Nak Kurus Lama, Ini Habit Yang Wajib Diubah

Share

Ramai sangat yang berniat nak kurus dalam masa yang singkat tetapi masih gagal kawal nafsu makan dan kurang rajin bersenam.

Menurut perkongsian daripada saudara Ahmad Anwar, anda kena fahamkan penurunan berat bukan ada tarikh luput. Ia adalah perubahan habit.

Kita jadi gemuk pun disebabkan perubahan habit sebenarnya. Kita makan tanpa kawalan dan gagal kawal.

Nak kurus juga perlu ubah habit. Mana boleh kita ubah habit yang sudah jadi kebiasaan kita dalam tempoh singkat? Ia perlukan latihan dan kecekalan.

Nak Kurus, Ini Habit Yang Wajib Diubah

Apa habit yang perlu berubah?

1. Makan dalam portion yang betul dengan mencukupkan makro nutrisi (seimbang)
2. Cukupkan keperluan protein harian
3. Pilih snacking yang sihat
4. Makan benda yang mempunyai nutrisi yang baik, volume yang besar tetapi rendah kalori
5. Bersenam berkala 3-5 kali seminggu

Turun berat badan bukan mesti kurus pun. Ada saja yang kongsi berat turun sampai 20kg, tapi inchloss tak seberapa pun. Gambar tak banyak berbeza.

Sebab apa?

Sebab yang turun bukanlah lemak. Yang turun hanyalah angka atas penimbang disebabkan kehilangan air, otot dan sebagainya.

Ada pula yang kurus tapi nampak sakit. Sebab otot susut dan tidak bersenam. Muka nampak cengkung bila otot susut dan kita akan nampak lebih tua dari usia.

Percayalah… saya dah lalui semua fasa tersebut. Usah dikejar angka penimbang laju turun. Hasilnya hanyalah penipuan kepada diri sendiri.

Moga mereka yang mulakan perjalanan kurus sihat ini, melaluinya dengan penuh sabar dan dengan cara yang sihat dan boleh kekal selamanya.

IKLAN