Buat Diet Santai, Tak Sampai Setahun Kembali Langsing & Berjaya Sarung Baju Saiz Kecil. Lain orang lain cara dietnya. Ada yang terlalu ektrem dan ada pula yang memilih untuk diet secara santai dan tidak terlalu memaksa diri bagi mendapatkan tubuh langsing.
Namun siapa sangka usaha dilakukan membuahkan hasil apabila wanita ini berjaya mendapat berat idaman.
Bukan saja memilih untuk diet suku-suku separuh, tetapi dia juga melakukan workout di luar dan dalam rumah.
Berjaya Sarung Baju Saiz Kecil
Newbie here. Nak share tips sangat pun tak tahu sebab saya diet santai dan tak terlalu push nak kurus. Asalnya target 4bulan je nak #roadto50kg. Jadi ke tak tawakal je. Pernah stuck and mental down kejap. Kejap jela pastu semangat balik
Ads
Rutin saya. – Dsss/ Makan semua benda tapi jaga portion.(tak kira kalori) – MAF training hari-hari masa bulan pertama, now 2x seminggu je. – Brisk walk 10km – Workout di rumah (Abs Dumbbell)
Seluar dari size 35 now dah pakai size 28. Baju dari size Xl boleh sarung M. Inchloss pun ketara sangat especially peha dan pinggul. Sekarang dah fokus body toning. Hopefully semangat tu berkekalan lah.
Bagi saya nak diet tak susah. Yang susah tu nak disiplin & konsisten. Cuma saya pegang satu je, diet ikut kemampuan badan dan jangan ikut orang sampai diri sendiri tak happy dengan weightloss journey. InshaaAllah menjadi
It’s okay to struggle, but it’s not okay to give up on yourself or your dreams. #XLToM #DSSS #MAFtraining #workoutathome
Baru-baru ini tular dengan kisah air mineral yang dikatakan mahal berbanding jenama biasa.
Harganya sebotol berharga RM4.50 dan dianggap harga ‘kayangan’ yang hanya diminum oleh golongan atasan.
Kenapa agaknya air mineral jenama Evian ini mahal dan jadi pilihan ramai berbanding jenama lain.
Dikatakan air mineral ini mahal kerana qualiti yang baik dan bagus untuk kesihatan.
1. Baik Untuk Tulang, Jantung & Mampu Turunkan Berat Badan
Ia kaya dengan kalsium dan magnesium yang akan membuatkan tulang kuat, peradaran jantung yang baik dan membantu untuk menurunkan berat badan.
2. Dari Sumber Semula Jadi
Ia adalah daripada sumber air semula jadi yang bukan sahaja menghilangkan dahaga malah membantu tubuh menjadi lebih sihat.
3. Pengiktirafan Dari Segi Kesihatan & Brand ‘Awareness’
Air mineral Avian mendapat pengiktirafan dari segi kesihatan dan brand awareness tidak seperti jenama lain. Bukan sahaja dia melabur dalam pemasaran, namun dalam pelbagai acara termasuk Terbuka AS dan Wimbledon.
4. Air Dari Perancis
Ia datang dari wilayah tenggara Perancis, Rhone-Alpes. Harga air sedikit sebanyak meliputi kos pengedaran global.
Jika di Perancis atau bahagian lain negara Eropah, air ini mungkin lebih murah daripada harga di Malaysia. Namun untuk sampai ke negara-negara di Asia Tenggara, kos untuk mengedar jenama air Evian ini akan menjadi lebih mahal.
5. Botol Dari Bahan Kitar Semula
Demi melindungi bumi, Evian menggunakan botol dari bahan yang mudah dikitar semula. Website mereka mengatakan botol diperbuat daripada polyethylene terephathalate (PET) yang mempunyai proses pembuatan kompleks. Kosnya juga agak mahal untuk menghasilkan botol dengan kualiti 100% PET.
Baik lelaki atau perempuan, anda kena ambil tahu cara tukar getah pintu peti ais sendiri. Sekali dah rosak, tak kan nak terus beli baru!
Haa… ini kalau ada masalah pintu peti tetiba tak boleh tutup lah, maknanya getah tu bermasalah. Bila tengok kos penukaran getah pintu peti sejuk ini, boleh tahan juga.
Jadi, buat sendiri lah, jimat. Ini cara yang dikongsikan oleh Shima Amrin melalui laman Facebook tentang cara menukar getah pintu peti sejuk tapi tidak memerlukan kos yang tinggi.
Okay, jom kita tengok perkongsiannya.
INI CARA TUKAR GETAH PINTU PETI AIS SENDIRI, JIMAT DUIT!
Pintu peti sejuk tak rapat sebab getahnya expired. Begini cara tukarnya & buat sendiri jimat RM100 tak perlu upah! Meh saya tunjukkan caranya satu demi satu. Pastikan getah pintu peti sejuk anda memang betul-betul expired. Tanda-tanda expired adalah getah dah tertanggal dari pintunya.
Langkah 1 : Cabut getah. Caranya adalah dengan cabut penjuru atas macam dalam gambar bawah..tarik aja sampai getah tu tercabut. Jangan risau, nak repair ni tak perlu tool.
Langkah 2 : Cara pasang getah yang baru pula. Tekan setiap penjuru terlebih dahulu. Baru tekan yang lain-lain, untuk elak getah terlebih saiz di setiap penjuru. Baru lah tekan yang lain-lain.
Tekan biar betul-betul rapat supaya pintu senang nak tutup nanti.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selalunya kita hanya guna garam putih untuk menambah perasa dalam setiap masakan. Tak lengkap jika tidak diletakkan walaupun dalam kuantiti yang sedikit.
Tetapi apa pula fungsi garam hitam untuk kesihatan. Ramai yang tak tahu khasiatnya dan ini rupanya antara manfaat boleh kita peroleh, terutama bagi merawat begok dan sesiapa yang alami anemia.
1. Membantu Masalah Pencernaan
Jika anda sering mengalami masalah ketidakselesaan pada perut, anda boleh mengamalkan pengambilan garam hitam ini.
Ini kerana garam hitam mengandungi sebatian sulfur yang mampu membantu menyelesaikan masalah itu.
Garam hitam ini akan bertindak sebagai perangsang pencernaan yang mengimbangi pengeluaran asid di dalam perut, mengurangkan komplikasi pencernaan, dan mencegah ulser.
2. Merawat Begok
Garam hitam mengandungi sodium iaitu zat yang bertindak aktif dalam mengurangkan dan merawat begok.
3. Mengawal Tekanan Darah
Garam hitam berbeza daripada garam biasa dari segi nutrisinya. Garam hitam memiliki kandungan natrium yang rendah di mana ia mampu mengawal masalah tekanan darah seseorang.
4. Mengubati Anemia
Kepada anda yang menghidapi anemia, boleh gantikan garam biasa kepada garam hitam. Ini disebabkan garam hitam mengandungi zat besi yang tinggi. Justeru dapat merawat penyakit anemia.
5. Melegakan Ketegangan Otot
Anda boleh mengunakan garam hitam ini ketika mengalami ketegangan otot.
Kandungan kalium dalam garam hitam dapat mengekalkan elektrolit dalam badan. Justeru. Ia dapat melegakan ketegangan otot yang kebiasaannya disebabkan oleh ketidakseimbangan mineral dalam badan.