Pelakon wanita, Intan Najuwa berang dengan sikap sesetengah individu yang sering menyangka dirinya kekal kurus disebabkan pengambilan produk pelangsingan.
Bukan kekal berkecil molek ya, namun semua hasil cantik itu atas usaha dan kerajinan pasang badan. Begitulah yang dikongsi oleh Intan menerusi satu portal hiburan.
Intan Najuwa Usaha Keras Nak Kekal Langsing
Kata Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, tubuhnya mampu langsing berikutan penjagaan rutin senaman selain mengawal pemakanan.
“Orang selalu cakap yang saya sudah kurus, jadi mengapa perlu ambil produk pelangsingan, buat Pilates dan kawal pengambilan pemakanan?
“Saya juga manusia, bukan ‘vampire’. Pelik kenapa orang berfikiran begitu. Saya kurus dan kekalkan berat badan hanya untuk menjaga diri dengan baik.
“Sakit hati ya, orang cakap ‘eleh, dari dulu slim boleh ceritalah.’ Kita punyalah penat makan jaga, ikat perut, detoks gula, ambil makanan tambahan, pergi senam, Pilates lagi tiap minggu,” ujarnya menerusi Instagram.
Ads
Semakin Meningkat Umur, Semakin Kena Jaga
Tambahnya lagi, semakin meningkat usia dia perlu lebih menjaga bentuk badan sendiri dengan turut mengikuti rejim diet serta senaman ketat.
“Awak ingat dari dulu saya goyang kaki di rumah tidak buat apa-apa selepas itu boleh kekal slim dari dulu sampai sekarang? Itu gila namanya.
“Saya 27 tahun sekarang, pada umur ini hormon dan motabolisme saya berubah mengikut usia.
Ads
“Tiada orang yang boleh kurus tanpa berusaha buat sesuatu,” ujarnya.
Jangan Hakimi Tanpa Periksa
Pada hantaran seterusnya, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu turut menasihati sesetengah individu supaya tidak cepat menghakimi tanpa usul periksa.
“Nak minum matcha latte pun fikir 10 kali, bergaduh dengan otak janji dengan diri sendiri sebulan sekali sahaja. Lepas itu, senang-senang orang cakap ‘eleh, dah kurus dulu bolehlah cerita’. Boleh buat gaduh ini.
Ads
“Mana nak kekalkan muka runcing lagi, pipi tidak naik lagi. Ingat senangkah mahu kekalkan pinggang 23 ke 24 inci.
“Awak tidak mahu jaga badan sudahlah. Tidak perlu menghakimi orang itu ini. Kau ingat kalau aku makan nasi hari-hari, goyang kaki di rumah dapatkah badan begini. Mimpilah kak!,” tegasnya.
Sebelum ini, ramai yang tidak boleh menerima realiti apabila pengusaha produk pelangsingan mengambil Intan sebagai duta.
Ramai berpendapat anak jati Johor itu sudah kurus tanpa bantuan produk tambahan dan seharusnya mengambil duta yang berbadan berisi.
Namun realitinya, Intan Najuwa juga berusaha keras untuk kekal langsing. Nak-nak pula selepas mendirikan rumah tangga, jadi anda yang nak badan cantik kena usaha keras juga, okay!
Suka atau tidak, pilihlah makanan yang kena dengan tekak sendiri. Itu sahaja formula yang paling berkesan dan buat anda gembira untuk teruskan diet suku-suku separuh.
Perkongsian menarik ini dikongsi oleh saudari Dinie Lee, yang mana dia memilih menu yang kena dengan tekaknya untuk rasa bahagia dalam berdiet. Jemput baca cara yang dia pilih ini.
Pilihlah Makanan Yang Anda Suka
“Alhamdulillah dah nak masuk 5 bulan buat diet suku-suku separuh. Sebelum ini 95kg dan selepas itu dapat 79kg. Jumlah hilang berat dalam 16kg.”
Ini sebelum diet ya…
Dan ini pula gambar selepas diet.
“Perjalanan masih panjang, nak buang lemak-lemak cute gebu gebas ni 22kg lagi.”
“Kalau ikutkan BMI normal saya dalam 57kg. Doakan saya berjaya capai ya.
“Saya sangat enjoy, sebab hari hari saya makan makanan favourite saya iaitu ulam dan budu.
Kalau dulu makan macam ni 2-3 pinggan, sekarang suku suku separuh dah cukup.
Senaman Tak Tinggal
Menurut wanita ini, dia juga tak lupa buat senaman untuk keluarkan peluh. Bukan setiap hari pun, tetapi ada buat beberapa hari dalam seminggu.
“Dan saya juga enjoy dengan senaman saya. Senaman yang saya buat hanya berjalan kaki 30minit-1jam setiap pagi di taman. Seminggu at least 3kali,” kongsinya lagi.
Pesanan akhir daripada Dinie, “pilih lah makanan yang kita suka yang kena dengan tekak, buat senaman yang kita suka. Jangan mudah terpengaruh dengan makanan extreme dan senaman extreme. Fokus pada nak sihat bukan nak kurus semata mata.”
