2 Tahun Berjaya Lenyap 53KG. Wanita Dedah Rahsia Turun Berat Badan, Guna IF Versi Suku-Suku Separuh!

Share

Tidak mudah sebenarnya perjalanan dalam usaha mendapatkan berat badan ideal.

Ada yang dikeji, mendapat cacian namun itu semua dijadikan penguat semangat untuk terus berusaha untuk menurunkan berat badan.

Perkongsian wanita ini Noor Khadijah dalam Grup Diet Suku-Suku Separuh yang mana berjaya menghilangan hampir 53kg sejak memulakan diet pada tahun 2018 hingga kini.

Pernah juga beratnya stuck pada tahun 2019 dengan statik pada angka 55kg, tetapi akhirnya berjaya turun hingga 45kg.

Perjalanan cukup panjang tapi berbaloi.

Beratnya sebelum itu adalah 98kg dan kini tersenyum gembira memiliki berat diidamkan, iaitu 45kg.

Menggunakan cara diet Intermittent Fasting (IF) versi suku-suku separuh dengan mengutamakan 80 peratus pemakanan dan 20 peratus senaman.

Dia juga turut makan 6 kali sehari ketika mula berdiet. Turut berkongsi jadual pemakanannnya untuk 6 kali makan berkenaan.

Ketika di awal diet, tahun 2018.

Hilang 53 KG Dalam Masa 2 Tahun

Disaat orang menghina usahamu untuk turunkan berat badan..

Bangkitlah  dan teruskan usaha..

Kerana setiap usaha yang berterusan pasti ada hasilnya…

Saya yang tak sempurna

Bukan untuk nampk diri kita hebat

tapi disetiap usaha kita yang berterusan pasti ada hasilnya

Perjalanan berat dari 98kg ke 45kg..

Gambar sebelum.

Diet suku suku separuh sejak Tahun 2019 sehingga ke hari ini 2021..

Berat stuck 55kg saya buat IF versi suku suku separuh.Alhamdulillah bergerak ke 45kg

– Tinggi 156cm..
– 80% pemakanan 20% senaman..
– Makan 6kali sehari masa mula diet
– Sarapan Tak tinggal(Roti whole + telur + salad)(Roti whole + peanut+ pisang)Tukar2.
– Snacking Buah
– Makan tengah hari suku suku separuh
– Snacking biskut wholegrain 6keping
– Makan malam spageti suku suku separuh
– Snacking buah..

Gambar terkini.

Semoga memberi semangat buat rakan-rakan yang tengah usaha turunkan berat badan

Artikel Berkaitan:

Sara, Anak Pelakon Saif Ali Khan Dedah Rahsia Turunkan Berat Badan Drastik Dari Saiz XXL Ke S

Mudah & Jimat. 6 Kebaikan Senaman Skipping Ramai Tak Tahu, Boleh Cepat Turunkan Berat Badan!

Tanpa Produk, Pilih Gaya Hidup Aktif. Lelaki Kongsi Kisah Turunkan Berat Badan Dari 190KG Ke 90KG!

 

IKLAN