Baru saja umumkan kehamilan anak sulungnya baru-baru ini, namun dikhabarkan pelakon dan pengacara Uyaina Arshad telah selamat menjalani pembedahan membuang apendiks di sebuah pusat perubatan di Shah Alam Isnin lalu.
Dalam perkongsian di laman Instagramnya, Uyaina yang kini hamil trimester pertama memberitahu dia mengalami sakit pada bahagian bawah perut sebelum dibawa suaminya, Raja Syahiran mendapatkan rawatan.
“Saya bertuah kerana apendiks itu belum pecah. Jika tidak tak tahu apa terjadi. Syukur juga pembedahan berjalan lancar,” katanya yang kini hamil 3 bulan dan memberitau kandungan berada dalam keadaan baik.
Uyaina juga turut memohon doa agar dirinya diberi kesembuhan segera. Pasangan ini yang mendirikan rumatangga pada 20 Disember lalu teruja pertama kali menyambut Syawal dan Ramadan sebagai seorang isteri dan bakal ibu.
Sebagai seorang wanita, kita memang sangat perlu menjaga kecantikan dan kesihatan diri.
Tidak perlukan sebarang produk mahal sebaliknya boleh guna cara tradisional untuk kekal awet muda.
Petua yang lebih selamat dan jimat adalah membuatnya sendiri menggunakan bahan dapur sedia ada. Inilah rahsianya untuk mendapatkan hasil kulit awet muda dan pinkish.
Perkongsian dari pengguna laman sosial Facebook Zana Mokhtar memberitahu caranya. Hanya amalkan minum sebelum tidur dan hasilnya memang mengujakan.
RESIPI BUAT KULIT AWET MUDA DAN PINKISH DENGAN BAHAN DAPUR
Sejenis Kekna ni suka amalkan dengan bahan bahan semulajadi macam ni. Sebab kecantikkan bermula dari dalaman kita kan. Cantik dalam cantik la dekat luar tu.
Resipi ni Kekna dapat dari seorang aunty tau. Terujaaa kot kalau korang jumpa dia. Walaupun umur dia dah mencecah 60 an tapi dia punya awet muda tu nampak terserlah tau.
Bila risik risik dia pun bagi la petua resipi ni dan aunty ni cakap setiap hari minum sebelum nak tidur.
Bahan bahan dia mudah je nak dapat:
Susu rendah lemak
1 inci kunyit di tumbuk
3 Biji Badam di tumbuk kasar
2 Sudu Madu
Cara cara nak buat:
1. Panaskan susu terlebih dahulu dekat atas dapur dengan api yang kecil je.
2. Masukkan kunyit yang dah di tumbukkan. Kacau perlahan lahan dan akhir sekali baru masukkan badam.
3. Tuangkan susu tu dalam gelas. Baru la lepas tu masukkan dua sudu madu. Jika dapat madu asli lagi bagus.
4. Kacaukan dan boleh la minum susu yang sedap rasa lemak lemak manis ni tau.
Ha senang kan nak buat. Rajin tak rajin jee.
Kekna izinkan yang nak SHARE. Lagi bagus bertambah pahala korang tau sebab bantu kengkawan yang lain untuk sama sama nak kulit cantik juga.
Perempuan kena biasakan sebelum tidur pakai pelembap, barulah seronok bangun esoknya kulit rasa segar dan nampak cerah.
Betul, rahsia kecantikan untuk sentiasa kelihatan muka segar bermula daripada penjagaan kulit sebelum tidur, dan ramai yang mengambil ringan tentangnya.
Biasakan Sebelum Tidur
Padahal penjagaan kulit pada waktu malam sangat penting kerana malam adalah waktu yang paling sesui bagi kulit regenarasi kulit iaitu proses penggantian kulit sel kulit mati dengan sel kulit baru. Nak cantik kena berusaha lebih sikit kan?
Mungkin dengan beberapa cara simple penjagaan kulit pada waktu malam ini dapat membantu.
Mencuci muka dan memakai skincare
Makan vitamin C untuk dalaman badan lebih sihat
Minum air masak secukupnya
Bersihkan tempat tidur sebelum anda tidur
Buatlah Double Cleanse
Selain itu, walau penat sekalipun rutin ini wajib dilakukan, iaitu sebelum tidur muka telah dicuci sebersih yang mungkin, jangan lupa untuk menggunakan teknik double cleanse.
Teknik ini dapat memastikan kulit muka bebas dari segala sisa kotoran dan paling penting make up, jika tidak proses regenarasi sel kulit akan terbantut dan ini akan menyebabkan jerawat muncul di wajah.
Jika perlu, pakai make up remover ataupun petroleum jelly untuk lebih senang hilangkan make up dan juga kotoran yang lain.
Jangan Lupa Pelembap Wajah!
Seterusnya, Krim pelembab muka pun ramai yang abaikan, kerana ada teksturnya yang melekit dan menyebabkan pemakai tidak selesa.
Tujuan memakai krim pelembab pada waktu malam adalah untuk merawat dan melembabkan kulit yang mudah kering apabila tidur di dalam bilik yang berhawa dingin.
