Siapa sangka, Ella Aminuddin yang terkenal dengan keletah manja dan bersahaja kini sudah meniti usia 57 tahun, namun dia kekal ampuh dalam liga sendiri tanpa tergugat oleh sesiapa.
Selain memiliki wajah tidak dimamah usia, pemilik nama sebenar Nor Zila Aminuddin itu memiliki aura dan masih mempunyai stamina yang kuat selain sangat aktif serta lincah setiap kali beraksi di atas pentas.
Ella Aminuddin Amalkan Senaman Ringkas
Ditanya rahsia kekal awet muda dan bertenaga, Ratu Rock Malaysia berkongsi, dia hanya mengamalkan rutin normal sama seperti orang lain. Bahkan tanpa ada sebarang petua ataupun amalan yang khusus.
Ads
“Saya cuma amalkan rutin senaman ringkas dan jaga pemakanan, tetapi paling penting ialah kena sentiasa positif dan gembira.
“Pemakanan amat penting dan perlu teratur kerana mampu mengekalkan kesihatan yang baik untuk tubuh kita,” katanya.
Suka Sayur Hijau Dan Buah
Biarpun begitu, sama juga seperti orang lain, isteri kepada juruterbang, Azhar Ghazali itu mengakui adakalanya dia melanggar ‘pantang’ gaya hidup sihat apabila sesekali ‘cheat day’ (hari ponteng).
Ads
“Seperti manusia biasa, saya juga ada cheat day iaitu hari menikmati makanan bergoreng.
Ads
“Tetapi pada hari lain saya mengambil makanan yang sihat seperti sayur-sayuran hijau dan juga buah-buahan,” katanya lagi.
Begitulah amalan pemakanan dan gaya hidup Ella apabila usianya semakin meningkat. Namun tetap dilihat jelita dengan auranya tersendiri. Jom lah, amalkan tip macam Ella, barulah awet muda!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika hamil seseorang itu ada kalanya berdepan dengan pelbagai masalah alahan atau sakit lain yang datang menyerang.
Antaranya adalah mengalami demam dan situasi akan jadi lebih teruk jika berlaku di akhir kehamilan.
Apakah risiko bakal ibu dan bagaimana untuk mengatasi masalah ini jika diuji dengan masalah demikian.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad memberitahu kesannya jika wanita hamil diserang demam di awal dan di akhir kehamilan.
Demam yang dihadapi oleh wanita yang hamil, memang merisaukan. Demam ketika hamil adalah sesuatu yang cuba dielakkan namun apabila diuji dengan gejala demam, mahu atau tidak, wanita yang hamil harus menerima dengan hati yang redha.
Demam sebenarnya tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan kuman dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan seseorang mempunyai sesuatu penyakit.
Suhu badan normal bagi seseorang yang sihat ialah 37°C. Jika melebihi tahap ini, anda akan dikira sedang mengalami gejala demam.
Adakah demam memberikan kemudharatan pada wanita yang hamil? Setakat ini belum ada kajian yang sahih mengenai kemudharatan demam dan suhu panas terhadap bayi dalam rahem.
Cuma saya mahu menarik perhatian pada satu penulisan di dalam Journal of Paediatric and Perinatal Epidemiology, yang mengatakan bahawa secara amnya, demam yang dialami oleh wanita hamil tidak memberikan apa-apa risiko kepada anak yang dilahirkan.
Ada kajian yang menunjukkan jika seorang wanita hamil mengalami demam melebihi 39.0 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga kali, yang disebabkan oleh jangkitan kuman pada pundi kencing (urinary tract infection), maka terdapat kemungkinan bahawa risiko bagi bayi yang dilahirkan mudah mengalami sawan adalah tinggi. Namun kajian ini agak lemah.
Walau bagaimanapun, janganlah terlalu risau kerana demam yang rendah (kurang dari 100.4 darjah Fahrenheit) adalah selamat dan tidak perlu dirisaukan walaupun masih lagi di awal kehamilan.
Namun demam yang agak tinggi (melebihi 103 darjah Fahrenheit atau 39.5 darjah Celcius) mungkin boleh memberikan kesan mudaharat pada bayi.
Ini kerana demam yang tinggi pada awal kehamilan, akan menjejaskan proses pembentukan fizikal bayi dan bayi yang dilahirkan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat bayi yang mengalami masalah neural tube defects seperti spina bifida terutama jika demam itu berlaku ketika pembentukan saraf tunjang yang berlaku pada hari ke 20 hingga 28 selepas telur ovum disenyawakan.
Malah ada beberapa kajian yang agak lemah menunjukkan bahawa suhu badan terlalu tinggi akibat demam boleh menyebabkan keguguran. Hal ini juga boleh berlaku pada wanita yang mandi di dalam hot tubs atau sauna ketika hamil.
Di akhir kehamilan, perkembangan fizikal bayi telah terbentuk dengan lebih sempurna, maka gejala demam yang tinggi selalunya tidak membawa mudharat kecuali demam yang disebabkan oleh jangkitan dalam rahem (intrauterine infection).
Saya mencadangkan wanita hamil yang mengalami demam agar mengambil bacaan suhu yang betul. Adalah sukar untuk mengatakan seseorang wanita mengalami demam hanya dengan meletakkan belakang tapak tangan di dahi. Oleh itu gunakanlah thermometer agar dapat mencatat bacaan dengan lebih tepat.
Minumlah air suam kosong yang banyak. Demam akan membuatkan seseorang akan merasa cepat letih dan haus akibat dehidrasi. Oleh itu harus menambah jumlah air yang diambil ketika mengalami demam.
Jika demam bersama-sama dengan loya dan muntah, bolehlah minum air secara sedikit demi sedikit menggunakan sudu.
Selain itu, wanita hamil yang mengalami demam boleh menuam dengan tuala basah. Letakkan tuala basah pada dahi dan dada, membantu haba dari badan dikeluarkan dari tubuh dan mengurangkan demam.
Berjumpa dan berbincang dengan doktor yang merawat. Adakalanya punca demam dapat dikesan dengan pemeriksaan darah dan air kencing. Untuk meredakan demam dengan cepat, doktor mungkin akan memberikan ubat paracetamol yang selamat digunakan oleh wanita hamil dengan dos yang ditetapkan.
Bersabarlah ketika menghadapi ujian demam. #HealthDrZubaidi
Mudah dan jimat, guna tomato beku sahaja pulihkan muka berjerawat teruk di wajah. Haa… kalau anda antara yang dah mencuba macam-macam produk untuk hilangkan masalah jerawat dan parut, tetapi masih tak berkesan, mungkin boleh cuba cara yang dikongsikan gadis ini.
Dengan hanya menggunakan tomato beku, masalah jerawat dan parut degil yang dialami boleh hilang. Paling best amalan ini juga membuatkan kulit wajahnya makin berseri.
Berikut adalah perkongsian Asha Zakaria yang boleh korang praktikkan. Mudah sangat caranya. Murah pulak tu.
Tip untuk hilangkan jerawat dan parut degil!
Boleh glowingkan kulit wajah.
Bahan yang diperlukan cuma satu biji buah tomato.
Agak-agak dah rasa putus asa pakai set penjagaan wajah, anda boleh cuba tomato beku seperti yang gadis ini amalkan pula. Yang penting rajin dan konsisten sahaja. Jimat!
Siapa sangka alahan yang dialami boleh membahayakan diri apabila terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospitalswasta.
Inilah yang dialami oleh DJ Lin apabila diserang alahan minggu lalu sehingga mengganggu pernafasan dan memerlukan bantuan alat pernafasan.
“Alahan ini kembali menyerang lebih kurang seminggu lalu. Kali ini, ia lebih parah kerana mengganggu pernafasan saya. Malah, ia bukan saja di bahagian luar badan, tapi juga dari dalam.
“Disebabkan itu, saya kini ditahan di ICU dan dipantau oleh doktor dan jururawat. Saya juga terpaksa menggunakan bantuan oksigen dan alat bantuan pernafasan,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Lin yang popular menerusi segmen Suria Cinta di saluran Suria FM, alahan itu menyerang secara tiba-tiba.
“Pada minggu lalu, ketika dalam perbincangan untuk urusan kerja, tiba-tiba kepala rasa rasa ‘melayang’ dan seperti tak stabil.
“Tengkuk saya rasa tegang, bahu rasa berat dan badan menjadi lemah. Saya kemudiannya terus ke klinik untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan.
“Satu badan saya diserang alahan. Sekali dengan muntah-muntah, loya, kepala rasa berat, dan saya terbaring sebab rasa sangat tak sihat. Tapi, pada malam hari Isnin, saya masih gagahkan diri untuk bersiaran walaupun badan sudah terlalu lemah,” katanya.
Menurut Lin, berat badannya mula menyusut sehingga 4.5 kilogram sejak dimasukkan ke hospital.
“Berat badan saya turun mendadak kerana saya tak ada selera nak makan. Rasa macam ada sesuatu yang menyekat di tekak saya.
“Doktor masih berusaha sedaya upaya untuk mengenal pasti punca utama sakit saya ini. Pelbagai ujian sudah dijalankan seperti ujian darah dan air kencing,” katanya yang pernah diserang situasi sama Oktober tahun lalu.