Istilah cantik setiap wanita tak pernah sama. Malah standard kecantikan wanita di setiap negara memang berbeza-beza mengikut adat masing-masing.
Ada yang berkulit gelap tetapi cantik dengan mata yang besar dan hidung yang mancung. Berkulit cerah dan mata sepet tetapi mungkin aura cantiknya pada manisnya muka. Begitulah kelebihan dan keunikan setiap manusia, tak akan sama.
Wanita dari pelbagai negara di dunia punyai ciri khas kecantikan tersendiri, sekali gus membuktikan definisi cantik tidak sekadar dinilai daripada kemulusan kulit, hidung yang mancung, gigi yang tersusun rapi dan sebagainya.
Kali ini, mStar kongsikan ‘beauty standard’ dari lima negara yang tampil dengan definisi kecantikan serta keunikan tersendiri, sebagaimana perkongsian di laman Brightside.
1) Gigi taring di Jepun
Bagi gadis atau wanita Jepun, memiliki gigi taring adalah satu kelebihan. Ramai yang beranggapan gigi taring membuatkan senyuman menawan dan nampak lebih cantik.
Trend ini dinamakan Yaeba, yang dipercayai dapat membuatkan wanita kelihatan lebih muda dengan senyuman seakan barisan gigi kanak-kanak. Malah wanita Jepun sanggup ke klinik pergigian untuk membuat gigi taring mereka menonjol apabila tersenyum.
2) Kening bersambung di Tajikistan
Ads
Di kala ramai wanita mencabut atau mencukur kening agar alisnya lebih tersusun, berbeza pula dengan wanita di Tajikistan.
Bagi wanita di negara ini, kecantikan mereka tidak terletak pada kening yang dibentuk nipis, sebaliknya pada alis yang unik, lebat dan bersambung!
Gadis-gadis yang tidak dianugerahkan dengan kening lebat menggunakan herba yang dipanggil ‘usma’ untuk melebatkan kening. Malah ibu bapa akan melumur herba tersebut pada kening ketika anak perempuan mereka masih kecil. Unik sangat!
3) Leher panjang di Thailand
Wanita dari suku Kayan di utara Thailand terkenal dengan keunikan mereka kerana memakai gelung tembaga pada leher untuk kelihatan panjang. Mereka percaya bahawa amalan tersebut melindungi wanita daripada perhambaan.
Ads
Walau bagaimanapun, sesetengah daripada mereka percaya leher panjang menyerupai naga, yang merupakan watak penting dalam cerita rakyat tempatan.
Kanak-kanak perempuan mula memakai gegelung tembaga apabila mereka berumur lima tahun. Gegelung akan semakin bertambah seiring dengan peningkatan usia.
4) Piring bibir di Ethiopia
Wanita suku Mursi berasa dirinya cantik jika memiliki bibir bawah yang lebar. Suku ini mendiami lembah di Sungai Omo, tepatnya sekitar 450 kilometer dari ibu kota Ethiopia, Addis Ababa.
Ads
Piring dengan diameter antara 10 sentimeter hingga 25 sentimeter itu digantung pada bahagian bawah bibir agar kelihatan lebih luas.
Tradisi ini dilakukan apabila anak gadis berusia sekitar 15 tahun dan saiz piring berganti seiring meningkatnya usia mereka.
Semakin besar piring, menandakan wanita yang menggunakannya semakin dewasa dan bersedia untuk menikah. Ia juga bererti semakin besar mahar yang harus disediakan oleh lelaki untuk mengahwini wanita berkenaan.
5) Gemukkan badan di Mauritania
Sejak kecil, kanak-kanak perempuan di Mauritania akan melalui proses ‘penggemukan’ kerana bagi masyarakat di sana, wanita gemuk lebih cantik dan senang mendapat jodoh.
Mereka terus-menerus diberi karbohidrat dan lemak, sehingga mengalami obesiti. Apabila mencapai usia yang sudah layak untuk berkahwin, mereka akan dipaksa makan sehingga 15,000 kalori setiap hari. Tradisi ini dikenali sebagai Leblouh iaitu penggemukan secara paksa demi kecantikan.
Jadi tak perlu risau tentang ukuran cantik, sebab kita tetap akan nampak indah di mata orang yang tepat mengikut kesesuaian.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya bilangan jangkitan Covid-19 varian Omicron semakin tinggi apabila telah mencecah lebih 30 ribu kes semalam.
Salah seorang yang turut disahkan positif adalah pelakon Waw Zainal. Dia yang reda disahkan terkena jangkitan itu selepas menjalani penggambaran untuk produk baharu keluarannya.
Tidak pasti mana puncanya, Wawa memberitahu dia disahkan positif COVID-19 selepas menjalani penggambaran untuk produk baharu keluarannya.
“Sebenarnya tiga hari lepas saya ada penggambaran dan balik rumah saya demam. Buat ujian kendiri keputusan negatif dan saya ingat saya hanya penat sebab tak cukup tidur
“Bila masih demam saya buat lagi ujian COVID-19 sekali lagi semalam dah ia menunjukkan positif.
“Tak pasti saya dapat dari mana kerana setahu saya tiada kontak rapat,” katanya kepada Astro Gempak.
Mengulas lanjut mengenai simptom yang dialami, Wawa memberitahu dia mengalami demam panas dan sakit kepala yang agak teruk.
“Selalunya saya jadi kontak rapat sahaja dan belum pernah dijangkiti sehingga ada orang kata saya ni kalis COVID-19.
Tapi kali ini, kalau Tuhan kata dia nak bagi penyakit tu kenalah, kan? Sekarang ni baru merasa, seksa juga COVID-19 ni.
“Selain demam saya tidak tahan kerana mengalami sakit kepala yang amat kuat. Saya sejenis jarang sakit. Bila sakit ni saya tak gemar kalau boleh nak cepat-cepat sembuh,” ceritanya.
Walaupun begitu Wawa bersyukur kerana suaminya, Aeril Zafrel dan juga anak-anak selamat dan negatif COVID-19.
“Saya bersyukur setakat ni semua masih terima keputusan negatif bila buat ujian kendiri. Saya sahaja kuarantin di dalam bilik rumah ini. Aeril yang akan menjaga anak-anak,” ujarnya yang terpaksa membatalkan banyak urusan pekerjaan yang melibatkan perniagaannya selepas disahkan positif COVID-19.
Sebelum ini suaminya Aeril yang telah dua kali dijangkiti COVID-19 dan melakukan kuarantin kendiri di rumah.
Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina binti Azman merupakan seorang selebriti yang dikenali dan dihormati ramai. Pernah aktif sebagai penulis lagu, penyanyi, pereka fesyen, ahli perniagaan dan usahawan di Malaysia.
Namun selepas penghijrahannya, Mizz Nina banyak menghabiskan masa mendalami ilmu agama dan menyertai majlis ilmu agama yang ada di Malaysia.
Mizz Nina Kongsi Cerita Sebelum Berhijrah, Lepas Tinggalkan Rasa Lebih Tenang
Terdahulu Mizz Nina dipilih menerima anugerah bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan kerana sumbangan dan jasa yang sudah ditaburkannya dalam misi kemanusiaan dijalankan sehingga ke luar negara. Beliau juga komited untuk memberi dan berkongsi kepada masyarakat yang kurang kemampuan.
Mencari Makna Kehidupan
Baru-baru ini, di laman tikotk milik @menjadidewasa.my, berkongsikan satu video yang menarik perhatian netizen yang menonton. Video tersebut ditonton sebanyak 233 ribu, 18 ribu tanda suka dan 200 komen.
Di dalam video tersebut, didapati Mizz Nina sedang berkongsi pengalamannya dalam mencari makna kehidupan yang sebenar.
“Saya kejar banyak benda dalam kehidupan saya dahulu, dari budak kecil yang memenangi banyak pertandingan sehingga memenangi anugerah, buat album kesemuanya, saya terus kejar menang dan menang lagi kemudian saya mempersoalkan apa lagi yang perlu dikejar?” kata Mizz Nina.
“Saya menang award dan lakukan semula kemudian manusia menyokong apa yang saya lakukan. saya tak rasa tenang hati serta tak rasa kepuasan,” tambah Mizz Nina.
Katanya lagi, perkara itu membuatkan dia gembira dan seronok sebelumya, namun tidak setelah banyak kali melakukan perkara yang sama itu. Kemudian dia mengambil keputusan untuk meninggalkan semua itu serta berhijrah untuk mendalami makna kehidupan serta mencari ketenangan yang dipersoalkannya sebelum ini.
Alhamdulillah.. cukup menginpirasikan bagi golongan wanita yang masih mencari erti kehidupan. Rapi mendoakan moga Mizz Nina terus bahagia bersama anak lelakinya dan istiqomah dengan penampilannya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dipuji Comel & Cantik Di Hari Bahagia. Najwa Latif Pilih Putih Untuk Majlis Nikah! Dalam diam rupanya penyanyi Cinta Muka Buku, Najwa Latiff kini telah selamat bergelar seorang isteri kepada pasangannya, Akwa Ariffin yang juga seorang penyanyi.
Majlis ringkas dan tertutup itu yang hanya dihadiri sanak saudara dan kenalan terdekat berlangsung di batu Pahat Johor kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
Pada majlis itu, Akwa menyerahkan mas kahwin 2.5 gram emas kepada Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latiff.
Berita mengenai perkembangan dirinya itu dimaklumkan menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya pada pagi ini meraih pelbagai reaksi pengikutnya.
Menerusi hantaran tersebut, pasangan ini turut mengenakan persalinan sedondon berwarna putih. Keduanya juga turut memilih tarikh istimewa 11/11/2022 untuk diingati sebagai hari bahagia buat mereka.
Rata-rata warganet turut mengucapkan tahniah atas perkahwinan penyanyi Cinta Muka Buku ini dan masing-masing memuji Wawa cukup cantik dengan persalinan serba putih.
“Majlis nikah berjalan dengan lancar, permintaan daripada kedua pengantin juga untuk buat secara kecil-kecilan bimbang kes Covid-19 tengah naik,” kata kakaknya, Syafika Latif.
Najwa dan Akwa sebelum ini pernah tampil bekerjasama menerusi dua single duet berjudul Dua dan Tak Kisah Pun.
Najwa Latif Pilih Putih Untuk Majlis Nikah
Najwa juga kini sedang menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dia juga kini turut menjawat jawatan sebagai pensyarah, sebelum ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dari Universiti Antarabangsa Unitar (UNITAR) pada 2017.
Najwa Latif kemudian meneruskan pendidikan tinggi dalam jurusan sama di Universiti Malaya (UM) di peringkat Sarjana.