Ezzah Aziz Fawzy

Melihat susuk tubuh wanita ini, Ezzah Aziz Fawzy antara nama besar dalam industri penyiaran negara. Berpengalaman lebih tiga dekad dalam bidang penyiaran, Ezzah berjaya membuktikan kemampuan diri dan mengasah bakat sebagai penyampai berita, pengacara dan penerbit.

Ezzah Aziz Fawzy Aktif Bersenam Walau Umur Dah 60 Tahun, Patutlah Masih Anggun!

Bersandarkan wajah cantik, bakat dan kepetahannya dalam menyampaikan informasi, tidak hairanlah pesona Ezzah masih diingati penonton hingga ke saat ini.

Ezzah Aziz Fawzy Aktif Bersenam Walau Umur Dah 60 Tahun, Patutlah Masih Anggun!

Bakal mencecah usia 60 tahun pada Ogos nanti, Ezzah memulakan karier di TV3 pada tahun 1987. Antara personaliti televisyen lain yang seangkatan dengannya termasuklah Puan Sri Normala Samsudin, Zakiah Anas dan Yusanani Yushak.

Pada era kegemilangan tersebut, Ezzah bukan hanya dikenali sebagai pembaca berita bahkan dia turut pernah mengendalikan program popular seperti Nona, Wanita Hari Ini, Majalah 3 dan pengacara wanita Jejak Rasul.

Ezzah Aziz Fawzy Aktif Bersenam Walau Umur Dah 60 Tahun, Patutlah Masih Anggun!

Tampil anggun dalam penampilan bertudung, kejelitaan Ezzah meraih pujian ramai. Hanya mengenakan solekan ringkas pun tetap terserlah kecantikan wanita kelahiran Kluang, Johor ini.

IKLAN

Apa yang lebih menarik, dia aktif mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan meluangkan masa bersama keluarga tersayang, Ezzah juga gemar bercucuk tanam. Buktinya, taman di kediaman personaliti ini dihias indah dengan pokok-pokok bunga mawar yang tumbuh mekar.

Ezzah Aziz Fawzy Aktif Bersenam Walau Umur Dah 60 Tahun, Patutlah Masih Anggun!

Ezzah Aziz Fawzy Aktif Bersenam Walau Umur Dah 60 Tahun, Patutlah Masih Anggun!

Ezzah Aziz Fawzy Aktif Bersenam Walau Umur Dah 60 Tahun, Patutlah Masih Anggun!

IKLAN

Ezzah Aziz Fawzy Aktif Bersenam Walau Umur Dah 60 Tahun, Patutlah Masih Anggun!

Ezzah Aziz Fawzy Aktif Bersenam Walau Umur Dah 60 Tahun, Patutlah Masih Anggun!

Meskipun tidak lagi aktif muncul di kaca televisyen, aura Ezzah masih menjadi bualan. Mana tidaknya, pada usia mencecah 60 tahun dia masih kelihatan sihat bertenaga.

 

IKLAN

Walau sudah bergelar nenek dan mempunyai tiga orang cucu, penampilannya sentiasa anggun dalam kelas tersendiri.

Ezzah Aziz Fawzy Aktif Bersenam Walau Umur Dah 60 Tahun, Patutlah Masih Anggun!

 

Tidak mensia-siakan pengalaman dan bakat yang ada, Ezzah pada Oktober 2021 telah dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Selain itu:  Hampir Sebulan Bertarung Lawan Covid-19, Suami Akhirnya Dijemput Ilahi. Wanita Hidap Anxiety Positif Teruskan Hidup!

Sekadar info, Ezzah Aziz Fawzy mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Ahmad Rezal Mohd Esa pada 5 Julai 1986. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya matai aitu Dr Fatin, Akif, Amanna, Farhan dan Alya.

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI