Oleh kerana pandemik yang melanda sekarang, kebanyakan dari kita perlu bekerja dari rumah atau istilahnya WFH.
Walaupun bekerja dari rumah, tetapi tanggung jawab pada kerja sama seperti bekerja dari pejabat (WFO).
Dan kita juga akan terdedah dengan masalah stres. Apatah lagi dalam masa sama perlu menguruskan kerja-kerja rumah.
Situasi ini sebenarnya menyebabkan minda tidak sihat kerana perlu bekerja 24 jam. Jika tidak dibendung boleh membawa kepada fenomena emosi ‘burnout’.
Antara gejala burnout ini adalah seperti sentiasa berasa penat, ada masalah tidur, tidak bermotivasi untuk bekerja, sering marah-marah dan juga sakit badan dan sendi.
Perkongsian Doktor Redza Zainol ini di laman sosial twitter memberitahu bagaimana isterinya menangani masalah burnout ini.
Gambar sekadar hiasan.
Saya perhati je dari pagi.
Isteri saya duk baring-baring di sofa. Tak lama lepas tu, dia bangun dan masuk ke bilik. Ditariknya laptop naik ke atas katil dan dia mula tengok cerita Korea pula.
Sambil melayan cerita tu, saya nampak dia tersenyum seorang diri dari celah pintu.
“Tengok cerita apa tu?” saya tanya.
Entah dia jawab. Baru tengok katanya. Dalam hati ni, saya rasa dah 1 jam juga.
Ads
Masuk waktu tengahari, dia pergi ke meja dan mula baca buku kegemaran dia sampai ke petang.
Serius dulu saya ingat aktiviti berehat ini sia-sia je.
Dulu saya ni jenis yang agak serius. Saya cuma fikir kalau ada masa, baik kita buat kerja. Masa tu pada pendapat saya, berehat ni hanya untuk orang yang malas.
Itu dulu.
Sampailah beberapa tahun yang lepas isteri saya tak sihat waktu berpantang.
Saya kena jaga anak, kena melayan kehendak anak sepanjang hari.
Mengadap perkara yang sama setiap hari buat saya jadi letih. Penat pada fizikal dan paling ketara ialah penat pada emosi.
Ads
Gambar sekadar hiasan.
Waktu tu, kalau saya dapat keluar rumah sekejap pun dah rasa gembira.
Kalau dapat buat perkara lain selain dari menjaga anak, rasa lega sangat.
Masa tu baru saya sedar pengorbanan isteri saya. Banyak kali dia mengadu penat dan saya cakap rehatlah.
Saya silap.
Selama ni saya ingatkan dia penat fizikal, rupanya dia penat pada emosi. Penat pada emosi itu tak boleh hilang dengan tidur atau rehat semata-mata.
Sebenarnya, selama ni isteri saya ambil masa berehat hanya untuk dia keluar dari “Emotional burnout”.
Ads
Suami kena hati-hati. Penat pada emosi ni tak nampak pada mata kasar.
Kadang-kadang, suami nampak isteri macam malas sebab terbaring lesu. Tak ramai faham, itu bukan malas tetapi kemungkinan besar si isteri itu sedang burnout.
Suami kena hati-hati. Penat pada emosi ni tak nampak pada mata kasar.
Kadang-kadang, suami nampak isteri macam malas sebab terbaring lesu. Tak ramai faham, itu bukan malas tetapi kemungkinan besar si isteri itu sedang burnout.
Gambar sekadar hiasan.
Percayalah, bila isteri dapat cukup rehat begini, dia akan mula bekerja keras semula untuk keluarga.
Sebab waktu tu, emosi dan psikologinya jadi segar dan terjaga semula.
Bantu saya #sebarkan supaya lagi ramai suami isteri yang tahu. Kesihatan mental sama penting dengan kesihatan anggota badan yang lain
Berkongsi kesan selepas terkena jangkitan virus Influenza kira-kira dua bulan lalu, penyanyi Adira Suhaimi mengakui mengalami masalah pada vokal, terutama untuk menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi.
Adira Suhaimi Kena Influenza
Menerusi portal Kosmo!, kesan jangkitan virus Influenza menyebabkan Adira atau nama penuhnya, Siti Adira Suhaimi berdepan dengan kesukaran untuk menyanyi, malah kesannya lebih teruk berbanding dijangkiti Covid-19.
“Baru-baru ini saya kena jangkitan Influenza, sekitar dua bulan lalu. Kesannya lebih teruk berbanding dijangkiti Covid-19.
“Kesannya kalau saya menyanyi, memang ‘ke laut’. Rasa tekak seperti diikat,” ujarnya lagi.
Rajin Buat Aktiviti Yoga
Bagi memulihkan semula kualiti vokalnya, Adira memberitahu dia melakukan aktiviti yoga untuk membantu membetulkan semula pernafasannya.
“Untuk dapatkan semula suara, saya lakukan aktiviti yoga untuk membantu pernafasan. Alhamdulillah keadaan saya kini semakin pulih,” ujarnya.
Faktor Ada Anak Empat Pun Salah Satu
Dalam pada itu, penyanyi berusia 32 tahun itu juga tidak menolak berdepan masalah untuk menyanyi selepas melahirkan empat orang cahaya mata, selain faktor peningkatan usia.
“Selepas bersalin empat kali secara pembedahan caesarean (czer), vokal saya juga mengalami masalah. Selain itu mungkin juga disebabkan oleh faktor usia.
