Memilih untuk jaga emosi sendiri selepas berkahwin, Che Puan Juliana Evans, masih berminat berlakon dan tidak mahu meninggalkan dunia seni.
Ini caranya cipta rasa bahagia dalam diri walau sibuk menguruskan keluarga kecil bersama insan tersayang.
Che Puan Juliana Evans Sibukkan Diri
Menerusi satu pertal hiburan, Juliana yang juga isteri kepada kerabat diraja Johor dan Selangor, iaitu Tengku Shariffuddin Shah sejak 2017, gembira setiap kali berdamping dengan penggiat seni yang sealiran dengannya.
“Sebagai ibu dan manusia, kita perlu terus jadi diri sendiri. Saya melalui apa yang setiap ibu hadapi. Selepas melahirkan anak, anda berubah dari kepala hingga kaki di mana fizikal dan mental semua berubah.
“Kita belajar terima perubahan dengan keutamaan yang sudah berbeza. Namun, pada masa sama, kita sebagai wanita dan ibu ada karier dan sibukkan diri untuk kesihatan mental.
“Kita buat apa yang boleh buat kita gembira. Macam saya, gembira apabila berada bersama orang-orang seni. Saya fikir, ini adalah suatu perkara yang sihat untuk terus sibuk.
Ads
“Apabila sibuk, saya gembira. Biarpun sebagai ibu, saya perlu buat sesuatu untuk diri saya,” katanya lagi.
Terima Tawaran Berlakon Ikut Kesesuaian Watak
Juliana mengaku gembira diberi peluang untuk menjayakan projek filem.
Berkongsi mengenai pembabitannya dalam filem Bisikan Dosa, Juliana yang membawakan watak Doktor Delina memberitahu, naskhah itu adalah yang pertama dilakonkan selepas melahirkan anak kedua, Jun tahun lalu.
Ads
“Saya terima tawaran ini disebabkan kesesuaian watak, lokasi dan masa. Sebenarnya, saya ‘picky’ (memilih) dari awal lagi. Selepas jadi ibu, saya lebih ‘picky’. Sekarang kalau saya berlakon, saya mahu bersedia daripada segi fizikal dan mental,” katanya.
Juliana atau nama sebenar, Juliana Sophie Johari Evans mahu terus aktif dalam dunia seni selepas lima tahun mengambil keputusan memperlahankan langkahnya.
Caravan Jadi Tempat Privasi
Ads
Demi keselesaan ketika bekerja di lokasi penggambaran, Juliana mempunyai kenderaan rekreasi (RV) atau lebih dikenali sebagai campervan untuk digunakan.
“Saya kena jaga diri sendiri. Caravan dijadikan tempat rehat dan privasi saya. Kenderaan ini membantu untuk saya bersendiri untuk menghafal skrip dan sebagainya.
“Saya pernah lalui detik trauma di set penggambaran dan terkena serangan panik serta rasa tidak selesa. Jadi, saya lebih bersedia sekarang. Saya tidak perlukan perhatian istimewa dari syarikat produksi sebab mereka beri layanan baik,” katanya.
Begitulah cerita bahagia daripada Che Puan Juliana Evans dalam menjaga emosinya sebagai ibu muda. Bijak uruskan masa dengan dunia kerjaya dan rumah tangganya. Jadi, kita pun sepatutnya kena pandai cari masa untuk diri sendiri untuk rasa bahagia.
Tak dinafikan bila mempunyai berat badan yang berlebihan akan ada banyak faktor membuatkan diri rasa tidak sempurna. Memang boleh je kalau nak gunakan ubat-ubat kurus yang ada yang menjanjikan hasil yang cepat, tapi sebenarnya pemakanan yang betul adalah kunci untuk kurangkan berat badan yang berlebihan.
10 tahun mempunyai berat badan yang lebih daripada 100 kilogram membuatkan Atiq Suzaili ingin mengubah dirinya menjadi seorang yang lebih baik bukan sahaja untuk perubahan fizikal dan kesihatan malah juga untuk memperoleh kembali keyakinan diri.
Masih dalam proses untuk mendapatkan berat ideal, Atiq berkongsi journey kurangkan berat badan, hasilnya dalam masa sebulan dia berjaya kurangkan 15kg dan dia kini dalam proses meneruskan usahanya untuk target berat ideal.
Ikuti perkongsiannya:
Dah dekat 10 tahun lebih 100Kg
Dulu waktu mula-mula saya nak start diet ramai dok cakap. Pakat semua nak bagi nasihat:
Jangan Diet nanti kurus nampak macam orang sakit.
Muda lagi tu. Rugi diet. Makan tu nikmat dunia.
Eh haritu bukan ke kata nak diet? Besar centu sama jee…
Kata-kata ni bukan pembakar semangat pun. Buat rasa down nak makan lagi ada. Korang pun centu kan? Bila stress, makan. Bila makan, stress.. centula dia dok pusing-pusing . Pi Mai Pi Mai Tang Tu
Bila buat asyik tak jadi. Benda paling senang adalah SALAHKAN ORANG LAIN!
# Salahkan sebab tak ada orang support laa..
# Salahkan stress kejer / bisnes laa..
# Salahkan PKP
Ahaa.. cakap pasal PKP. Berat saya melambung naik jadi 123KG paling tinggi. PKP je saya naik berat menggila. Makan tido makan tido, tiba-tiba terlebih 20KG! Puas cek penimbang. Waktu tu saya salahkan – PENIMBANG ni tak betul. Pasti ROSAK ni…
Tapi bila lepas PKP. Sesuatu yang berlaku pada bisnes dan famili. Saya rasa LOSER. Sepanjang PKP hidup saya tak tentu hala. Apa yang saya buat tak jadi apa-apa. Macam takde hasil je.
