Apabila kita memiliki tubuh sedikit berisi pasti tidak akan terlepas dari kata-kata hinaan atau cacian daripada orang sekeliling.
Namun kecaman yang diterima itu kadang-kadang memberi motivasi untuk kita berubah ke arah lebih baik.
Seperti perkongsian Faten Sharif dari Grup Diet Suku-Suku Separuh yang pernah dihina dan dipanggil badak serta ditinggalkan oleh sebab mempunyai badan gemuk dan berisi.
Namun berkat hampir setahun mengamalkan diet, dia akhirnya berjaya menurunkan berat sehingga 38 kg.
Hilang 38 KG Dalam Masa Setahun
Hai assalamualaikum..saya start dari hujung bulan 12 tahun lepas..ke gym ada la sekali dua,selebihnya saya workout/zumba di rumah sahaja.
Ads
Pemakanan saya ikut 100% seperti yang group dass ajar..tapi kadang-kadang ade je hari saya lupakan diet, tapi jangan makan macam lupa diri pulak..Sebab dalam keadaan ini saya cuba enjoy dalam diet..
Saya pernah di hina,di panggil badak..pernah di tinggalkan oleh lelaki sebab keadaan badan yang gemuk dan berisi..
Sebelum, berat cecah 95 kg.
Dan paling sakit,saya sering di banding-bandingkan dengan perempuan lain..and alhmdulillah,saya sedar perkara tu..saya tinggalkan dia,dan saya buat perubahan untuk diri saya.
Bukan niat untuk menunjuk kepada dia..saya berniat hanya untuk jadikan kata kata dia sebagai pembakar semangat..Dan selebihnya untuk kesihatan sendiri..
Dari 95kg..gambar terbaru baju hitam 57kg..dengan ketinggian 160cm..
Ads
Terbaru, berat 57 kg.
Sekarang misi untuk cari jodoh sahaja..umur dah 27 tahun depan..impian nak pakai dress insyallah kalau kahwin nanti terlaksana la
Misi untuk menurunkan berat badan bukan saja bagi mereka yang memang ada masalah berkenaan.
Tetapi juga bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti hypothyroid dan juga kolesterol tinggi.
Seperti perkongsian wanita ini yang membahasakan nama Tengku Tailor’s di laman sosial Facebook melalui Grup Diet Suku-Suku Separuh telah berjaya menurunkan berat badan 14 kg walaupun berdepan masalah kesihatan.
Menurutnya sebelum ini telah mencuba pelbagai diet tetapi tidak satu pun berjaya. Malah beratnya juga semakin naik dan penyakit juga banyak yang datang.
Namun setelah berjumpa dengan Coach yang berpengalaman, dia berjaya mendapat berat diimpikan.
Assalamualaikum kepada Ahli group DSSS..
Inspirasi utk diri saya & rakan-rakan didalam group ni
-Dengan ketinggian 152cm
-Berat 73kg
-BMI 31.5 (obese tahap 1)
-Pesakit Hypothyroid & kolestrol tinggi
-Pesakit slip Disc
Sebelum ni saya telah mencuba banyak kali untuk diet…Tapi tiada satu pon berjaya..Semua ke laut dalam. Berat makin naik dan penyakit mula banyak datang..
Alhamdulillah syukur tak terhingga setelah saya di guide oleh seorang COACH yg sgt2 berpengalaman didalam bidang PHYSIOTHERAPIST & COACH FITNESS, sekarang saya telah mendapat BMI yg normal
Tanpa mengambil sebarang suplement dan hanya dengan senaman kini saya sudah kembali sihat….
TQ COACH Tengku Haziana yang tidak putus-putus dan banyak memberi semangat ,sokongan & bimbingan….
Saya mengamalkan DIET SUKU SUKU SEPARUH berserta menjaga DEFISIT KALORI…
Saya Doakan Rakan2 di dalam di dlm Group ini Teruskan usaha…jangan cepat mengalah. Terutamanya bila dah plataeu..hati kena kental…Saya boleh…Anda pon pasti boleh…Nak otot yg cantik tanpa menggelebeh..KUNCINYE BERSENAM!!
Hanya dengan semangat dan disiplin yang kuat tidak mustahil bagi seseorang itu untuk berjaya menurunkan berat badan.
Jika beberapa tahun sebelum ini, beratnya boleh mencecah sehingga angka 80KG, tetapi dek kerana mahu mendapatkan berat idaman, wanita ini Afifah Ali berjaya kembali langsing hanya dengan mengamalkan diet simple.
