Sejak minggu lalu kita dikejutkan dengan berita di mana bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dimasukkan semula ke Institut Jantung Negara (IJN) dan keadaannya tidak stabil.
Malah pihak media juga dilaporkan berkampung di luar IJN untuk memantau perkembangan Tun Dr Mahathir.
Namun kedaaan bekas Perdana Menteri kesayangan ramai ini sebenarnya berada dalam keadaan stabil.
Dalam satu perkongsian twitter oleh anaknya Datin Paduka Marina Mahathir semalam memberitahu bapanya menunjuk peningkatan hari ini.
Tun M dikatakan mempunyai selera makan yang bertambah baik dan sempat berseloroh dengan ahli keluarga yang berada di IJN.
Ads
Mengetahui ramai yang memantau keadaan dirinya, Tun M turut mengucapkan terima kasih dan memohon orang ramai agar tidak terlalu bimbang mengenai kesihatannya.
Beliau akan terus mendapat rawatan di IJN di bawah pengawasan pakar tempatan.
Sebaik muat naik status ini, ramai warga maya turut mendoakan kesejahteraan Tun Mahathir dan semoga Allah memberikan kesihatan baik kepada beliau.
Ads
Dikurniakan rahmat kesihatan & sembuh cepat
Moga Allah beri kesembuhan yang cepat kepada Tun M
Memiliki raut wajah yang manis, Faezah Elai antara pelakon wanita cantik tanah air. Malah baru-baru ini makin terserlah keanggunan penampilannya dengan bertudung tanpa secalit mekap.
Ternyata aktres berbakat besar ini kelihatan awet muda walaupun sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata.
Melihat tubuh badannya yang tetap kurus, nampaknya dia memang orang yang pandai menjaga tubuh badan. Mula mewarnai industri seni sebagai model sekitar tahun 2006, Faezah atau nama sebenarnya Noor Faezah Md Elai bakal berusia 41 tahun pada 16 Ogos akan datang.
Pelakon kacukan Punjab-Thailand ini memulakan karier seni selepas menyertai pertandingan Dewi Remaja 2005/2006 yang turut bersama Scha Alyahya, Izreen Azminda, Intan Ladyana.
Faezah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Heykal Hanifah pada September 2011. Hasil perkongsian hidup, pasangan iki dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna.
Sejak berkahwin, tumpuannya lebih kepada anak-anak dan keluarga. Malah menerusi pendedahan sebelum ini kepada media, Faezah mengakui bahawa dia seorang ibu yang tegas dalam mendidik anak-anak dan tidak kisah dilabel ibu garang.
Iyalah, ibu mana tak sayang anak! Pastinya di sebalik sifat garang tersebut, tersimpan segunung rasa sayang terhadap anak yang dikandung.
Kian bahagia melayari rutin sebagai ibu, aktres ini pada 6 Februari lalu menitipkan ucapan istimewa buat puteri sulung sempena ulang tahun kelahiran ke-10, Dealova.
Syukur atas anugerah terindah dan penyeri rumah tangga itu, “To the one who made me a mom. 10 years ago on the 6th February 2013, I gave birth to my first child Dealova Heyrinna Heykal. How time flies.
From the moment I became a mother, my purpose has been to love and protect my baby girl with everything I have.”
Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni, pelbagai drama, telefilem dan filem dibintangi Faezah Elai termasuklah Sutera Maya, Anak Mamak Menantu Mami, KL Zombi dan Tanda Putera.
Haa… jadi, wanita yang sudah punya anak pun boleh maintain jaga penampilan dan wajah ya. Bukan untuk orang lain tetapi untuk kepuasan sendiri dan mungkin pasangan kita pun tak jemu memandang.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hidangan paling popuar jika makan di kedai adalah kailan ikan masin. Sayuran kailan yang rasanya tidak begitu pahit sangat sedap jika dimakan bersama hidangan lain.
Kailan (Brassica oleracea var alboglabra) merupakan sejenis sayuran berdaun yang sangat popular dari keluarga Cruciferae.
Kailan tergolong dalam beberapa banyak keluarga sawi seperti Sawi Bunga, Sawi Putih, Sawi Hijau dan Sawi Jepun. Sayur ini dipercayai berasal dari kawasan Mediterranean dan amat sesuai pada iklim tropika
Sayuran ini sangat tinggi dalam vitamin K, vitamin A, vitamin C, folat, mangan, dan kalsium. Ia juga merupakan sumber sayur-sayuran serat dan protein yang baik.
Nutrien utama lain dalam sayur ini termasuk vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, vitamin E, kolin, betaine, besi, magnesium, fosforus, kalium, zink, tembaga, dan selenium.
Ini antara khasiat sayuran hijau yang memang banyak kandungan vitaminnya ini.
Menurut saintis, kailan adalah sumber fitonutrien yang sangat penting bagi tubuh. Sulfur dan vitamin K yang terdapat padanya boleh memberikan kesan positif untuk mengurangkan risiko kanser seperti kanser payudara. Sistemnya mengawal estrogen di dalam tubuh.
Ini dibuktikan oleh saintis bahawa antioksidan dan antiradang pada sayuran ini boleh membantu menyerang kanser dengan enzim pencetus di dalam tubuh. Oleh itu, banyak saintis yang mengesyorkannya sebagai salah satu sayur antikanser.
Faedah kesihatan sayuran ini bukan sahaja untuk antikanser, tetapi masih terdapat banyak manfaat kesihatannya seperti yang dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol dan mengelakkan penyakit jantung. Ini kerana ia mempunyai serat yang cukup tinggi. Serat ini akan membantu membersihkan usus besar dan mengurangkan kolesterol.
