Genetik Punca Lambat Kurus. Fasha Sandha Nekad Tak Sentuh Nasi 2 Minggu & Workout, Hasilnya Berat Turun! Sejak melahirkan anak ketiganya, berat badan selebriti ini dikatakan naik turun tidak menentu. Ada kalanya sedikit langsing dan ada ketikanya kelihatan sedikit berisi.
Bagi Fasha Sandha mengakui genetik keluarganya agak besar dan menjadi sedikit masalah untuk mendapatkan berat ideal seperti sebelumnya.
Namun itu semua bukan alasan untuk menurunkan berat badan dengan cara lebih sihat dan selamat tanpa menggunakan sebarang jalan pintas untuk mendapat hasil yang pantas.
Alhamdulillah tak makan nasi 2 minggu je and hari2 workout berat turun 3.8kg. Tapiii keseronokannn tu macam turun 38 kg oooo
Oh ya, mengikut ketinggian saya,saya tak overweight mahupun obese. Bmi Saya kategori normal.. tapi… saya nak runcing2 lagi untuk pengambaran watak heavy Dec nanti. Doakan sy ya
Memandangkan sy tak memilih jalan pintas dan singkat, kena la bersiksa dan struggle. Jujur cakap, genetik sy genetik besar2 … jadi mmg kena mental kuat nak kurus ni… doakan sy road to 60 berjaya ya Kesayanganku
IKLAN
PT saya cakap, saya kena berbangga, sebab pernah mengandung 5 kali (2 kali keguguran) dan pernah melahirkan C-ser 3 kali , tapi BMI masih normal
Untuk makluman, Fasha melahirkan anak ketiganya, Aisha Amaira hasil perkahwinan dengan suaminya Aidil. Sebelum itu kakak kepada pelakon Elisya Sandha ini turut memiliki dua anak Putra Rayfal dan Putri Raysha melalui perkahwinan pertamanya.
Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan berat badan asal jika tidak menjaga pemakanan dengan betul.
Apatah lagi faktor kenaikan berat badan adalah disebabkan mengandung dan terpaksa melalui proses pembedahan ketika bersalin.
Namun dek kerana keinginan yang kuat untuk mendapay berat sebelum, wanita ini Nurul Aimi Mohammad Kamil dari sahabat Diet Suku Suku Separuh akhirnya berjaya melenyapkan hampir 13 kg dalam masa 3 bulan.
DIET SUKU SUKU SEPARUH TERBAIK Terkini 55.8kg Tinggi 162cm Bmi 20 (normal/ideal) good luck untuk semua Aim dari sekarang nak turun berapa kilo Biasa sebulan boleh turun 4-5kg jika betul-betul disiplin
Menurutnya kalau diberi peluang dia tidak mahu keadaan ini berulang. Justeru dia mengambil inisiatif untuk belajar ilmu diet dengan betul.
Tidak susah pun untuk belajar diet dengan betul kerana apabila sudah tahu caranya, tidak mustahil badan akan kembali langsing dengan cepat.
Tak Ambil Produk & Senaman
“Saya kembali dapat berat ideal tanpa sebarang pengambilan produk. Sebelum itu berat sekitar 93 kg dan kini sudah 67kg. Lebih kurang 26kg lenyap dalam masa 5 bulan.
“Sepanjang proses diet itu selain tidak ambil produk, saya juga tidak buat apa-apa senaman.Tetapi lebih kepada cara belajar ilmu diet yang betul.
“Semuanya bermula waktu PKP lalu di mana seorang teman mencadangkan kepada saya untuk belajar ilmu dengan Coach Izi Yahya,” ujarnya yang terpanggil untuk menguruskan badan disebabkan sebelum itu sering diejek dan dikeji orang sekeliling.
Ditambah dengan masalah kesihatan apabila sering mengalami masalah sakit belakang walaupun usia masih muda dengan wajah yang kusam serta tidak cantik.
“Untuk lunch pula saya makan ayam sambal bersama sayur dan nasi. Coach tak pernah ajar makan makanan yang direbus, grill atau bakar. Boleh makan apa saja kita mahu tetapi kena jaga portion.
“Untuk snack pula saya ambik kekacang atau buah. Dan makan malam pula saya akan makan dua biji telur rebus bersama timun,” ujarnya yang mengamalkan cara pemakanan diajar oleh Coach terlatih.
Kini Jadi Lebih Cantik & Fit
Hasil sepanjang lima bulan proses diet bermula Oktober tahun lalu, dia akhirnya berjaya mendapat berat idaman.
Bukan itu saja malah kesan lain juga turut kelihatan hasil mengamalkan diet yang betul. Antaranya perut buncit sudah hilang, peha dan lengan yang besar juga mengecil.
Menurutnya lagi bagi mereka yang mahu kurus dengan sihat dan selamat, tidak rugi belajar ilmu diet yang betul kerana ia sangat berbaloi.
Dan tambahnya paling penting gembira dengan perubahan pada diri kerana kini jadi yang lebih cantik dan fit.
Sebenarnya tidak kira berapa usia kita dalam usaha memastikan bentuk badan sentiasa kekal sihat dan langsing.
Seperti perkongsian wanita ini Puan Dzuriasikim Dzulkefli yang sudah mencecah usia 52 tahun, tetapi masih bertenaga melakukan pelbagai aktiviti dalam memastikan berat kekal ideal.
Ikuti perkongsiannya kepentingan menjaga kesihatan dan antaranya adalah bagi memudahkan ibadah dan kerja-kerja rumah.
FAEDAH MENJAGA KESIHATAN DAN 10 TIPS UNTUK WANITA LEBIH CERGAS, BADAN SIHAT DAN RINGAN, MUDAH SOLAT DAN LAKUKAN KERJA-KERJA RUMAH
Oleh kerana terlalu banyak pertanyaan tentang TIPS kecergasan saya akan cuba jawab dalam tulisan ini.
Pada usia yang hampir mencecah 52 tahun, Alhamdulillah saya masih mampu untuk melakukan banyak aktiviti termasuk sukan lasak.Malah saya masih boleh melakukan aktiviti pendakian atau “hiking” di sepanjang bulan Ramadhan ini tanpa berasa letih.
Saya yakin semua wanita sangat inginkan untuk menjadi lebih sihat dan cergas.Apabila kita rajin bersukan dan bersenam, badan juga akan lebih mudah menyahkan toksin (detox) dan ianya sangat membantu untuk menjadikan kita menjadi lebih segar dan bermaya serta awet muda!
Apa yang paling penting adalah kesihatan yang optimum.Dan jika dapat mengekalkan berat badan yang ideal ianya adalah bonus yang terbaik.
Berat badan yang tidak berlebihan juga akan membantu untuk memudahkan pergerakan termasuk melakukan ibadah.Jika tidak sihat sudah tentu kita masih boleh meneruskan ibadah dengan cara yang dibenarkan.
Namun, alangkah besar nikmatnya apabila kita masih mampu bangun pada malam hari dengan mudah, melakukan sujud dan rukuk dengan cara biasa, kerana ianya akan memberikan kepuasan jiwa yang sangat optimum dalam beribadah.
Kesihatan yang baik juga sangat penting dalam membahagiakan pasangan.Memudahkan wanita untuk menguruskan kerja-kerja rumah dengan lebih mudah dan cergas.
Wanita yang berstatus ibu pula adalah idola bagi anak-anak.Jadi, adalah sangat bagus jika seorang ibu dapat menunjukkan contoh yang baik dalam penjagaan kesihatan badan dan diri bagi anak-anak mereka.
Memiliki badan yang sihat dan cergas juga dapat membantu untuk meningkatkan keyakinan diri.Tidak kira samada di tempat kerja atau untuk berada di dalam “circle” apa pun….
Dalam apa sahaja situasi samada kita bekerja makan gaji atau berkerja sendiri jika tidak sihat, banyak urusan akan tergendala dan menjejaskan prestasi kerja.
Kecergasan juga adalah sebahagian dari keterampilan diri.Cara kita berjalan, melakukan tugasan, semuanya akan berubah apabila badan kita cergas.Malah “body language”, struktur badan, “body positioning” juga akan menjadi lebih baik.Dan ya, apabila badan cergas, otak akan lebih sihat juga dan kita akan lebih positif serta ceria.
10 TIPS UNTUK WANITA LEBIH CERGAS DAN SIHAT
1.DAPATKAN BERAT BADAN YANG IDEAL
Memang mencabar tetapi seboleh mungkin cuba usahakan.Jika badan kita terlalu berat atau melebihi berat yang ideal, kita mungkin sukar beribadah walaupun belum sakit.Kaki akan mudah lenguh kerana beban berat badan yang bertambah.Pergerakan akan terbatas.Jadi ini adalah tips yang paling utama untuk menjadi cergas.
2.JAGA PEMAKANAN
Tidak kira sebanyak mana aktiviti sukan yang kita lakukan dan suka jenis apa serta sebanyak mana kalori yang kita mampu bakar setiap hari, jika pengambilan makanan tidak dijaga kita susah untuk kurus.Jadi, mesti berhati-hati dengan jenis makanan yang diambil.
Untuk permulaan, anda boleh elakkan pengambilan gula dan karbo.Ambil makanan seperti sayur, buah-buahan, ikan, tofu.Anda juga boleh memilih untuk berpuasa secara penuh (seperti orang Islam berpuasa) atau melakukan “intermittent fasting”.
3.SET KAN TARGET DAN MINDA
Tetapkan dalam hati dan minda yang kita nak jadi lebih sihat, lebih cergas, lebih ringan badan, lebih bersemangat, nak ubah diri, supaya dapat menjalani hidup dengan lebih berkuali.Anda pasti boleh!
4. LAWAN RASA MALAS
Mesti rajin dan mesti lawan segala perasaan malas dan suka bertangguh.Usah tangguhkan esok atau minggu depan untuk berdiet dan bersukan.Kerja bertangguh tidak akan menjadi.
5. PILIH CIRCLE YANG BETUL
Pilih rakan-rakan atau circle yang mementingkan penjagaan kesihatan, yang juga ingin turunkan berat badan, yang suka memilih makanan sihat, yang gemarkan bersukan.Jika tidak, diet anda akan “ke laut” nanti.
Bayangkan jika kawan-kawan sering mengajak anda untuk mencuba menu baru di restoran atau minum teh tarik sambil lepak setiap malam atau memilih aiskrim bersalut cokelat yang manis setiap kali anda memesan makanan!
Niatkan untuk menjaga kesihatan diri kerana untuk memelihara anugerah kesihatan yang Allah pinjamkan.Untuk memudahkan kita beramal.Untuk suami supaya lebih disayangi dan dihargai.
Untuk anak-anak.Untuk berikan yang terbaik kepada diri.Untuk kecapi hidup dengan lebih bermakna.Setiap kali rasa tidak bersemangat, ingatkan diri kita semula segala niat asal kita.
7.MULAKAN AKTIVITI SECARA BERPERINGKAT
Mulakan aktiviti anda dengan sesuatu yang lebih ringan.Jika perlu dan mampu anda boleh ambil khidmat tenaga pengajar.Jika tidak, memadai dengan membuat pendakian ringan, berjalan kaki atau menaiki tangga.Jangan mudah putus asa.Jangan cepat mengalah.Jangan buat separuh jalan.Lakukan dengan bersungguh dan berterusan.
8.BANGUN SEAWAL PAGI DAN TERUS MANDI
Usah sambung tidur walaupun pada hari minggu.Bangun awal pagi, mandi dan terus sarungkan pakaian sukan anda.Jujurnya, itulah yang saya lakukan hampir setiap hari kecuali jika ada mesyuarat formal. Apabila kita berada dalam keadaan siap (ready) kita akan lebih bersemangat.Cubalah…
9.DAPATKAN TIDUR YANG BERKUALITI DAN CUKUP
Ini sangat penting untuk persiapan minda, tenaga dan emosi bagi anda bersukan pada keesokan hari dan hari seterusnya.Jaga tidur anda dengan baik.Tidur yang baik tidak semestinya tidur pada waktu yang panjang.Tetapi cubalah dapatkan tidur yang berkualiti.Matikan telefon bimbit anda.Elakkan dari tidur di hadapan televisyen.Tutup mata.Dan tidurlah…
Kekurangan tidur akan mengganggu mood anda, mengganggu kadar metabolism badan, kesihatan jantung, sistem imunisasi badan dan boleh menghasilkan hormon stress!
10.MINUM AIR DENGAN SECUKUPNYA
Minum air dengan cukup ini sangat penting kerana ia akan membantu badan kita agar kekal sihat.Air adalah “pencuci” semulajadi bagi organ badan dan sistem penghadaman.Air juga akan membantu untuk mengeluarkan toksin dari badan melalui peluh dan urine. Jika nak kan badan yang lebih cergas, minum air dengan cukup ya.
TIPS TAMBAHAN:KAWAL EMOSI DAN STRESS ANDA
Jika masalah tekanan emosi dan stress ianya akan sangat mengganggu minda.Cuba kawal emosi dan tangani stress dengan sebaik mungkin.Bila kita stress badan dan minda akan menjadi lesu dah tidak bermaya.
Ikutilah semua tips mudah ini dengan berdisiplin.Jika dilakukan dengan berterusan, anda boleh lihat hasilnya dalam masa dua minggu pertama.Ingat, umur bukanlah penghalang untuk kita kekal cergas dan sihat.
Saya kongsikan sebahagian dari gambar aktiviti hiking saya sepanjang Ramadhan.
Kalau amalkan petua ini, kulit licin tanpa parut dan cerah semula jadi. Ini lah yang bagus kalau guna bahan semula jadi, jimat dan selamat untuk kulit.