Melihat wajah penyanyi, Mahalini Raharja semakin cantik dan runcing dagunya, ramai yang menganggap dia melakukan pembedahan kosmetik.
Ini disebabkan nampak perbezaan yang ketara pada wajahnya ketika dia menyertai rancangan Indonesian Idol beberapa tahun lalu.
Bentuk Wajah Mahalini Berbeza Ketara
Namun isteri kepada Rizky Febian itu menolak sekeras-kerasnya dakwaan melakukan pembedahan kosmetik dan mendedahkan perubahan itu disebabkan oleh perbezaan berat badan.
Ads
Mengimbas semula momen menyertai Indonesian Idol. Mahalini memberitahu beratnya telah meningkat sebanyak 9 kilogram, menjadi hampir 60 kilogram. Peningkatan itu berlaku kerana nasi kotak yang menjadi makanan hariannya.
“Semuanya kerana nasi kotak. Sebelum ini berat saya 59 kg dan semalam saya 47 kg. Bila saya kurus, netizen kata “lihat sahaja Mahalini semasa di di Idol”, merujuk kepada perbezaan berat membuatkan wajah saya nampak lain.”
Ads
Ads
Kerana Amalkan ‘Nasi Kotak’
Jelasnya, waktu itu dia tiada makanan lain untuk dimakan selain nasi kotak sahaja memandangkan dia memerlukan banyak tenaga ketika bertanding di Indonesian Idol.
Setiap hari, Mahalini memberitahu dia aktif berlatih vokal dan koreografi yang memerlukan dia untuk makan bagi mendapatkan tenaga.
Wajahnya terkini…
Itu penjelasan daripada penyanyi Indonesia tersebut, selebihnya atas pandangan anda untuk percaya atau tidak. Apa pun, teruskan amalkan pemakanan sihat untuk kekal sihat dan kulit cantik!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri Adam Corrie ‘All Out’ Diet Sebab Hidap PCOS. Lepas 3 Bulan Baru Berjaya Lenyapkan 13KG! Seperti suaminya, isteri pelakon Adam Corrie, Fazema Mohd Fuad juga antara personaliti yang sering jadi tumpuan ramai.
Ditambah dengan kisah menarik keduanya, pasangan ini antara mereka yang sering diintai aktiviti dilakukan di media sosial.
Dan perubahan terbaru dilihat perubahan tubuh badan isteri Adam Corrie, Fazema yang dikatakan semakin susut berbanding penampilan sebelumnya.
Walaupun kelihatan susut, Fazema atau lebih mesra dipanggil Fazi mengatakan ada kepayahan untuk disebalik kejayaannya menurunkan berat badan iaitu selepas disahkan menghidap PCOS atau nama penuhnya Sindrom Polistik Ovari.
Menurutnya wanita yang mengalami masala itu akan sukar hendak menurunkan berat badan lebih-lebih lagi seperti di usianya berada di pertengahan 40-an.
“Orang PCOS ini memang payah turun berat badan, tambah-yambah dah berusia perengahan 40an.
“Saya cuba apa-apa pun pipi mak (saya memang bulat macam tomato tak kisahlah kurus ke gemuk,” katanya di kapsyen video yang dikongsi di laman Instagramnya baru-baru ini.
Malah dalam video yang dimuat naik itu teryulis dua situasi yang sering diajukan kepadanya sejak kurus.
Situasi pertama, pertanyaan tentang kurus kerana sakit, namun Fazi menjawab bahawa dia hanya mahu lebih sihat.
“Tak sakit tapi cuma nak jaga kesihatan. Terima kasih ambik berat,” jawabnya.
Manakala situasi kedua pula ada yang meminta Fazi untuk berkongsi tip kurus di mana dia berjaya menurunkan berat badannya sehingga 16 kilogram dalam masa 3 bulan.
“Saya buat brisk walk setiap hari, kalori defisit dan tidur awal. Alhamdulillah tiga bulan turun 16kg,” katanya.
Fazi dan suaminya, Adam Corrie dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Fateh Lee yang kini berusia 4 tahun selepas hampir 10 tahun menanti.
Pasangan ini berkahwin pada hujung 2008 setelah saling mengenali dalam masa singkat. Hubungan dibina melalui cinta pandang pertama kerana tidak mengambil masa lama untuk membuat keputusan berkahwin.
PCOS adalah satu sindrom yang boleh memberi kesan kepada kitaran haid, kesuburan dan rupa fizikal seseorang wanita yang mengidapinya. Pesakit PCOS akan menghadapi masalah kitaran haid yang tidak menentu disebabkan ketidak-seimbangan hormon dalam badan dan ini boleh menjejaskan kesuburan pesakit.