“Untuk membantu mendapatkan semula suara, saya menghadiri kelas vokal,” jelasnya yang telah pun mengikat sistem peranakannya selepas dikurniakan empat orang cahaya mata.
Ketika disoal sama ada dia menyesal atau tidak membuat keputusan untuk ‘tutup kilang’ Adira berkata, dikurniakan empat orang anak sudah cukup membuatkan dirinya bahagia.
Tambahan pula, dia mahu kesemua anak-anaknya membesar bersama-sama, tanpa ada jurang berbezaan usia yang besar.
“Saya memang merancang untuk hamil pada usia sebelum 30 tahun. Alhamdulillah, saya sudah pun dikurniakan cahaya mata, dua perempuan dan dua lelaki. Cukuplah setakat ini.
“Saya tidak mahu, bila anak-anak sudah besar, tiba-tiba mereka ada adik baharu. Biarlah mereka membesar bersama-sama,” jelasnya.
Tak Nak Hamil Lagi
Pada masa sama, Adira juga berkongsi untuk mengambil keputusan tidak lagi hamil dibuat atas nasihat doktor dan juga suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red.
Untuk rekod, Adira bernikah dengan suaminya yang juga seorang ahli perniagaan pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.
Hasil perkongsian hidup, Adira dan suami dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayub yang kini berusia setahun.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebaran virus omicron yang sangat aktif dan tinggi membuatkan kita berada dalam kebimbangan bila ada gejala awal seperti demam, selesema atau batuk.
Adakah bila ada gejala awal seperti ini, boleh terus melakukan ujian RTK di rumah atau sebaliknya.
Menurut Dr. Arisman MD beliau mengesyorkan mereka yang ada gejala buat uujian ini pada hari ketiga untuk menentukan keputusan lebih tepat.
Menurutnya jika ujian negatif dan demam masih belum reda, terus saja berjumpa doktor. Bimbang ada penyakit lain seperti denggi, pneumonia atau influenza.
Saya puji masyarakat kita kebanyakan sudah bijak mengambil inisiatif sendiri atau langkah paling berhati-hati dengan melakukan ujian kendiri RTK di rumah sebaik sahaja gejala muncul hari pertama. Rata-ratanya datang ke klinik beritahu “Saya dah buat RTK pagi tadi di rumah, negatif doktor.”
Alhamdulillah.
Tahniah untuk diri anda sendiri yang melakukannya. Ini step yang sangat membantu kami frontliner kesihatan khususnya dalam mengawal penularan wabak Covid musim Omicron khususnya.
Tetapi jika berjumpa saya di klinik, saya pasti akan selalu nasihatkan kepada pesakit-pesakit yang timbul gejala saluran pernafasan atau demam untuk periksa ulang ujian kendiri air liur atau swab pada hari KETIGA bergejala.
Jika ujian negatif dan demam masih tidak reda, maka datang semula berjumpa doktor. Perlu risau ada banyak lagi penyakit lain di luar sana, misalnya denggi, influenza, pneumonia, dll.
Ada juga pesakit yang jawab “Saya dah buat RTK dah doktor, 5 hari lepas tapi negatif.”
Saya jawab semula “tapi encik punya gejala baru mula kelmarin. Ujian 5 hari lepas dah tak boleh pakai dah. Encik kena buat ujian yang baru utk lihat ada virus Covid atau tak pada sakit sekarang.”
Baru-baru ini pelakon wanita, Diana Danielle enggan ambil pusing komen netizen mengenai bentuk badannya yang nampak berisi berikutan pertambahan berat badan.
Menerusi portal Kosmo! pemilik nama penuh Diana Danielle Danny Beeson memahami pandangan dan komen netizen yang hanya melihatnya dari luaran.
Tak Anggap Body Shaming
Kata Diana, “Itulah bayaran yang perlu diterima menjadi individu dikenali. Orang hanya nampak perubahan badan kita sahaja dan mungkin mereka tiada niat pun nak ‘body shaming’.
“Itu hanya pendapat apabila melihat bentuk fizikal kita yang berubah. Kalau semua benda nak sentap susahlah.”
Komen Melampau Akan Diambil Kira
Pelakon filem Imaginur itu bagaimanapun tidak menolak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya komen yang ditinggalkan agak melampau.
Namun, sekiranya komen hanya sekadar ingin bertanya dan bergurau, dia akan membalas secara sinikal.
“Selagi mereka tak guna ayat yang pedas, tak menjatuhkan kita, saya okey tetapi jika sebaliknya, boleh saman!
“Itu boleh ambil tindakan tapi yang komen orang suka cuit-cuit, kalau balas dengan kata-kata memerli pun sudah cukup,” ujarnya.
Diana Danielle Dikatakan Hamil
Kalau ikutkan, selepas tular kisah kisah rumah tangganya, bentuk badan Diana mula menjadi tumpuan ramai kerana nampak lebih berisi.
Perkara itu membuatkan ramai mendakwa isteri kepada pelakon Farid Kamil itu sedang berbadan dua selepas kembali rujuk dengan suaminya sekitar Ogos lalu.
Kata Diana, berat badannya bertambah sebanyak 10 kilogram (kg) apabila selera makan meningkat sejak beberapa bulan lalu.
Diana juga pernah berkongsi tentang Farid yang turut melalui fasa pertambahan berat badan sehingga mencecah 90kg.
Untuk rekod, Diana dan Farid mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 8, tahun.