Gambar sekadar hiasan.

Ramai mengatakan jika mahu kurus cara sihat kena minum air yang Banyak. Malah pengambilan air juga penting bagi mengelaK tubuh mengalami dehidrasi.

Tetapi berapa banyak sebenarnya jumlah keperluan air dalam tubuh badan kita. Jika minum air lebih dari pengambilan sebenar apa akan berlaku pada sistem badan?

Dalam satu posting yang dikongsi seorang Doktor Ahmad Zakimi Abdullah pada tahun 2019 menceritakan bagaimana pengalaman seorang wanita dikatakan telah mengalami ‘overdose’ pengambilan air putih sehingga menyebabkan mengalami sawan dan bengkak otak.

Menurutnya lagi, wanita ini yang memiliki berat sekitar 100 kg telah mengikuti program diet di mana péserta diminta minum air putih sehingga 6 hingga 8 liter sehari. Dan kesannya menyebabkan ada masalah kepada bahagian ginjal.

IKLAN

Gara-Gara Minum Air Putih Berlebihan, Wanita Ini Masuk ‘Redzone’ Sebab Alami Sawan & Bengkak Otak

“Dr Zek! Ada pesakit wanita berumur 22 tahun sawan kat redzone. Patient baru masuk, doktor. Cepat-cepat,” ujar seorang penolong pegawai perubatan bertugas di zon merah.

Ketika itu aku baru nak mula makan malam di pantri zon merah. Tanpa berlengah, aku terus berlari ke zon merah.

Didapati seorang pesakit wanita berbadan agak besar anggaran berat badan dalam 100kg tak sedarkan diri, mata membeliak keatas, kekejangan otot (tonic clonic) dan mulutnya berbuih. Dikatakan pesakit ini sawan sejak beberapa jam lalu.

Intravenous Valium sudah diberikan. Pesakit masih lagi sawan.

“En Hafiz (bukan nama sebenar)! Tolong saya untuk intubation pesakit ni. Tolong saya siapkan barang-barang beserta tiub saiz 7,” permintaan aku kepada penolong pegawai perubatan.

“Baik.” Balasnya ringkas.

“Siapkan sekali difficult intubation kit kita. Susah nak intubate ni. Patient ‘besar’, short neck jugak,” sambungku dalam keadaan cemas.

“Nanti saya siapkan, doktor.”

Suasana di zon merah agak tegang ketika itu. Sudah tentu susah untuk lakukan intubasi keatasnya dengan saiz seberat 100kg lebih.

“Ahh! Aku akan lakukan! Aku mesti kena yakin” – hanya bermonolog untuk nak sedapkan hati sendiri.

Pesakit tersebut terpaksa dimasukan tiub ke dalam trakea untuk bantuan pernafasan.

Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya melakukannya. Kami melakukan demi untuk menstabilkan pesakit tersebut.

Imbasan CT scan otak dilakukan ke atas pesakit menunjukan otaknya bengkak (cerebral edema). Paras sodium dalam darahnya pula sangat rendah iaitu 115 (paras normal sodium 135-145).

Aku tertanya-tanya apa puncanya. Lalu aku temui suami pesakit untuk dapatkan cerita lebih lanjut.

“Isteri encik ada ambil apa-apa ubat selain dari ubat hospital?” Soalku.

“Takde, doktor. Tapi isteri saya ada join program nak kuruskan badan. Mereka ada bagi tips suruh minum air 6-8 liter sehari. Dah seminggu dia minum gitu,” jelas suami pesakit.

Gara-Gara Minum Air Putih Berlebihan, Wanita Ini Masuk ‘Redzone’ Sebab Alami Sawan & Bengkak Otak

IKLAN

Aku agak terkejut tips mengarut yang diberikan oleh so call ‘health advisor’ dari program entah apa-apa.

Kini aku tahu pesakit tersebut mengalami cerebral edema (bengkak otak) akibat dari ‘water intoxication’ (mabuk air).

Guys! Water intoxication is real!

Minum air kosong (plain water) dengan banyak takkan menguruskan badan. Ia memudarat badan akibat dari water intoxication atau dalam bahasa Melayu mabuk air.

Mabuk air (Water intoxication) adalah disebabkan oleh pengambilan air kosong secara BERLEBIHAN dalam masa yang singkat. Kondisi ini menyebabkan paras garam sodium dalam darah menjadi rendah atau dipanggil hypervolemic hyponatremia.

Ia terjadi apabila pengambilan air berlebihan dari kemampuan ginjal untuk membuang air.

Sebab utama water intoxication selain dari kisah di atas adalah:

1) Minum air BERLEBIHAN semasa senaman/bersukan

2) Diabetis yang tidak terkawal

3) Ubat-ubatan yang menyebabkan kering bibir dan dahaga

4) Primari polydipsia atau psychogenic polydipsia

Tanda-tanda mengalami water intoxication adalah:

1) loya

2) muntah

3) keletihan

4) tahap kesedaran menurun

5) sawan

6) koma

Kesan utama bahaya water intoxication adalah brain/cerebral edema (bengkak otak) yang boleh menyebabkan tahap kesedaran menurun dan sawan. Akhir sekali boleh koma.

Gara-Gara Minum Air Putih Berlebihan, Wanita Ini Masuk ‘Redzone’ Sebab Alami Sawan & Bengkak Otak

IKLAN

Minum air kosong terlebih banyak akan menyebabkan garam sodium dalam darah dicairkan oleh air dengan cepat. Keadaan ini akan menyebabkan diluted hyponatremia.

Hyponatremia menyebabkan kepekatan osmolariti extracellular (luar sel) rendah berbanding intracellular (dalam sel) maka air akan bergerak dari luar sel ke dalam sel otak melalui proses osmasis. Kemudian seseorang itu akan mengalami brain edema/bengkak otak yang menyebabkan dia sawan. Lebih buruk lagi akan koma.

Oleh itu pengambilan air dalam sehari seperti yang dicadangkan iaitu 8 gelas sehari atau jika terasa dahaga untuk seorang dewasa yang normal.

Minum air mencukupi bukan berlebihan. Sederhana dalam segala hal.

Nak kurus bukan dengan tips yang bukan-bukan tapi hanya dengan senaman secara berkala dan mengambil diet yang seimbang saja.

Dr Zek

Artikel Berkaitan:

Selain itu:  Gemar Layan Sukan 'Rock Climbing', Punca Wanita Ini Pilih Kerjaya Tawan Puncak KLCC

Hilang Suara, Salah Satu Gejala Luar Biasa Covid-19 Ramai Tak Tahu. Biasa Dialami Pesakit Berusia!

Jangan Panik Kalau Berdegung & Sakit. Tanda Haiwan Masuk Telinga. Doktor Ini Nasihatkan Apa Perlu Dibuat!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI