Nurul Syuhada Suka Hiking, Patutlah Makin Cantik Walau Anak 4

Share

Sejuk mata memandang melihat air wajah bekas pengacara Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain yang terkini dengan bertudung dan berlesung pipit di pipi. Itu jadi ‘bonus’ penyeri wajahnya.

Walau berstatus ibu kepada empat orang anak, tetapi wajahnya tetap kelihatan cantik dengan auranya tersendiri.

Nurul Syuhada Suka Hiking

Ala-ala wanita Turki pun ya! Meniti usia 38 tahun, wanita kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu sekarang sedang menikmati momen indah seorang ibu.

Namun sesekali ibu muda ini juga dilihat rajin hiking bersama teman-temannya, ini merupakan aktiviti yang bagus untuk jaga kesihatan.

Fokus Pada Keluarga

Nurul Syuhada yang berkahwin dengan Raja Amir Shah Raja Azwa di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur pada 16 Julai 2012 kini dikurniakan empat cahaya mata yang comel.

Sudah lama tidak ke udara, Nurul Syuhada kini sibuk menumpukan kepada keluarga dan aktif di laman sosial Instagram berkongsi perkembangan anak-anak.

Pernah tular sekeping foto yang dimuat naik Nurul Syuhada menarik perhatian warga maya yang rata-rata memuji kecomelan anak-anaknya.

Malah ada yang terpesona dan menganggap anak-anak pengacara itu memiliki genetik menarik lantaran rupa paras yang menawan.

Disebabkan wajah si kecil persis kacukan, ada yang bertanya sekiranya juara Malaysian Top Host 2005 itu atau suaminya memiliki darah campuran Inggeris atau Arab.

Anak Mewarisi Wajah Kacukan

Rupanya telahan warga maya tepat kerana cahaya mata bekas pengacara Malaysia Hari Ini itu sememangnya mewarisi darah kacukan dari sebelah bapa mereka.

Suami Nurul Syuhada, Raja Amir berdarah kacukan Melayu-Australia dari sebelah ibunya.

Selama 10 tahun melayari bahtera rumah tangga, Nurul Syuhada dan Raja Amir dikurniakan empat cahaya mata termasuk sepasang kembar iaitu Raja Abdul Mateen dan Raja Nour Emaan, 8, Raja Ahmad Shah dan Raja Aasiya Amaal, setahun.

Sumber: Instagram Nurul syuhada nurulain

IKLAN