“Ramadan Bantu Diet Sebab Makan Sekali Sehari” – Osama Yamani Kongsi Tip Kurus Paling Mudah

Share

Siapa tidak kenal dengan anak kepada penyanyi Jamal Abdillah, Osama Yamani yang juga turut terbabit dalam bidang seni.

Sebelum ini dia yang muncul dalam program Big Stage melihat penampilan fizikalnya yang agak berisi.

Tetapi kini penampilan Osama Yamani sudah berubah apabila berjaya mencapai berat badan ideal selepas dua tahun mengamalkan diet dan pemakanan sihat.

Artikel Lain: Lepas 5 Bulan Bebas Kanser Tahap 4, Berat Elyana Kini Makin Bertambah. Akui Makin Sihat & Ceria!

Menurut Osama, dia mengambil inisiatif untuk menguruskan berat badan bagi menjaga imej dan keterampilannya sebagai seorang penyanyi.

Kalau dulu berat badannya mencecah 89kg dan kini sudah turun kepada 75 kg di mana berjaya melenyapkan 14 kg dalam masa setahun. Tambahnya lagi diawal-awal dulu berat cecah 69kg sahaja.

Walaupun bulan puasa, tetapi tidak menjadi masalah buat penyanyi berusia 21 tahun ini untuk kekal berdisiplin menjaga diet pemakanannya.

“Sebenarnya saya amalkan pemakanan dengan mengurangkan gula dan jaga waktu pemakanan. Biasanya malam memang saya tidak makan.

Artikel Lain: Dr Izzar Terangkan Penyakit Kawasaki, Boleh Sebabkan Komplikasi Pada Jantung Kanak-Kanak

“Tetapi apabila bulan Ramadan, sebenarnya lagi membantu diet saya sebab waktu makan cuma sekali sahaja.

“Biasanya kalau saya nak makan dalam pukul 10 malam ke atas pun saya hanya ambil makanan seperti bubur sahaja,” kata anak kepada Raja Pop Datuk Jamal Abdillah.

Sumber: Media Hiburan

Artikel Lain: Makan Bersukat & Berjalan Seribu Langkah, Rahsia Wanita Ini Turun Berat Badan Dengan Cepat!

IKLAN