya menurunkan berat badan, Melly Goeslow berkongsi kisah perjalanannya selepas melalui proses potong usus atau batriatrik memberitahu mahu turunkan lagi 2kg.
Terbaru dia berkongsi cerita tentang beratnya, “Baru sahaja timbang berat sudah 57kg dari 87kg. Jadi jumlah keseluruhan berat yang turun sudah 30kg.
Ads
Tinggal 2kg lagi dari target yang dia inginkan,” kongsinya lagi.
Pelantun lagu Jika itu berkongsi berita gembira berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Ads
Menerusi kemas kini itu, Melly memuat naik foto bentuk badannya yang terkini. Malah isteri kepada Anto Hoed gembira kerana sudah dapat memakai baju bersaiz kecil.
“Senang sangat dah pakai seluar jeans saiz 27, baju pun sarung saiz XS. Walau pun punggung jadi sedikit ‘nipis’ tapi bersyukur sangat sudah tidak diabetes lagi. Sihat!” kongsinya di ruangan kapsyen yang turut berterima kasih kepada doktor yang merawatnya.
Kalau ikutkan, Melly bukan sahaja mencuri perhatian dengan postur tubuhnya yang kelihatan lebih kurus dan awet muda, malah dari segi fesyennya yang berani.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap tahun usia kita akan bertambah. Biarpun kata orang apa ada pada usia, tetapi menjengah ke angka 30-an, banyak perkara termasuk ujian kesihatan perlu diambil kira.
Ketika usia beginilah, kita perlu menitik beratkan soal kesihatan kerana pencegahan awal itu penting bagi mengelakkan berlakunya masalah nanti.
Jadi anda sangat digalakkan untuk melakukan ujian saringan secara berkala di klinik atau hospital bagi memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan terkawal.
Terdapat banyak ujian perubatan yang disyorkan untuk dilakukan pada usia awal 30-an. Biasanya merangkumi segalanya daripada tekanan darah sehingga pemeriksaan pergigian.
Kesihatan jantung amatlah penting dan usia 30-an adalah masa yang tepat untuk kita memastikan sistem kardiovaskular berada dalam keadaan baik.
Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan agar semua orang dewasa berusia lebih daripada 20 tahun memeriksa tekanan darah mereka setiap 2 tahun dan tahap kolesterol setiap 4 sehingga 6 tahun.
Ahli dermatologi mengesyorkan agar setiap orang menjalani pemeriksaan kanser kulit tahunan bermula pada usia 18 tahun.
Kebanyakan individu menunggu sehingga mereka berusia lebih tua untuk mendapatkan pemeriksaan kanser kulit, tetapi barah ini boleh terjadi pada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur.
Ini kerana melanoma adalah barah kedua yang paling kerap didiagnosis dalam lingkungan usia 15 sehingga 19 tahun dan merupakan kanser yang paling kerap berlaku kepada pesakit berusia 25 sehingga 29 tahun.
Dengan melakukan diagnosis awal, ia mampu membawa kepada hasil rawatan yang lebih baik dan bekas luka yang lebih mudah dihilangkan.
Centers for Disease Control and Prevention mengesyorkan agar semua individu yang aktif secara seksual antara usia 13 sehingga 64 tahun harus diuji dengan ujian HIV sekurang-kurangnya sekali setahun tanpa mengira faktor risiko.
Bagi individu yang mempunyai aktiviti seksual berisiko lebih tinggi pula, mereka disyorkan untuk melakukan ujian setiap 3 sehingga 6 tahun.
Sekiranya anda aktif secara seksual dengan sering bertukar-tukar pasangan, dinasihatkan juga untuk melakukan ujian jangkitan kelamin seperti klamidia dan gonorhea setiap tahun, terutama bagi para wanita di bawah usia 25 tahun.
Jika dibiarkan, klamidia dan gonorhea yang tidak dirawat dapat merebak ke bahagian pelvis dan menjangkiti rahim, tiub fallopio, dan ovari, yang mampu menyebabkan kemandulan.
Pemeriksaan kolorektal mampu menjadi pengalaman yang agak kurang menyelesakan bagi segelintir individu.
Walau bagaimanapun, kolonoskopi boleh menjadi ujian yang sangat penting untuk dilakukan oleh lelaki dan wanita kerana para doktor akan merujuk pemeriksaan ini sebagai pengesanan awal kanser usus.
Antara faktor risiko termasuk sejarah keluarga yang mempunyai kanser kolon, masalah kronik seperti sindrom iritasi usus (IBS), atau tabiat merokok.
Bertemu pakar sakit puan adalah penting untuk kesihatan seseorang wanita, terutama pada usia remaja dan awal dewasa.
Untuk mengekalkan kehidupan yang sihat, amat penting bagi wanita berusia 21 tahun ke atas untuk menjalani ujian pelvis dan pap smear setiap 3 tahun untuk mengesan kehadiran kanser.
Tidak kira sejarah seksual, wanita berusia 21 tahun ke atas harus menjalani pap smear setiap 3 tahun. Ia membantu dalam mencari tanda-tanda kanser serviks.
Di samping itu, para wanita turut harus melakukan pemeriksaan kanser payudara dengan menjalani pemeriksaan klinikal dan pemeriksaan mamogram.
Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga yang menghidap barah payudara, doktor akan memeriksa untuk mengetahui sama ada anda berisiko untuk menghidap jenis barah yang lebih berbahaya berkaitan dengan gen tertentu (BRCA1 atau BRCA 2).
Walaupun anda masih muda dan tidak mempunyai faktor risiko penyakit mata, namun anda perlu menjalani pemeriksaan mata.
