Malah jika dilihat dalam ruangan media sosialnya, Sherry atau nama penuhnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad juga rajin berkongsi rutin melakukan aktiviti fizikalnya sebagai inisiatif menurunkan berat badan.
Kongsi Sherry, tindakannya itu bukanlah untuk menjaga penampilan semata-mata, tetapi ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bebas daripada sebarang penyakit kronik.
Sebelum itu pelakon Saka Nan Sepi ini juga memberitahu Sinar Plus dia turut memberitahu pengalamannya menjadi mangsa buli ketika di bangku sekolah. Ternyata bukan sesuatu hal yang mudah tetapi fizikalnya sebegitu sering jadi bahan gurauan hingga mengguris hati.
Oleh kebab itulah Sherry terus bertekad untuk membebaskan diri daripada terus dibelenggu rasa rendah diri dan pada masa sama, membentuk keyakinan terutama apabila berada di depan khalayak.
Menurut Sherry niat untu menurunkan berat badan sudah lama iaitu sejak dibangku sekolah lagi. Ini kerana fizikalnya boleh dikatakan obes sekitar berusia empat tahun lagi.
Ads
“Mungkin dulu, saya menganggapnya (masalah berat badan) sebagai satu hal yang biasa. Namun, apabila difikirkan semula, saya sudah menghampiri usia 40 tahun dan juga merupakan seorang wanita. Sebenarnya, terdapat beberapa perkara yang saya tidak dapat lakukan disebabkan memiliki fizikal sebegini.
“Justeru, salah satu pendekatan untuk atasi masalah ini adalah saya amalkan produk jus kelangsingan badan dan melakukan aktiviti fizikal. Setiap kali ada masa terluang, saya akan pegi ke gimnasium kerana percaya penurunan berat badan akan menjadi cepat dan semula jadi.
“Alhamdulillah, bersenam dan kawalan pengambilan makanan membantu saya mengurangkan sekitar 16 hingga 18 kilogram dalam tempoh tiga bulan,” katanya yang telah membuat pemeriksaan kesihatan dan doktor memberitahu dia tiada sebarang penyakit sepetti kegagalan buah pinggang, kencing manis atau sebagainya.
“Namun, doktor mengatakan, jika saya tidak melakukan sesuatu sekarang, besar kemungkinan saya akan menuju ke arah itu (menghidap penyakit berisiko). Disebabkan itu, saya mengambil langkah berjaga-jaga dan berusaha untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.
“Walaupun ada sebilangan yang mengatakan saya tidak boleh kurus dan perlu kekalkan bentuk badan seperti sekarang kerana ini merupakan ‘jenama‘ Sherry Alhadad. Namun, sejujurnya saya ada berfikir ke arah itu, tetapi kadangkala perkara sebegitu membuatkan saya berperang emosi dengan diri sendiri.
“Bayangkan, untuk tempoh 37 tahun, saya hidup dengan saiz begini dan apabila wujud inisiatif menurunkan berat badan, saya bertanya dengan diri sendiri, adakah orang akan menerimanya?
“Adakah saya akan berasa selesa dengan bentuk badan baharu itu nanti? Apakah hal ini akan menggembirakan saya? Segala persoalan itu bagaikan teka-teki untuk saya hadam satu persatu,” katanya lagi.
Menurut pelakon serba boleh ini juga dia sangat gembira degna keadaan dirinya sekarang.
“Tidak mengira sebarang saiz atau bentuk fizikal, saya tetap ceria dan mendoakan agar apa yang dilakukan ini satu istiqamah kerana hati manusia mudah dibolak-balikkan. Saya berpendapat, perubahan berat badan ini merupakan salah satu usaha untuk keluar daripada kepompong zon selesa lebih-lebih apabila dahulu saiz ‘tiga angka‘, tetapi sekarang ini ‘dua angka‘.
“Perubahan dari tiga angka kepada dua angka ini menyebabkan ada sebahagian koleksi baju saya berikan pada mereka yang memerlukan. Ada yang saya simpan sebagai kenangan. Walaupun kelihatan seperti remeh, tetapi saya agak sentimental juga orangnya (ketawa),” tambahnya yang turut kecewa apabila pernah menjadi manga buli ketika bersekolah dulu.
