Tidak dinafikan bukan mudah untuk mendapatkan berat badan idaman. Pelbagai cara dilakukan termasuk pengambilan sumplemen, diet makan, tetapi semuanya tidak menjadi.
Namun jika kekal berusaha dan disiplin, pastnya impian itu akan terlaksana.
Seperti perkongsian gadis ini yang berkongsi cara menurunkan berat badan tanpa perlu mengelak pengambilan nasi.
Menurut Ameera dalam perkongsiannya di laman twitternya tahun 2019, perjalanan penurunan berat badannya bermula pada November tahun 2018. Selain berdiet, dia juga turut melakukan senaman.
Ujarnya lagi, dia tidak mengikut diet tertentu yang popular seperti diet atkins, IF dan sebagainya. Dia hanya berdiet mengikut caranya sahaja.
Gadis 27 tahun ni berkongsi rahsia dietnya. Menurutnya, dia hanya makan dalam kuantiti yang banyak pada sebelah pagi.
Ads
Untuk sarapan dia akan mengambil nasi dan lauk seperti biasa. Namun, untuk makan tengahari, dia hanya akan makan buah-buahan dan tidak mengambil apa-apa untuk makan malam.
Tambahnya lagi, dia akan mengambil 2 senduk nasi, lauk ayam dan sedikit kuah untuk sarapan.
Katanya, jika kita tidak bersarapan kita lebih cenderung untuk mengambil lebih banyak makanan pada tengahari
“Saya mula lakukan diet dan senaman ini pada November tahun lalu. Pada awalnya berat saya 83kg dan terkini berat saya turun ke 69kg,”
Ads
Untuk tengahari, dia akan mengambil buah potong dan tidak meletakkan sebarang perisa asam atau kicap.
Untuk makan malam, permulaan memang agak sukar untuk anda tidak mengambil sebarang makanan. Jadi anda bolehlah mengambil biskut atau roti high fiber.
Dia mula melakukan senaman seperti berlari/jogging selama 30 minit atau berbasikal selama 30 minit.
Ini merupakan antara tip lain yang dikongsikan olehnya adalah seperti berikut:
– Untuk permulaan anda memulakan senaman, untuk orang yang berat lebih baik buat cycling dulu.
Ads
– Kemudian baru boleh buat joging secara perlahan. Jangan terlalu paksa diri masa buat kardio. Buat ikut kemampuan, tapi kena sentiasa konsisten.
– Perlu displinkan diri dengan jangan mengambil sebarang makanan ringan, makanan segera dan makanan yang manis-manis.
Jadi diingatkan bagi yang mahu turunkan berat badan cara sihat, boleh ikut tip dikongsi Ameera ini. Apa yang penting keazaman untuk kembali langsing.
Maklumlah pelbagai risiko jangkitan penyakit boleh menyerang tanpa kita sedari.
Perkongsian Dr Arisman memberitahu antara risiko jika kita berbuat demikian pada si comel ini.
Elak Cium Baby Waktu Hari Raya
Anda sebagai ibu bapa perlu tahu beberapa risiko yang boleh terjadi kepada bayi comel anda jika orang lain mencium muka atau badan bayi kecil anda, terutama hari raya ini.
Yang pertama. Risiko terkena jangkitan kuman penyakit berjangkit. Misalnya? Covid-19. Penyakit kaki tangan dan mulut. Dan beribu lagi jenis kuman virus atau bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan kuman khususnya pada saluran pernafasan.
Jangkitan kuman pada bayi mudah berlaku dan sangat cepat kerana sistem imun mereka masih sangat rendah. Misalnya hari ni ada pengunjung datang, tengah malam atau esok pagi boleh jadi bayi dah timbul demam. Ibu bapa pasti tak mahu sambut raya di hospital kan.
Kedua. Risiko allergi kulit. Paling sering kita jumpa adalah penyakit Ekzema. Berlaku kerana kulit bayi allergi dengan material tertentu misalnya lipstik, air liur atau terkena alat make up kita, pakaian kita, dan lain-lain.
Penyakit eczema ni boleh jadi teruk sehingga demam tau. Pernah nampak bayi dengan eczema teruk? Kesian. Bayi jadi kurang comel dah.. waktu tu ibu bapa je yang faham dan sakitnya perasaan. Jangan menyesal.
