Sebelum ini kesihatannya hanya baik-baik saja. Malah turut mengamalkan gaya hidup sihat dan boleh bekerja seperti biasa.
Namun siapa sangka awal Februari lalu menjadi detik menakutkan apabila dirinya tiba-tiba diserang ‘Bell’s Palsy’.
Bagi Nazira Noran, Ketua Peneraju Bernama Radio menceritakan pengalaman yang dianggap sangat menakutkan.
Menurutnya ketika diserang, dia tidak menyangka penyakit dialami akan menjadi serius. Dia hanya pergi mendapatkan rawatan di hospital beberapa hari mengalami sakit kepala dan radang belakang leher membengkak.
Assalamualaikum semua sahabat. Semoga sihat semuanya dan dipermudahkan urusan. Hari ini saya nak share pengalaman diserang Bell’s Palsy pada Isnin 8/02/2021.
Hari ini sudah masuk hari ke 14 dan saya masih menjalani rawatan fisio.
Ads
Walau belum sembuh sepenuhnya, saya rasa saya perlu maklumkan juga keadaan kesihatan saya.
Terima kasih ustaz, ustazah, sahabat-sahabat mendoakan dan memberi kata-kata semangat untuk saya.
Saya akui, masa mula-mula kena, saya lambat pergi hospital dan ingat Bell’s Palsy ni tak serius, sepatutnya hari saya kena saya terus warded, tapi hari tu saya rasa nak selesaikan kerja-kerja ofis dulu.
Rupa-rupanya, sakit kepala saya 2-3 malam itu sudah tahap serius sehingga radang belakang telinga leher saya membengkak. Dan ini kemungkinan besar saya terkena Bell’s Palsy.
Menurutnya, penyakit yang bukan dari keturunan ini tidak begitu popular. Antara selebriti yag pernah alaminya seperti Angelina Jolie, Adibah Noor dan pelakon Faye Kusairi.
Ketika mendapat tahu mengalaminya, Nazira berkata dia sangat takut kerana bimbang akan menjadi strok.
Masih diingati sewaktu kejadian sebaik bangun tidur, muka jatuh dan menjadi senget. Mulut juga tak boleh senyum dan mata tidak boleh berkelip.
Ketika itu dia rasadia bimbang dirinya menjadi cacat, rasa panik, sedih dan malu terutama bila mahu pergi kerja. Malu untuk berjumpa orang. Malah sebutannya juga jadi tak jelas dan muka menjadi senget.
Penyakit ini tak popular tapi ramai juga orang popular pernah kena macam Angelina Jolie, Adibah Noor dan Faye. Baru saya tahu, ia bukanlah strok. Masa mula-mula warded saya agak down, takut, sedih, panik, tak tau nak kata apa, semua perasaan ada.
Macam mana nak kerja? Nak bercakap tak jelas. Saya tak dapat sebut huruf B dan P. Lebih jadi levih. Perhatian jadi ferhatian.
Hari itu BP saya 146-126, gula 8, kolesterol 3. Doktor kata Bell’s Palsy ni sapa-sapa pun boleh kena. Stress pun salah satu faktor. So, jaga diri dan kesihatan, stress pun perlu dikawal diatasi dengan baik.
Saya akui saya agak kepenatan 2 minggu anak-anak mula PdPR. Saya tido 2-3 jam sahaja sepanjang 2 minggu berturut-turut itu. Macamana ye ibu-ibu urus anak lagi ramai ye?
Tambahnya lagi, ramai yang tidak kongsi pengalaman terkena penyakit ini sebaliknya mereka hanya share ketika sudah sembuh.
Ada juga yang jadi down apabila diserang Bell’s Palsy ini dan jika malas berusaha serta tidak makan ubat, penyakit ini akan kekal sehingga dua tahun.
Ketika mula-mula kena perasaan dan emosi memang sedikit terganggu. Tatkala itu Nazira merasakan Allah memberi ujian dengan sedikit rasa menjadi ‘OKU’. Terasa hilang keyakinan diri tatkala berdepan masalah ini kerana bimbang jadi cacat.
Namun selepas mendengar penjelasan doktor yang memberi rawatan dan penerangan bahawa ‘Bell’s Palsy’ ini bukan strok dan ia boleh sembuh cuma masanya bergantung lambat atau cepat.
Dalam pada itu, Nazira yang bertugas sebagai penyampai radio walaupun bukan di kaca televisyen, tetapi perlu tampil di media sosial tetap bimbang jika hilang pekerjaan.
Namun alhamdulillah, Allah hantar ramai orang-orang baik, ustaz dan ustazah memberi tazkirah dan doa kepadanya secara peribadi. Ini membuatkan dirinya kembali tenang, redha dengan ujian ini dan perlu tahu ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Buat masa ini dia diberi cuti sakit sehingga dirinya benar-benar sembuh dan kini menjalani rawatan di hospital.
Terima kasih yang mendoakan kesembuhan saya. Allah yang beri ujian sakit ini, Allah juga yang memberi saya untuk rehat seketika, fokus ibadah lebih padaNya dan bergantung berserah padaNya. Allahu Ya ShafiiDia Yang Maha Penyembuh. Semoga semua yang sedang sakit juga cepat sembuh. Amin.
