Ambil Sarapan ‘Homemade’ Ganti Suplemen. Rahsia Lelaki Ini Hilang 2KG Dalam Tempoh 2 Bulan!

Share

Selain melakukan senaman, menjaga pemakanan adalah satu cara seseorang itu untuk membantu menurunkan berat badan.

Ada aturan pengambilan pemakanan yang betul dapat membantu mengurangkan berat bada tanpa sebarang penggunaan produk suplemen.

Seperti perkongsian lelaki ini Harith Faisal yang turun 10 kg dalam masa 2 bulan (perkongsian tahun 2017) dengan mengamalkan diet melalui pemakakan.

Menurutnya dia mengamalkan pengambilan sarapan yang dibuat secara homemade. Cara membuatnya tidak susah dan paling penting sedap seperti minuman lain.

SARAPAN OAT INI BANTU SAYA TURUN 10KG DALAM MASA 2 BULAN TANPA SUPPLEMEN

Straight to the point. Dua minggu lepas perkongsian saya viral dengan lebih 25,000 shares pasal saya guna teh hijau untuk turunkan 10 kg berat dalam masa 2 bulan. Memang betul. Sebab bila saya amalkan teh hijau tu, perut rasa selesa, tak kembung, tak berangin.

Ini link dia kalau kau nak baca dan amalkan juga —> https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1739704652706526&id=100000010250265

Kali ni saya nak kongsi pula apa sarapan yang saya ambil sepanjang 2 bulan tu. Sepanjang tempoh diet, saya sarapan dengan oat smoothies home made je. Ala, bukan susah pun. Kejap lagi saya bagitau caranya.

Yang paling penting, bila sarapan dengan oat smoothies ni, perut boleh tahan sampai tengahari. Kalau setakat pukul 12 tengahari tu, biasanya memang tak rasa lapar sangat pun. Dalam pukul 10 pagi sampai 11 pagi, kau layanlah teh hijau segelas dua. Memang best!

Gambar sebelum dan selepas. Orang kata, nampak makin muda. Jangan jeles.

SARAPAN NASI LEMAK PARU

Nak ceritanya, dulu-dulu saya ni peminat tegar nasi lemak tambah paru sambal. Memang sedap ya amat. Dalam seminggu, empat lima hari memang itulah sarapan saya. Sekarang dah insaf taubat nasuha. Okay habis cerita nasi lemak.

Saya punya resepi oat smoothies ni sebenarnya try and error je. Masa mula-mula diet, saya buat overnight oat. Sebelum masuk tidur, siap-siap campurkan oat dengan susu sebab nak bagi kembang elok. Esok pagi, makan. Tapi muak gila, macam nak termuntah.

Lepas tu, saya dapat idea dan ilham untuk buat oat smoothies ni. Sampai sekarang saya sarapan benda ni je pagi-pagi. Okay, dah ready nak belajar buat oat smoothies, kan.

BAHAN-BAHAN

300 ml susu segar rendah lemak

4-6 sudu besar oat

2 sudu Nestum

Guna tiga bahan ni saja. Masukkan tiga bahan ni dalam blender. Switch on blender, siap terus. Tunggu dalam 5 minit bagi dia kembang sikit. Kemudian, boleh minum dengan nikmatnya. Gila mudah dan pantas.

Kalau kau takda blender, kau campur dan rendam je 3 bahan tu selama 15 minit. Boleh juga. Tak payah nak pening-pening kepala, okay.

Ini bahan-bahan dia. Tapi bahan yang utama, 3 benda tu je. Susu segar, oat, nestum.

PAKAI SUSU SEGAR JENAMA APA

Sebelum mula diet, sejak kecik saya memang jenis tak suka minum susu segar rendah lemak ni. Biasanya kalau beli Dutch Lady tu, mesti beli perisa Coklat atau Strawberry.

Tapi dah nama pun nak diet, kan. Takkan kau nak buat oat smoothies campur susu perisa Coklat dan Strawberry yang manis tu. Memang kencing manis dan bertambah gemuklah kau dan aku. Haha!

Saya pakai susu segar jenama Farm Fresh. Boleh cari yang tutup oren atau tutup biru. Yang tutup biru lebih rendah lemak. Harga sama, takda beza walaupun lemak tutup oren lagi banyak.

Try and error. Sebelum nak tekad tetap dengan brand Farm Fresh, saya dah cuba buat oat smoothies dengan susu segar jenama HL, Dutch Lady, Summerfield, GoodDay, semuanya tak kena dengan tekak.

Bagi saya brand Farm Fresh yang paling sedap, tak muak. Yang paling penting, terang-terang dia kata “No sugar. No preservative”. Saya akan beli yang 2 liter punya, boleh tahan 6 hingga 7 hari. Tapi sebab anak saya pun suka, 3 hari habislah.

Ini rupa pisang Cavendish yang saya biasa guna.

BOSAN SARAPAN YANG SAMA

Biasalah manusia ni cepat bosan, kan. Saya pun bosan juga asyik sarapan benda yang sama je berminggu-minggu. Jadi, saya fikir saya kena tambah sesuatu dalam oat smoothies saya tu.

Jenuhlah fikir akhirnya dapat idea untuk tambah pisang. Tak susah pun. Tiga bahan yang sama macam tadi, kau tambah saja dengan separuh pisang. Kau akan dapat rasa pisang dia sikit-sikit. Kalau nak letak sebiji terus pun boleh. Lagi sedap dan pekat wei.

Pisang apa yang saya pakai? Saya pakai pisang jenis Cavendish. Ala, pisang yang cantik-cantik kat supermarket tu. Saya tak pernah cuba pisang lain untuk buat banana oat smoothies ni. Kau nak cuba, dipersilakan.

Sekali sekala saya akan buat juga Nescafe oat smoothies. Saya pakai Nescafe Gold. 3 bahan yang sama, cuma kau tambahlah separuh sudu Nescafe Gold tu. Rasa dia memang terangkat beb. Lagi sedap daripada kopi Starbucks!

JADUAL MAKAN SEHARI

9.00 am: Oat smoothies + air kosong

11.00 am: Teh hijau + air kosong

1.00 pm: Buah + teh hijau

3.00 pm: Air kosong

6.00 pm: Ayam dan sayur grill + air kosong

9.00 pm: Teh hijau

Untuk makan malam, saya memang ambil sebelum pukul 7 malam. Nasi suku pinggan masa makan malam. Tapi saya tak makan nasi hari-hari pun. Ikut mood.

Ini link resepi ayam dan sayur grill yang saya pernah kongsikan hari tu —> https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1746338702043121&id=100000010250265

ENJOY MY DIET

Ada yang tanya, saya ni diet atkin ke. Jawapannya tak. Saya diet ikut suka saya. Saya enjoy turun berat 10 kg dalam 2 bulan. Saya cheat day 2 hari seminggu. Biasanya, saya cheat day hari Sabtu dan Ahad.

Kau faham-fahamlah, weekend kan. Banyak jemputan kenduri itu ini, balik kampung pula ibu dan mak masak sedap-sedap takkan tak nak makan beb.

Saya makan nasi suku pinggan pada hari diet. Kadang-kadang sehari saya tak makan nasi sebab tak teringin sangat dah dengan nasi tu. Makan ayam dan sayur grill tu pun dah kenyang.

Kadang-kadang kitorang masakkan untuk anak. Anak-anak makan tak habis, saya tolong habiskan juga. Tapi masih jaga kuantiti makanan tu lah. Kena faham pasal pengambilan kalori.

Yang paling penting, saya enjoy jaga makan, tak stress, tak berlapar sebab sarapan dengan oat smoothies, tak kembung perut sebab teh hijau sangat membantu. Tau-tau dalam masa 2 bulan dah turun 10 kg. Best sangat.

PENAFIAN

Panjang dah saya kongsikan dalam artikel ni. Kalau kau perasan, kat wall Facebook saya banyak sharing pasal kewangan dan hartanah je sebelum ni. Tapi apalah guna jaga kewangan saja kalau tahap kesihatan ke laut.

Jadi, supaya orang tak salah faham, saya nak tegaskan kat sini yang saya bukanlah dietitian, dan bukan juga doktor. Apa yang saya cerita ni adalah apa yang saya lalui sendiri.

Hari tu masa viral pasal teh hijau, dengar cerita banyak tempat kehabisan stok teh hijau terutamanya Speedmart. Entah-entah kali ni, susu Farm Fresh pulak yang habis stok. Baik kau cepat-cepat beli kejap lagi. Haha! – HF

#harithfaisal

SHARE jika bermanfaat. TAG kawan korang yang konon tengah diet.

Artikel Berkaitan:

Nak Diet Kena Ada Ilmu. Gadis Kongsi Lenyapkan 32KG Guna Cara Sihat & Selamat Tanpa Berlapar!

Kekacang & Lobak Merah, Antara 7 Makanan Boleh Diambil Kaum Ibu Untuk Tambahkan Susu Badan

Selamat Ambil Vitamin C Setiap Hari, Tapi Jangan Lebih Dos. Doktor Jelaskan Ada Bahaya Menanti!

Published by
Siti Zurina Mat Saman