Erin Malek

Semakin berusia, semakin terserlah kejelitaan pelakon, Erin Malek. Namanya mula mendapat perhatian selepas membintangi filem Tentang Bulan sewaktu masih remaja. Malah Erin juga pernah bergelar juara program realiti Fear Factor.

Berkongsi foto terkini ketika menyambut ulang tahun kelahiran ke-29 bersama kenalan rapat, Erin tampil anggun dalam persalinan kemeja merah dan berseluar putih.

“29. Alhamdulillah blessed to see another year. Thank you for the lovely wishes and doas,” tulisnya.

Masuk 30-an Badan Rasa Lain, Ini Amalan Erin Malek Bila Jadi Ibu
Kredit Instagram @erinmalek94
Masuk 30-an Badan Rasa Lain, Ini Amalan Erin Malek Bila Jadi Ibu
Kredit Instagram @erinmalek94
Masuk 30-an Badan Rasa Lain, Ini Amalan Erin Malek Bila Jadi Ibu
Kredit Instagram @erinmalek94

Amalan Kecantikan Yang Diamalkan Erin Malek

Tak dinafikan sejak berkahwin dan bergelar ibu dua anak makin cantik berseri-seri! Bukan hanya langsing bahkan kulit wajah mulus Erin juga dikagumi ramai.

Kalau nak tahu, ini lah antara tip kecantikan yang diamalkan Erin sepanjang dia bergelar isteri dan ibu.

IKLAN

“As you grow older dan saya pun dah dekat umur 30 tahun memang dah rasa badan dah lain sedikit. Terutamanya bila melibatkan soal nak turun berat badan yang agak susah. Jadi apa yang saya buat ialah  work out.

Selain work out, kena jaga makan dengan pengambilan diet sihat. Kadang-kadang ada juga cheat day. Tapi untuk jaga kesihatan dan penampilan kita, perlu makanan sihat, bersenam dan mengeluarkan peluh.”

Masuk 30-an Badan Rasa Lain, Ini Amalan Erin Malek Bila Jadi Ibu
Kredit Instagram @erinmalek94
Masuk 30-an Badan Rasa Lain, Ini Amalan Erin Malek Bila Jadi Ibu
Kredit Instagram @erinmalek94
Masuk 30-an Badan Rasa Lain, Ini Amalan Erin Malek Bila Jadi Ibu
Kredit Instagram @erinmalek94

Rindu Nak Berlakon

Dia yang berehat dari dunia seni sejak mendirikan rumah tangga dengan pelumba kereta dan anak kepada usahawan empayar MOFAZ, Farriz Fauzy, bagaimanapun mengaku rindu untuk kembali berlakon.

IKLAN

Jelas Erin, sehingga kini dia masih menerima ‘lamaran’ berlakon dan terpaksa menolak memandangkan belum ada masa yang sesuai.

“Acting in TV belum lagi, inshaAllah soon. Alhamdulillah, rezeki tu masih lagi ada cuma nak cari masa yang sesuai agak susah untuk saya sekarang ni. Bagaimana pun jika ada masa yang betul-betul tepat untuk saya kembali berlakon, I’ll be back!”

IKLAN
Masuk 30-an Badan Rasa Lain, Ini Amalan Erin Malek Bila Jadi Ibu
Kredit Instagram @erinmalek94
Masuk 30-an Badan Rasa Lain, Ini Amalan Erin Malek Bila Jadi Ibu
Kredit Instagram @erinmalek94
Masuk 30-an Badan Rasa Lain, Ini Amalan Erin Malek Bila Jadi Ibu
Kredit Instagram @erinmalek94

Kongsi Tentang Pemakaian Hijab

Berkongsi pandangan mengenai pemakaian hijab pula, Erin mendedahkan dia gembira melihat lebih ramai wanita mengenakan tudung dan dalam masa sama mendoakan agar mereka kekal istiqamah dalam penghijrahan tersebut.

Selain itu:  Lenyap 25KG Lepas 3 Bulan Buat Kaedah Bariatrik. Lelaki Gembira Masalah Dengkur & Micro Sleep Hilang!

“Kita sebagai individu hanya mampu merancang dan selebihnya mendoakan mereka agar berkekalan. Dari segi gaya, bagi saya tak perlu keterlaluan. Cukup dengan sedap mata memandang tak perlu overdressed.

Especially bila kita dah berhijab ni, untuk kita nak nampak cantik dan selesa memang sangat susah. Apa yang saya boleh nasihatkan, pakailah pakaian yang selesa yang melambangkan imej hijab.”

Untuk info, Erin Malek sah bergelar isteri Farriz Fauzy pada tahun 2014 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Mohamed Faliq Mohamed Farriz dan Nur Aisha Mohamed Farriz.

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI