Lepas 4 Tahun Buat Bariatrik, Aishah Nampak Lebih Muda & Kembali Langsing Macam Anak Dara. Jika dibanding penampilannya beberapa tahun dulu sangatlah berbeza. Ketika itu saiz fizikalnya yang agak berisi, tetapi masih tampil cantik seperti selalu.

Namun kini, penampilan penyanyi Datuk Aishah, 55 tahun sudah berubah dan mencuri tumpuan ramai.

Dapat dilihat Datuk Aishah sudah semakin lansing selepas menjalani pembedahan bariatrik atau potong usus sekitar empat tahun lalu. Penyanyi Camar Yang Hilang ini telah berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 50 kilogram.

Artikel Lain: Lepas 2 Tahun Buat Pembedahan Pintasan Usus, Aishah Berjaya Lenyapkan 33Kg. Kini Boleh Kawal Nafsu Makan!

Aishah juga dilihat semakin muda dan langsing berbanding sebelum itu. Malah memberitahu dalam laman instagramnya perjalanan jauh yang ditempuh untuk mendapat hasil seperti sekarang.

Tambahnya perbezaan ketara ketika menjalani shooting pada musim GV4 dan ketika merakamkan single terbaru.

Malah Aishah turut memberitahu masih berbaki 2 kilogram sebelum betul-betul mendapat berat ideal yang diidamkan.

Walaupun begitu Aishah dinasihati untuk tidak terlalu kurus dan elok kekal dengan berat yang ada sekarang.

IKLAN

Jauh perjalanan…weight loss journey.Gambar kiri minggu ketiga GV4 gambar kanan terbaru semasa shooting MV single baru ‘Dari Jauh’…..50kgs loss.

Kalau ikut my final target weight loss ni ada 2kg lagi nak diturunkan,tapi ramai pulak yg menegur supaya jangan kurus lagi hahhaha(ayat yg I tak pernah dengar seumur hidup I sebelum ini) Apa2 pun asalkan I sihat,itu yg penting. @dr.mustafamt @shahrellnaser @danielzharifofficial @hanisahzaidan @nazrai_gifts @aishahfcff_official

Untuk record, pada 2019 lalu Aishah keputusan menjalani prosedur bariatrik diambil selepas pulang bercuti dari Eropah Timur.

Selain itu:  Mungkin Tak Perlu Makan Ubat, Hanya Buat 5 Cara Ini Boleh Bantu Legakan Sakit Perut

Ketika itu, beliau terpaksa menanggung kesakitan melampau dan hilang keseimbangan pergerakan kerana terlalu banyak berjalan ke sana dan ke mari.

Situasi ini berpunca apabila sendiri bahagian lutut terjejas akibat tidak mampu menampung berat badannya yang berlebihan.

IKLAN

Justeru, enggan membiarkan kesakitan lutut kronik berpanjangan, beliau terlebih dulu menjalani pembuangan xantelasma pada bahagian mata sebanyak tiga kali.

Artikel Lain: Lepas Empat Bulan Buat Bariatrik, Hasilnya Penampilan Melly Goeslaw Makin Cantik & Langsing

Xantelasma adalah merujuk pada enapan kolesterol atau plak pengumpulan deposit lipid berwarna kuning-kekuningan yang kerap berlaku atas kelopak mata.

“Sampai satu peringkat doktor yang merawat tidak mahu lagi melakukan prosedur xantelasma selagi berat badan tidak diturunkan.

IKLAN

“Ini disebabkan jika kegemukan tidak diatasi segera, kadar kolesterol akan statik dan lebih memudharatkan ia meningkat drai masa ke masa,” ujar Aishah ebelum akhirnya memutuskan untuk menjalani prosedur bariatrik.

Ibu kepada dua cahaya mata berkenaan melakukan pembedahan pintasan usus yang berlangsung selama hampir dua jam.

Setelah melakukan prosedur itu masalah gastrik, kolesterol, obesiti dan sakit sendi lutut kronik telah beransur pulih.

Tambah Aishah lagi, matlamat utama prosedur bariatrik ini bukan untuk tampak cantik dalam tempoh singkat, tetapi untuk membantu golongan mobid obesiti yang alami sakit kronik turunkan berat badan.

Jika hasilnya membuatkan calon kelihatan menawan dan bertubuh langsing, maka itu bonus untuk mereka.

Artikel Lain: Berat Turun Mendadak Lepas Buat Bariatrik. Penampilan Terbaru Alyah Makin Cantik & Langsing!

Selain itu:  Puasa Lebih 12 Jam Selang Sehari, Ambil Nasi 2 Sudu. Rahsia Bonda Rozita Jadi Kurus & Cantik!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI