Dikenali sejak pembabitan suaminya dalam politik negara pasti ramai yang perasan satu perkara tentang penampilan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail, yang juga isteri kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke 10 yang baru dilantik.
Gaya tudungnya tak pernah berubah sejak dari dulu hinggalah sekarang. Tetap dengan pilihan kerudung yang sama walaupun ada pelbagai fesyen hijab di ketengahkan ketika ini.
Lebih memilih jenis fesyen bawal yang kainnya dilabuhkan menutup dada dan melipat penuh menampakkan sisi kedua pipinya, secara tak langsung gaya ini memang menaikkan seri wajahnya sebagai seorang ibu yang penyayang.
Apa yang menarik rupanya ada rahsia di sebalik kesetiannya pada gaya tudung sama yang dikenakan hampir 5 dekad. Dalam satu temubual bersama majalah Nona baru-baru ini beliau mengungkap cerita tentang perkara itu.
Stail Tudung Berkait Dengan Bidang Kerjaya
Ads
Dr. Wan Azizah mengaku sebenarnya gaya tudungnya membawa identiti dan sedikit sebanyak berkait rapat dengan kerjayanya sebagai doktor. Maka beliau perlu tudung yang ringkas.
“Saya kurang tukar (fesyen tudung) sebab bila saya jadi Doktor, senang nak bagi stetoskop masuk ikut bawah. Jadi telinga saya bila nak dengar, rasa sakit kan.”
“Bila saya tukar saya rasa janggal, jadi saya pakai macam ni senang. Lagi pun bila saya keluar dengan suami saya ada program, saya tidak ada banyak masa.”
Ads
“Saya kena cepat-cepat siap. Mula-mula saya pakai tudung tahun 1973, uols pun tak bersalin lagi, uols tak ada nak hidup lagi. Tetapi lepas tu saya tak tukar kerana mudah dan kalau saya tukar, rasa macam bukan diri saya. Identiti saya macam ni dah.”
Kalau dilihat sehingga kini pun, beliau selesa dengan gaya tersebut. Masih mempersonakan mata kita yang melihat raut wajahnya yang suka tersenyum manis sewaktu membuka bicara.
Ads
Okay, jom kita lihat manisnya Dato’ Seri Dr Wan Azizah melalui lensa kamera dengan memakai tudung ikut gaya fesyen yang disukainya.
Bersama anak-anak tersayang, jelas kelihatan beliau seorang ibu yang berjaya mendidik anak-anak perempuan menutup aurat.
Nampak anggun dan keibuan, bukan? Masih belum terlambat kalau anda pun ingin mencuba stail tudung seperti Dato’ Seri Dr Wan Azizah pakai. Yang penting selesa dan menutup aurat.
Kebanyakan golongan wanita obses nak kulit putih, padahal warna kulit asli Melayu itulah cantik. Begitulah pandangan pelakon dan pengara wanita, Nabila Huda tentang warna kulit.
Memiliki rupa paras dan bakat yang seiring menjadikan Nabila Huda ini antara selebriti yang memiliki pakej lengkap dalam industri hiburan tanah air.
Nabila Huda Pelik Orang Obses Dengan Kulit Putih
Namun baru-baru ini menerusi luahan Nabila Huda di Twitter, pelakon ini meluahkan rasa peliknya apabila ramai perempuan yang obses untuk miliki kulit dengan warna cerah. Umum sedia tahu pelakon ini memiliki kulit sawo matang yang diakui kecantikannya.
Menerusi ciapannya di akaun Twitter milik peribadi pelakon ini, Nabila Huda pelik wanita Melayu nak kulit cerah.
“Kenapa ramai perempuan melayu tak suka warna kulit sendiri? Ramai yang obsessed nak berkulit putih. Korang sedar tak, kulit asli warna kite ni sebenarnya menggambarkan wanita melayu tu cantik. Brown sugar is sexy you know. I love my skin so much and I am so proud of it..”
Kenapa ramai perempuan melayu tak suka warna kulit sendiri? Ramai yang obsessed nak berkulit putih..Korang sedar tak, kulit asli warna kite ni sebenarnya menggambarkan wanita melayu tu cantik..Brown sugar is sexy you know.. i love my skin so much and i am so proud of it..
Pesannya ringkas, “Kepada wanita di luar sana, jangan mudah terpengaruh dengan kecantikan tidak asli di media sosial. Hargai lah kecantikan atau kekurangan yang ada pada diri awak ok. We are beautiful in our own way! Tak perlu nak jadi orang lain. Just be you and love yourself more.”
Baginya, kalau semua wanita melayu berkulit gelap bertukar jadi putih, hilang lah keaslian orang kita sebagai wanita Melayu.
Malah, dia turut mengatakan bahawa ketagihan mengubah warna kulit asal juga akan mengundang pelbagai penyakit kerana kemasukan bahan kimia merbahaya menerusi rongga kulit.
“Seriously, rugi gila kalau korang ubah warna tu sebab once korang ubah the colour,dah macam-macam chemical masuk dalam kulit. Imagine bila dah tua nanti, adakah dia akan kembali brown seperti asli atau mungkin dia akan jadi kelabu sebab yang putih dibuat-buat tu dah expired?” Terangnya untuk memberikan kesedaran kepada golongan wanita yang obes dengan warna kulit putih.
Nabila Huda juga turut akui yang warna kulit ‘brown’ inilah yang paling senang untuk dijaga. Sempat juga pelakon ini memberikan tips.
“To be honest kan, our brown skin ni lah yang paling senang jaga and tak banyak kerenah. Korang hanya perlu jaga dia untuk sihat and glow. Brown skin paling cantik kalau kena cahaya matahari sampai boleh bertukar jadi golden brown! Sexy.” Tulisnya di Twitter.
Sekadar info, Nabila Huda selamat disatukan dengan suaminya Mohd Izwan pada 25 Disember 2015 dan pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata bersama. Namun hasil perkahwinan pertamanya dahulu, Nabila dikurniakan seorang anak perempuan yang semakin cantik, Keisya Laila.
Naluri ibu dan kemanusiaan Mila Jirin tersentuh saat sedar ramai yang bergelut dan terkesan dengan pandemik COVID-19.
Orang kuat jenama perniagaan Bizmilla itu enggan berpeluk tubuh. Malah isteri kepada Ailis Mustapha ini bersyukur kerana ruang membantu itu dipermudahkan menerusi Kempen RM5 Juta Tunai Percuma dengan kerjasama Malakat Mall.
Kempen bermula 31 Julai itu menurut Mila atau Noorsyarmila Jirin diharap dapat mengurangkan beban masyarakat termasuk mereka yang berdepan kesukaran saat ini. Bahkan kempen itu juga dianggarkan mampu membantu lebih 100,000 keluarga di Malaysia.
“Memang besar harapan saya supaya kempen ini dapat membantu sedikit sebanyak mengurangkan beban masyarakat kita. Cita cita saya memang mahu membantu lebih 100,000 keluarga ini.
“Saya bukan ahli politik, insan berpengaruh ataupun nak tunjuk hero.Tapi saya juga manusia biasa yang tahu kesukaran dilalui masyarakat ketika ini bukan sesuatu yang mudah.
“Saya juga seorang ibu, jadi tak sanggup melihat anak kecil tak ada makanan. Saya tak dapat membayangkan situasi sebegitu terjadi. Luluh hati.
“Lalu, inisiatif kempen ini dijayakan Bizmilla bersama Malakat Mall diharap mampu menyuntik sedikit rasa bahagia buat mereka yang bergelut meneruskan kehidupan,” katanya.
Malah sebelum ini, perniagaan perkahwinan dan kembara umrahnya diusahakan sendiri turut terkesan sejak tahun lalu. Namun Milaberusaha menyelamatkan pekerjanya yang ramai.
Pada satu tahap Mila pernah dilemparkan dengan tuduhan ‘gila’ kerana buat macam macam termasuk jual kek, durian dan kini bisnes tempahan makanan atas talian demi menyelamatkan syarikat dan stafnya.
