Sejak kecil lagi sudah mengalami kenaikan berat badan mendadak dan sukar untuk menurunkannya.
Malah bukan dirinya saja, tetapi seluruh keluarga memang jenis badan berisi kecuali adik bongsu.
Bagi Muhammad Zariff Mohd Zamaney, 22 tahun, pernah lakukan diet tetapi terhenti disebabkan mahu menghadapi peperiksaan SPM.
“Masa tingkatan lima, saya pernah diet dan berjaya turunkan 10 kg. lepas itu saya berhenti kerana nak fokus SPM.
“Bila badan berisi, kita rasa cepat penat untuk bersukan. Bukan itu je, nak main sukan pun orang pandang rendah.
“Body shamming pun ada tapi saya tak terasa sangat seban dah terbiasa. Saya ok saja sebab tahu kawan-kawan bergurau,” ujarnya.
Dia kemudiannya ambil keputusan untuk jalani diet sekitar September tahun lalu setelah mendapat inspirasi daripada tiga rakannya.
Ads
Setelah empat bulan diet, dia akhirnya berjaya turunkan berat daripada 101 kg sehingga 76kg.
“Turning point bermula ketika Perintan Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, Saya tengok tiga orang kawan yang berisi dan kurus. Saya kata pada diri sendiri, why not kalau saya bermula sekarang.
“Ketika itu saya jalani intern dan setiap hari minta emak bekalkan ayam bakar dengan sayur.
“Saya juga berhenti makan makanan berminyak, minuman manis pun dah setahun berhenti.
“Dari segi senaman pula, saya bermula dengan hiking dan jogging, kemudian main futsal dan badminton. saya biasanya bersenam lima ke enam kali seminggu,” yang berjaya capai target berat badan pada 1 Januari lalu.
Ads
Graduan bidang Kejuruteraa Mekanikal dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) begitu gembira dengan kejayaannya dapat menguruskan badan.
Walaupun begitu, dia akan sentiasa beringat dengan pemilihan makanan diambil.
Dia akan terus jalani gaya hidup sihat dan sentiasa mendapat berat badan ideal pada masa akan datang.
Zariff juga turut berkongsi video transfromasi fizikalnya di Tik Tok hingga meraih lebih 140,000 tontonan.
Baru-baru ini pengacara kacukan Irish-Melayu, YM Che Puan Sarimah Ibrahim kongsikan wajahnya tanpa mekap di laman instagram, cantik sugguh!
Walaupun kacukan ‘mat salleh’, tetapi bukan senang nak maintain kulit cantik ya! Tetap kena rajin belai.
Kulit Cantik Perlukan Makanan, Itu Pesanan Che Puan Sarimah Ibrahim
Isteri kepada YM Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar yang lebih mesra dengan panggilan Tunku Jamie ini tak lokek langsung berkongsi tip penjagaan kulit.
Nah, ini antara rutin beliau dalam penjagaan wajah. Anda pun boleh buat.
Walaupun ada ketikanya jadual harian Sarimah begitu padat, beliau memastikan tubuhnya mendapat makanan yang baik. “Kulit cantik needs Skin Food.”
Ambil vitamin D untuk tulang sihat dan kulit cantik. “I tak cukup vitamin D until recently je baru sedar. Makan cukup-cukup je skin improved dan hilang rasa sakit badan. Kalau tak rajin berjemur and vampire like me, harus ambil extra vitamin D”
Zink juga penting untuk kulit. Ia menghindari masalah jerawat. Jerawat ini jadi bila berkumpulnya minyak, bakteria dan sel-sel kulit menutupi liang. Menyebabkan kulit di sekitar liang tu jadi merah, membengkak dan sakit. Inilah fungsi zink.
Pegaga pula membantu merawat luka dan melancarkan peredaran darah.