Namun apabila difikirkan semula, dia menganggap sebagai pembakar semangat dan sentiasa berfikir bahawa perkara sebegitu tidak akan dapat menjatuhkan orang.
Malah tambahnya lagi, dia menemui keyakinan diri dan menjadi seperti apa sekarang di Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan. Sekadar cadangan, menyertai kelas lakonan, kelab teater atau menyertai aktiviti seni persembahan, antara cara untuk mengatasi rasa rendah diri dalam diri.
Sherry juga baru-baru ini telah mendapat anugerah ‘Most Versatile TV Host & Presenter’ daripada majalah The CEO Malaysia, sempena Women of Excellence Awards (WOEA) 2021.
Kes keracunan makanan biasanya lebih tinggi ketika masuknya bulan Ramadan. Ini disebabkan adanya bazar Ramadan dan ramai yang berkunjung untuk mendapatkan juadah berbuka puasa.
Walaupun begitu, sebagai pengguna kita kena memastikan terlebih dahulu tahap kebersihan atau piawaian kualiti makanan yang disediakan sebelum membelinya.
Justeru itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam perkongsian di Tiktok memberi pesanan kepada orang ramai yang mahu mendapatkan juadah kegemaran di bazar Ramadan agar berhati-hati dalam membeli mencuba makanan dan minuman yang dijuaal.
Ini kerana biasanya kes keracunan makanan meningkat ketika di bulan Ramadan. Beliau turut merujuk kepada kes dua kanak-kanak yang disyaki keracunan makanan selepas berbuka puasa dengan makanan yang dibeli di bazar Ramadan.
Menurut KJ kes keracunan makanan tidak boleh diambil mudah kerana ia boleh memudharatkan kesihatan dan ada juga ada yang boleh menyebabkan kematian.
Justeru, KJ mengingatkan orang ramai supaya mengamalkan 5 perkara ini untuk pastikán makanan bersih dan selamat.
1. Yang pertama jaga kebersihan diri, basuh tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum makan.
2. Guna peralatan berasingan untuk makanan mentah bagi mengelakkan pencemaran pada makanan yang telahpun dimasak.
3. Masak makanan dengan sempurna. Dan pastikan dimakan dalam tempoh tak lebih 4 jam selepas dimasak.
Gambar sekadar hiasan.
4. Simpan makanan ready to eat pada suhu sesuai dan simpan tak lebih tiga hari dalam peti sejuk.
5. Guna bahan mentah yang fresh dan air yang bersih untuk memasak. Dan sebelum makan, praktis konsep lihat hidu, dan rasa. Kalau ada bau atau rasa yang pelik, janganlah makan. Pastikan selamat dan bersih sebelum makan.
Sebenarnya tak semua produk buat kulit cantik berseri. Dalam satu tinjauan yang dilakukan oleh sebuah laman produk kosmetik online di Amerika, wanita menggunakan purata 16 item kecantikan sehari.
Dari pencuci wajah sampailah krim mata dan sebagainya. Namun hakikatnya tak semua produk kecantikan yang dikatakan terbaik untuk kulit dan kecantikan diri ini berbaloi untuk dibeli.
Ada antaranya yang tak memberi perubahan pada kulit walaupun digunakan dalam jangka masa panjang termasuklah 6 item kecantikan berikut
1. Krim malam
Krim malam selalunya mengandungi komponen seperti retinol yang tidak berfungsi pada waktu siang kesan daripada cahaya mata hari. Ia sebenarnya tidak perlu jika kita menjaga kulit dengan baik kulit pada siang hari. Lebih dari itu harga krim malam ini juga agak mahal
2. Pore strip untuk blackhead
Bintik hitam ini muncul akibat pengumpulan bakteria dan kulit mati pada bahagian dalam liang roma. Pore strip bagaimana pun hanya menarik kotoran di bahagian permukaan kulit.
Ini juga boleh menyakitkan sekali gus menarik lapisan perlindungan yang perlu untuk kulit. Selain hanya membuang kotoran bahagian atas, pore strip ini juga tidak mencegah untuk blackhead berlaku sekali lagi. Jadi lebih baik anda membeli pembersih wajah jenis gel bersama asid salicylic berbanding pore strip.