Ketiga. Anda pernah dengar penyakit Cold Sore? Atau Fever Blister? Ia disebabkan oleh ciuman yang membawa virus Herpes Simplex Virus 1. Ia boleh menimbulkan demam dan ada ruam blister pada tepi-tepi mulut. Kuman virus ini boleh menjadi teruk dan menjangkiti seluruh badan sehinggalah ke otak. Hati-hati ya.
Kalau ada pengunjung yang ada penyakit cold sore ini atau ulser pada bahagian bibir atau tepi mulut, elakkan dia mencium bayi anda ok. Take note.
Keempat. Risiko bayi menangis kerana tidak selesa dan rasa terancam. Yang akan susah nanti si ibu atau bapa juga nak mendiamkan, menjaga. Raya pun jadi tak syok dah hehe.
. Ok tu je dulu. Selamat menyambut hari raya semua. Assalamualaikum. Dr. Arisman, MD.
Salah satu jenis kulit wajah yang sering mendatangkan masalah seperti jerawat adalah jenis kulit berminyak.
Antara faktor kulit berminyak adalah daripada jenis pemakanan yang kita ambil setiap hari tanpa disedari.
Sebenarnya terdapat pelbagai makanan yang dapat memicu penghasilan minyak berlebihan yang sekali gus menyebabkan pelbagai masalah kulit seperti jerawat dan kulit berminyak.
Ayuh, kita lihat beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kulit anda berminyak.
1. Garam
Garam adalah salah satu makanan yang memberi kesan buruk kepada kesihatan kulit.
Pengambilan garam berlebihan dapat menyebabkan dehidrasi selain pengekalan air di dalam badan. Ia juga boleh meningkatkan kadar minyak ketika kulit cuba melawan dehidrasi akibat garam.
Sebaik-baiknya, hindari makanan yang tinggi kandungan garam dan sekiranya memasak kurangkan penggunaan garam dalam masakan seperti sup atau menggoreng.
2. Daging merah
Daging merah mengandungi lemak tepu yang tinggi. Lemak tepu ini dapat meningkatkan keradangan pada kulit dan menyebabkan penghasilan minyak berlebihan.
Sebagai alternatif gantikan diet anda dengan daging putih seperti ikan dan ayam.
3. Gula
Jika garam mampu membuatkan kulit menjadi berminyak, bagaimana pula dengan gula? Rupa-rupanya gula turut memberi kesan yang sama seperti garam.
Kajian juga menunjukkan makanan dengan kadar gula yang tinggi akan meningkatkan penghasilan IGF-1, iaitu hormon peptida yang merangsang penghasilan minyak berlebihan pada kulit.
4. Produk tenusu
Kajian mendapati susu rendah lemak cenderung memicu pertumbuhan jerawat akibat kulit berminyak kerana ia mengandungi IGD-1. Alternatif untuk produk susu yang tidak menyebabkan kulit berminyak adalah susu segar.
5. Makanan bergoreng
Makanan bergoreng tinggi kandungan lemak tepu yang berpotensi menyebabkan keradangan kulit dan akhirnya kulit menjadi berminyak.
Gunakan minyak zaitun untuk memasak yang dapat menghindarkan lebihan minyak pada kulit anda.
Adakah apa-apa kesan sampingan sekiranya makan durian selepas mengambil vaksin covid19? Ada apa-apa makanan yang perlu dielakkan sejurus selepas ambil vaksin? Terima kasih
Jawapan:
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui kenyataan anda diatas, anda ingin mengetahui adakah terdapat kesan sampingan makan durian selepas suntikan vaksin COVID-19. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Untuk makluman anda, pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang adalah digalakkan sebelum dan selepas mengambil vaksin. Hal ini kerana diet yang berkhasiat boleh mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan seseorang.
Manakala untuk makanan yang boleh mendatangkan kemudaratan yang menyebabkan anda mengalami masalah alahan adalah tidak dibenarkan.
Sehingga kini masih belum terdapat sebarang laporan mengenai sebarang kesan sampingan makan durian selepas individu disuntik vaksin.
Gambar sekadar hiasan.
Kami menasihatkan anda untuk mengelakkan ataupun mengurangkan pengambilan buah ini bagi tujuan langkah berjaga-jaga.
Namun begitu, kami memerlukan lebih banyak maklumat kesihatan anda bagi tujuan penilaian sebelum menentukan samada buah ini dibolehkan ataupun tidak selepas anda disuntik vaksin. Dibimbangi kandungan buah ini akan mengganggu keberkesanan vaksin didalam badan .
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.