Memakai krim pelembab sebelum tidur mampu menghalang bintik-bintik hitam dan dapat mengelakkan proses penuaan berlaku.
Di samping itu, tidur yang mencukupi minimum selama 8 jam sememangnya memainkan peranan penting untuk mendapatkan kulit yang cantik. Mendapat tidur yang cukup bukan sahaja dapat rehat dan menyegarkan tubuh badan pada keesokan harinya malah segala jenis produk yang dipakai di wajah pada waktu malam juga turut diserap baik dengan lebih efektif.
Selain minum segelas air masak setiap kali hendak tidur, kali ini cuba tukar kepada segelas air lemon. Hasilnya pada kulit sangat bagus!
Manfaat air lemon sebelum tidur adalah memberi hidrasi kepada tubuh badan dan membersihkan kulit ketika tidur. Kulit juga akan lebih lembut, anjal dan berseri-seri jika diamalkan sentiasa.
Sejak akhir-akhir ini, anda kurang bersemangat untuk bersenam sehinggakan badan anda cepat merasa letih dan penat. Apatah lagi sejak perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan.
Jangan jadikan alasan duduk di rumah menyebabkan anda malas untuk bersenam. Bagaimana anda ingin kembalikan kecergasan dan kesegaran anda dengan cepat dan mudah.
Usah bimbang, ikutilah cara mudah ini.
ISNIN
Anda boleh bawakan pedometer ketika berjalan kaki. Ini untuk memberi semangat kepada anda terutamanya melihat angka-angka pada pedometer.
Kajian yang diterbitkan di The International Journal of Obesity menunjukkan bahawa berjalan kaki lebih dari 10,000 langkah per hari dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes dan kanser.
SELASA
Cubalah berjalan kaki sekeliling rumah atau di sekitar kawasan perumahan selama 15-20 minit dengan kelajuan 3-4km/jam. Ini kerana kelajuan ini diperlukan untuk mendapatkan kesihatan jantung dan aliran darah bagi mencegah penyakit jantung.
RABU
Cara lain untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan membakar lebih banyak kalori adalah berjalan-jalan di kawasan sekeliling. Anda juga boleh pergi ke kafe untuk minum kopi dan makanan sihat yang lain.
Cuba gunakan mesin fotostat atau faks yang terletak di tingkat atas atau paling jauh dari meja kerja di rumah anda untuk membantu bergerak dan naik turun tangga.
KHAMIS
Letakkan beberapa barbell ringan di atas meja anda supaya anda boleh angkat ketika sedang berehat. Atau boleh juga ikatkan pemberat pada alat kawalan televisyen.
Lakukan senaman kecil dengan menggerakkan otot tangan ke atas dan kebawah setiap kali anda menukar siaran televisyen selama 5-10 minit. Dengan mengangkat beban, ia boleh mengurangkan risiko terkena penyakit termasuklah osteoporosis dan penyakit jantung.
JUMAAT
Manfaatkan waktu bersama pasangan dengan berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah. Lakukan regangan otot badan semasa duduk atau berdiri. Anda juga boleh mencuba latihan mengangkat bahagian tumit kaki untuk melatih otot kaki.
SABTU
Daripada anda melewatkan masa untuk latihan secara rutin, adalah lebih baik anda memendekkan masa dan menambahkan intensiti untuk mendapatkan kualiti latihan anda. Contohnya, mengurangkan masa berbasikal di gymnasium tetapi ulangi dengan 2-3 kali berbasikal cepat dalam tempoh seminit.
HUJUNG MINGGU
Sesekali cubalah untuk rancang dengan pasangan anda melakukan aktiviti senaman bersama. Berbasikal, bermain badminton bersama pasanan boleh membuatkan anda bersemangat. Latihan ini jauh lebih murah dan sihat berbanding anda makan di restoran atau kafe.
Kelebihan Lakukan Senaman:
– Dengan melakukan latihan beban dan kardio di gymnasium juga boleh membantu anda untuk terus menjaga kesihatan dan kebugaran badan. Ini kerana gymnasium adalah satu-satunya tempat yang boleh membuatkan anda yakin untuk melakukan senaman.
– Anda juga boleh lakukan latihan intensiti di rumah dengan menggunakan peralatan sederhana seperti dumbbell, kettlebell atau push up, sit up dan sebagainya.
Elakkan Ini:
– Pastikan anda tidak terlalu banyak duduk sepanjang hari. Walaupun kerja anda tertumpu pada komputer, sebaiknya tetap melakukan gerakan secara rutin. Contohnya, berlari atau berjalan dengan masa yang singkat sudah cukup baik untuk anda.
– Anda juga boleh melakukan latihan ringan ini sebelum anda memulakan kerja, ketika berehat selepas makan tengahari atau selepas penat seharian bekerja walaupun di rumah saja.
– Seeloknya, anda jangan duduk lebih daripada satu jam dalam satu masa, cubalah bergerak atau berjalan-jalan demi untuk kesihatan anda.