Terdapat banyak nutrien semula jadi pada sayuran ini seperti kalsium dan zink. Sayuran ini sangat baik untuk diambil oleh wanita hamil dan menyusu. Ini kerana ia dapat membantu pertumbuhan janin dalam rahim wanita dan meningkatkan penghasilan susu ibu. Asid folik di dalamnya juga sangat baik untuk pertumbuhan sistem saraf.
Kailan mempunyai kandungan vitamin A yang tinggi. Vitamin A diperlukan untuk pengeluaran sebum, dan ini mengekalkan rambut lembap. Vitamin A adalah penting untuk pertumbuhan semua tisu badan, termasuk kulit dan rambut. Ia juga menyokong sistem imun dan mata dan membantu menjaga organ tubuh yang sihat.
Nutrien lain mengenai sayuran ini adalah kalsium, yang mana lebih tinggi daripada kalsium dalam susu. Sudah tentu, ia sangat baik untuk tulang, gigi dan ia boleh mengelakkan osteoporosis. Berdasarkan itu, saintis menyarankan seseorang yang mempunyai alergi terhadap susu untuk mengambil kailan.
Kandungan serat yang terdapat pada kailan menjadikannya pilihan untuk sokongan sistem pencernaan. Penyelidikan telah menentukan bahawa sulforaphane yang dibuat dari glucosinolate dalam sayur-sayuran ini membantu mempertahankan kesihatan lapisan perut dengan hanya menghentikan pertumbuhan bakteria dan bakterium ke dinding perut.
Kailan mengandungi zink yang mana ia lebih tinggi daripada daging. Seperti yang diketahui, zink merupakan gabungan penting dalam kesihatan. Sebagai contoh, ia membantu penghasilan hemoglobin dan enzim yang dapat mengurangkan risiko anemia, menghantar oksigen kepada semua bahagian tubuh, dapat menghasilkan semula sel-sel, membantu fungsi jantung, dan banyak lagi fungsi lain.
Terdapat vitamin A, luthein dan zeaxhantin yang boleh membantu menjaga kesihatan mata.
Walau bagaimanapun, kandungan serat tingginya boleh menyebabkan kembung, terutamanya jika anda mempunyai perut sensitif. Rujuk doktor anda sebelum membuat perubahan ketara pada diet anda.
Musim panas yang berlaku sekarang menyebabkan ramai antara kita berasa tidak sihat. Di tambah dengan penularan wabak Covid-19 menyebabkan kita perlu lebih berhati-hati.
Untuk mengelakkan sebarang masalah kesihatan, kita perlu mengelak rasa kurang sihat dan salah satu caranya adalah dengan minum oren setiap pagi.
Sebenarnya dalam segelas jus oren inolah terkandung banyak khasiat. Tidak mustahil, mat saleh di luar negara memilih dan menjadikan satu rutin, minum segelas jus oren pada waktu pagi.
Minum jus oren waktu pagi atau jadikan rutin setiap hari adalah banyak khasiatnya. Inilah yang dikongsikan oleh No Or (Ella) tentang khasiatnya. Bukan saja untuk kulit cantik tapi turut membantu dalam kesihatan badan kita.
Jus oren ini kaya vitamin C yang sangat penting untuk sistem imun. Vitamin C juga dapat bantu sel-sel imun dalam badan berfungsi dengan lebih baik, bukan sahaja boleh cantikkan kulit tetapi turut mencegah demam selesema. Malah boleh kurangkan risiko serangan penyakit kanser.
Bagi anda yang mudah jatuh sakit, suka amalkan minum jus oren setiap hari. Untuk tingkatkan sistem imun ketahanan badan.
Antioksida ini fungsi nya menghalang radikal-radikal bebas seperti asap rokok, asap kenderaan, pencemaran udara dan bahan-bahan kimia lain.
Sekaligus ia dapat kurangkan risiko terkena serangan penyakit seperti strok, jantung, dan lain-lain.
Bahan utama dalam jus oren, hesperidin berfungsi untuk mengawal tekanan darah.
Kajian juga turut mengatakan, pengambilan 500ml jus oren segar setiap pagi secara teratur dapat menurunkan tekanan darah dengan cepat. Amalan minum jus oren setiap pagi ini juga dikatakan sangat bagus untuk golongan pesakit darah tinggi.
Selain dari itu, khasiat Vitamin C, asid folik dan pigmen di dalam jus oren boleh bantu menurunkan kadar LDL atau lebih dikenali sebagai kolesterol jahat.
Ia juga berfungsi untuk meningkatkan kadar kolesterol baik atau HDL di dalam badan.
HDL dikenali sebagai kolesterol yang baik kerana fungsi nya membawa lebihan kolesterol keluar dari badan melalui air kencing. Jadi, bila kolesterol terkawal kita pun sudah tentu akan berasa lebih sihat. Badan pun makin cergas dan bersemangat.
Kandungan vitamin di dalam segelas jus oren mampu berikan kulit yang cantik, sihat, gebu dan menawan. Ia juga dikatakan dapat merangsang kolagen dan turut boleh melindungi kulit dari kesan buruk sinaran UV matahari.
Asid folik ini sebenarnya bagus untuk ibu mengandung. Setiap ibu yang ingin hamil sangat digalakkan untuk makan asid folik seawal 3 bulan kandungan kerana asid folik dapat berfungsi sebagai vitamin dan boleh mencegah kecacatan otak bayi.