Tidak menggunakan sebarang pengambilan produk, tetapi sebaliknya hanya lakukan diet suku-suku separuh dan lakukan senaman di rumah sahaja.
Namun begitu, berat badanya tidak turun secara mendadak, sebaliknya mengambil masa beberapa tahun untuk kembali langsing.
Memulakan diet selepas berat badan pada 2015 mencecah 82KG dan kemudiannya turun sedikit demi sedikit hingga pada tahun lalu mencapai berat 50.8kg.
Dan tahun ini dia cuba kembalikan beberapa kilogram kerana merasakan penampilan pada berat 50KG tidak begitu menarik seperti kerangka lelaki.
Menurut Afifah dia hanya lakukan senaman di rumah seperti, Standing cardio : jumping jack, kick butt, high knee, knee to elbow, burpees
Manakala untuk Body weight workout : upper + lower body workout + abs. Setelah bertahun melakukan senaman ini, dia akhirnya cukup berpuas hati dengan penampilan size badannya sekarang.
Baru-baru ini telah disambut hari menderma darah di mana kita memang sangat digalakkan untuk menjadi salah seorang penderma.
Sebenarnya banyak faedah pada kesihatan dan kelebihan yang kita boleh dapat daripada amalan menderma darah ini.
1. Boleh Selamatkan Nyawa
Setiap kali manderma darah, anda akan dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa. Selain itu ia juga membantu melancarkan pergerakan darah penderma sekaligus memberi faedah kepada kedua-dua penderma dan penerima.
2. Dapat mengurangkan risiko penyakit jantung
Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat mendapati, menderma darah dapat mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 88%. Zat besi yang berlebihan dalam tubuh badan kita boleh meningkatkan risiko mendapat serangan jantung dan lain-lain penyakit jantung. Darah kita terdiri daripada zat besi, sebab itu lah pendermaan darah boleh membantu menyeimbangkan jumlah zat besi dalam badan kita.
3. Kurang Risiko Penyakit Kanser
Zat besi yang berlebihan yang ada didalam tubuh badan kita juga boleh menyebabkan penyakit kanser. Dengan menderma sejumlah darah kepada mereka yang memerlukan kita dapat menyeimbangkan zat besi dalam badan dapat mencegah penyakit kanser berlaku.
4. Dapat Kurangkan Kalori
Menderma darah dapat mengurangkan jumlah kalori dalam badan. Lebih kurang 650 kalori dapat dikurangkan setiap kali anda pergi menderma darah. Mitos yang mengatakan derma darah boleh menaikkan berat badan adalah mengarut, malah menderma darah boleh mengurangkan berat badan.
Untuk maklumat yang lebih lanjut anda boleh cuba derma darah di mana-mana tabung darah berdekatan dan bertanya semua kemusykilan anda pada jururawat atau doktor yang bertugas.
5. Percuma Saringan Kesihatan
Setiap kali anda pergi menderma darah, jururawat atau doktor yang bertugas akan membuat pemeriksaan kesihatan kepada anda. Pemeriksaan kesihatan yang dilakukan ini adalah percuma dan jenis-jenis pemeriksaan yang dilakukan agak terperinci serta menyeluruh.
Kebiasaannya jika anda pergi membuat medical checkup di hospital atau klinik-klinik swasta anda sudah tentu akan dikenakan pembayaran. Antara saringan kesihatan yang akan diperiksa seperti, tekanan darah, jenis darah, jumlah kandungan gula dalam darah dan lain-lain saringan bertulis yang terperinci.
6) Dapat Gantikan Sel Darah Baharu
Umur anda dalam lingkungan 30 hingga 60 tahun? Tapi tak pernah derma darah? Sangat rugi, kerana selain dapat menyeimbangankan jumlah zat besi dalam badan, menderma darah juga dapat menggantikan sel darah yang lama kepada yang baharu.
Ini dapat membuatkan tubuh badan anda menjadi lebih sihat. Ia juga boleh mengekalkan kecergasan tubuh badan anda dan boleh membuat penderma menjadi lebih produktif dalam melakukan kerja.
Antara Keistimewaan Derma Darah
– 1 kali: Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) serta wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
– 2 kali (dalam tempoh 12 bulan): Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B.
– 2 hingga 5 kali: Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan serta wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
– 6 hingga 10 kali: Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun serta rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 6 bulan.
– 11 hingga 15 kali: Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun serta rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun.
– 16 hingga 20 kali: Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun.
– 21 hingga 30 kali: Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun.
– 31 hingga 40 kali: Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun.
– 41 hingga 50 kali: Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun.
– Lebih 50 kali bagi penderma darah lengkap, lebih 150 kali bagi penderma aferesis: Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun. Wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.