Berkongsi Tarikh Lahir Sama, Elfira Loy & Anzalna Nasir Kongsi Wajah & Nama Anak Kedua

Share

Seperti yang kita tahu, ramai antara selebriti yang menanti kelahiran cahayamata pada bulan Syawal ini. Antaranya adalah pelakon Elfira Loy dan Anzalna Nasir.

Minggu ini menjadi detik terindah apabila anak pasangan ini berkongsi tarikh lahir sama apabila kedua-dua ibu muda ini telah selamat menimang anak kedua masing-masing.

Bagi Elfira Loy selamat melahirkan bayi perempuan, pada Jumaat lalu. Dan berita gembira itu telah dikongsikannya di IG story miliknya.

Pelakon tersebut meluahkan kesyukuran kerana selamat bersalin dan terharu melihat suaminya menyambut anak kedua mereka semasa proses kelahiran.

Artikel Lain: Pernah Jadi Atlet Lompat Jauh. Elfira Akui Mengidam Lompat Kolam Pakai ‘Heels’, Walau Sarat Hamil!

Selepas tujuh hari kelahiran puterinya, Elfira dan suami sepakat menamakan Nur Aria Mikayla Muhammad Faris dan mendoakan anak ini menjadi anak solehah dan sentiasa dalam rahmatNya.

Sebelum ini Elfira dan suami dikurniakan anak lelaki, Muhamad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.

Selain Elfira pasangan Anzalna dan suami Hanif juga turut dikurniakan bayi perempuan untuk kelahiran kedua mereka Jumaat lalu di sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Menurut hantaran di media sosialnya, pasangan ini memberitahu sepatutnya Anzalna hanya melakukan pemeriksaan terakhir tetapi rupanya Anzalna selamat melahirkan anak kedua mereka lebih awal dari tarikh jangkaan.

Dan selepas seminggu melahirkan Anzalna dan suami telah berkongsikan wajah terbaru anak kedua mereka yang diberi nama Mohd Emirhan Bin Muhammad Hanif yang bermaksud ‘Princely Ruler’.

Artikel Lain: “Buat Rutin Yang Simple, Tak Perlu Sampai 10 Step” – Petua Mudah Anzalna Jaga Kecantikan Wajah

Keduanya juga turut mendoakan agar anak ini membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar serta berjaya di dunia dan akhirat.

Anzalna mendirikan rumah tangga bersama Hanif pada 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu terlebih dulu dikurniakan anak lelaki, Mohd Eidrees yang kini hampir memasuki usia tiga tahun.

Artikel Lain: Nak Kempis Perut Dengan Pantas, Ini Tip Betul Makan Nasi Secara ‘Eat Clean’

IKLAN