Tak perlu basuh muka keterlaluan. Hilang seri sebab natural oils yang sihat dalam sel kulit sangat penting untuk melembapkan dan lindungi kulit dari pencemaran. Cuci muka di pagi hari dengan pelembap yang light dan jangan sentuh muka. ( kecuali disentuh tangan si dia yang tersayanglah )
Foundation jangan pakai dengan tangan secara harian. Too much risk sebab ada kuman, bakteria dan sebagainya. Lebih baik guna foundation yang ada puff atau sponge. I had many breakouts jerawat sebab guna tangan.
Kalau ada jerawat timbul, guna method DISTRACTION (alihkan fokus) kat part muka lain. Pernah sekali tu I dapat jerawat on my forehead tengah-tengah tau.. macam unicorn dan kena pi interview and shoot majalah. I just merahkan bibir and letak fokus kat mata dan mulut. Jangan cover jerawat tebal-tebal. Semakin besar nanti I swear. Biar je and if all else fails, just say “I’m so smart, I’m growing another brain’ Itulah yang saya cakap dekat media. Serius!
Nak kulit cantik kena detox dengan peluh tau. Sememangnya Sarimah aktif dengan senaman.
Makan cukup-cukup jangan nak diet dan skip makan. Kulit jadi kusam and breakout nanti. Sebab tak cukup backup zat untuk badan nak lawan serangan jerawat tu.
Cari aktiviti yang disukai. Baru rasa gembira. Bila dalaman rasa bahagia, luaran akan nampak dan sebaliknya. Lama-lama kalau hati tak ok, nampak kat kulit juga. “You can’t hide sadness with make up, sadly..”
Untuk kulit, Sarimah juga apply serum yang mengecilkan pori-pori dan melembutkan kulit supaya foundation dan powder boleh nampak seolah-olah ‘terduduk’ cantik kat kulit tanpa nampak tebal.
Lipgloss light light, mascara sikit dan eyeshadow untuk kening sekali. Dab and Go. Penatlah nak fikir pasal eyeliner, concealer, shading. Kita mana ada masa everyday nak cuba itu ini kan! Kalau kerja sebagai makeup artist oklah kot boleh trial and error sambil kerja.
Paling penting, dapatkan basic makeup base yang betul dulu. tak yah fikir pasal glitter dan colour untuk mata dulu. sebab base tu yang paling penting. tak ada maknanya nak glitter and bulu mata semua, tapi base kulit macam kena penampar pipi kiri kanan dengan shading macam kena sunburn ataupun kulit nampak macam kuih 8 lapis.. oh tidak!
Sebelum tidur, I use so much moisturizer. Sebotol pun tak cukup kot. At this age it’s a Must!
Remove all makeup. Kalau tak pagi nanti suami pengsan. Bangun dengan pontianak (mascara stained eyes are not glam its more trashy)
Sebolehnya tidur 8 jam.
Fikir yang baik-baik. “tadi ada sorang lady yang cut me off in the car park. and took my park and gave me the ‘xx’ look. I wound down the window and tanya politely but.. why did you do this? Please be considerate! She ignored me and refused to look at me even! . sumpah i nak cekik dia tapi I took a deep breath sebab kalau I yang lose my temper.. muka i yang akan nampak tua. So let her stay ugly. Not me (in personality that is) moral of the story: abaikan ugly people. Ugly in character that is. or else it will rub off on you.
I dont have a trainer for cardio and strength- i train Myself. My basic workout, treadmill : HIIT run 2 mins walk 2 mins repeat 6 times, Band workout: 15 reps x 3 rounds arm workout attach to wall and pull like rowing for triceps, hold both and sit back into squats and curl arms, Weights 5kg max for me 15 x3 bucep and triceps and Lunge dips, Ball : side crunches, hold weights and crunches 20×5.
Tak ada maknanya kononnya badan yang sangat gemuk ke kurus tu sihat. coverline je tu. i’ve been both. diet macam nak mampus makan diet pill la bagai, i became ill! and also makan macam lupa diri sampai bloated pastuh kononnya ‘im curvy je’. be healthy. Check with a doctor your internal health tu paling penting! blood test and all ok.