Pengidap PCOS juga mempunyai level hormon lelaki (androgen) yang lebih tinggi, menghasilkan hirsutism (sila lihat hirsutism); rambut kepala nipis di bahagian ubun-ubun (botak) dan jerawat.
Gejala (Simptom)
Gejala PCOS mungkin berbeza-beza. (di antara ringan dengan lebih teruk). Simptom PCOS termasuk
1. Kitaran haid: yang tidak teratur atau tidak datang sama sekali,
2. Hirsutism: mempunyai banyak bulu di muka atau badan yang lebih dari biasa (lihat hirsutism)
3. Kehilangan rambut di kepala.
Obes
4. Jerawat atau kulit muka berminyak.
5. Kemurungan atau berubah suasana hati (mood)
Jika tahun lalu Sinar Harian melalui hasil laporan cemerlang telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Kajai iaitu kategori utama Hadiah Kewartawanan Malaysia – MPI Petronas 2020.
Dan tahun ini sekali lagi rezeki berpihak kepada Kumpulan Media Karangkraf apabila dipilih menjadi sebagai penerima Anugerah Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 pada majlis kemuncak sambutan Hawana di sini semalam.
Berdiri megah sebagai syarikat penerbitan sejak 40 tahun lalu menyaksikan Kumpulan Media Karangkraf dipilih sekaligus membawa pulang trofi, sijil sera wang tunai RM10,000 pada kemuncak sambutan Hawana di Banda Hilir, Melaka.
Penyampaian anugerah itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.
Dalam ucapan selepas menerima pengiktirafan ini, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, anugerah itu merupakan penghargaan bagaimana wartawan, akhbar dan organisasi media tersebut boleh memberi impak kepada masyarakat.
Menurutnya, ini termasuk beberapa siri program dan kempen yang diperkenalkan serta dilaksanakan seperti Rumah Ngaji, kempen World #QuranHour dan #RasuahBusters.
Katanya, pengiktirafan itu juga menunjukkan bahawa apa yang diusahakan selama ini bukan setakat menyampaikan berita, namun dapat menukarkan budaya dan juga mengembalikan integriti yang telah hilang kepada masyarakat.
“Di mana nilai moral dan karakter bangsa yang telah runtuh sebelum ini dapat dipulihkan melalui usaha-usaha yang telah dibuat oleh wartawan.
“Syukur Alhamdulillah, Karangkraf diiktiraf pada hari ini dan di Karangkraf kita berpadu tenaga,” katanya.
Tambahnya, kejayaan sedemikian juga tidak akan dicapai tanpa sokongan media-media lain untuk memulakan kempen-kempen tersebut.
Hari Wartawan Nasional merupakan satu pengiktirafan kepada golongan wartawan yang merupakan “insan di sebalik tabir” melaporkan peristiwa penting berlaku di seluruh dunia.
Selepas dua tahun tidak diadakan kerana Covid-19, Hawana 2022 diadakan sekaligus mengiktiraf Kumpulan Media Karangkraf sebagai media terbaik.
Antara kriteria untuk dipilih sebagai penerima anugerah itu adalah berdaftar dan menunjukkan hasil kerja cemerlang, kupasan isu yang mendalam, berkualiti serta berimpak pada tahun yang dinilai.
Selain berdaftar, ia juga mengamalkan tatakelola serta nilai kewartawanan yang baik, selain menyumbang kepada pembangunan industri kewartawanan dan media di negara ini, manakala hasil karya terlibat harus menyumbang kepada pembangunan insan, keamanan dan kesejahteraan sejagat.
Mengimbau penubuhan Kumpulan Media Karangkraf, gergasi media ini membuat kemunculan pertama pada 1978 dengan Mingguan Kanak-kanak dan pada 1990, organisasi itu kemudiannya melebarkan skop perniagaan dengan penerbitan beberapa genre buku menerusi Alaf 21 dan Karya Bestari.
Pada 2006, kumpulan itu melahirkan akhbar kompak wilayah, Sinar Harian yang kemudiannya mencatat sejarah sebagai akhbar paling cepat berkembang di Malaysia.
Kini kumpulan media itu berdiri gah dalam industri dengan 13 keluaran majalah, penerbitan novel, percetakan, saluran media Internet dan pemberitaan akhbar.
