Setiap kali seseorang wanita itu melahirkan anak, pasti akan ada waktu berpantang untuk tempoh tertentu bagi mengembalikan semula tenaga yang hilang.
Kalau ikut orang dulu-dulu, sangat mementingkan penjagaan berpantang ini untuk tempoh 44 hari atau lebih. Ini bagi memulihkan kembali tenaga yang sudah hilang ketika waktu melahirkan anak sebelum itu.
Namun ketika ini terpulang pada seseorang itu untuk berpantang ikut cara traditional atau moden. Semua ini bergantung pada badan seseorang menerima perubahan memandangkan badan nak pakai lama.
Walau bagaimanapun, bagi seorang doktor popular, Dr Say Shazril, dia tidak menyuruh isteri tercinta, Dr Azura untuk berpantang selepas bersalin.
Menurut doktor berusia 33 tahun itu, dia menjelaskan setiap kali isterinya bersalin, Dr Azura tidak akan berpantang.
Hal ini kerana, mereka hanya fokus pengambilan makanan seimbang seperti ayam, ikan telur, pisang dan sebagainya.
Jelasnya lagi, makanan yang dikatakan punca ‘gatal’ atau ‘bisa’ itu tidak logik kerana ia hanya akan berlaku jika seseorang itu mengalami masalah elergik.
Walau bagaimanapun, Dr Say berpendapat setiap ibu mempunyai kepercayaan tersendiri. Jadi, terpulang kepada mereka mahu berpantang secara moden atau tradisional. Apa yang penting ibu sentiasa gembira dan tidak stres dalam tempoh selepas bersalin.
Ahaa ramai jugak yang dm tanya soalan ni memandangkan saya rasa ada yang baru follow ig saya. Kalau yang follow sejak zaman Ace dulu mesti tau dah cerita ni. Tapi takpe saya cerita sekali lagi.
Jawapannya, sejak anak pertama & termasuk anak kedua ni bini saya tidak berpantang. “Whats? Tak pantang? Badan nak guna lama kot” jerit makcik bawangs di FB.
Sekali lagi sy ingin tekankan yang kami tidak menentang sesiapa yang ingin berpantang. Nak pantang silakan, taknak pantang pun silakan.
Kalau cakap pasal badan nak guna lama meh saya bagi kisah yang paling senang nak diterima akal. Kalau masa berpantang ini ibu-ibu jaga makan dengan makan ikan haruan, ikan kering & seangkatan dengannya.
Then habis pantang hari ke-45 ibu-ibu me-ngappp ayam goreng Mekdi, Kepchi, Mary Perang with honey butter biscuits Texus Chicken on the side, logik akalnya tidakkah makanan2 sebegini akan merosakkan badan ibu-ibu yang selama ni berpantang?
Kunci utamanya adalah pengambilan makanan yang sihat & seimbang, tu je. Ayam, telur, ikan, sayur-sayuran & buah-buahan macam kangkung, timun, tembikai, pisang boleh je nak makan sebab ni semua tergolong dalam makanan yang sihat & seimbang.
Kalau nak cakap “gatal” atau “bisa”, dari segi perubatan there is no such thing cuma kalau memang allergic, elakkanlah. In a nutshell, bergantung kepada kepercayaan ibu tu sendiri sama ada nak amalkan pantang-larang ini atau tak.
Yang penting jangan terlalu extreme supaya ibu2 sentiasa cergas, ceria dan sihat semasa dalam pantang. Kalian macam mana? Pantang modern or tradisional? Open conversation k?
Menurut Dr Say juga sepanjang tempoh berpantang, mereka tidak menggunakan khidmat Confinement Lady sebaliknya menguruskan segalanya berdua.
Malah sepanjang 30 hari, beliau mengosongkan jadual sebelum itu untuk menemani isteri tercinta.
Walaupun tahu isterinyanya kuat untuk berpantang sendiri, tetapi dia sentiasa memberi sokongan padanya terutama menguruskan anak kedua yang dilahirkan secara pembedahan.
Tidak dinafikan penjagaan untuk warga emas di rumah atau hospital memang agak sukar lebih-lebih lagi jika terpaksa memakai peralatan sokongan lain.
Antaranya adalah seperti pengunaan tiub atau kateter kencing yang digunakan untuk menampung pembuangan air kencing pesakit.
Jika tersalah penjagaannya akan menyebabkab kesakitan pada mereka, walaupun pesakit dalam keadaan tidak sedar dan penggunaannya boleh babitkan jangka panjang.
Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad memberitahu penjelasaan lengkap mengenai penjagaan penggunaan alatan ini.
PENJAGAAN TIUB / KATETER KENCING DI KALANGAN WARGA EMAS
Tiub/Kateter kencing merupakan tiub yang dimasukkan ke dalam pundi kencing untuk megeluarkan air kencing dari pundi. Ini mungkin dilakukan kerana beberapa sebab seperti pesakit mempunyai kudis tekanan, masalah kesukaran kencing atau pengawalan kencing. Tiub ini mungkin diletakkan secara sementara atau jangka masa panjang.
TIP AM PENJAGAAN 1. Sentiasa catitkan jumlah air kencing dalam beg. 2. Sentiasa pastikan air kencing mengalir ke dalam beg tanpa sekatan. 3. Pesakit perlu minum cukup air untuk penghasilan air kencing yang cukup. 4. Beg kencing perlu berada di bawah paras pundi kencing untuk memastikan air kencing dalam beg tidak mengalir balik ke pundi dan menyebabkan jangkitan kuman. 5. Pastikan tiub dan beg berada dalam keadaan baik. 6. Jangan sekali-kali menarik tiub kencing. 7. Pesakit tidak sepatutnya duduk atau baring atas tiub kerana ia boleh menyebabkan sekatan. 8. Periksa bahagian sulit sekeliling tiub untuk tanda-tanda jangkitan kulit – kemerahan, kebengkakan atau discaj cecair. 9. Jangan letak bedak di bahagian tiub dari kemaluan. 10. Beg kencing perlu dikosongkan setiap 8 jam.
PEMBERSIHAN TIUB 1. Sebelum mula, beritahu pesakit apa yang anda akan lakukan. Ini penting khasnya kepada pesakit yang nyanyuk atau keliru untuk menenangkan mereka. 2. Cuci sekeliling tempat tiub masuk ke kemaluan dengan sabun 2 kali sehari. 3. Bersihkan kulit sekitar tiub setiap kali pesakit membuang air besar.
MENGELUARKAN KANDUNGAN BEG Beg kencing perlu dikosongkan sekiranya penuh atau setiap 8 jam. Langkah-langkah termasuk : 1. Kandungan boleh dikeluarkan ke dalam tandas atau ke dalam bekas/baldi. 2. Cuci tangan dengan air sabun. 3. Catitkan jumlah air kencing. 4. Bukakan penyumbat beg kencing dan biarkan air kencing mengalir ke tandas atau bekas yang disediakan. 5. Jangan biarkan penyumbat tersentuh lantai (cuci dengan bersih sekiranya ini terjadi). 6. Setelah beg kosong, tutupkan semula penyumbat dan cuci tangan anda.
MASALAH TIUB KENCING Sekiranya air kencing tidak mengalir dalam tiub : 1. Periksa sama ada tiub tersepit atau terpintal. 2. Pesakit mungkin terduduk atau terbaring atas tiub. 3. Pastikan beg kencing berada di paras bawah pundi. Sekiranya tiub terkeluar atau bocor : 1. Letakkan tuala di bawah pesakit untuk melindungi perabot/tilam. 2. Jangan cuba memasukkan tiub semula (kecuali pesakit/penjaga telah diajar). Sila dapat bantuan daripada anggota kesihatan. 3. Perhatikan untuk tanda kebocoran seperti tiada penambahan dalam jumlah air kencing dalam beg atau tiada kencing dalam beg selepas 6-8 jam atau tilam/ pakaian pesakit basah dengan air kencing.
KOMPLIKASI TIUB Dapatkan bantuan perubatan sekiranya: 1. Air kencing berbau busuk atau keruh. 2. Pesakit berasa demam. 3. Terdapat pembengkakan sekeliling tiub. 4. Tiada air kencing dalam tiub/beg walaupun tiada kebocoran atau pesakit dapat minum air dengan mencukupi. 5. Terdapat kebocoran dalam tiub/beg. 6. Terdapat pendarahan dalam tiub/beg.
Sumber : Portal Rasmi MyHEALTH #HealthDrZubaidi www.drzubaidi.com
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak semua ujian swab test yang kita ambil akan terus dipanggil pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dihantar ke pusat kuarantin.
Kebiasaannya pihak KKM akan melihat tahap berapa positif Covid-19 seseorang itu sebelum diangkut dengan ambulan untuk dikuarantin.
Ada yang positif tetapi hanya menjalan kuarantin di rumah sendiri. Namun begitu, jangan pandang ringan self quarantine ini. Jika tidak dijaga sebaiknya, virus akan merebak pada orang lain pulak.
Seperti perkongsian doktor wanita ini di laman twitter @ainnanism memberitahu apa sepatutnya perlu dibuat jika ‘self quarantine’ di rumah setelah positif Covid-19.
Apa perlu buat lepas disahkan positif Covid-19
Kuarantin di bilik sendiri, kalau boleh asing bilik air. Sentiasa pakai mask sehingga disahkan negatif.
Sebabnya virus dan spread pada orang lain kalau tak kuarantin.
Kenal pasti close contact dari 10 hari sebelum hari ambik swab
Ini kriteria close contact
Kena hubungi satu persatu, ini maklumat perlu ada
Ini masalah yang biasa dihadapi
Kena registerkan untuk buat swab test
Ini juga yang perlu anda tahu
Lagi bagus kalau HR di tempat kerja boleh arrange buat PCR
Kena monitor simptom juga
Ini yang perlu dibuat jika keputusan swab positif bagi mempercepatkan tugasan pejabat kesihatan
Ini yang sangat-sangat penting, maklumat lengkap close contact
Cara-cara cepatkan proses KKM register kes positif
Kalau tiada cukup space di rumah, pakai mask, sanitize dan jaga jarak. Jangan sesekali bawak keluar kes negatif tumpang rumah orang
Memiliki rupa paras yang cantik, Ameera Khan selalu menjadi perhatian netizen setiap kali dia membuat live di platform media sosial untuk berkomunikasi dengan pengikutnya.
Apa yang menarik, adik kepada selebriti, Neelofa itu suka berkongsi rutin hariannya dan aktiviti yang dilaluinya menerusi live media sosial.
Rutin Ameera Khan
Di antara live Ameera itu, ada berkongsi mengenai apakah yang dilakukan oleh selebriti itu sebaik sahaja bangun dari tidur.
Kongsi Ameera, sebaik sahaja bangun dari tidur, dia ‘wajib’ melakukan satu amalan hariannya iaitu membaca bismillah lima dan beberapa zikir yang lain. (Kamu boleh skip ke masa 02:00)
Bismillahir Rahmanir Rahiim Bismillahish Shaafii Bismillahil Kaafii Bismillahil Mu’aafii Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis samaa-e wa huwas samii’un ‘alim.
“Saya selalu baca ini sebab saya serahkan semuanya kepada Allah S.W.T. termasuklah apa yang membuatkan saya sedih. Jadi saya boleh memulakan hari dengan lebih segar.”
Selain daripada itu, Ameera juga berkongsi dia akan menulis keinginan dan hajatnya ke dalam buku doa miliknya untuk dibaca setiap kali selepas solat.
Jadi anda juga boleh amalkan apa yang dilakukan oleh Ameera untuk kehidupan yang lebih tenang dan bahagia.