Kalau nak kurus secara sihat… kena buat cardio and weight training sekali. Boxing ni using my Abs and arms and legs. Memang membakar kalori yang tinggi. Kalau jogging je, bakaran kalori mendatar je.. tak berkesan.
As a woman, takyah nak manja-manja sangat pasal workout gini. Its not violent and its not dangerous. Duduk baring and getting fat is more dangerous to a womans health longterm. Jangan takut lasak. Bukannya kena penumbuk balik pun. Training badan je.
Berjalan lebih 5 juta langkah setahun.
Jadi yang mana rasa nak cantik walau dah berumur, boleh pipih salah satu petua yang dikongsi.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak lama saja lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadan. Kata orang pada bulan puasa inilah kaedah terbaik untuk kita turunkan berat badan lebih sihat.
Maklumlah sepanjang hari kita berpuasa menahan diri dari makan minum sebelum tibanya waktu berbuka.
Bagi memastika kita kekal bertenaga sepanjang berpuasa, ada beberapa tip boleh diamalkan dan dalam masa sama boleh menurunkan berat badan.
Perkongsian dari Mohd Shahfazreen memberitahu tip sesuai untuk kita amalkan nanti. Menurutnya jangan skip bersahur, sebaliknya pengambila portion yang betul boleh memberikan kita tenaga sepanjang hari.
Tip Turunkan Berat Badan Di Bulan Puasa
Tips bersahur untuk kekal atau turunkan berat badan di bulan Ramadan.
1. Makan sahur sekurang-kurangnya 500 kalori atau 1/3 dari keperluan kalori diri sendiri.
2. Sebaiknya makan karbohidrat kompleks untuk tenaga dan kenyang lebih lama.
3. Protein seperti ayam, ikan, daging, telur, cheese dan lain-lain beri tenaga berpanjangan.
4. Sediakan bahan masakan atau makanan sebelum tidur. Bangun nanti tak kalut.
5. Masuk tidur lebih awal agar mudah bangun sahur dan elak makan waktu tengah malam.
6. Mula awal dan lewatkan habis sahur. Dapat makan dengan cukup dan tak pedih ulu hati.
7. Minum air kosong secukupnya. 3-4 gelas okay dah. Cabaran puasa lebih pada dahaga.
8. Kurangkan kuantiti minuman berkafein. Ia bersifat dieuretik. Cepat singkir air daribadan.
9. Elak makanan masin dan tinggi sodium. Ia cepatkan dehidrasi dan mudah rasa haus.
10. Elak fast food & dessert yang manis. Paras gula dan insulin jadi tinggi punca cepat lapar.
Info Ekstra: – Oats, beras perang, roti gandum dan sumber wholegrain lain karbo kompleks baik. Jika makan nasi berlauk, ambil sayur sekali.
– Rancang awal nak makan apa untuk sahur lebih mudah. Dapat tentukan kalori sekali. Cukup makan dan minum waktu sahur, jadi mudah nak kawal nafsu makan.
– Tak terlalu lapar, makan itu ini dan terlajak kalori setiap kali waktu berbuka nanti. Begitulah.
Minggu lalu menjadi hari paling bersejarah apabila pelakon yang popuar sekiyat tahun 90-an, Haliza Misbun apabila selamat melangsungkan pernikahannya dengan jejaka British, Matthew John Rodgers, 48 tahun.
Majlis penuh sederhana ini berlangsung di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi dengan dihadiri 50 orang tetamu sahaja mengikut prosedur operasi standard (SOP).
Biarpun bertemu jodoh di usia 48 tahun, namun kejelitaan Haliza begitu terserlah di hari bahagianya.
Memilih persalinan busana rekaan teman baiknya Sutex dan wajahnya pula ditata rias oleh jurusolek @firz_razali.
Dalam laporan di Berita Harian, ini merupakan perkahwinan pertamanya dan bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan.
Memilih duda anak satu yang juga perunding teknologi maklumat di sebuah syarikat antarabangsa dan ternyata kehadira suami di sisi melengkapi hidup pelakon yang popular dengan drama Cinderella dulu.