Liza Aziz Dipuji Mirip Ibunya, Suaranya Pun Masih Mantap

Share

Norliza Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Liza Aziz tang merupakan seorang penyanyi dan anak kepada seniwati Normadiah dan seniman Aziz Jaafar.

Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur dan mempunyai seorang kakak yang bernama Azlina Aziz yang juga merupakan seorang penyanyi dan pelakon di Malaysia. Kehidupan dalam keluarga seni tidaklah suatu yang mudah apabila bakatnya diperolehi daripada kedua ibu bapanya itu.

Memulakan kerjaya dalam tarian dan menyertai Normadiah Dancers, kemudian beliau menjadi penyanyi latar seniman Sudirman kemudian meneruskan kerjaya nyanyiannya dalam genre pop pada tahun 1980-an sehingga 1990-an membuatkan nama Liza Aziz dikenali ramai bukan sahaja di Malaysia malah di Singapura juga.

Baru-baru ini, Liza Aziz dijemput menjadi pasangan duet bersama salah seorang peserta All Star Gegar Vaganza iaitu Noryn Aziz.

Persembahan dan nyanyiannya pada malam tersebut mendapat pujian ramai walaupun itu adalah pertama kali beliau tampil di rancangan ASTRO.

Peminat-peminatnya yang hadir ketika itu juga berpeluang beramah mesra dengannya kerana jarang ditemui mereka.

Rata-rata, ramai netizen yang menyamakan gelak tawa dan rupa paras Liza Aziz persis ibunya iaitu seniwati Normadiah.

Macam mana pun, Liza Aziz dilihat masih lagi bertenaga sehingga ke hari ini. Sama-sama kita doakan agar beliau dan kita semua peroleh keberkatan dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

IKLAN