Minat yang sama dalam sukan kuda menjadi titik permulaan kepada sebuah hubungan hinggalah mengakhirinya dengan sebuah perkahwinan.
Inilah kisah cinta paling romantik anak perempuan kepada orang terkaya di dunia, Bill Gates iaitu Jennifer Gates dan juga pasangannya atlet ekuestrian Mesir, Nayel Nassar yang mula berkenalan sejak tahun 2017.
Nassar yang ketika itu menunggang secara profesional manakala Jennifer pula melakukan aktiviti itu sebagai sukan untuk mengisi masa lapang.
Daripada perkenalan biasa kemudian kedua-duanya jatuh cinta sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga.
Menurut Daily Mail melaporkan pada malam Jumaat lalu, pasangan muda itu disatukan dalam upacara pernikahan di North Salem, New York secara tertutup.
Sementara itu, majlis resepsi diadakan pada keesokan harinya iaitu pada petang Sabtu. Majlis bertemakan perkahwinan dalam taman itu mengundang sekitar 300 tetamu.
Ads
Dalam majlis berkenaan, Jennifer kelihatan anggun menyarungkan gaun Vera Wang dengan memegang sejambak bunga tangan. Jennifer diapit oleh sembilan pengiring pengantin yang berpakaian serba hijau.
Bilionair pengasas Microsoft itu dan bekas isteri, Melinda kelihatan gembira menemani anak gadis mereka yang berusia 25 tahun itu.
Tetamu mula tiba lokasi majlis iaitu ladang seluas 142 ekar di utara New York milik Jennifer sekitar jam 4.00 petang waktu tempatan.
Ads
Bill dilihat memakai sut gelap manakala Melinda mengenakan gaun ungu. Senyum dan tawa tidak lepas dari wajah mereka berdua meraikan perkahwinan itu. Para tetamu bersorak setelah pasangan pengantin secara rasmi dinyatakan sebagai suami isteri.
Berikut beberapa fakta menarik mengenai menantu Bill Gates ini yang dikatakan seorang Muslim menurut laman Fox Business.
1. Dilahirkan di Amerika, dibesarkan di Kuwait
Nayel adalah pasangan Fouad Nassar dan Iman Harby. Pemuda ini dilahirkan pada 21 Januari 1991 di Chicago, Amerika Syarikat. Dia kemudian membesar di Kuwait dan berpindah kembali ke Amerika Serikat pada 2009 ketika berusia 18 tahun. Dia berasal dari keluarga jutawan yang mempunyai perniagaan dalam bidang seni bina dan reka bentuk dalaman di Kuwait.
2. Menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020
Nassar mula menunggang kuda pada usia lima tahun. Dia mula mewakili negaranya, Mesir ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini. Walaupun tidak memenangi emas, Persekutuan Berkuda Antarabangsa telah meletakkannya di ranking ke-44 di dunia.
Ads
3. Menguasai tiga bahasa
Graduan lulusan Ekonomi Universiti Stanford itu boleh menguasai tiga bahasa iaitu Arab, Perancis dan Inggeris.
4. Memiliki perniagaan ladang kuda
Nassar juga memiliki dan mengoperasikan ladang kudanya sendiri di California yang dinamakan Nassar Stables. Perniagaan itu berpusat di bandar Encinitas di San Diego County di mana pasangan itu dilaporkan banyak menghabiskan masa di sana.
Sesekali anda kena ambil peduli tentang cara nak hilangkan daki sebab daki adalah kotoran yang sudah menimbun dan bercampur dengan peluh. Kulit yang berdaki biasanya akan berwarna kehitaman dan nampak kusam.
Antara bahagian kulit yang berdaki biasanya terdapat pada lipatan ketiak, lutut, lipatan paha dalam dan leher.
Daki sememangnya tidak akan hilang dengan mudah meskipun anda kerap mandi. Daki membuatkan kulit anda menjadi gelap dan kusam.
Apalah gunanya jika wajah bersolek kemas andainya leher dan tengkuk tampak berkarat dengan daki serta garis gelap.
Cara Hilangkan Daki
Berikut beberapa cara untuk menghilangkan daki yang boleh anda praktikkan:
1. Serbuk kopi
Bagi anda yang menggemari kopi, boleh ambil sedikit serbuk kopi anda untuk menghilangkan daki yang melekat pada tubuh. Serbuk kopi boleh dijadikan sebagai skrub. Ambil beberapa sudu serbuk kopi dan gosoklah pada kulit yang berdaki.