“Kita tak pernah duga Allah beri ujian besar (pandemik) ini. Memang ramai yang bergelut. Bayangkan orang yang susah lagi bertambah keperitan. Yang ada kerja diberhentikan. Dan macam macam lagi paparan realiti kehidupan kita boleh saksikan ketika ini
“Jujur sejak memperlahankan rentak dunia seni dan beralih ke bidang niaga, saya tak pernah ada sekelumit rasaseperti hilang arah atau kecewa.
“Saya yakin pilihan Tuhan berikan ke cabang niaga ini ada hikmah tersendiri. Cuma sekitar April tahun lalu saya tak boleh tipu, memang rasa paranoid apabila syarikat kena tutup berbulan bulan.
“Dalam hati apa akan jadi kepada survival enam syarikat saya dan 117 orang pekerja sepenuh masa serta sambilan.
“Tapi saya dan suami atasi kegetiran itu dengan mempelbagaikan skop niaga dengan sumber yang ada. Memikirkan nasib pekerja yang ramai, hati jadi sayu. Tak gamak buang mereka sebab ada yang sudah sedekad bekerja untuk saya,” katanya.
Kata Mila atau nama penuhnya, Nursyamila Jirin, 34, Restoran Embun Urai menyajikan restoran makanan laut ala Thai yang beroperasi di Tasik Prima Puchong juga saat ini terpaksa ditutup sementara waktu.
“Dalam perniagaan pasti ada yang kita dapat selamatkan dan sebaliknya.Itu lumrah.
“Yang boleh diusahakan dengan cara lain, kita usaha teruskan. Insya-Allah Tuhan beri jalan. Kita jalan terus,” katanya yang sudah 20 tahun menceburi perniagaan.
Bercerita lanjut mengenai kempen itu,Bizmilla dan Malakat Mall memperuntukkan RM5 juta dalam bentuk ‘Cash Back’atau pulangan tunai kepada semua pelanggan.
“Peruntukan wang tunai RM5 juta itu diberikan kepada pelanggan yang membeli kredit tambah nilaiuntuk membeli barangan harian secara fizikal di kesemua lokasi Malakat Grocer diSelangor, KL dan Melaka.
“Kempen ‘RM5 Juta Tunai Percuma’ ini akan dilancarkan pada 31 Julai ini di laman sesawang www.bizmillagrocer.combermula jam 10 Pagi.
“Kesemua pelanggan yang membeli kredit beli belah akan mendapat 10 peratus tambahan tunai untuk berbelanja bila bila masa menggunakan E – Walletdi Malakat Eco App,” katanya
Kata Mila lagi, kesemua pelanggan yang mendaftar sebagai Vip Members dari 31 Julai hingga 2 Ogos ini di www.bizmillagrocer.com akan diberikan hadiah percuma baucar tunai berjumlah keseluruhan RM300.
“Baucar tunai itu dapat digunakan di Malakat Eco Mall Cyberjaya
“Tak hanya itu saja, mereka yang menjadi VIP Members akan mendapat empat ekor ayam segar bernilai RM68 yang akan diberikan secara berperingkat setiap minggu apabila pelanggan membeli belah di Malakat Grocer.
“Lima individu terawal yang mendaftar juga berpeluang memenangi hadiah istimewa termasuk baucer makan malam dan hadiah misteri lain,” katanya.
Mila menambah, Bizmilla juga sedang dalam fasa akhir menyiapkan Bizmilla Grocer iaitu pasaraya atas talian yang akan menjual pelbagai jenis keperluan asas dan barangan harian dengan harga yang berpatutan.
“Bizmilla Grocer ini akan dilancarkan pada awal Ogos depan. Inisiatif ini dilihat dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat di semenanjung Malaysia kerana penghantaran percuma diberikan bagi pembelian 5 kilogram dan ke bawah melalui pembelian dari platform Shopee,” katanya
Sementara itu, pemilik dan pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim atau lebih dikenali dengan nama Coach Fadzil, sangat teruja dengankempen dianjurkan yang dijangka akan memanfaatkan lebih 100,000 keluarga.