Tak mudah nak istiqamah dalam penghijrahan, namun Lisa Surihani masih mampu dijadikan inspirasi dan role model untuk golongan wanita terus berubah menjadi hamba Allah yang sedap dipandang.
Menerusi hantaran pengguna akaun Tik Tok @pendosahijrahhh di laman medsos, memaparkan Lisa berkongsi beberapa tip dan rahsia yang diamalkan untuk kekal istiqamah.
Jaga Solat Dan Quran
Menurut Lisa hanya dua amalan yang diamalkan dirinya untuk kekal istiqomah. Pertama, menjaga solat dan kedua, amalkan membaca Al-Quran.
“Macam mana nak kekal istiqamah? Solat jangan tinggal, dekatkan diri sentiasa baca Al-Quran walaupun terpaksa merangkak-rangkak sebab punya Allah sayang dekat kita, kita merangkak baca Al-Quran ‘double’ kita punya pahala,” ujarnya.
Cari Persekitaran Yang Baik
Selain itu, Lisa berkata dia sering melakukan amalan-amalan sunnah dan yang paling penting, seseorang itu perlu berada pada persekitaran baik yang boleh menggalakkan perubahan ke jalan Allah.
“Apa-apa yang baik, buat. Kalau tahu apakah sunnah itu, sunnah ini, buat. Anatara yang penting adalah kita punya persekitaran. Kita mesti dikelilingi orang yang baik. Orang-orang yang nak mendapatkan keredhaan Allah SWT dan yang nak ke jannah,” katanya.
Dilihat ramai netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada Lisa atas perkongsian ilmu dan nasihat bermanfaat yang dikongsikan.
Selain itu, ada juga netizen yang meninggalkan komen berbentuk kata-kata semangat khusus buat mereka yang ingin berhijrah.
Kalau ada anak kecil di rumah, tak pelik tengok sofa berubah jadi ada ‘peta’ sana sini. Nak-nak yang punya anak kecil, tumpah air atas sofa itu perkara normal.
Namun jangan risau, anda boleh cuba hilangkan masalah ini dengan tip yang dikongsikan oleh Arya cahya Oktavia, nampak lebih mudah untuk membersihkan sofa.
Jom kita lihat bagaimana caranya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1) Besen atau sebarang bekas untuk mengisi air
2) Dua hingga tiga cawan air panas
3) Sabun pencuci pinggan cecair
4) Pelembut pakaian (softener)
5) Tuala microfiber saiz kecil
6) Penutup periuk yang mempunyai pemegang
Cara membersihkan sofa:
1) Hamparkan tuala dan letakkan penutup periuk di atasnya, ikat ketat pada pemegang penutup periuk seakan membunjut.
2) Kemudian tuangkan kira-kira empat sudu besar cecair sabun pencuci pinggan serta pelembut pakaian ke dalam besen.
3) Masukkan air panas dan kacau campuran sehingga sebati.
4) Rendamkan penutup periuk yang sudah dibalut dengan tuala ke dalam bancuhan cucian.
5) Genggam pemegang penutup periuk dan gosok tuala pada permukaan sofa yang kotor.
6) Anda boleh ulangi langkah membasahkan tuala dan gosok pada permukaan sofa sehingga kotoran hilang atau memudar.
7) Selepas selesai, biarkan sofa mengering di bawah kipas.
8) Selepas kering, sofa anda akan menjadi bersih seperti baharu.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum ini kita hanya mengetahui detoks adalah satu proses untuk membersihkan toksin dalam badan.
Rupanya ia juga boleh melakukan detoks untuk membersihkan kulit wajah.
Perkongsian dari Norafiza Mahmud ini yang melakukan kaedah detoks bertujuan untuk memastikan kulit wajah bebas jerawat, jeragat dan hasilnya menjadi lembut dan berseri.
Namun untuk mendapat hasill kulit wajah lebih flawles tanpa jeragat dan jerawat, kaedah atau amalan ini perlu dilakukan secara konsisten.
Amalkan detox kulit di muka untuk mematikan dan mengeluarkan kotoran dari liang roma.
Sangat sesuai untuk siapa yang ada masalah jerawat.Tak kiralah jerawat batu ke,jerawat pasir ke, jerawat api pun boleh licin tau!Masalahnya ada ke jerawat api?
Bahan-bahan:
Air panas
Lemon
Cara membuatnya:
Buat 2 minggu sekali bergantung kepada masalah kau orang Okey.
2. Lepas detox kau orang ambik ais dan tonyoh pulak pada kulit muka tu. Perlahan -lahan je tau. Manjakan kulit tu sikit.
Ekstra Info:
– Ais ni berfungsi untuk tutup balik liang roma yang terbuka masa proses wap dilakukan.
– Hanya perlu konsisten sahaja.Lepas tu boleh tengok hasil kulit kau orang yang makin halus Dan flawless. No more jerawat,no more jeragat!