Persatuan Optometri Amerika mengesyorkan untuk melakukan pemeriksaan mata dan penglihatan yang komprehensif setiap 2 tahun sekali antara usia 18 dan 39 tahun.
Sekiranya anda belum pernah melakukannya, usia 30-an adalah masa yang tepat untuk membuat janji temu dengan pakar oftalmologi atau pakar mata.
Mata juga boleh menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan di bahagian lain badan anda.
Pemeriksaan ini juga mampu mengenal pasti masalah kesihatan lain yang tidak berkaitan dengan mata seperti diabetes, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, atau kanser.
Senyuman menawan dilengkapi dengan susunan gigi dan kesihatan mulut yang baik. Jadi, cara terbaik untuk mengekalkannya adalah melalui lawatan ke klinik gigi secara konsisten.
Persatuan Pergigian Amerika mengesyorkan agar orang dewasa menjalani ujian sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
Tambahan itu, pemeriksaan gigi pada usia 30-an adalah sangat penting kerana doktor gigi akan dapat mengenal pasti sebarang kerosakan atau penyakit gusi yang boleh menyebabkan masalah kesihatan mulut yang teruk pada kemudian hari.
Semakin meningkat usia kita, semakin banyak perhatian yang harus ditumpukan terhadap kesihatan.
Dengan melakukan ujian saringan kesihatan secara konsisten dan berkala, sebarang komplikasi kesihatan yang serius pasti akan dapat ditangani dengan lebih baik.
Mencegah lebih baik daripada mengubati, sudah tiba masanya kita menjadi lebih proaktif untuk mengambil cakna dan menjaga kesihatan demi kesejahteraan hidup pada masa hadapan.
Pelakon Ardini Angeline Tan menganggap tiada tawaran berlakon selepas bertudung hampir setahun lalu sebagai ujian buat dirinya agar tidak berputus asa dengan rahmat Allah.
Menerusi satu portal hiburan, Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline Tan Yoke Yeah, 57, berkongsi tentang kerjaya lakonannya tidak lagi aktif seperti dahulu.
Bagaimanapun, Angeline yang memeluk agama Islam pada September tahun lalu reda dan percaya setiap orang memiliki rezeki masing-masing.
“Sejujurnya sejak bertudung sampai sekarang saya masih belum mendapat sebarang tawaran berlakon.
“Memang rasa agak berbeza sedikit kerana sebelum ini saya memang sudah terbiasa sibuk. Tetapi sekarang tiada kerja pula. Apa-apa pun saya percaya dengan takdir Tuhan bahawa setiap daripada kita ada rezeki masing-masing.
“Ada waktu itu rezeki saya, ada waktu rezeki orang lain. Paling penting kita percaya dengan rezeki Allah. Mungkin Allah tidak berikan rezeki saya di sini (berlakon), rezeki saya ada di tempat lain,” katanya.
Angeline yang ditemui dalam majlis pelancaran program Angeline Tanya, Abang Jawab di sini hari ini turut berkata, dia sedar pihak produksi mungkin berdepan dengan kesukaran untuk memberikan watak sesuai dengan imejnya sekarang.
“Sebelum ini ada tawaran berlakon daripada Issey dalam drama Perang Nasi Dagang, tetapi hanya watak kecil sahaja.
“Saya mendapat watak itu kerana suami (Sabri Yunus) turut berlakon dalam drama itu. Kalau hendak kata watak serius itu tiada langsung.
“Kalau hendak saya bertudung, nanti satu keluarga perlu jadi Cina mualaf,” katanya.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon dan pengarah Sabri Yunus itu turut menafikan dakwaan mengatakan dia bersedia membawa watak wanita tidak bertudung.
“Itu tidak benar. Drama terakhir saya sebelum memeluk agama Islam ialah X-Change. Drama itu dibuat pada tahun lalu dan sesi penggambaran berakhir seminggu sebelum saya masuk Islam.
“Sepanjang lebih 30 tahun dalam industri, saya tidak pernah meminta tawaran berlakon daripada sesiapa. Walaupun baik dengan abang Sabri, tetapi saya tidak mengharapkan kepada sesiapa,” katanya.
Untuk info, program Angeline Tanya, Abang Jawab menampilkan Angeline bersama Sabri saling berinteraksi melalui soalan-soalan berkaitan pelbagai isu agama, kehidupan dan sosial.
Program tersebut dijadualkan mula bersiaran pada 18 September, setiap Rabu, pukul 8.30 malam di TV AlHijrah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau anda nak tahu rahsia perut tak buncit, ini caranya. Bukan kena makan produk kurus yang dijual pasaran tetapi minuman yang boleh diamalkan sebelum tidur sebagai detoks.
Ini bukan saja untuk mereka yang berat badan naik tapi buat wanita yang memang berat badan tak pernah nak turun.
Haa.. jangan cepat putus asa. Walaupun badan berisi, tapi pastikan perut tak buncit. Jadi orang badan bersaiz besar yang cantik.
Jangan risau, anda boleh amalkan minuman detoks ini sebelum tidur. Jom tengok bahan dan cara nak buat.
Air 1 inci halia – dihiris 3 hiris lemon Chia seed Madu asli
1. Sediakan air, kemudian masukkan hirisan halia bersama hirisan lemon.
2. Kacau dan biarkan ia mendidih. 3. Selepas itu, tuangkan air yang tadi ke dalam gelas.
.
4. Campurkan dengan 1 sudu chia seed.
.
5. Masukkan juga sedikit madu asli.
.
6. Kacau dan minum sebelum tidur.
Mudah-mudahan perut tak akan buncit.
Sumber: Zuriaty Hj Musa
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!