Hah, dapat sesuatu tak daripada perkongsian kali ini? Untuk anda yang masih berusaha nak kurus, pastikan anda betul-betul jaga bab makan ya. Bukan hanya bergantung pada senaman semata-mata. Inshaa Allah, pasti akan dapat berat idaman!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Niatnya pada mula hanya mahu turunkan berat badan tanpa mengambil kira perkara lain.
Namun di sebalik usahanya untuk mendapatkan berat badan ideal, dia juga turut mendapat kelebihan lain apabila hasil kulit wajah jadi cantik.
Ikuti perkongsian sahabat dari grup Diet Suku-Suku Separuh Khuzai Bo Art yang bukan saja dapat turunkan berat badan tetapi kulit wajahnya juga jadi lebih cantik.
Sebelum itu dia yang mengalami obesiti (ketika 19 tahun berat capai 148kg) berjaya menghilangkan 75 kg dari berat badan asal. Mengambil masa tiga tahun untuk capai berat terkininya iaitu 79 kg.
Berat Turun, Kulit Pun Jadi Lebih Cantik
Memang lepas turun berat kulit jadi putih eh?
Soalan paling saya dapat selama ini. Niat saya mula-mula tak ada pun nak putih or kulit cantik.
Nak turun 10kg je dulu.. tiba-tiba terturun sampai 75kg. Bonus kulit pun jadi better. Hilang dah kerak-kerak dekat leher/tepi hidung/cuping telinga..
Orang badan besar memang tak boleh lari dari hitam-hitam dekat muka nih..
Tak ada rahsia apa-apa pun. Just jaga makan. Kalau dok melantak macam-macam, macam mana kulit nak cantik. Minum air masak, bukan air manis
Dok berhabis beribu-ribu beli skin care..tapi makan tak jaga..start dari dalam. Baru laa kulit pun ikut sama cantik.
Lagi pun saya dah 8 tahun jaga mkan. Bukan sebulan dua ya. Tak ada cucuk-cucuk or rawatan muka bagai. Cukup jaga mkan and minum air kosong
Gula punca utama acne and sebum kat muka ya. Cuba kurangkan gula and minum air kosong. Insya-Allah lama-lama cantik laa kulit tu.
Mahir Guna Tangan Kanan. Fakta Menarik Beregu Pearly Tan & M.Thinaah Yang Menang Terbuka Perancis. Sebelum itu, pasangan regu negara ini membuka mata dunia apabila menyerlah dalam pusingan akhir dalam acara badminton beregu di Sukan Komanwel seterusnya merangkul emas untuk Malaysia.
Dan semalam sekali lagi pasangan regu Pearly Tan dan M.Thinaah mengejutkan negara apabila berjaya merangkul juara dalam Terbuka Perancis selepas menundukkan pasangan berpengalaman dari Jepun, Mayu Matsumoto dan Wakana Nagahara menerusi kemenangan 21-19, 18-21, 21-15 pada aksi yang berlangsung di Stade Pierre de Coubertin.
Kemenangan pasangan ranking ke 11 dunia ini sangat manis apabila turut menamatkan kemarau Malaysia selama 114 tahun untuk Kejohanan Terbuka Perancis ini sejakia diwujudkan pada 1908 lagi.
Sebelum ini, pencapaian terbaik beregu wanita negara pada kejohanan yang mula diperkenalkan pada 1908 itu adalah menerusi gandingan Wong Pei Tty-Chin Eei Hui yang muncul naib juara pada edisi 2008.
Tangkas di gelanggang, pemain beregu wanita negara M.Thinaah yang berpasangan dengan Pearly Tan untuk menyumbang kejuaran sangat berharga dan manis buat negara, terutama dalam sukan badminton.
Meneliti portfolio mereka, ternyata bukan calang-calang pasangan beregu wanita kebangsaan ini. Berikut fakta menarik mengenai M.Thinaah dan Pearly Tan.
1. M.Thinaah atau Thinaah Muralitharan, 24, dilahirkan pada 3 Januari 1998.
2. Beliau mula memasuki pasukan badminton kebangsaan pada tahun 2013.
3. Thinaah merupakan anak kedua kepada pasangan S. Muralitharan, seorang jurutera dan Dr.Parimala Devi, doktor perubatan.
4. Adik perempuan bongsu Thinaah, Selinaah Muralitharan, juga merupakan bekas pemain badminton negeri Selangor.
5. Pernah meraih kejuaraan pada Badminton Terbuka Switzerland 2021 ketika bergandingan dengan Pearly Tan.
Pearly Tan
1. Pearly Tan Koong Le dilahirkan pada 14 Mac 2000 di negeri Kedah Darul Aman.
2. Merupakan anak kepada jurulatih, Tan Seng Hoe. Bapanya mengendalikan Kelab Raket Alor Setar (ASRC), yang merupakan kelab pemain kebangsaan Lee Zii Jia dan Jacky Kok.
3. Tan mula menyertai pasukan badminton kebangsaan pada tahun 2013.
4. Wanita ini merupakan pemenang pingat perak beregu wanita di Kejohanan Junior Asia dan Dunia 2018.
5. Mempunyai ketinggian 1.64 meter, Tan mahir menggunakan tangan kanan.