Beliau berkata, pelanggan yang mendaftar akan diberikan tambahan 10 peratus daripada nilai wang dibelanjakan.
“Contoh jika perbelanjaan barangan keperluan bagi sebuah keluarga yang besar mencecah RM1,000 sebulan, mereka akan mendapat tambahan ‘cash back’ sebanyak RM100. Iaboleh terus dibelanjakan di Malakat Grocer,” kata Coach Fadzil.
Selain di Cyberjaya, cawangan pasaraya (Malakat Grocer) ini juga terdapat di Taman Putra Perdana Puchong, Taman Kosas Kuala Lumpur, Pandan Mewah Kuala Lumpur,Kota Warisan Sepang, Alam Damai Cheras, Green Wood Gombak dan Masjid Tanah Melaka.
Layak dijadikan inspirasi kepada golongan wanita, Tini Ariffin atau Dr Kartini Kamalul Ariffin yang suatu ketika dahulu cukup popular sebagai pengacara rancangan 3R dan penyampai radio Hot.fm dilihat cukup hebat dalam mencapai cita-citanya.
Pernah berkongsi gambar di laman instagram miliknya, Dr Kartini berjaya menyiapkan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran (PhD) di Infrastructure University Kuala Lumpur yang mengambil masa selama enam tahun.
“Terima kasih Allah kerana membimbing saya melalui usaha ini. Semoga saya terus dibimbing untuk menggunakan ilmu ini untuk visi saya, agama saya, masyarakat saya dan untuk kebaikan yang lebih besar,” ujarnya.
Dengan tajuk tesis, Women Leadership in Creative Industry in Malaysia, pencapaiannya menggenggam ijazah kedoktoran cukup memberi inspirasi, lebih-lebih lagi pada awal tahun ini dia diuji dengan kanser payudara.
Dalam gambar yang dikongsikan, dapat dilihat Dr Kartini di kelilingi oleh keluarga tercinta dan sahabat baiknya, Fara Fauzana turut hadir bersama memberi sokongan.
Imbas kembali, sebelum menyambung pengajian ke peringkat ijazah kedoktoran, Dr Kartini sebelum ini terlebih dahulu telah menamatkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang Kewartawanan Penyiaran di Goldsmiths, University of London pada tahun 2007.
“Masa my master back in 2007, saya tak hadiri pun majlis konvokesyen. Lama nak tunggu dan masa tu graduation di Goldsmiths, University of London. Jadi nak tinggal di London kena sewa rumah, perbelanjaan pun bertambah.
“Balik KL terus mula berkerja balik dengan Hot.fm, kemudian nak pergi balik untuk majlis graduasi, dah mula sibuk dan tiket kapal terbang pun tak murah. Jasi saya skip convocation utuk MA Broadcast Journalism. Sijil universiti poskan ke Malaysia. Sampai sekarang menyesal,” ujarnya panjang mengimbau kenangan lalu.
Selain itu ibu kepada dua cahaya mata ini turut berpesan agar jangan bertangguh dalam melakukan apa-apa.
Kongsinya, “Untuk ijazah kedoktoran ini memang saya bertungkus lumus buat pembetulan tesis sejak Ogos untuk mengejar majlis graduasi sesi November 2023. Kalau tak kena tunggu tahun 2024. We don’t know what the future holds, jadi jangan bertangguh.”
Jadi anda yang di luar sana, jangan putus asa dalam mengejar cita-cita. Teruskan walau sesekal terduduk, sudah berkahwin dan ada anak bukan alasan untuk genggam PhD macam Tini Ariffin. Yang penting minat dan semangat!
Baju raya dah mula ketat? Jangan risau, jom mulakan misi 'reset' badan dengan 5 langkah mudah—daripada senaman ringkas di rumah hingga tips pemakanan bijak—untuk kembalikan stamina dan kesegaran tubuh anda selepas sebulan beraya!