2. Minyak zaitun
Minyak zaitun juga bermanfaat untuk mengatasi daki yang melekat. Cara membuatnya juga sangat mudah, ambil sedikit minyak zaitun dan campurkan dengan segenggam beras yang sudah disangai dan telah ditumbuk halus. Anda boleh juga meletakkan beberapa titik perahan limau nipis atau lemon. Setelah itu, sapukan pada bahagian kulit yang berdaki.
3. Limau nipis
Rasa masam yang pekat pada limau nipis boleh dijadikan senjata berkesan untuk menghilangkan daki. Belah buah limau nipis menjadi dua bahagian, kemudian disapu dan digosok pada bahagian kulit yang berdaki. Pastikan tidak ada sebarang luka pada kulit kerana rasanya sangat pedih apabila terkena perahan air limau nipis tersebut.
Jika berkemampuan, dapatkan rawatan di spa atau pusat kecantikan tetapi kalau anda nak jimat boleh amalkan tips hilangkan daki ini dengan cara di atas. Mudah!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak mudah nak cari produk sesuai untuk hilangkan jerawat, tetapi ini salah satu yang tular di media sosial baru-baru ini setelah ramai yang kata berkesan!
Hah, pernah dengar tentang jenama Korea ‘Axis-Y’? Tular di media sosial kerana memberi kebaikan pada kulit, sekaligus merawat kulit berjerawat.
Cara Ini Mampu Hilangkan Jerawat, Patutlah Ramai Yang Guna!
Rata-rata pengguna berpuas hati dengan magik yang diberikan oleh produk k-beauty ini. Antara yang digemari adalah powerful duo ‘Spot Treatment dan Dark Spot Serum’.
Pakai kedua produk ini, jerawat dan parut jerawat boleh hilang!
Produk ini mengandungi bahan aktif yang baik untuk merawat kulit, iaitu Niacinamide dan AHA/BHA. Niacinamide mampu untuk meredakan keradangan, yang boleh membantu menenangkan keadaan kulit seperti jerawat, rosacea dan ekzema. Manakala, Alpha Hydroxy Acids (AHA) dan Beta Hydroxy Acids (BHA), kedua-duanya adalah pengelupasan kimia yang membantu menanggalkan sel kulit mati dari lapisan atas kulit.
Anda boleh menggunakan salah satu daripadanya, tapi nak lagi berkesan pakai keduanya. Ada yang kata dalam seminggu dah boleh nampak hasil. Parut jerawat mulai pudar, jerawat mula mengecut dengan baiknya.
Nak tahu tahap mana berkesan pada kulit, anda kena lah cuba dulu dan konsisten pakai ya. Yang penting selamat dan ada dijual di kedai ‘hijau’.
Lemak di bahagian perut adalah sesuatu yang sangat mengganggu. Ia bukan sahaja berpunca daripada faktor pemakanan, tetapi terhasil kerana kurang bersenam.
Namun begitu, ada penyelesaian yang anda boleh buat jika anda benar-benar mahu kempiskan perut.
Syaratnya, mestilah rajin dan komited melakukan senaman ringan seperti yang dicadangkan.
1. Bicycle exercise
Cara melakukan bicycle exercise adalah anda perlu terlentang dan meletakkan kedua-dua tangan di belakang kepala. Angkat lutut kanan hingga ke dada dan secara serentak, kepala angkat ke hadapan dan diarahkan ke sebelah kiri. Lakukan secara berselang seli sebanyak 10 kiraan.
2. Vertical leg crunch
Senaman selanjutnya adalah vertical leg crunch. Pertama, anda harus berbaring dan letak kedua tangan di kepala. Seterusnya angkat kedua kaki lurus ke atas membentuk sudut 90 darjah. Kemudian, angkat bahu dan turunkan kembali. Ulangi hingga 10 kiraan.
3. Senam lilin
Posisi awal senam lilin tidak jauh bezanya dengan vertical leg crunch. Anda harus berbaring kemudian angkat kedua kaki. Letakkan tangan di pinggang. Seterusnya angkat kedua kaki sehingga perut terangkat. Untuk lebih mudah, anda boleh menggunakan tembok untuk menyandarkan kaki.
4. Sit up
Ini adalah gerakan senaman yang paling popular. Anda harus berbaring dan rapatkan kedua-dua lutut. Letakkan tangan di belakang kepala atau silangkan di bahu. Angkat tubuh perlahan hingga membentuk 90 darjah. Tahan posisi tersebut beberapa saat sebelum turunkan perlahan tubuh. Ulangi hingga beberapa kali.
Dengan perkongsian ini, anda tiada lagi alasan untuk kempiskan perut. Semoga senaman yang dilakukan ini akan memberikan hasil untuk anda. Yang penting, kena amalkan selalu!