Asbab tulah saya mula tekad. Saya mula dengan TULIS apa yang saya nak. Saya prioritykan. Dan saya cakap saya nak achieve small goals. Saya nak berada dalam good circle. Saya nak share win yang orang ingat kecil, tapi besar bagi saya.
Saya percaya, berat ideal dapat boostkan confident level. Dulu saya malu nak share gambar sendiri. Malu nak masuk kedai yang takde size diri sendiri. Malu asyik-asyik nak betulkan baju especially bahagian perut.
Alhamdulillah kini saya baru je turun 15KG dalam tempoh 1 bulan. Doakan saya untuk capai berat ideal saya iaitu 76KG. Setakat ni baru 107KG. Still long way to go. So saya target yang terdekat adalah nak capai 99KG dulu by next month. TRUST THE PROCESS
Nasihat saya pada you all yang nak kuruskan badan. Tuliskan your BIG WHY. Cari KEBENGANGAN yang ada dalam diri kita untuk kita improve for the better!
Bengang dengan tahap kita sekarang tak semestinya bermaksud kita tak bersyukur. Tapi kita nak jadi yang lebih baik. Sebab bila fit, kita lebih energetic, lebih ada karisma, lebih untuk ibadah. Semestinya pasti jadi INSPIRASI buat orang lain!
Doakan saya capai ya
Umur 32
Tinggi 170cm
123KG vs 107KG
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau sebelum ini setiap kali Syawal agak sukar untuknya mencari size baju bersesuaian. Tetapi setelah berusaha mendapat berat badan ideal, masalah itu tidak lagi timbul.
Bagi wanita ini Che Raa, dalam tempoh setahun ini (sejak Jan 2020) dia berusaha untuk mendapatkan tubuh badan yang langsing.
Dan setelah mendapat apa dihajati, berpuas hati kerana tahun ini boleh membeli baju raya mengikut saiz disukai dengan lebih selesa.
Dia telah berjaya hilangkan 20 KG tanpa sebarang produk sejak mengalami kenaikan badan sejak tahun 2017.
Berjaya Turun 20 KG Tanpa Produk
Salam… salam diet ramadan Hehe… mana geng yang dah lost 20kg. Saja nak share…buat semangat sikitt…
Before Ramadan 57-58 kg… sekarang 55-56kg.. tak banyak pun turun .. bulan puasa bulan susah saya nak diet sebab melayan kuih-kuih yang sedap…sebab selain bulan puasa ini…memang tak merasa kuih-kuih..
Tapi tak puasa pun memang berat payah nak turun dah ..nak turun sekilo dekat 2 bulan tau
Cite dia tahun 2020 beraya berat lebih kurang 65 kg..(dah diet dalam 3bulan)
2019 pregnnt…2017-2018 beraya dengan berat 70-78kg..
Tahun 2018 itu pernah menangis lah kat husbnd masa shoping raya… balik tangan kosong..tak beli apa-apa sebab baju yang saya suka semua tak cantik saya pakai…
Baju yang muat selesa untuk pakai semua bukan taste saya pon…
So untuk 2 tahun sihat bam2 tu.. memang beli dan pakai baju yang sekadar muat sahaja…bukan sebab suka pon baju tu…
Untuk tahun ni alhmdulillah …pergi beli baju ..tarik-tarik acu kat badan saja… tak risau tak muat ke ape… so ini la kelebihan badan dah kecil sikitk… masuk sekali je fitting room…pastu tengok baju lain…nak masuk fittng room tak sanggup dah kena beratur kemahin panjang…
*Diet dari jan 2020 sampai sekarang… now masih usaha lagi nak capai 50kg atau 53kg… harap pnghujung 2021 ni capai lah
Masih ingat dengan penyanyi wanita, Waheeda Wassini yang sekian lama menyepi dari industri hiburan?
Haaa.. rupanya Waheeda masih belum melupakan minatnya dalam bidang muzik. Walaupun tidak lagi muncul di kaca televisyen, Waheeda sebenarnya masih bergiat aktif dalam dunia seni yang diminatinya.
Lama Waheeda Wassini Menyepi, Rupanya Masih Aktif Dalam Dunia Seni
Menerusi sebuah video yang tular di laman TikTok, rata-rata warganet meluahkan kerinduan terhadap penyanyi muslimah ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mula mengimbau semula kenangan ketika zaman Waheeda begitu popular dengan kecantikan dan keayuaan dirinya dalam berpakaian dan bertudung.
Terdahulu menerusi sebuah laporan berita, wanita yang berusia 45 tahun itu akui sukar untuk menjauhkan dirinya dari seni muzik, namun dia memilih untuk berhijrah setelah mendirikan rumah tangga.
“Niat asalnya, saya ingin meletakkan noktah dalam dunia nyanyian. Namun dalam diri saya, saya rasa tak boleh (berhenti).
“Pendapat saya, ini adalah kerja Allah, walau macam mana pun saya menolak, ia tetap kembali,” kata Waheeda yang menikahi penyanyi nasyid, Akhil Hayy.
“Saya sebenarnya pemuzik di hati. Lima tahun saya dihantar ke kelas muzik, sampai sekarang, tetap muzik dalam hati saya. Muzik tidak salah kerana ia sebahagian daripada fitrah manusia.
“Namun, saya meletakkan diri sebagai pemuzik, bukan penyanyi. Jadi, apabila anda pemuzik, anda tidak akan berhenti.