3. Krim leher
Kulit bahagian leher adalah cukup lembut dan nipis. Ia memerlukan pelembap yang banyak. Namun tidak perlulah hingga memberi krim khusus untuknya. Krim muka biasa pada waktu siang sudah mencukupi.Oles krim dari bawah ke atas.
4. Spray wajah
Kalau lihat iklan penyembur ini berfungsi untuk memastikan kulit wajah selalu lembap ketika siang hari dan memberi kesan segar. Namun pakar kulit pula berpendapat sebaliknya.
Lembapan dari kulit akan disejat bersama dengan air semburan yang akhirnya akan menyebabkan kulit kering. Semburan yang didakwa untuk melembapkan itu sebenarnya tidak berlaku. Lebih merugikan harga produk ini agak mahal.
5. Tisu serap minyak
Kononnya ia adalah untuk menyerap lebihan minyak pada wajah. Sebenarnya tisu biasa pun memberi kesan yang sama cuma kesan minyak itu tidak dapat dilihat sebagai jika menggunakan kertas tersebut.
6. Krim dengan SPF50+
Anda mungkin menyangka lebih tinggi jumlah SPF lebih baik perlindungan dari sinar matahari. Tapi kadar perlindungan SPF yang terbaik adalah antara 15-50 saja. Tak perlu lebih.
Dapat sesuatu dalam perkonsian kali ini? Jadi selepas ini anda boleh betulkan rutin kecantikan harian ya! Barulah kulit anda cantik tanpa cela.
Tak Sedar Badan Obesiti, Sampai Tak Larat Bawa Badan
“Masa awal-awal dulu saya tak sedar pun mempunyai badan berisi dan obesiti sehinggalah saya nak bawak badan pun tak karat.
“Apatah lagi ketika itu sakit lain mula menyerang dan saya kemudiannya membuat pemeriksaan di hospital.
“Dari situlah doktor kata yang saya ini dalam kategori obesiti dan menasihatkan saya untuk turunkan berat badan,” katanya yang pernah cub lakukan pelbagai diet tetapi semuanya tidak menjadi hinggalah seseorang mengenalkannya kepada VistaFit.
Program ini diajar oleh Coach terlatih yang memberitahu ilmu diet yang betul untuk menurunkan berat badan.
Sebelum
Diajar Makan 5 Kali Sehari
“Dalam kelas ini Coach banyak mengajar tentang kuasai mindset,kesilapan-kesilapan dalam berdiet, disiplin diri dalam berdiet, kenapa berat kita naik dan stuck.
“Turut diajar jadual makan 5 kali sehari, portion perlu makan setiap meal, apa boleh makan semasa diet, snacking apa boleh makan dan banyak lagi sampai lah berat kita mantain.
“Sebelum itu, saya pernah buat sendiri, ikut dsss. Tetapi dalam 4 bulan diet hanya 3kg je turun. Hanya naik turun begitu saja. Setelah saya masuk 2 kelas ini, alhamdulillah 8 bln diet dari 80kg turun 48kg,” tambahnya yang turut berkongsi menu diambil dari pagi hingga malam.
Menurutnya untuk sarapan pagi, dia biasanya akan ambil sekeping roti bersama sebiji telur, buah dan air kosong.
“Untuk makan tenghari saya ambil nasi sesenduk, buah sebiji, ayam seketul dan air kosong. Manakala malam pula saya memang tak ambil karbo langsung, sebaliknya tukar dengan pengambilan roti atau biskut. Jika lapar biasanya saya akan ambil air kosong dan buahan
“Sebenarnya saya tak pernah buat exercise langsung. Ini kerana waktu itu (badan berisi) memang tak larat nak bersenam. Nak angkat kaki pun tak boleh apatah lagi nak bersenam,” ceritanya lagi berjaya melenyapkan 32 kg dalam masa 8 bulan dengan mengamalkan diet ini.
Badan Jadi Ringan Bila Dah Kurus
Tambahnya lagi perasaan gembira sukar untuk digambarkan apabila dia berjaya mendapat berat badan ideal.
“Mestilah saya sangat seronok. Ini kerana ketika berat 80KG, saya terpaksa solat atas kerusi. Untuk bangun pun susah.
“Sekarang alhamdulillah, bila sudah kurus, badan terasa ringan dan tidak seperti dulu,” jelasnya lagi yang masih maintan dengan berat yang ada dengan memfokuskan kepada pemakanan.