Hargai peranan wartawan
Pada 2015, kumpulan itu memperkenalkan program Malaysia Ngaji disusuli Kempen World #QuranHour pada 2016 serta beberapa siri rantaian seperti Malaysia #QuranHour, Merdeka #QuranHour dan World #QuranConvention yang secara kumulatifnya merekodkan 2.475 bilion penyertaan.
Pada Februari 2021, inisiatif agresif membanteras rasuah diperkenalkan kumpulan itu menerusi #RasuahBusters membabitkan gabungan media, individu, pertubuhan serta syarikat swasta dengan kolaborasinya kini melibatkan 550 rakan strategik.
Anugerah Hawana 2022 bertujuan mengiktiraf dan sebagai penghormatan kepada wartawan profesional, individu atau organisasi yang memberi sumbangan besar bukan sahaja dalam bidang kewartawanan tetapi dalam membentuk minda rakyat menerusi karya-karya dihasilkan.
Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan pertama akhbar di Malaysia iaitu Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, yang menjadi platform pertama media di Malaysia.
Kali pertama Hawana diadakan adalah pada 11 April 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade Kuala Lumpur. Sambutan julung kali bertemakan ‘Membela Bangsa, Membina Negara’ itu dihadiri kira-kira 1,000 pengamal media dari seluruh negara.
Pada 30 November 2021, kerajaan bersetuju mengekalkan tarikh 29 Mei setiap tahun sebagai Hari Wartawan Nasional. – Sinar Harian / Bernama
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah perumpamaan yang tepat untuk menggambarkan bertapa bertuahnya wanita asal Perak, Noorhasnieda Tajuddin.
Beliau, yang pada awalnya menyertai Peraduan #Belinuuna menang rumah secara suka-suka tidak pernah menyangka bahawa nasib akan berpihak padanya, apabila menjadi peserta yang paling bertuah memenangi sebuah rumah.
Menurut Hasnieda, dia memasuki Peraduan #Belinuuna menang rumah secara kebetulan. Ini kerana, perlu menyediakan juadah bagi majlis jamuan sekolah (Potluck) anak-anaknya. Malah, dia hanya memikirkan mahu menyediakan juadah yang mudah dan sedap.
“Saya memasuki peraduan ini secara tidak langsung sahaja. Kebetulan sekolah anak memang ada buat jamuan (potluck), jadi kalau boleh saya nak mencari menu yang mudah sahaja.
“Saya memang tidak meletakkan harapan yang tinggi, apabila perlu bersaing dengan seramai sepuluh orang lagi peserta. Kalau ada rezeki saya, adalah.
“Tak sangka pula, saya menjadi peserta yang pertama dapat membuka pintu rumah berkenaan. Saya rasa sangat terkejut sehingga tak terkata (Speechless) apabila nasib menyebelahi saya.
Bagaimanapun, Hasnieda menjelaskan setakat ini, dia belum mempunyai sebarang perancangan terhadap rumah yang dimenangi yang terletak di Residensi Alia, Puncak Alam, Selangor. Sebuah kediaman yang diinspirasikan oleh senibina Australia itu.
“Saya dapat tau berkenaan Peraduan #Belinuuna menang rumah ni daripada laman sosial Facebook. Lepas tu saya tertarik kerana tidak pernah mendengar berkenaan jenama Nuuna ni. Jadi saya terdetik nak mencubanya.
“Dan sambil-sambil itu, saya memang menghantar banyak penyertaan asbab perlu menyediakan juadah bagi jamuan sekolah anak. Anggaran sebanyak 30 resit saya telah sertakan bagi tujuan menyertai peraduan berkenaan.
Setiap bulan saya menghantar penyertaan selama enam bulan, sekadar mencuba nasib memenangi rumah.
“Alhamdulillah.. Terima kasih kepada Majalah Rasa dan jenama Nuuna yang telah menganjurkan peraduan ini, walapun mengambil tempoh selama enam bulan yang agak panjang. Tapi ia amat berbaloi kerana hadiah yang ditawarkan amat lumayan,” ujarnya mengakhiri bicara.
Sekadar info, Hasnieda berkata demikian ketika ditemubual oleh team Rapi pada majlis pengumumn pemenang ‘Grand Finale Cabutan Bertuah, Fuyoo! #Belinuuna Menang Rumah yang berlangsung di Central Concourse, Central i-City Shah Alam pada Ahad.
Malah, peraduan yang telah berlangsung pada 1 Januari sehingga 30 Jun 2024 itu telah berjaya menarik hampir 15,000 penyertaan daripada seluruh negara.
Sertai Malaysia #QuranHour 2024 30 Ogos Ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.